It's been awhile since I baked anything. Rasanya sessi terakhir mem-baking was last week, buat bread pudding. And orange cake 3 hari sebelum tu. Okay lah, that wasn't too long ek? Tapi rasa macam lamaaa dah tak bake... gian nak bake lagi hahaha!
Kebetulan semalam sessi usrah bulanan geng2 "maresem" I so I had a very good reason to bake. Usrah pukul 10 pagi, pukul 8 pagi akak baru terhegeh-hegeh nak keluarkan bahan2 sambil berdoa mintak-mintaklah semua bahan cukup untuk buat cinnamon rolls ekekeke! Alhamdulillah, cukup pun. Dalam pada tu, cuak jugak dalam hati, sempat ke nak siap ni memandangkan meroti ni kena tunggu dough naik paling tidak sejam.
Apa-apa pun I redah je lah. Kalau lambat siap, lambatlah I pegi usrah. Venue usrah pun tak jauh, tak sampai 10 minit dari rumah so okay lah tu. Alang-alang dah niat dari semalam nak bagi kawan-kawan merasa cinnamon rolls I yang terulung (yes, my first time!) so I teruskan je lah.
I used my thermomix to prepare the dough sebab menguli dengan thermomix ni bukan saja cepat, tapi senang. Kau humban je semua bahan dalam balang dia, tekan function uli roti, pandai lah dia uli cukup dengan suhu yang ideal untuk adunan yang mengandungi yis. It took me all of 5-7 minutes, dah siap dough.
Disebabkan kesuntukan masa, untuk first rise, I cuma rehatkan dough 15 minit je heeee jangan marah. Then terus canai, letak brown sugar, serbuk kayu manis, gedebuk-gedebak tau-tau dah masuk tray. I rehatkan dough kali kedua ni selama 45 minit.
Dah naik elok, ready nak masuk oven. |
I pakai convection oven. Alaahh oven yang ada kipas tu lah. Best oven ni sebab pemanasannya rata dan sekata jadi kek atau roti pun cantik je masaknya. Takde lah hitam sebelah macam oven I yang lama dulu huhuhu... whereby nak elakkan hitam sebelah ni I terpaksa pusingkan tray halfway through cooking time. Ketibas I tau nak mengalih tray dalam oven panas membahang tu! With convection over, tak perlu dah buat semua tu.
Sayugia diingatkan di sini (haaa BM akak...) bahawa kalau pakai convection oven, silalah turunkan suhu dan masa memasak ye. Kalau resepi kata 180ºC, kita cuma set 170-165ºC saja. Dan pendekkan juga waktu memasak. I almost burnt my rolls sebab I set timer 25minit ikut resepi lepas tu dengan keyakinan tinggi terus pegi mandi, bersiap-siap bagai. Nasib baik tergerak nak check at 20min, dah masak rupanya. Itu pun I rasa macam ter-overcook sikit.
Ni ha ghopenye selepas keluar dari oven....
Untuk glaze, instead of using milk and water, I pakai jus oren yang fresh. Jus dari sebiji oren dah cukup untuk secawan gula icing. I buat sikit je glaze sebab tak mau manis sangat. Maklum, yang nak makan tu nanti semua mokcik-mokcik belaka, kena jaga sugar intake memasing kan? But, if you like it extra sweet, simbahlah sebanyak mana glaze korang suka ye?
Senang je buat glaze, gula icing secawan dicampur dengan orange juice. Kacau lah sampai tahap kepekatan yang korang uol suka. I buat cair/nipis je but honestly, kalau buat pekat sikit lagi best. Nanti bila dia sejuk, glaze tu macam berkerak-kerak kat atas rolls tu... yums!
Ini lah hasilnya my cinnamon rolls yang siap dalam masa 1 jam 40 minit.
Nampak sedap kan? Memang sedap! The orange glaze definitely adds the extra oomph. Lain kali kalau ada potluck, this would be my first choice to make.
Bagi yang membaca posting ni semata-mata kerana nak resepi, terima kasih lah kerana sudi membaca mukadimah yang panjang ni sebelum sampai ke resepi. Anda sesungguhnya seorang yang penyabar. I lebiu.
Silakan hadam resepi di bawah:
Resepi asal I ambil di sini. Di bawah ni resepi yang telah di alih bahasa dan di ubah suai mengikut apa yang I buat semalam.
Bahan-bahan
- 2 1/2 - 3 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh garam
- 1 bungkus yis mauripan (11g)
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan susu
- 3 sudu besar mentega (lembut, bukan cair)
- 1 biji telur gred A, dipukul sedikit sahaja
- 3 sudu besar mentega (lembut, bukan cair)
- 4 - 5 sudu besar serbuk kayu manis (sesuaikan ikut selera)
- 1/4 - 1/2 cawan gula perang (soft brown sugar)
- 1 cawan gula aising
- Just dari sebiji oren navel/sunkist
Doh
Inti
Aising/Glaze
Cara:
- *Satukan susu, air dan mentega dan panaskan sedikit sahaja sehingga suam.
- *Masukkan gula dan yis. Biarkan seketika sehingga yis berbuih.
- Dalam mangkuk mixer, masukkan adunan yis tadi bersama telur. Kacau sedikit sehingga rata.
- **Gunakan "dough hook", masukkan 2 setengah cawan tepung dahulu dan uli beberapa minit. Masukkan lebihan tepung sedikit demi sedikit sambil perhatikan konsistensi adunan. Adunan mesti tidak terlalu kering, sedikit melekit.
- Rehatkan adunan di dalam mangkuk yang dilengser sedikit minyak dan ditutup selama 15 minit.
- Taburkan sedikit tepung di atas ruang mencanai dan rolling pin agar doh tidak melekat. Canai doh menjadi segiempat tepat selebar lebih kurang 15inci dan setebal lebih-kurang dari 1cm. Kalau nak roll tu bergulung-gulung banyak lapis, canai nipis lagi doh tersebut. Doh akan jadi lebih panjang, tapi kekalkan lebar 15inci.
- Sapu mentega di atas permukaan doh yang telah dicanai menggunakan pastry brush (or jari, whatever works for you).
- Taburkan gula perang dan serbuk kayu manis. Ratakan pelan-pelan dengan spatula.
- Mulakan menggulung dari atas, gulung ke arah anda. Gulung agak-agak padat ye, jangan longgar sangat.
- Potong gulungan tadi kepada 12 bahagian menggunakan benang atau dental floss. Boleh je pakai pisau atau dough cutter tapi nanti doh tu penyek sikit lah dan kemungkinan isinya akan terkeluar. Hati-hati ye.
- Susun atas talam berukuran 9x13 inci. Pastikan talam dilengser sedikit mentega dulu.
- Rehatkan selama 45min hingga sejam.
- 15 minit sebelum bakar, panaskan dulu oven pada suhu 180ºC dan bakar selama 25 minit. Untuk oven yang ada kipas (convection oven), turunkan suhu kepada 170ºC dan bakar 18-20 minit sahaja.
Doh
Apabila sejuk/suam, bolehlah di hias dengan glaze oren.
Nota:
*Boleh abaikan step ni kalau anda yakin yis yang akan digunakan itu masih "hidup". Campur je semua sekali, terus uli.
**Kalau uli dengan stand atau hand mixer, sila uli dalam jangkamasa 7-10 minit. Dengan thermomix, 3-5 minit je cukup =)
Sebagai penutup, kita saksikan penjamah-penjamah cinnamon rolls ye...
Matching pulak tudung I dengan kek. |
Kasi chan la mokcik-mokcik pun nak bergumbira. |
Ishh... betul ke usrah ni?? Hahaha. |
Tu bukan anak I ye... pinjam anak kawan heeee! |
Lots of love, Nin