Showing posts with label Pola. Show all posts
Showing posts with label Pola. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 2 (Cara potong dan jahit)

Ini adalah sambungan dari tutorial Part 1.

Ingat tak tutorial yang lepas, kita end up with lukisan pola yang macam dalam gambar ni (pic 4)?

Potongkan pola tersebut ikut garis hitam. Pola anda akan terdiri dari 3 keping kertas, iaitu a, b dan c.

Pic 4


Kombinasi a dan b adalah pola bahagian depan seluar. Kombinasi b dan c adalah pola bahagian
belakang seluar. Rujuk gambar2 kat bawah ni.


Pic 5
Pic 6


Seterusnya, bila nak potong seluar, susun pola ikut bahagian yang dikehendaki dan potong dengan kelebihan basi sebanyak setengah inci. Lihat contoh dalam gambar2 kat bawah ni. Saya lukis pola dah siap2 sekali dengan basi 1/2" jadi saya tak perlu tambah lagi.

Pic 7

Pic 8

Langkah seterunya. Jahit tepi keliling setiap helai potongan kain, dan kemudian jahitkan lace (atau ropol, atau biased tape, ikut suka korang lah) macam dalam gambar di bawah (pic 9). Lace di bahagian depan seluar tu tak payah la jahit sampai ke pinggang, sebab bahagian tu nanti terlindung.

Pic 9Perhatikan saya jahit lace di belah depan kain sebab nanti kita nak lipatkan ke belakang dan topstitch. Lebih kurang sama macam jahit binding jugak. Also, perasan tak bahagian depan seluar tu lepas jahit lace, saya teruskan jahit lurus sampai ke atas? Ini untuk memudahkan kita
melipatkan basi tu ke belakang kain nanti.

Nota : Pastikan anda tak konfius bila saya cakap depan kain dan depan seluar.

Pic 10
Lipat lace ke belakang kain dan gosok.

Pic 11

Okay, sekarang baca betul2.
Mula2 sekali, topstitch bahagian depan seluar dulu, iaitu helaian A.
Kemudian, selisehkan kedua2 bahagian depan dan belakang seluar dengan
helaian B di atas helaian A, dengan seliseh selebar 2 1/2" (Ini ukuran pola saya.
Ikut pola anda berapa besar seliseh ni) dan topstitch-kan bermula dari pinggang
sepanjang lengkuk seluar tu.  Maknanya, sekaligus topstitch dan cantum
kedua2 bahagian depan dan belakang seluar. Boleh paham kan?

Hasilnya macam dalam gambar di atas.

Pic 12
Sambungkan pula kaki seluar di bawah cawat. At this stage, anda
dah ada 2 kaki seluar kiri dan kanan.

Dah tu, sambungkan pula kedua2 kaki seluar ini di bahagian cawat. Lupa la pulak nak amik gambar so saya pinjam imej dari tutorial yang lepas.

Pic 13

Langkah berikutnya, potong kain untuk buat sarung getah pinggang. Saiz bergantung kepada ukurlilit pinggang dan lebar getah yang akan digunakan.

Pic 14
 Panjang = ukurlilit pinggang + 1"
Lebihan 1" tu untuk basi 1/2" di setiap hujung.

Lebar = (Lebar getah + 1/4"+ 1/4") x 2
1/4" yg pertama ialah ruang kelonggaran untuk getah dah kedut2 kain tu nanti.
1/4" yg kedua ialah basi kain.

Dah potong, lipat dua dahulu sepanjang getah dan gosok. Kemudian, lipat 1/4" di salah satu tepi kain untuk basi.
Basi yang sebelah lagi tak payah gosok. Rujuk gambar atas.



Pic 15

Sambungkan kedua2 hujung kain tadi, jadi mcm satu gelung. Ingat ye, basi tadi kita
potong 1/2" kan? Kalau tak ikut size basi ni nanti sarung getah tu akan jadi
terpendek atau terpanjang.
Seterusnya, pinkan sarung tu di bahagian basi 1/4" yang kita tak lipat tadi, macam
dalam gambar di atas. Jahit dgn basi 1/4" tadi.
Lepas tu, terbalikkan dan jahitkan sarung ke belah dalam seluar pulak.
From here on, jahit je lah macam kita biasa jahit sarung getah seluar, tinggalkan lubang
sikit untuk masukkan getah, dan jahitkan semula lubang tu lepas dah masuk getah.

Kalau anda rasa tak paham bahagian akhir2 tutorial ni, sila rujuk tutorial yang terdahulu tentang cara jahit seluar tidur. InsyaAllah boleh paham kut.

Dah siap seluar! Puas hati tak jahit sendiri??

Sangat!


Monday, May 9, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 1 (Cara lukis pola)

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi tutorial cara menjahit shorts seperti dalam gambar ni.


Tak tau apa nak panggil seluar comel ni, jadi saya panggil fancy shorts je lah. Tak kisah lah apa kita nak panggil kan? Yang penting seluar ni cute sangat bila budak2 pakai.


Maafkan je lah kasut pink, stokin merah, seluar biru... tak matching lahangsung! Tapi tak ke nampak betapa va-va-voom nye seluar iteww? Haaa... masuk bakul pulak si tukang jahit ni.

Lets not waste much time, meh saya tunjuk cara nak lukis pola seluar ni.

Mula2 sekali, lukiskan garis2 penanda mengikut size/ukuran pemakai (Rujuk Pic 1). Saya jahit seluar ikut ukuran anak yang berumur 3 tahun.

Pic 1
AC = EG = IK = (Ukurlilit punggung + 4")/2
AE = BF = CG = Tinggi cawat (Sambil pemakai sedang duduk, ukur dari pinggang ke kerusi) + 1/2"
AI = BJ = CK = Panjang seluar

 Seterusnya, lukis pola macam dalam Pic 2. Garisan hitam (termasuk yang putus2) ialah pola seluar.

Pic 2

V dan W = 1 1/2" (Sesuaikan ikut size pemakai. No hard and fast rule here, ikut sedap)

X = 2 1/2" (Ini lebar seliseh antara bhgn depan dan belakang seluar. Boleh tambah
ikut suka tetapi lebihkan ke kiri, iaitu ke bhgn depan seluar.)


Y = Turunkan bersesuaian dengan size getah yang akan digunakan.
Saya turunkan 1" sebab saya nak pakai getah 3/4". Garisan biru ialah garisan
asal pinggang seluar.

Z = Panjangkan dan turunkan sedikit ke bawah untuk bahagian
punggung untuk anak yang montel pakai pampers. 
Saya lukis free hand dan main agak2 je.

Garisan yang ada highlight warna kuning = saya sekadar lukis garisan belah kanan bagi
agak2 sama dengan yang belah kiri supaya bila nak cantumkan nanti tak pening kepala
panjang-pendek. Kemudian sambungkan aje kedua2 hujung kiri-kanan dengan  barisan lurus.

Garisan putus2 = saya lukis freehand je. Boleh guna pembaris lengkuk atau
pinggan bulat, whateversuits your fancy. Adjust ikut kadar "keseksian"
yang dikehendaki hehehe.

Pic 3

Bila siap, anda akan dapat rajah macam di atas.
Apabila anda potong ikut garisan hitam, anda akan dapat 3 keping iaitu bahagian a, b dan c.
a+b = pola hadapan seluar
b+c = pola belakang seluar


Tadaaa! Pola fancy shorts anda dah siap. Settle Part 1. InsyaAllah saya akan sambung Part 2 - cara memotong dan mencantum sampai jadi seluar, di masa akan datang. 

Until then... stay cheerful!

Thursday, April 30, 2015

Cara Menjahit Peasant Dress - Siri 1/2

Hello again =)

Semalam saya sempat jahit baju untuk Aisyah. Nama omputihnya, peasant dress. Nama Melayunya, Allahu'alam. Kalau dalam keluarga saya (orang Perak), asal dress je, kami pukul rata panggil "gaun" hehehe...

Ini hasilnya. 


Cantik kan? Sebenarnya dah banyak kali saya jahit baju Aisyah menggunakan pola yang sama, tapi saya pelbagaikan lengan dan kombinasi fabrik. Sekarang "gaun"2 tu semua dah pendek, so I guess it's time to make new ones.

Untuk baju ni, saya buat satu pola asas atas kertas cardboard, dan cardboard yang satu ni lah saya jadikan acuan/stencil untuk diulang-pakai berkali2 (selagi dia boleh muat saiz tu lah!). Semalam saya buat lagi satu pola baru setelah mengemas-kinikan saiz. Saya buat besar sikit supaya boleh pakai sampai kawin umur 3-4 tahun. Sekarang Aisyah 2thn 3bln.

Ini pola asas yang saya buat.


Satu pola ni je lah yang saya guna untuk potong badan baju dan lengan baju. All-in-one! Sebenarnya, kalau anda rajin google, banyak je pola peasant dress ni yang boleh anda download online, dalam format pdf. 

Cumanya, kalau download tu, pertama, saiz baju adalah mengikut saiz standard. Kalau anak anda slim (macam Aisyah) atau terlebih gebu-gebass, then you have to adjust the pattern. Keduanya, anda kena print pola2 ni dulu, lepas tu cantum2kan kertas sampai jadi pola yang bersaiz sebenar (actual size). Itu pun kalau anda ingat (atau tahu) nak check skala untuk dapat printout yang bersaiz sebenar. Eeee... macam rumit je kan? Memang pun!

Jadi untuk menjimatkan kertas, dakwat, masa dan panadol... meh kita start fresh dan lukis pola sendiri. Ini adalah pola yang saya dah olah2 berdasarkan pengalaman menjahit peasant dress ni sejak mula2 dulu lagi. Akhirnya saya dapat pola dan teknik (gabungan sumber2 rujukan dari internet juga) yang saya rasa paling praktikal dan senang.

 

Warna merah (gambar atas) adalah badan baju dan warna purple, lengan baju. Rasanya rujuk rajah dan nota dalam gambar tu dah boleh faham kan? Lakar macam di atas, dan potong. Sebaik2nya atas kertas yang agak keras seperti kad manila.

Perhatikan pada badan baju tu, di bawah ketiak tu saya tiruskan bagi ada bentuk sikit. Ini sebab Aisyah ni baka slim (ehem2). Kalau anak anda tembam dan chubby, sila abaikan. Buat je garis lurus kembang terus ke bawah. Lepas tu cuba ukur pola itu di bahagian perut (agak2 lah kat mana dan x4 untuk dapat ukurlilit sebenar) dan bandingkan dengan ukurlilit perut anak anda. Pastikan boleh celus ye =D.

Peringatan : Setiap kanak2 adalah unik dari segi ketinggian dan saiz. Oleh itu, setelah melukis pola, double-check dengan mengukur semula anak anda berdasarkan ukuran pola.

Kalau rasa agak2 ketat, tambahkan lagi kelonggaran untuk memudahan pergerakan. Kanak2 lazimnya aktif dan memerlukan banyak ruang untuk pergerakan. 

Last sekali, letakkan pola atas kain cenggini, dan potong. Jangan lupa tambahkan basi (rujuk gambarajah tambah basi di bawah). Kalau nak lagi senang, tambahkan basi siap2 semasa lukis pola. Saya terlupa step ni. Haishh!



Untuk memotong lengan baju, bolehlah lipatkan pola tu setakat mana panjang lengan yang anda mahu (kalau lengan pendek) dan lakarkan bentuk pola atas kain. Kalau lengan panjang, labuhkan sajalah ikut suka. Peringatan : Tak perlu kembangkan lengan baju macam badan ye. Cukup sekadar tiruskan sikit ke dalam dan buat garis lurus (rujuk gambar pola asas).



Rupabentuk fabrik setelah dipotong.
Nah, dah siap potong kain. Seterusnya sila rujuk 


untuk cara-cara menyambung fabrik untuk dijadikan baju. Panjang nor lah nak letak semua dalam satu entry huhuhu...

Kalau anda suka tutorial ini, silakan 'follow'  blog saya untuk mengikuti tutorial2 lain yang akan datang, insyaAllah. Klik butang "Join This Site" yang terletak pada sidebar. Terima kasih.

Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa membaca tutorial (made with love) saya ini. Sila share peasant dress yang anda hasilkan dengan meng-email gambar kepada saya di

creatingmoments@gmx.com

dan insyaAllah, saya akan share di blog ini pula. Kita tengok idea dan kreativiti masing dan sama2 kongsi2 idea yang menarik. Tak gitu?

Selamat melukis pola!

Nota : Siri kedua akan menyusul tak lama lagi. Rest kejap lah. Berpinau dah mata ni =D

Thursday, April 23, 2015

Cara Mengukur dan Melukis Pola Seluar Tidur

Hello =)

Kali ni saya nak share ilmu sikit. Saya ni suka menjahit. Suka tengok kain jadi seluar, jadi baju, jadi sarung bantal, jadi langsir... hehehe... Rasa puas hati sebab dah tentu yang buat sendiri ni lebih berkualiti dari segi jahitan dan material yang kita pakai, betul tak? Bila saya dah jahit sesuatu, saya suka "tayang" kat facebook hehehe... sekadar nak kongsi rasa gumbira sebab setiap kali siap satu2 projek tu, rasa accomplished sangat! Padahal jahit seluar tidur je pun kah kah kah!

Lepas tu bila dah share kat facebook, ramai lah kawan2 yang buat komen lebih kurang macam ni... "ambik tempahan tak?", "bestnye pandai jahit", "I wish I can sew like you do!" dan komen2 yang sewaktu dengannya. 

Respon saya, "no, saya tak ambil tempahan", "ye, memang best kalau tahu menjahit" dan "yes, you can sew like me too!".

Jadi dalam posting bersejarah hari ni, saya nak tunjukkan cara macamana nak jahit seluar tidur. Di sini saya tunjukkan cara nak lukis pola dulu. InsyaAllah dalam posting akan datang, saya tunjuk cara nak jahit pulak ok?

Langkah pertama : Cari fashion victim hehehe. Saya punya mangsa keadaan kali ni ialah anak boy saya si Muhammad (3 tahun).

Langkah kedua : Ukur. Untuk buat seluar ringkas ni cuma perlu 4 sukatan iaitu pinggang, punggung, panjang cawat dan labuh seluar. Agak2 kalau tengok gambar ni paham tak cara nak ukur?


Ini ukuran Muhammad :
Ukurlilit Pinggang - 19"
Ukurlilit Punggung  - 23"
Cawat  - 6"
Labuh Seluar - 21"

Langkah ketiga : Lukis pola cenggini. Nampak ke uols?



*Nota Penting :

(i) Ini untuk buat seluar kanak2 jadi saya cuma tambah 3" saja dari ukurlilit punggung. Ukurlilit punggung ye, uol. Bukan ukurlilit pinggang. Ini terpulang lah ye, kalau uol suka longgar2 (esp. kalau buat seluar sendiri), tambah la kelonggarannya tu ikut sesedap rasa. Kalau nak pastikan betul2 selesa, lepas dah tambah kelonggaran yang agak2 sesuai, cuba uol duduk dengan tali tape tu masih di punggung. Kalau terlepas tali tape tu, konfem tak cukup ruang hahaha!

(ii) Nampak tak kat bahagian pinggang sebelah belakang seluar tu saya naikkan setengah inci? Ini pun terpulang. Kalau punggung tu agak2 macam punggung Nikki Minaj (ehem!), pandai2 lah tambah kadar yang sesuai. Kalau dalam keadaan biasa untuk seluar saya sendiri, saya suka naikkan setengah inci di belakang dan turunkan setengah inci di depan.

(iii) Sila ambil perhatian kat bahagian seluar yang terletak di celah kangkang tu. Tak tau lah nak panggil apa bahagian ni, tapi please note yang bahagian belakang mesti lebih besar ukurannya dari bahagian depan. Kalau ikut pola ni, belakang saya tambah 2.5" dan depan 1.5". Again, saya ingatkan, ini seluar kanak2. Kalau buat seluar sendiri, macam saya, saya tambah 3" kat belakang dan 2" di depan. Saya ni kurus. Uols yang agak2 voluptuous tu agak2 lah ye. Lebih takpe, jangan kurang. Takyah perfect sangat, seluar tidor je hehehe....

(iv) Perasan tak kaki seluar tu (garis merah) tercorot ke dalam sikit? Dalam gambar tu saya pendekkan seinci dari kedua2 belah. Yang ni pun ikut suka lah nak kecikkan banyak mana. Kalau suka nampak ala2 carrot cut gitu, corotkan lah lagi ikut selera masing2 asalkan masih boleh buat buku lali. Up to you. I no hal one!

Dah siap pola? Puas hati? Seterusnya...

Langkah keempat : Potong kain ikut pola. Tapi jangan lupa tambah basi ye. Sila lihat gambar di bawah ni.


Nota:

(i) Setelah dipotong anda akan dapat 2 bahagian pola. Satu bahagian yang putih tu. Satu lagi bahagian yang biru (untuk bahagian kaki seluar).

(ii) Bahagian biru tu pastikan berbentuk segiempat tepat ye. Ini untuk memudahkan kita jugak masa nak jahit nanti supaya sama dan tak panjang-pendek.

(iii) Lebihkan basi mengikut ukuran dalam gambar.

(iv) Jahit tepi di sepanjang bahagian yang di highlight warna kuning.

Faham tak setakat ni?

Kalau uol perasan, saya masih belum pakai satu lagi ukuran iaitu, ukurlilit pinggang. Yang ni last sekali, masa nak ukur getah seluar. Dalam pola tak perlu pakai ukurlilit pinggang. Ingat ye. Jangan silap. Nanti seluar tak muat nak masuk!

Ni gambar kain yang dah dipotong. (Yes, I work on the floor!)


Phew! Berpinar gak mata nak buat posting ni. Baru buat pola je ni. Haishh! InsyaAllah dalam masa terdekat ni, bergantung kepada masa lapang saya yang busy woman ni... akan adalah jua nanti tutorial cara nak jahit seluar ni, hokay? Tu kain dah potong tu.... sikit je lagi nak siap. =)

Sekian tutorial pertama dari saya. I'll see you when I see you! *muah*

P.S. Jangan lupa follow blog saya untuk tutorial2 akan datang, insyaAllah.

UPDATE : CARA JAHIT SELUAR TIDUR <<--- KLIK SINI UNTUK TUTORIAL