Monday, May 9, 2016

Tutorial fancy shorts - Part 1 (Cara lukis pola)

Seperti yang dijanjikan, hari ni saya nak kongsi tutorial cara menjahit shorts seperti dalam gambar ni.


Tak tau apa nak panggil seluar comel ni, jadi saya panggil fancy shorts je lah. Tak kisah lah apa kita nak panggil kan? Yang penting seluar ni cute sangat bila budak2 pakai.


Maafkan je lah kasut pink, stokin merah, seluar biru... tak matching lahangsung! Tapi tak ke nampak betapa va-va-voom nye seluar iteww? Haaa... masuk bakul pulak si tukang jahit ni.

Lets not waste much time, meh saya tunjuk cara nak lukis pola seluar ni.

Mula2 sekali, lukiskan garis2 penanda mengikut size/ukuran pemakai (Rujuk Pic 1). Saya jahit seluar ikut ukuran anak yang berumur 3 tahun.

Pic 1
AC = EG = IK = (Ukurlilit punggung + 4")/2
AE = BF = CG = Tinggi cawat (Sambil pemakai sedang duduk, ukur dari pinggang ke kerusi) + 1/2"
AI = BJ = CK = Panjang seluar

 Seterusnya, lukis pola macam dalam Pic 2. Garisan hitam (termasuk yang putus2) ialah pola seluar.

Pic 2

V dan W = 1 1/2" (Sesuaikan ikut size pemakai. No hard and fast rule here, ikut sedap)

X = 2 1/2" (Ini lebar seliseh antara bhgn depan dan belakang seluar. Boleh tambah
ikut suka tetapi lebihkan ke kiri, iaitu ke bhgn depan seluar.)


Y = Turunkan bersesuaian dengan size getah yang akan digunakan.
Saya turunkan 1" sebab saya nak pakai getah 3/4". Garisan biru ialah garisan
asal pinggang seluar.

Z = Panjangkan dan turunkan sedikit ke bawah untuk bahagian
punggung untuk anak yang montel pakai pampers. 
Saya lukis free hand dan main agak2 je.

Garisan yang ada highlight warna kuning = saya sekadar lukis garisan belah kanan bagi
agak2 sama dengan yang belah kiri supaya bila nak cantumkan nanti tak pening kepala
panjang-pendek. Kemudian sambungkan aje kedua2 hujung kiri-kanan dengan  barisan lurus.

Garisan putus2 = saya lukis freehand je. Boleh guna pembaris lengkuk atau
pinggan bulat, whateversuits your fancy. Adjust ikut kadar "keseksian"
yang dikehendaki hehehe.

Pic 3

Bila siap, anda akan dapat rajah macam di atas.
Apabila anda potong ikut garisan hitam, anda akan dapat 3 keping iaitu bahagian a, b dan c.
a+b = pola hadapan seluar
b+c = pola belakang seluar


Tadaaa! Pola fancy shorts anda dah siap. Settle Part 1. InsyaAllah saya akan sambung Part 2 - cara memotong dan mencantum sampai jadi seluar, di masa akan datang. 

Until then... stay cheerful!

1 comment:

  1. Alahai, Nin... Berpinar mata melihat pola. Maklumlah, tangan ni kaki bangku! Eh, tak pandai menjahit ada ke pulak kaki bangku ^_^

    Kalaulah I masih muda belia lagi, nak juga I berguru dengan you tau. Nak cari cikgu kena yang sabar dan tabah setinggi Everest. Maklumlah dapat murid bengap ^_^

    Apa-apa pun, cantik model pakai fancy shorts tu. Cemburu aunty tau!

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^