Hari ni nak buat perkongsian ilmu sikit. Tak lama dulu, ada sorang my friend ni kongsikan link video ceramah oleh Ustaz Amin ni. Ceramahnya mengenai rahsia mengamalkan ayat al-Quran. I like this particular ceramah very much sebab pertamanya, dia kongsikan ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan untuk kebaikan kita dan keduanya, cara penyampaian dia tu sangat memberi kesan to me.
Pernah terfikir tak kita sebelum ni bahawa kita umat Muhammad ﷺ lah satu-satunya umat yang mewarisi mukjizat Nabi mereka (iaitu al-Quran)? Mukjizat tu beb, mukjizat!
Antara mukjizat-mukjizat Para Nabi terdahulu sebelum Muhammad ﷺ
- Nabi Sulaiman a.s. - boleh menundukkan mana-mana jin.
- Nabi Musa a.s. - boleh membelah laut.
- Nabi Isa a.s. - boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
- Nabi Daud a.s. - boleh melembutkan besi.
Malangnya selepas nabi2 ini wafat, tiada seorang pun dari pengikut mereka yang mewarisi mukjizat2 ini. Walaupun dapat cincin Nabi Sulaiman, tongkat Nabi Musa... nobody knew how to use them.
Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi kita.
Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi kita.
Mukjizat Nabi Muhammad ﷺ ada 2 jenis:
- Bersifat peribadi - boleh belah bulan, celup tangan dlm air dan air keluar cukup untuk bala tentera. In short, perkara2 yang cuma baginda saja boleh buat dengan izin Allah.
- Bersifat boleh diwarisi oleh umat Nabi Muhammad ﷺ iaitu Al-Quran - kita umat paling beruntung kerana mewarisi mukjizat yang besar ini.
Bagaimana mengamalkan ayat2 al-Quran ini:
Rahsia pertama, mengetahui bahawa ayat itu adalah ayat tauhid (mengesakan Allah) dan mengamalkannya dengan membesarkan Allah. Baca dengan rasa tauhid, dgn rasa bergantung kepada Allah, baru terbuka kelebihan ayat tersebut.
Rahsia kedua, fahami tujuan (matlub) dan pemberian/anugerah (mauhub). Tujuan - kerana mencari redha Allah swt. Apa2pun amalan, matlub atau matlamat hanyalah untuk mencari redha Allah. Anugerah - mengharap Allah menganugerahkan kelebihan2an ayat amalan itu, dengan 3 cara
- Keyakinan
- Istiqomah
- Keberkatan
Ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan:
(1) Untuk menguatkan tubuh badan.
Surah Hud, 52
Cara amalan : Bermula dari "wa yazid kum.." Boleh baca lepas mandi. Atau lepas baca doa makan. Ataupun selepas setiap kali solat.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ (٥٢
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (52)
(2) Untuk menghilangkan/mengeluarkan penyakit dari dalam tubuh.
Surah At-Takwir, 17-18:
Cara amalan : Selawat 3x, baca ayat di atas 3x, tarik nafas, tahan sekejap baru hembus. Masa tarik nafas tu seolah-olah kita sedut segala yang baik untuk tubuh, dan semasa hembus seolah-seolah kita menghembuskan segala yang tidak baik dari tubuh badan kita. Jadikan amalan harian sama ada 2x sehari atau setiap kali lepas solat. InsyaAllah boleh sembuh dengan izin Allah.
(3) Untuk mengeratkan hubungan keluarga.
Surah At-Takwir, 17-18:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ (١٧) وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ (١٨
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17) Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)
Cara amalan : Selawat 3x, baca ayat di atas 3x, tarik nafas, tahan sekejap baru hembus. Masa tarik nafas tu seolah-olah kita sedut segala yang baik untuk tubuh, dan semasa hembus seolah-seolah kita menghembuskan segala yang tidak baik dari tubuh badan kita. Jadikan amalan harian sama ada 2x sehari atau setiap kali lepas solat. InsyaAllah boleh sembuh dengan izin Allah.
(3) Untuk mengeratkan hubungan keluarga.
Surah Al-Kauthar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (3)
Cara amalan : Semasa memasak, menyediakan makanan/minuman. Selawat 3x dulu, kemudian baca surah. InsyaAllah, dapat mengeratkan hubungan keluarga, berkasih-sayang etc.
Akhir kata, jangan amalkan yang selain dari ayat/ surah dari al-Quran e.g. mentera atau jampi, kerana makin menjauhkan kita dari Allah. Tersasarlah matlamat utama kita iaitu untuk mendapat redha Allah.
Itu saja nak share. Semoga Allah ampunkan saya jika ada salah dan silap dalam posting kali ni. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Below is the ceramah yang melahirkan posting kali ni. In short, posting ini adalah ringkasan ceramah di bawah buat siapa2 yang tak ada kelapangan masa nak tonton. Tapi kalau tonton lagi bagus! Heheh...
Itu saja nak share. Semoga Allah ampunkan saya jika ada salah dan silap dalam posting kali ni. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Below is the ceramah yang melahirkan posting kali ni. In short, posting ini adalah ringkasan ceramah di bawah buat siapa2 yang tak ada kelapangan masa nak tonton. Tapi kalau tonton lagi bagus! Heheh...
Have a good weekend, folks!
Alhamdulillah.. Tq for sharing.. Mmg very interesting topic..
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Wassalam.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat.. terima kasih..
ReplyDeleteperkongsian ilmu yg sgt berguna. Terima kasih admin. Izinkan sy share :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih byk2. Semoga kita smua, sama-sama bermanafaat dengan perkongsian yg sgt berguna ini.
ReplyDelete