Thursday, April 23, 2015

Cara Mengukur dan Melukis Pola Seluar Tidur

Hello =)

Kali ni saya nak share ilmu sikit. Saya ni suka menjahit. Suka tengok kain jadi seluar, jadi baju, jadi sarung bantal, jadi langsir... hehehe... Rasa puas hati sebab dah tentu yang buat sendiri ni lebih berkualiti dari segi jahitan dan material yang kita pakai, betul tak? Bila saya dah jahit sesuatu, saya suka "tayang" kat facebook hehehe... sekadar nak kongsi rasa gumbira sebab setiap kali siap satu2 projek tu, rasa accomplished sangat! Padahal jahit seluar tidur je pun kah kah kah!

Lepas tu bila dah share kat facebook, ramai lah kawan2 yang buat komen lebih kurang macam ni... "ambik tempahan tak?", "bestnye pandai jahit", "I wish I can sew like you do!" dan komen2 yang sewaktu dengannya. 

Respon saya, "no, saya tak ambil tempahan", "ye, memang best kalau tahu menjahit" dan "yes, you can sew like me too!".

Jadi dalam posting bersejarah hari ni, saya nak tunjukkan cara macamana nak jahit seluar tidur. Di sini saya tunjukkan cara nak lukis pola dulu. InsyaAllah dalam posting akan datang, saya tunjuk cara nak jahit pulak ok?

Langkah pertama : Cari fashion victim hehehe. Saya punya mangsa keadaan kali ni ialah anak boy saya si Muhammad (3 tahun).

Langkah kedua : Ukur. Untuk buat seluar ringkas ni cuma perlu 4 sukatan iaitu pinggang, punggung, panjang cawat dan labuh seluar. Agak2 kalau tengok gambar ni paham tak cara nak ukur?


Ini ukuran Muhammad :
Ukurlilit Pinggang - 19"
Ukurlilit Punggung  - 23"
Cawat  - 6"
Labuh Seluar - 21"

Langkah ketiga : Lukis pola cenggini. Nampak ke uols?



*Nota Penting :

(i) Ini untuk buat seluar kanak2 jadi saya cuma tambah 3" saja dari ukurlilit punggung. Ukurlilit punggung ye, uol. Bukan ukurlilit pinggang. Ini terpulang lah ye, kalau uol suka longgar2 (esp. kalau buat seluar sendiri), tambah la kelonggarannya tu ikut sesedap rasa. Kalau nak pastikan betul2 selesa, lepas dah tambah kelonggaran yang agak2 sesuai, cuba uol duduk dengan tali tape tu masih di punggung. Kalau terlepas tali tape tu, konfem tak cukup ruang hahaha!

(ii) Nampak tak kat bahagian pinggang sebelah belakang seluar tu saya naikkan setengah inci? Ini pun terpulang. Kalau punggung tu agak2 macam punggung Nikki Minaj (ehem!), pandai2 lah tambah kadar yang sesuai. Kalau dalam keadaan biasa untuk seluar saya sendiri, saya suka naikkan setengah inci di belakang dan turunkan setengah inci di depan.

(iii) Sila ambil perhatian kat bahagian seluar yang terletak di celah kangkang tu. Tak tau lah nak panggil apa bahagian ni, tapi please note yang bahagian belakang mesti lebih besar ukurannya dari bahagian depan. Kalau ikut pola ni, belakang saya tambah 2.5" dan depan 1.5". Again, saya ingatkan, ini seluar kanak2. Kalau buat seluar sendiri, macam saya, saya tambah 3" kat belakang dan 2" di depan. Saya ni kurus. Uols yang agak2 voluptuous tu agak2 lah ye. Lebih takpe, jangan kurang. Takyah perfect sangat, seluar tidor je hehehe....

(iv) Perasan tak kaki seluar tu (garis merah) tercorot ke dalam sikit? Dalam gambar tu saya pendekkan seinci dari kedua2 belah. Yang ni pun ikut suka lah nak kecikkan banyak mana. Kalau suka nampak ala2 carrot cut gitu, corotkan lah lagi ikut selera masing2 asalkan masih boleh buat buku lali. Up to you. I no hal one!

Dah siap pola? Puas hati? Seterusnya...

Langkah keempat : Potong kain ikut pola. Tapi jangan lupa tambah basi ye. Sila lihat gambar di bawah ni.


Nota:

(i) Setelah dipotong anda akan dapat 2 bahagian pola. Satu bahagian yang putih tu. Satu lagi bahagian yang biru (untuk bahagian kaki seluar).

(ii) Bahagian biru tu pastikan berbentuk segiempat tepat ye. Ini untuk memudahkan kita jugak masa nak jahit nanti supaya sama dan tak panjang-pendek.

(iii) Lebihkan basi mengikut ukuran dalam gambar.

(iv) Jahit tepi di sepanjang bahagian yang di highlight warna kuning.

Faham tak setakat ni?

Kalau uol perasan, saya masih belum pakai satu lagi ukuran iaitu, ukurlilit pinggang. Yang ni last sekali, masa nak ukur getah seluar. Dalam pola tak perlu pakai ukurlilit pinggang. Ingat ye. Jangan silap. Nanti seluar tak muat nak masuk!

Ni gambar kain yang dah dipotong. (Yes, I work on the floor!)


Phew! Berpinar gak mata nak buat posting ni. Baru buat pola je ni. Haishh! InsyaAllah dalam masa terdekat ni, bergantung kepada masa lapang saya yang busy woman ni... akan adalah jua nanti tutorial cara nak jahit seluar ni, hokay? Tu kain dah potong tu.... sikit je lagi nak siap. =)

Sekian tutorial pertama dari saya. I'll see you when I see you! *muah*

P.S. Jangan lupa follow blog saya untuk tutorial2 akan datang, insyaAllah.

UPDATE : CARA JAHIT SELUAR TIDUR <<--- KLIK SINI UNTUK TUTORIAL

40 comments:

  1. Assalam aznin,
    banyak betui tips menjahit uols bagi baguih3

    ReplyDelete
  2. Bestlah... tq nanti leh belajar banyak2 lagi

    ReplyDelete
  3. Bestlah... tq nanti leh belajar banyak2 lagi

    ReplyDelete
  4. Tq utk ilmunya. Terhasil seluar anak dr tutorial ini.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. penyelamat.. tksh tuto

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Basi tu bahasa inggerisnya "seam"... maknanya kalau basi 1/2" meaning kite lebihkan 1/2" kain masa cantum all the pieces together la. Helemekk.... tak berapa pandai nak explain huhuhu....

      Delete
  7. saya nak jahit seluar untuk anak. anak saya debab. Harap blog ini dapat membantu. sebab baru nak cuba. :) Terima kasih.

    Hanizah
    http://finetravel.hodo.biz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis, kalau debab, tinggikan sikit cawat belakang tu supaya bila dia tinggung, tiarap, tungging segala, seluar tu tak tertarik nampak belahan punggung hehehee. Anak sy yg no. 2 tu pun debab.... Selamat menjahit!

      Delete
  8. Wow..thanks bnyk ilmu dapat..love ya😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Thanks sudi singgah blog corot ni.... hehehe...

      Delete
  9. Salam kenal. Terima kasih atas perkongsian. Saya save ye untuk rujukan. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali. Sama2. Doa yg sama untuk sis juga. Amiin. =)

      Delete
  10. Terima kasih ye atas perkongsian ilmu ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kongsi sis, saya nak jahit untuk diri sendiri ni. semoga ada kerajinan utk buat smp siap...hehehe

    ReplyDelete
  12. kalau nak buat seluar dewasa nak guna kain berapa meter yek? 2 meter cukup x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa sorry la, sis. Baru perasan pertanyaan awak ni. Dashboard Blogger yg baru ni tak notify kalau ada comment awaiting moderation. Sorry eh? 2m cukup, insyaAllah.... dgn syarat badan tak besor mcm incredible hulk ekekeke!

      Delete
  13. hye.. sy minta pola ni ye utk bt contoh pd anak sy. tq so much..

    ReplyDelete
  14. Kalau seluar tidur panjang untk org dewasa Boleh Guna tutorial ni x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, kalau setakat nak buat seluar tidor santai2 macam ni. Cuma ikut ukuran orang dewasa. Dah lebar cebis celah kangkang tu (tak tau saya nama dia apa huhuhu... tapi kalau dlm gmbr atas, yg belah kiri 1.5", kanan 2.5" tu) kena besarkan sikit ikut "kecomelan pinggul" pemakai. No set measurement, bajet2 je, takyah pening2. Yg penting, bahagian belakang kena lebih lebar dari depan. Kalau nak lagi senang, bandingkan dgn seluar yg sedia ada utk dapatkan ukuran kat situ. Selamat mencuba! =)

      Delete
  15. ilmu menjahit yg sgt bagus... senang nk faham... tq

    ReplyDelete
  16. Sy dh siap potong kain.tp time nk jht br perasan bhgn kaki tu depan n blkg xsama pnjg..cmne tu nnt.kire kt cawat tu xbertemu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Camno tu tak sama panjang? Hehehe... Takpe, jahit je. Nnt kaki yg tak sama panjang tu potong bagi sama sebelum jahit kelim kaki. Small matter je tu hihihi.

      Delete
  17. Sis..thanx, dpt gak pola seluar tido. Nak tnya, kain yg color berbelang tu, lapik kaki seluar ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud sis lapik kaki cemana? Kalau tak letak tu pun takpe, saya letak bagi lawa je =)

      Delete
  18. Mohon share ya.. sg jelas tuto nya. Utk baju ada tak tutorial gini

    ReplyDelete
  19. trm ksh sis share cara mudah nak buat sluar.. dah buat untuk anak.. mmg selesa.. tq3

    ReplyDelete
  20. trm kasih sis..sangat cantik kejadiannya.. dah try ikut cara sis..Alhamdulillah.. semoga berkah...salam kenal sis dari saya, zana

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^