Saturday, June 10, 2017

Perancangan Menu Bulan Puasa


Sedar tak sedar, dah 14 hari kita melalui bulan Ramadhan. Cepat betul kan masa berlalu... macam angin je. Tidur, jaga, tidur, jaga... dah separuh bulan Ramadhan pergi. Tinggal lah lagi separuh untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Saya sangat berharap dan berdoa semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk saya maximize pahala Ramadhan tahun ini. Setiap tahun rasa macam tak cukup je amalan... walhal macam boleh je kalau bersungguh-sungguh.

Setakat ni azam saya nak mengurangkan pembaziran di bulan puasa ini masih on track, alhamdulillah. Azam nak masak hari2 untuk berbuka, walaupun sekadar lauk ringkas ala kadar. Setakat ini cuma 2 hari saya tersasar... sehari beli lauk dan kuih di pasar Ramadhan atas permintaan anak sulung, dan sehari lagi kami order pizza delivery sahaja kerana kesihatan saya masa tu tidak mengizinkan saya ke dapur.

Mengikut pengalaman puasa yang lepas2, kalau memasak setiap hari ni kadang2 buntu juga memikirkan menu yang nak disediakan. Nak pastikan juadah menepati selera setiap ahli keluarga dan semestinya, nak pastikan juga makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi saya dah pesan anak2, tak semestinya setiap hari dapat makan makanan kegemaran mereka. Kena give and take lah. Mama tak mampu nak layan selera setiap orang setiap hari, jadi bergilir2 lah ye. Akan ada harinya yang lauk-pauk tidak menepati selera mereka. Belajar bersyukur dan tidak merungut. Alhamdulillah... nampaknya sekarang Kak Long & Abg Ngah dah faham. No more complaints. Dan yang paling saya suka, dah pandai juga ucap terima kasih pada saya setiap kali makan. Sejuk je rasa hati bila anak2 tahu menghargai penat-lelah kita.

Untuk memudahkan kerja saya menyediakan juadah berbuka, saya awal2 dah rancang menu dalam google spreadsheet. I learnt from past experience betapa peningnya kepala kalau nak fikirkan menu setiap kali nak memasak. Jadi awal2 saya dah buat menu buka puasa untuk 14 hari. Saya susunkan supaya lauk utama berselang-seli setiap hari antara ayam, daging dan ikan. Lauk kedua pula sayur, dan lauk ketiga adalah lauk tambahan yang bersesuaian.

Setiap kali ke pasar, saya beli bahan berpandukan perancangan menu saya ini. Daging, ayam, ikan semuanya saya stok siap2. Bahan sayuran pun, saya beli siap2 stok untuk 2 minggu dan simpan elok2 dalam peti sejuk. Saya habiskan dulu yang mana yang tak tahan simpan lama. Alhamdulillah, dengan cara ini saya tak perlu nak kerap ke pasar.

Nak masak pun saya dah tak pening-pening lagi memerah otak setiap hari. Saya dah tampal meal plan saya di dapur, hanya rujuk je di situ dan beri arahan pada bibik apa yang perlu disediakan menjelang pukul 5 ptg bila saya mula masuk dapur. Terasa efisiennye di situ hehehe....

Anak-anak pun dah tak payah tanya lagi hari ni mama masak apa. Tengok je planner, dah tahu juadah yang bakal disediakan. Saya pun tak rimas nak menjawab! Cuma memandangkan meal plan saya hanya untuk 14 hari, anak2 dah tanya, mana perancangan untuk 2nd half puasa?

Haish kata saya, kita ulanglah semula menu yang sama bermula dari atas!

Friday, June 9, 2017

Tutorial Bergambar - Beg Cerut (Drawstring Bag)


Dalam kelam-kabut Cik Abang saya nak ke umrah besok, baru semalam terlintas di kepala saya akan satu benda yang saya rasa perlu dia bawa. Iaitu, beg cerut untuk isi selipar. Saya tak tahu lah jemaah lain macamana tetapi melalui pengalaman saya dulu sewaktu mengerjakan umrah, kami setiap orang ada satu beg cerut untuk letak selipar setiap kali masuk ke masjid.

Bukanlah sebenarnya kami terlalu takut selipar hilang kerana saya percaya, tak ada siapa yang berani mencuri di Tanah Haram. Tetapi lebih kepada memudahkan urusan. Ye lah, kita semua maklum betapa besarnya Masjidil Haram tu... kerap-kali kita terdengar cerita pengalaman jemaah2 yang pernah sesat. Masuk ikut pintu A, tiba2 keluar ikut pintu J... selipar ditinggalkan di pintu A. Dah terpaksa tawaf masjid pulak mencari selipar sepasang. Itupun kalau masih ingat di pintu mana ia ditinggalkan.

Lagi satu, tak semestinya kita masuk melalui satu pintu, kita akan keluar pintu yang sama. Mungkin lepas solat, hajat nak ke kedai di sebelah sana masjid, sedangkan kita masuk di sebelah sini. Bayangkan kena menapak patah balik ke pintu asal semata-mata nak cari selipar dan jalan semula ke destinasi yang dihajati. Makan tenaga dan masa, betul tak?

Jadi, demi memudahkan urusan Cik Abang saya di sana kelak, siaplah satu beg cerut ringkas pagi tadi. Nak berangkatnya besok! Nasib baiklah kesemua bahan2 dah memang ada di rumah, tak perlu nak keluar mencari. Dan dah alang-alang nak menjahit tu, saya buatkan lah sekali tutorial untuk rujukan sesiapa saja yang nak belajar buat. Mudah je buat beg cerut ni, sangat sesuai untuk mereka yang baru2 nak belajar menjahit guna mesin.

Saya guna kain belacu dan sedikit kain linen bercorak, perca je pun. Sebenarnya kain linen tu tak pakai pun tak apa. Fungsinya sekadar nak bagi cantik je, sedap mata memandang. Dan kalau nak pakai kain selain linen pun tak ada masalah. Terpulang masing2.

Jom tengok!

Langkah 1
Pertama sekali, lipat dua kain2 tersebut dan gosok untuk mendapatkan garis tengah (Rujuk C)
Kain belacu, di bahagian A, mula2 lipat 1/4", gosok. Kemudian lipat lagi sekali 3/4", gosok.
Ini adalah bahagian kelongsong untuk tapi beg.
Kain linen pula, lipat di bahagian B 1/2" dan gosok.

Langkah 2
Ikut arahan dalam gambar.
Garis merah itu menandakan tempat yang kita akan jahit kelak.

Langkah 3
Jahit tindih.

Langkah 4
Jahit tepi di kiri dan kanan beg.
Boleh pakai mesin jahit tepi atau jika tiada, jahit zigzag sahaja
supaya benang kain tak terurai.

Langkah 5
Sambungkan sisi beg. Mulakan jahitan dari point bulat merah seperti
dalam gambar. 

Langkah 6
Setelah cantum sisi beg, lipatkan bahagian atas beg yang akan dijadikan kelongsong
untuk tali beg. Lipat ikut garisan yang kita buat masa menggosok di langkah 1 tadi.
Pinkan.

Langkah 6a
Beginilah rupanya bahagian atas beg setelah di pin keliling.
Langkah 7
Jahit tindih seperti dalam gambar.
Langkah 8
Masukkan tali. Saya cuma pakai tali cotton lebihan jahit barut baby dulu2.
Gunakan safety pin dan masukkan tali ikut susunan dalam gambar di atas.


Dah siap! Tahniah!

Thursday, June 8, 2017

Biskut Choc Chips Nestum

Tak lama dulu... agak dalam sebulan-dua yang lepas, anak sulung saya buat request nak buat biskut nestum. Tak ingat pula saya macamana dia boleh dapat idea nak buat biskut nestum tu, mungkin dengar cerita kawan-kawan agaknya. Berkali-kali juga dia ingatkan tapi dek maknya sibuk campur pelupa, lama-lama dia pun ikut terlupa sama!

Sehinggalah sewaktu awal-awal puasa tempohari saya "terserempak" dengan resepi biskut nestum ni online sejurus sebelum saya deactivate FB. Yang lagi best, bukan setakat biskut nestum, tetapi biskut chocolate chips nestum! Biasanya, apa-apa je yang ada coklat ni anak-anak mesti suka. Terus saya screenshot dan pasang niat nak buat bila ada kelapangan.

Akhirnya, tertunailah janji saya pada anak sulung siang tadi (selepas hampir 2 minggu puasa!). Sengaja saya biarkan anak-anak menolong, sampaikan nak on-off mixer pun ada tukangnya 😄. Cuma yang bongsu saja enggan terlibat sebab leka menonton tv. Dah namanya anak-anak yang buat, besar kecil lah biskutnya. They took pride in their work, jadi saya pun menahan diri dari meng-adjust hasil-kerja mereka. Biarlah mereka bangga nak beritahu ayah dan opah bahawa mereka yang bersusah-payah buat cookies hari ni. Sampai berkampung depan oven menunggu cookies masak!

Chocolate Chips Nestum Cookies

Biskut yang terhasil agak terlalu crunchy kalau mengikut selera saya. Saya lebih suka cookies yang slightly chewy. Ada kemungkinan saya akan buat lagi biskut ini, cuma percubaan kedua nanti saya bercadang nak tambahkan telur sebiji lagi. Dan mungkin juga saya akan guna brown sugar instead of white. Macam tak best pula choc chip cookies pakai white sugar heheh...

Saya kongsikan resepinya di bawah.

Bahan-bahan:

1 bungkus mentega (saya pakai brand Anchor) - lembutkan sedikit, jangan sampai hilang sejuk dan berminyak.
1 cawan gula pasir halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 cawan tepung jagung (ayak)
1 cawan nestum madu
2 cawan cip coklat (saya pakai sebungkus Hershey's milk choc chips)

Cara:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati. Tidak perlu pukul sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sebati.
  3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  4. Masukkan nestum. Gaul.
  5. Masukkan cip coklat. Gaul.
  6. Jemput2 kan di atas loyang (saya alas kertas minyak supaya bawahnya tak cepat hangus) dalam jarak yang sesuai. Biskut tidak terlalu mengembang bila masak, jadi tak perlu jarak2 sangat.
  7. Bakar pada suhu 170ºC selama 20-23 minit.
Bila masak, sejukkan di atas wire rack dulu. Dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara. Lepas buka puasa, boleh ngap!

Selamat mencuba!

Saturday, June 3, 2017

Tutup FB - apa saya dapat.


Semalam, genap seminggu Ramadhan. Dan semalam juga, genap seminggu saya 'deactivated' akaun FB saya. Alhamdulillah, what I thought I had no willpower to do, let alone sustain, I had and I did. Seminggu saya tak berkeliaran di media sosial. Well, that is not entirely true, I have other social media accounts like ig and twitter tapi saya sangat tak aktif dalam kedua2 media sosial tersebut. Ig misalnya, saya cuma masuk 1-2 kali je seminggu, itu pun bila ada notification yang ada kena-mengena dengan saya. Twitter lagi lah... sebulan sekali pun belum tentu.

FB, walau bagaimanapun, adalah padang permainan saya. Tempat lepak. Kedai kopi saya. Hampir sepanjang masa saya ada di situ. Bukanlah maksudnya saya bertapa je kat rumah menatap FB. Maksudnya, setiap pekerjaan yang saya buat, kalau ada masa terluang, secara otomatik saya akan check FB. Sambil goreng ikan, jenguk FB. Lepas solat, check FB. Keluar bilik air, check FB. Nasib baik lah belum tahap bawak henpon masuk toilet hik!

Saya ramai kawan dan kenalan di situ. Selalu berbalas2 komen, 'tag-mengetag' dan sebagainya. Saya juga ahli kepada beberapa group yang aktif seperti group menjahit, memasak, kongsi2 resepi dan lain2. Jadi tak hairanlah kenapa saya kerap berlegar di FB.

Saya akui banyak kebaikan yang saya raih melalui perkongsian ilmu di FB. Dari ilmu agama, melalui video tazkirah, kepada ilmu kemahiran seperti memasak dan menjahit, sehingga lah kepada ilmu bina-diri seperti artikel2 dan klip2 motivasi dan kesihatan. Banyak! Memang banyak.

Tetapi dalam masa yang sama, keburukan pun bertimpa-timpa juga. Yang datang melalui perkongsian bahan2 yang tak sepatutnya oleh kawan2 dan kenalan, status update yang kadang2 bila baca menyakitkan hati, perkongsian bahan2 gosip dan yang sama bahaya, iklan jualan yang berlumba-lumba memenuhi newsfeed setiap hari. Aaarrghh!

Sampai satu tahap, saya dah mula rasa jiwa saya dah tak berapa boleh terima keadaan saya yang menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial tersebut. Saya risau pengaruh negatif di situ akan lama-kelamaan memakan diri. Jadi, dengan niat nak me-neutral-kan kembali jiwa saya sebelum saya tersasar, maka saya mengambil inisiatif menutup sementara akaun FB sempena kedatangan bulan Ramadhan tempohari.

Apa yang saya rasa selepas seminggu saya deactivate FB?

KETENANGAN.

Ketenangan dari segi kurangnya keserabutan otak dan peperangan perasaan. Biar saya explain. And I'm pretty sure, many of you can relate.

1. KETENANGAN dari ads overload.
Kurangnya rasa serabut dengan informasi dan lambakan iklan. Iklan di FB kebanyakannya datang dari pages yang saya sendiri pernah 'Like' dan dari sponsored ads. Dan kebanyakan iklan2 ini sememangnya di sesuaikan oleh pihak FB mengikut minat pengguna berkenaan. Di kalangan rakan FB pun ada juga yang berniaga. Ahli2 pages yang saya ikuti juga ramai yang berniaga. Jadi dalam newsfeed saya banyaklah iklan2 seperti pakaian, tudung, photography gear sehingga lah kepada barang2 dapur. Acapkali saya berjumpa dengan barang yang saya teringin nak beli tetapi sedar yang barang tersebut bukanlah suatu keperluan dan di situlah saya berperang dengan perasaan sendiri. Sebahagian suruh beli, sebahagian lagi berhujah kenapa perlu beli.

2. KETENANGAN dari information overload.
Yang ini pulak sebahagian besarnya datang dari pages yang saya 'like'. Segala macam idea2 menarik terdapat di pages sebegini. Bila lihat idea menarik, saya akan terus membaca caranya pula dan tips yang dikongsi. Dalam kepala memang dah set nak cuba buat. Scroll down, jumpa pulak idea yang lain. Ulang lagi proses baca cara pembuatan dan tips. Simpan lagi dalam kepala otak niat nak buat. Scroll down. Weh! Idea yang ni lagi best. Ulang semula langkah2 di atas. Begini lah keadaannya berganti-ganti idea dan niat. Lucu kan? Akhirnya apa jadi? Satu benda pun tak jadi sebab tak boleh buat keputusan hahaha!
3. KETENANGAN dari sakit hati.
Sakit hati yang macamana? Sakit hati bila baca status kawan2 yang terlalu berfikiran terbuka sehingga menghina bangsa sendiri. Adakalanya sehingga menghina agama. Dan lebih sakit hati bila membaca komen2 susulan yang sama menghina dari golongan bukan sebangsa dan seagama. Golongan yang jahil dan salah faham mengenai Islam tapi bercakap ikut logik akal semata-mata. 
Termasuk juga golongan yang hanya suka komplen dan menghina pemimpin dan kerajaan. Seolah2 tak ada satu pun kebaikan yang dia nikmati dari hasil titik-peluh pemimpin dan kerajaan. Komplen pasal kelemahan perkhidmatan hospital kerajaan, tanpa sikit pun rasa syukur yang rawatan yang diterima adalah atas tanggungan kerajaan. Dia tak keluar duit pun. Tau komplen saja tanpa melihat dengan rasional perbezaan antara hospital kerajaan dan swasta. Memang tak mungkin akan dapat tahap perkhidmatan yang sama, terutama dari segi layanan pelanggan. Asalkan tak biadap, sudahlah. Nak mesra macamana lagi?
Kalau anda tanya "kenapa tak unfriend je?", saya secara jujurnya tak tahu nak jawab. Tindakan 'unfriend' itu seolah-olah saya menolak mereka ini sebagai kawan, tapi sebenarnya tidak. Saya cuma benci cara pemikiran mereka tetapi sebagai kawan, saya tak ada masalah. Bila berjumpa kami masih boleh berborak tanpa sebarang konfrantasi. They are good company. Dan kebarangkalian kami berjumpa itu adalah tinggi. Bayangkan betapa awkward-nya nanti bila berjumpa sekiranya saya unfriend mereka. Mereka cuma vokal menyuarakan pendapat di media sosial. "Hide"? Kalau hide nanti saya ketinggalan apa2 pengumuman dan perkembangan baru dari mereka. Contohnya info ada ahli keluarga yang meninggal, atau yang baru dapat cahaya mata dan sebagainya. Nanti takut timbul pula rasa kecil hati kalau saya tak acknowledge dengan ucapan takziah atau tahniah.
Complicated? Yes.

4. KETENANGAN dari berperang dengan perasaan sendiri.
Saya sememangnya suka mengikut perkembangan kawan2, lebih2 lagi yang saya dah kenal lama. Saya seronok melihat mereka bahagia. Saya seronok melihat gambar-gambar yang dikongsi. Di sinilah timbul keseronokan di FB apabila perkongsian gambar dan perkembangan semasa menjadi laman untuk berbalas2 komen dan bergurau-senda. Jujur, saya tumpang bahagia when life is going great with my friends and family.
But I am only human. Sekuat mana pun saya cuba, ada kalanya timbul juga rasa 'inferior' atau rendah diri yang keterlaluan, yang kadang2 sehingga terbit rasa cemburu. Di sini lah timbulnya perang perasaan saya. If only you can hear the conversation in my head! Macam ada 3 pihak yang bertelagah. 1 pihak adalah 'mangsa', 1 pihak 'pro', dan 1 pihak 'con'. 'Mangsa' tu adalah perasaan saya yang sebenar, raw emotions. Sedih, malu, depressed dan merasa serba kekurangan jika dibandingkan dengan 'subjek' tertentu yang menjadi punca perang perasaan tersebut. Then mulalah pihak yang 'pro' akan memujuk mangsa dengan macam2 pujukan positif. Sebaliknya, yang 'con' tadi akan terus memijak dan merendahkan mangsa. Macam tu lah keadaannya back and forth.
Alhamdulillah, in the end, goodness always prevail. Saya masih boleh berfikir rasional. Masih boleh berfikir selayaknya orang dewasa yang sihat jiwa-raga. Istighfar. Tetapi deep down, saya tahu kesemua perasaan ini adalah petanda bahawa jiwa saya masih belum kuat. Jiwa saya masih lebih dunia dari akhirat. Jiwa saya masih amat memerlukan pengisian, lebih dari apa yang saya buat sekarang. Isi masih cetek. *sedih*

So macamana? Anda rasa boleh relate tak dengan point2 saya di atas? Saya agak tentu ramai yang boleh menyelami perasaan saya macam yang saya cerita. Ini cuma sebab2 yang utama sahaja. Sebab2 yang kecil atau minor tak payah lah saya cerita, nanti lagi panjang post ni. Larat ke nak baca? Hehehe...

Setakat ini saya masih belum bercadang mengaktifkan semula akaun FB. I'm kind of enjoying this 'freedom'. Otak rasa bebas dan tenang. Kalau sedang buat sesuatu misalnya, there is no nagging thought at the back of my head reminding me to check my FB every now and then seperti sebelum ini. Siapa sangka ye?

Saya tahu, mesti ramai juga di kalangan kawan FB yang perasan kehilangan saya. Dan tentu ada yang menyangka saya unfriend mereka. Tak apalah. Saya cuma berharap mereka bersangka baik, itu saja.

Signing off for now.

Cheers!