Sunday, May 1, 2016

Cara buat seluar tidur dari langsir ready-made - Part 1


Sejak sibuk dengan urusan perpindahan dari Malaysia Timur ke Malaysia Barat sejak akhir November tahun lepas, akhirnya mesin jahit yang lama terperuk itu selamat di warm-up kan. Sebenarnya dah berminggu juga I menyimpan harapan nak layan hobi menjahit ni tapi banyak faktor mempengaruhi. Antaranya, sebelum mula menjahit, kena kemas dulu bilik jahit. Kena ketepikan kotak2 yang bertimbun, kena kosongkan meja yang penuh benda2 yang bukan tempatnya di situ. Kena keluarkan mesin2 jahit dari dalam kotak. Kena locate semula segala perkakas menjahit. Kena itu, kena ini... haaa sebab tu lah hasrat menjahit tu lama terpendam! Banyak sangat yang kena buat dulu sebelum boleh merempit.

Anyway, hari ni dan semalam dapat jugak lah I melepaskan gian menjahit.

Hari ni siap seluar abang ngah 2 helai. Yang ni yang I nak share cara buat dalam posting kali ni.


Seluar abang ngah tu sebenarnya I buat dari kain langsir, iaitu kain linen cotton. Kesahnya, I pegi satu jualan gudang di Puchong. Sambil jalan2 cuci mata mencari bedsheet, terpandang pulak langsir ready-made. Terus I belek2 kalau2 ada kain langsir cotton. Alhamdulillah ada rezeki.

Sebelum ni I dah pernah buat tutorial cara melakar pola dan menjahit seluar tidur. So korang refer kat situ je lah eh? I just nak share apa yang I buat berlainan kali ni sebab...
  1. Tuan punya seluar ni berbadan montel gebus gitu, jadi ada perubahan sikit tang part pola nye tu.
  2. I nak tunjuk cemana I potong kain supaya kita tak payah jahit pelipat kaki seluar. Kita pakai yang original pada langsir ready-made tu.
  3. Seluar kali ni ialah seluar 2-in-1. Seluar panjang yang boleh transform jadi seluar pendek.
Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, jom I show you how. Senang banget!

2 comments:

  1. Ohhhh...dah balik ke Semenanjung rupanya! Barulah tahu cerita! La ni you kat Cyberjayalah yerk!

    Kalau belek-belek hobi you ni, terasa macam nak juga join sekaki tapi rasa macam dah terlambat aje nak belajar mengenal jarum nih tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh belum terlambat. Maybe u boleh pursue hobby ni lepas cita2 u nak jadi fulltime housewife tercapai. Good luck!

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^