Thursday, April 30, 2015

Cara Menjahit Peasant Dress - Siri 2/2

Kita sambung tutorial peasant dress. Dalam siri kedua ni, saya akan tunjukkan cara2 untuk menjahit fabrik sehingga terhasilnya baju macam ni...


Jika anda masih belum membuat pola baju dan memotong kain, sila tengok entry sebelum ini iaitu

untuk cara2 melukis pola dan memotong kain. Jika sudah, mari kita teruskan jahit baju yang cantik manis ini.

Mula2 sekali, seperti biasa, sesi menggosok basi. Gosokkan semua basi yang akan dikelepetkan nanti. Langkah ini penting sebab akan memudahkan dan mempercepatkan kerja menjahit.
Gosok elok2 biar nampak jelas garis lipatan tu ok?


Panduan melipat basi:

Bahagian leher yang basi 1" (yang akan dimasukkan getah) : mula2 kelepetkan 1/4", gosok, kemudian kelepetkan lagi 5/8", gosok.
Buat yang sama untuk setiap helai badan dan lengan baju.

PEMBETULAN : Saya tersilap masa buat tutorial ni. Sebenarnya basi untuk bahagian leher ialah 3/4" (bukan 1"). Masa gosok, mula2 kelepetkan 1/4", lepas tu kelepetkan lagi 3/8". Getah yang digunakan untuk leher ialah getah bersaiz 1/4" (bukan 1/2" seperti yang ditulis dalam gambarajah di atas. Sorry ye, akak silap hehehe...)
Buat yang sama untuk setiap helai badan dan lengan baju.

Bahagian hujung lengan : Kelepetkan 1/4" gosok, dan lagi sekali 1/4" juga dan gosok.

Bahagian hujung baju (kelim/hem) : Kelepetkan 1/2", gosok, dan lagi sekali 1/2" juga dan gosok.

Contoh lipatan kelim di leher untuk dimasukkan getah nanti.
Setelah sessi menggosok dan jahit tepi (rujuk gambarajah Tambahan Basi di atas),
sekarang tibalah masa yang ditunggu2.

Masa untuk menjahit!

Langkah pertama :

Cantumkan lengan dengan badan baju dengan basi selebar 3/8". Walaupun tadi masa potong kain kita tinggalkan basi 1/2", tapi biasanya mesin jahit tepi akan potong 1/8". Jadi yang tinggal berapa, adik2? 
Ye... 3/8" sahaja. Jadi itulah lebar basi kita. Ingat tu ye... ;-)

Temukan lengan dan badan baju di bahagian seperti dalam gambar. Pin dan jahitkan dengan basi 3/8".
Buatkan di semua sambungan lengan dan badan secara selang-seli.
Jikalau anda cantum dengan betul, anda akan dapat seperti gambar di atas.
Dah ada rupa baju dah tu kan? 

Langkah kedua :
Kelimkan lipatan di leher baju yang telah di gosok tadi. Jangan lupa tinggalkan sedikit rongga untuk memasukkan getah nanti.

Perhatikan lokasi jahitan kelim iaitu di tepi lipatan supaya ada ruang yang cukup untuk getah.
Tinggalkan juga satu lubang kecil untuk dimasukkan getah nanti.
Langkah ketiga :
Jahit getah pada lengan baju untuk efek kedut2.

1. Jahit kelim pada hujung lengan baju dahulu. Lipat mengikut bekas gosok yang dibuat awal2 tadi, iaitu kelepetkan
1/4" sebanyak 2 kali, dan seterusnya jahit kemas. (seperti dalam gambar)
2. Tandakan di mana hendak dibubuh getah. Dalam contoh ini, saya ambil 1" dari hujung lengan dan saya
tandakan dengan garisan biru. Jangan lupa tandakan juga di tengah2 (center) garis biru tersebut.

3. Selepas itu, ambil getah (saya pakai getah saiz 1/8") mengikut ukurlilit lengan pemakai (ukur agak2 sedap
dan tidak terlalu ketat) dan tandakan juga bahagian tengah (center) getah.
4. Jahitkan kedua2 hujung dan tengah getah pada lengan baju di lokasi yang sama. Jahit beberapa stitches sahaja
sekadar melekatkan benang (seperti dalam gambar).

5. Tukarkan setting 'stitch length' kepada yang paling panjang. Kalau mesin saya (Singer), setting no. 4.
6. Jahitkan getah pada lengan baju dengan cara meregangkan getah sama panjang dengan kain.
Buat satu-satu bahagian. Itu sebab kita jahit dulu getah tu di hujung dan tengah2 supaya senang meregangkan
getah sikit2 sambil jahit. Pastikan getah selari di atas garisan biru yang dibuat tadi.
Lihat gambar untuk hasilnya.

Langkah keempat :

Sambungkan sisi baju dari hujung lengan terus ke hujung baju.


Langkah kelima :

Jahit kelim di hujung baju kaki baju mengikut garis gosok iaitu lipat 1/2" sebanyak 2 kali.


Langkah keenam :
Masukkan getah saiz 1/4" di bahagian leher baju mengikut ukuran yang sesuai dengan leher pemakai. Untuk Aisyah panjang getah lebih kurang 16". Jahitkan kedua2 hujung getah dengan kemas dan tutup lubang dengan jahitan yang kemas.

*********************

At this point, baju anda dah pun siap.

Tapi saya tambah lagi satu step, saya tambah bunga di depan baju yang saya ambil dari border lace yang saya beli lamaaaaa dulu hahaha! Tujuannya ialah untuk membezakan bahagian depan baju dengan belakang baju, sebab peasant dress ni sama je depan belakang.

Alternatif lain, anda boleh juga jahitkan lipatan riben di belakang leher baju di bahagian dalam (ala2 macam label baju lah) sebagai tanda itu bahagian belakang. Sebenarnya itulah yang saya buat mula2 tapi dalam syok2 menjahit, rupa2nya tersilap letak dekat sleeve baju pulak hahhaha!

Tak caya? Ni ha gambar....

Today's blooper. Hehehe!
Maka terpaksalah rajin sikit pegi ke plan B. Tambah bunga.

Tadaa!!

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini.
Semoga tutorial yang saya share ini dapat memanfaatkan anda semua.

Salam dan selamat malam!

5 comments:

  1. Assalam aznin,
    haaaaaaaaaaaaaa
    iols baca every word yang uols tuleh dalam entry i
    tapiiiiiiiiiiiii tetap tak gheti he3
    nampak benor BUTA JARUM (eh3 ada ka??? :P)

    ReplyDelete
  2. terima kasih share ilmu ni.
    menjadi peasant blouse saya

    ReplyDelete
  3. Dh lm tingin nk bt peasant dress ni.nt Nak Cub lah.tq yer

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^