Wednesday, May 20, 2015

Congo bars for Humaira

Delish!
Humaira has been asking me to make another batch of them congo bars that ran out Sunday. And I'd been putting it off since I couldn't find my favorite semi-sweet choc chips in any shop (baking supply shops included) in Miri. Most shops don't sell that brand and the only one that I know which does, is out of stock. Dengan busy-body nya I asked the cashier, when is the new stock coming? She said she has no idea, it's been out of stock for awhile and further delayed since the implementation of GST. 

Damn you, GST! How could you?!

Maka dengan berat hatinya, I made my way to the baking supply store and bought a packet of house brand choc chips (RM9.45 for a packet of 500g, gile murah kan?), determined to fulfill my daughter's request.

As soon as I got home after sending Muhammad to school, I chowed down a quick breakfast and then right away started my baking mission. Didn't want to delay lah cause if I did, entah bila la pulak nak nampak bayang congo bars nye kan? 

So here they are... Sinful and inviting eh? Ke ahkaq yang syiok sendiwri??

Aerial view. 

Please excuse me if the pictures seem rather amateurish to you. I'm a noobie at food photography. Baru nak dabble2, kata orang.  And unlike some fofular food bloggers, I lack the props to go along with the food hehehe... Balik2 pinggan itu, balik2 garpu itu lah juga adanya hahaha! Takpe lah, next time I might just borrow my neighbour's Royal Doulton, see if she'll let me. Macam la berani nak mintak pun kan?

Dah tengok gambar, misti uols nak tengok resepi pulak kan? Tengok2 resepi tu... buat kerr?? Kalau tengok je memang tak merasa lah kesedapannya tuu... *sambil juih bibir*

Apa2 pun, nindiaa.... resepi...

Resipi di ambil dari blog Rachael Ray dan dialih-bahasa ke bahasa ibundaku.

Bahan-bahan :

2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
2/3 cawan mentega, lembutkan*
2 1/4 cawan gula perang**
3 biji telur***
2 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan chips coklat****

Nota :
* 2/3 cawan mentega lebih kurang 225g, saya potong butter tu ikut tanda yang terdapat pada bungkusan butter tu. Short cut hee hee...
** Saya pakai 2 cawan sahaja sebab taknak terlalu manis
*** Saya tambah satu kuning telur (jadi 3 biji telur penuh + satu kuning telur) untuk lebih moist sebab mula2 saya buat aritu agak kering dan crumbly (lerai). Lagipun mengikut pengalaman saya semasa belajar oversea dulu, telur kat negeri omputih sana memang besar2 sikit kalau dibandingkan dengan telur ayam di sini. Jadi dalam kebanyakan resepi omputih ni saya up kan sikit kuantiti telurnya. Dalam kata lain, memandai-mandai heheh!
**** Saya pakai 2 cawan sahaja. Tu pun rasa macam dah banyak!

Cara mengolah :

Standard lah ni.... ayak tepung, garam dan baking powder, letak tepi.
Pukul mentega dan gula hingga bercampur rata (bukan sampai kembang).
Masukkan telur sebiji2 sambil dipukul rata.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung sedikit2 dan gaul/kaup hingga sebati.
Akhir sekali masukkan chips coklat, gaul rata.
Adunan akan jadi sangat pekat, bukan macam doh kek yang agak boleh dituang2 gitu.
Masukkan adunan ke dalam loyang 13"x9" (yang telah di gris dengan mentega) dan bakar selama setengah jam.
Kalau ikut resepi, setelah di convert, suhu oven sepatutnya lebih kurang 175ºC. Saya dapati (minggu lepas) suhu ini terlalu tinggi, congo bars jadi terlalu kering dan tepinya terlalu cepat garing.
Jadi kali ni saya turunkan ke 160ºC dan bakar dalam tempoh yang sama. Alhamdulillah menjadi. Kena tengok oven jugak ye uols... oven saya oven gas, katanya oven gas ni kawalan suhu dia memang pelik sikit, ikut tuan katanya hehehe....

I put them in these nice little orangey boxes and sent some to my neighbour.
Selepas tangkap gambar lah, opkos! Eee... nampak plak lobang cocok lidi.

So there you go. Congo bars!

Selamat mem-baking!

11 comments:

  1. wahh..memang nampak sgt sedap..anak2 mesti suka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ye Atie, balik sekolah makan tu dulu... nasi tak mandang!

      Delete
  2. menarik ni Nin boleh try nanti rasa nya bahan2 dah ada tunggu mood je lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh Nin tiup mood kat Kak Noor....fooohhhhh!!

      Delete
  3. Sedapnya nampak Nin... kena try nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan kakakku... memang sedap. Kalau Kak Ani bawak sekolah satu tray, confirm lesap sekelip mata.

      Delete
  4. simpan dulu resipi...bila rajin nanti boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Bunda, nanti bila rasa2 nak buat, datang balik sini eh? =)

      Delete
  5. I kalau tengok orang buat nampak sedap jerk tapi nak suruh I buat, dah kata dah...mood membaking tak pernah hinggap, mood memasak ikut period time- sebulan sekali datangnya. Hahaha!

    Okeylah tu bagi neighbour macam tu gaya. Takdalah malu sangat nanti nak pinjam Royal Doulton later on. Kalau sedap sangat, maybe neighbour you bagi terus jerk tak minta pulang balik. Hahaha....

    I sukalah tengok Rachael Ray ni ( I suka suara dia..hehehe!) Masa tengok rancangan memang berangan nak jadi sebiji macam dia. Lepas tutup TV jerk, habis dah berangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun suka tengok Rachael Ray sbb dia very bersahaja dan banyak pok-pek2. Entertaining!

      Delete
  6. nak tanya , saya ni mmg tak pernah baking , so confuse sikit .

    yang awak letak dalam bekas orange tu , selepas bakar , atau sebelum bakar awak letak dan bakar sekali dengan kertas tu ? hihi sorry soalan kelakar sikit . mohon tunjuk ajar ya .

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^