Friday, May 13, 2016

That favourite dress. (Tutorial bahasa Melayu)



If you're a Facebook user, I'm sure you're familiar with Facebook pulling you back in time to past memories every now and then.

Memories of x years ago randomly popping up on your screen.

And so it was, one fine day, one of those reminders beckoned me to go through some of my old albums on FB.

And I found this pic of my then almost 2 years old daughter in the peasant dress I made for her. This was the 2nd peasant dress I sewed. I loved to see her wearing this particular blue and pink dress. It suited her very well.

Anyway, that dress is way too short now and to be honest, I have no idea where it is. (???)

Perhaps, it is time to make new ones.

Click here for the tutorial in Bahasa Melayu. For English tutorials, there are countless of them on the net. Seek, and ye shall find!


Tuesday, May 10, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 2 (Cara potong dan jahit)

Ini adalah sambungan dari tutorial Part 1.

Ingat tak tutorial yang lepas, kita end up with lukisan pola yang macam dalam gambar ni (pic 4)?

Potongkan pola tersebut ikut garis hitam. Pola anda akan terdiri dari 3 keping kertas, iaitu a, b dan c.

Pic 4


Kombinasi a dan b adalah pola bahagian depan seluar. Kombinasi b dan c adalah pola bahagian
belakang seluar. Rujuk gambar2 kat bawah ni.


Pic 5
Pic 6


Seterusnya, bila nak potong seluar, susun pola ikut bahagian yang dikehendaki dan potong dengan kelebihan basi sebanyak setengah inci. Lihat contoh dalam gambar2 kat bawah ni. Saya lukis pola dah siap2 sekali dengan basi 1/2" jadi saya tak perlu tambah lagi.

Pic 7

Pic 8

Langkah seterunya. Jahit tepi keliling setiap helai potongan kain, dan kemudian jahitkan lace (atau ropol, atau biased tape, ikut suka korang lah) macam dalam gambar di bawah (pic 9). Lace di bahagian depan seluar tu tak payah la jahit sampai ke pinggang, sebab bahagian tu nanti terlindung.

Pic 9Perhatikan saya jahit lace di belah depan kain sebab nanti kita nak lipatkan ke belakang dan topstitch. Lebih kurang sama macam jahit binding jugak. Also, perasan tak bahagian depan seluar tu lepas jahit lace, saya teruskan jahit lurus sampai ke atas? Ini untuk memudahkan kita
melipatkan basi tu ke belakang kain nanti.

Nota : Pastikan anda tak konfius bila saya cakap depan kain dan depan seluar.

Pic 10
Lipat lace ke belakang kain dan gosok.

Pic 11

Okay, sekarang baca betul2.
Mula2 sekali, topstitch bahagian depan seluar dulu, iaitu helaian A.
Kemudian, selisehkan kedua2 bahagian depan dan belakang seluar dengan
helaian B di atas helaian A, dengan seliseh selebar 2 1/2" (Ini ukuran pola saya.
Ikut pola anda berapa besar seliseh ni) dan topstitch-kan bermula dari pinggang
sepanjang lengkuk seluar tu.  Maknanya, sekaligus topstitch dan cantum
kedua2 bahagian depan dan belakang seluar. Boleh paham kan?

Hasilnya macam dalam gambar di atas.

Pic 12
Sambungkan pula kaki seluar di bawah cawat. At this stage, anda
dah ada 2 kaki seluar kiri dan kanan.

Dah tu, sambungkan pula kedua2 kaki seluar ini di bahagian cawat. Lupa la pulak nak amik gambar so saya pinjam imej dari tutorial yang lepas.

Pic 13

Langkah berikutnya, potong kain untuk buat sarung getah pinggang. Saiz bergantung kepada ukurlilit pinggang dan lebar getah yang akan digunakan.

Pic 14
 Panjang = ukurlilit pinggang + 1"
Lebihan 1" tu untuk basi 1/2" di setiap hujung.

Lebar = (Lebar getah + 1/4"+ 1/4") x 2
1/4" yg pertama ialah ruang kelonggaran untuk getah dah kedut2 kain tu nanti.
1/4" yg kedua ialah basi kain.

Dah potong, lipat dua dahulu sepanjang getah dan gosok. Kemudian, lipat 1/4" di salah satu tepi kain untuk basi.
Basi yang sebelah lagi tak payah gosok. Rujuk gambar atas.



Pic 15

Sambungkan kedua2 hujung kain tadi, jadi mcm satu gelung. Ingat ye, basi tadi kita
potong 1/2" kan? Kalau tak ikut size basi ni nanti sarung getah tu akan jadi
terpendek atau terpanjang.
Seterusnya, pinkan sarung tu di bahagian basi 1/4" yang kita tak lipat tadi, macam
dalam gambar di atas. Jahit dgn basi 1/4" tadi.
Lepas tu, terbalikkan dan jahitkan sarung ke belah dalam seluar pulak.
From here on, jahit je lah macam kita biasa jahit sarung getah seluar, tinggalkan lubang
sikit untuk masukkan getah, dan jahitkan semula lubang tu lepas dah masuk getah.

Kalau anda rasa tak paham bahagian akhir2 tutorial ni, sila rujuk tutorial yang terdahulu tentang cara jahit seluar tidur. InsyaAllah boleh paham kut.

Dah siap seluar! Puas hati tak jahit sendiri??

Sangat!


Monday, May 9, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 1 (Cara lukis pola)

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi tutorial cara menjahit shorts seperti dalam gambar ni.


Tak tau apa nak panggil seluar comel ni, jadi saya panggil fancy shorts je lah. Tak kisah lah apa kita nak panggil kan? Yang penting seluar ni cute sangat bila budak2 pakai.


Maafkan je lah kasut pink, stokin merah, seluar biru... tak matching lahangsung! Tapi tak ke nampak betapa va-va-voom nye seluar iteww? Haaa... masuk bakul pulak si tukang jahit ni.

Lets not waste much time, meh saya tunjuk cara nak lukis pola seluar ni.

Mula2 sekali, lukiskan garis2 penanda mengikut size/ukuran pemakai (Rujuk Pic 1). Saya jahit seluar ikut ukuran anak yang berumur 3 tahun.

Pic 1
AC = EG = IK = (Ukurlilit punggung + 4")/2
AE = BF = CG = Tinggi cawat (Sambil pemakai sedang duduk, ukur dari pinggang ke kerusi) + 1/2"
AI = BJ = CK = Panjang seluar

 Seterusnya, lukis pola macam dalam Pic 2. Garisan hitam (termasuk yang putus2) ialah pola seluar.

Pic 2

V dan W = 1 1/2" (Sesuaikan ikut size pemakai. No hard and fast rule here, ikut sedap)

X = 2 1/2" (Ini lebar seliseh antara bhgn depan dan belakang seluar. Boleh tambah
ikut suka tetapi lebihkan ke kiri, iaitu ke bhgn depan seluar.)


Y = Turunkan bersesuaian dengan size getah yang akan digunakan.
Saya turunkan 1" sebab saya nak pakai getah 3/4". Garisan biru ialah garisan
asal pinggang seluar.

Z = Panjangkan dan turunkan sedikit ke bawah untuk bahagian
punggung untuk anak yang montel pakai pampers. 
Saya lukis free hand dan main agak2 je.

Garisan yang ada highlight warna kuning = saya sekadar lukis garisan belah kanan bagi
agak2 sama dengan yang belah kiri supaya bila nak cantumkan nanti tak pening kepala
panjang-pendek. Kemudian sambungkan aje kedua2 hujung kiri-kanan dengan  barisan lurus.

Garisan putus2 = saya lukis freehand je. Boleh guna pembaris lengkuk atau
pinggan bulat, whateversuits your fancy. Adjust ikut kadar "keseksian"
yang dikehendaki hehehe.

Pic 3

Bila siap, anda akan dapat rajah macam di atas.
Apabila anda potong ikut garisan hitam, anda akan dapat 3 keping iaitu bahagian a, b dan c.
a+b = pola hadapan seluar
b+c = pola belakang seluar


Tadaaa! Pola fancy shorts anda dah siap. Settle Part 1. InsyaAllah saya akan sambung Part 2 - cara memotong dan mencantum sampai jadi seluar, di masa akan datang. 

Until then... stay cheerful!

Sunday, May 8, 2016

Projek malam minggu - langsir jadi alas meja

Ini cerita semalam.

I just bought a wood-top dinner table. A couple of days old. Dan sepertimana lumrah bila dapat barang baru, I sangat2 berazam nak jaga baik2 supaya tahan bertahun-tahun.

And since we were going to have a kenduri doa selamat and housewarming hari ni, menggelupur lah I semalam mencari alas meja @ saprah untuk menutup meja I agar selamat dari sebarang "kecalaran" akibat pergeseran pinggan-mangkuk, gelas, toys, kuku, gelang dan tah apa2 lagi yang masuk logik akal.

Bukan I tak ada alas meja lama, tapi meja lama was a smaller table. Memandangkan keluarga I sekarang dah merangkap 6 orang dan in my household, total ada 8 orang (termasuk my mum and maid), maka meja 6-seater doesn't serve us anymore. We therefore upgraded to a 8-seater table, which is big enough to accommodate 10, when the need arises.

Considering I was pressed for time, I decided to go to the nearest place I thought I could find a tablecloth. Malangnya, the home decor shop I went to tak ada jual saprah, tapi ada jual langsir. Not wanting to waste much time, I pun sepantas kilat merekacipta design saprah yang I boleh buat, dan berapa helai langsir nak kena beli untuk buat saprah 10x6 kaki.

The curtains I bought. One opaque curtain
and 2 sheer curtains.
So I ended up buying 3 helai langsir pasang siap.

I mula menjahit some time after dinner dan selesai kira2 tiga jam kemudian. Let me just say that it was quite challenging, especially tang part nak potong sheer curtain tu. Payah betul nak potong lurus. I buat teknik tarik benang untuk dapatkan garisan lurus, but when you have only so much time, and twice as much work... takde masa der akak nak tarik2 benang bagai. Berpinar mata nak kutil benang tu uols!

Walau bagaimanapun, berkat tekun dan sabar (yang hampir2 jugak nak padam), siap lah jugak saprah I yang tak seberapa itu. It could've been better, but this time, I gave myself a break and casted my need for perfection aside. Considering kesuntukan masa dan ke-terhad-an material, I would consider this little (bulky) express project a success. Next time, when I can take my own sweet time, insyaAllah I'd make a better saprah.


Finished product...






Akhir kata, to all mothers out there...

HAPPY MOTHER'S DAY!

-Nin-

Monday, May 2, 2016

Cara buat seluar tidur dari langsir ready-made - Part 2


Dalam posting ni, I nak tunjuk macamana I buat seluar dari langsir ready-made. Ye, kain langsir! Kain langsir jenis cotton linen sesuai je. Tapi sebelum jahit tu, basuh la dulu ye. Bagi peluang kain tu mengecut dan juga untuk melembutkan kain. Kain jenis linen ni makin dibasuh, makin lembut, makin sedap pakai.

Jom mula.

Kalau anda tak faham what I'm talking about here, sila rujuk Part 1.

Pertama : adjust pola seluar ikut kesesuaian pemakai.
Sebelum tu, pastikan anda dah lakar pola seluar mengikut saiz di pemakai. Cara melakar pola ada di sini. Tetapi memandangkan pemakai seluar ini berbadan montel dan gebu, I have made some adjustments to the pola. Sila adjust pola anda accordingly.

Ini adalah beberapa olahan yang I dah buat, berdasarkan dari pola asal yang I kongsikan di dalam posting dulu. Sila rujuk gambar. Perubahan2 yang I buat ditanda dengan huruf besar warna merah, ABCD.

A - Ukurlilit punggung (A) ditukar tambahan 3" tu kepada 5" untuk kelonggaran yang sesuai bagi 
memudahkan pergerakan dan memberi ruang untuk tumbesaran anak. Nak pakai lama seluar ni oii...
B - I naikkan seinci, instead of setengah inci.
C - Panjang cawat + 1"
D - I labuhkan sedikit cawat belakang (garisan kuning). Yang ni takde ukuran,
agak2 panjangkan dalam seinci-dua.

Nota : Sila adjust ikut keselesaan masing2. I sekadar tunjuk contoh berdasarkan saiz anak I sendiri.
Kedua : Potong pola macam yang dinyatakan di dalam gambar di bawah.

Macam ni lah rupa pola I yang dah siap digunting. I lakar pola terus atas kain,
dan gunakan pola dari kain pertama untuk menggunting
pola yang kedua. Perhatikan macamana I potong supaya
hujung seluar betul2 selari dengan hujung langsir. This way, dah tak payah nak kelim
kaki seluar lagi. Rajin kan I?

Ketiga : Gunting tab langsir untuk dijahitkan ke kaki seluar. Seterusnya, jahit seluar seperti biasa. (Cara jahit ada di sini)

Gunting tab langsir. Jahit tepi di bahagian guntingan supaya benang tak
berbulu dan tercabut. Jahitkan pada sebelah dalam kedua2 belah kaki seluar.
Jahitkan butangnya di sebelah luar kaki seluar.
I'm sure you can figure this out kan? Sebenarnya lupa ambil gambar.... ampunnn!!
Keempat : Rock it, baby!


There... tak susah kan? Selamat mencuba!




InsyaAllah, future posting, share cara nak buat seluar pendek comel ni pulak.


Sunday, May 1, 2016

Cara buat seluar tidur dari langsir ready-made - Part 1


Sejak sibuk dengan urusan perpindahan dari Malaysia Timur ke Malaysia Barat sejak akhir November tahun lepas, akhirnya mesin jahit yang lama terperuk itu selamat di warm-up kan. Sebenarnya dah berminggu juga I menyimpan harapan nak layan hobi menjahit ni tapi banyak faktor mempengaruhi. Antaranya, sebelum mula menjahit, kena kemas dulu bilik jahit. Kena ketepikan kotak2 yang bertimbun, kena kosongkan meja yang penuh benda2 yang bukan tempatnya di situ. Kena keluarkan mesin2 jahit dari dalam kotak. Kena locate semula segala perkakas menjahit. Kena itu, kena ini... haaa sebab tu lah hasrat menjahit tu lama terpendam! Banyak sangat yang kena buat dulu sebelum boleh merempit.

Anyway, hari ni dan semalam dapat jugak lah I melepaskan gian menjahit.

Hari ni siap seluar abang ngah 2 helai. Yang ni yang I nak share cara buat dalam posting kali ni.


Seluar abang ngah tu sebenarnya I buat dari kain langsir, iaitu kain linen cotton. Kesahnya, I pegi satu jualan gudang di Puchong. Sambil jalan2 cuci mata mencari bedsheet, terpandang pulak langsir ready-made. Terus I belek2 kalau2 ada kain langsir cotton. Alhamdulillah ada rezeki.

Sebelum ni I dah pernah buat tutorial cara melakar pola dan menjahit seluar tidur. So korang refer kat situ je lah eh? I just nak share apa yang I buat berlainan kali ni sebab...
  1. Tuan punya seluar ni berbadan montel gebus gitu, jadi ada perubahan sikit tang part pola nye tu.
  2. I nak tunjuk cemana I potong kain supaya kita tak payah jahit pelipat kaki seluar. Kita pakai yang original pada langsir ready-made tu.
  3. Seluar kali ni ialah seluar 2-in-1. Seluar panjang yang boleh transform jadi seluar pendek.
Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom I show you how. Senang banget!