Thursday, July 14, 2016

Raya lagi...


Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya kepada uols yang baik hati yang rajin jenguk2 blog I yang tak seberapa ni.

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari saya, tuanpunya blog.

How was your raya? Muak tak terjebak dalam traffic jam yang macam lahanat? Hahahah!

Tapi itulah raya namanya, betul tak? Dulu-dulu masa I kecik2 tak pernah pun redah traffic jam ni semua sebab zaman tu penduduk tak seramai sekarang ni gamaknya. Lagi pulak, dulu-dulu orang tak merantau jauh-jauh. Sekarang ni... orang utara kawin orang selatan, orang barat kawin orang timur... kau bayangkan lah bersimpang-siurnya hamba2 Allah ni semua nak balik kampung masing2. Termasuklah yours truly.

Seperti tahun2 sebelumnya, kami beraya di Muar dulu. Hari raya kedua, perjalanan kami dari Muar, Johor ke Batu Gajah, Perak memakan masa 8 jam! Dua kali ganda dari biasa. Bayangkan lah betapa penatnya, betapa nak muntahnya, betapa rimasnya... tapi tempuh jugalah kan? 

Apa-apa pun, alhamdulillah. Seperti tahun2 yang lepas juga, ini lah masa nak berkumpul dengan kaum keluarga, inilah masa nak jenguk2 kampung dan inilah masa nak pulun makan segala benda yang kat kampung kite je paling sedap tempat lain jual tak sedap hahahah!

Beratur ikut umur =)

Breakfast hari raya ketiga - apam manis, thosai, roti canai, nasi lemak,
bihun goreng, putu mayam and last, but not least, nescafe panas!

Sekian cacatan raya. Sebenarnya memang takde idea pun nak celoteh pasal raya ni sebab tiap2 tahun pun sama je.... Cuma gambar je berbeza sebab anak2 makin membesar.
Bye!

1 comment:

  1. Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Puan Aznin..

    Saya pun balik Raya di Muar.. Alhamdulillah tak sempat meredah jem..
    Balik Seremban Raya ke-3, kenderaan banyak tapi bergerak bumper to bumper..
    Sambutan Hari Raya tahun ni biasa-biasa sahaja..

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^