Wednesday, May 24, 2017

[Resepi] Bubur kacang dengan durian kegemaran Mr. Hubby


Beberapa hari lepas, lepas kami mengambil suntikan influenza beramai-ramai tu, terbit pulak di tekak terasa nak makan durian. Mungkin sebab mood happy selepas berjaya menerima suntikan dengan jayanya. Mama pulak yang over. Tapi betul, memang saya gelabah pun sebelum kena suntik tu. Jarum, beb... jarum!

Anyway, untung Mr. Hubby pun bersetuju, maka kami terus (lepas makan tengahari, opkos!) ke Taman Warisan Pertanian atas misi mencari durian yang sedap dan hopefully, murah. Bila sampai dan nampak ada stall durian ~ Musang King pulak tu! ~ wahh... bersorak anak-anak. Well actually, sorang je anak yang bersorak. Suara lagi satu tu suara maknya yang termengimbau ke zaman kanak-kanak bila terpandang durian kih kih kih!

Ermm... jangan tanya harga ye. Katanya masih di awal musim, supply belum banyak jadi harga pun tak berapa nak rendah. Tapi disebabkan kami masing-masing dah tinggi harapan nak menjamah durian, Mr. Hubby pun belikan juga supaya tidak menghampakan. Terima kasih, Yang... you have a big heart 😍.

Sebagai tanda terima kasih, saya pun masakkan lah juadah minum petang kegemaran Mr. Hubby, iaitu bubur kacang durian. Saya masak cukup-cukup untuk dia seorang sebab dalam rumah ni, cuma dia je yang suka bubur kacang. The rest of us tak minat, atau dalam kes saya, kurang minat. Tapi kalau dah lapar, boleh je makan hik!

Saya yakin, dah ramai yang tahu cara masak bubur kacang durian ni kan? Tapi takpe lah, saya nak jugak kongsi resepi tanpa sukatan saya. Mungkin kita masing-masing berlainan cara masak, betul tak?

Resepi Bubur Kacang Durian.

Bahan-bahan:

Kacang hijau anggaran 300gm.
Durian beberapa ulas
Gula melaka 50g (seketul yang kecil)
Gula pasir (sukatan mengikut citarasa, putih atau perang, terpulang)
Santan antara 3/4 ke 1 cawan (anggaran)
Daun pandan
Garam lebih kurang sesudu kecil

1. Mula-mula sekali, rendam kacang hijau dalam air panas dan tutup bekas tersebut. Biarkan terendam selama 1-2 jam. Kalau rendam lama, waktu memasak tak perlu rebus lama-lama sebab kacang cepat empuk.


2. Masukkan kacang ke dalam periuk. Letak sedikit air, gula melaka dan 1-2 helai daun pandan.


3. Panaskan hingga mendidih. Selepas itu renihkan dengan api sederhana sehingga gula larut dan kacang masak. Nak test kacang dah masak, saya ambil je sebiji dua dan picit-picit. Kalau tengahnya masih keras berbiji, belum masak la tu.


4. Bila kacang dah cukup masak, kecilkan api dan masukkan santan. Masa ni cuba rasa tengok cukup manis atau tidak. Saya tambah 3 sudu gula perang.

5. Masukkan durian dan renihkan sekejap dengan api kecil. Jangan sampai santan pecah minyak.

6. Akhir sekali, tutup api dah biarkan seketika baru masukkan secubit garam. Fungsi garam bukan nak bagi keseluruhan masakan masin, tapi sekadar nak bagi santan tu terasa lemak masinnya. Jadi sikit je dah cukup. Kata orang putih, just a hint.


Dah siap. Senang je kan? Tak berpeluh pun heheh!

Happy cooking!

7 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Nin,
    Baru 2 hari lepas saya dapat makan durian kak.. Itu pun tak puas sebab durian polystyrene.. Lepas ni gigih cari sebiji at least musang king, hehehe

    Bubur durian sedap jugak kann.. Cicah dengan roti, yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm. Durian polystyrene ok je setakat nak lepaskan rindu dendam. Beli satu peket terus duduk tepi kedai, makan hehehe! Tapi tak lawan beli sebijik2 kan? Bubur durian buat jugak sblm buat bubur kacang ni tapi tak hambik sebijik gambar pun sbb terlupa! Tak sabar nak makan punya pasal. Selamat berpuasa LZ!

      Delete
    2. Selamat berpuasa Kak Nin! 😍

      Delete
  2. Tiba-tiba Mr Hubby ada a big heart ya ^_^

    Saya suka bubur kacang letak durian. Durian lagilah, memang favourite sepanjang hidup senang cerita. Tapi samalah kesnya dengan Nin, di rumah saya ni cuma saya aje yang suka bubur kacang. Yang lain-lain pandang pun tak sudi. So, malaslah nak masak makan syok sendiri sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak cukup2 je lah MD... untuk sorang makan yg boleh ulang 2-3 kali hehehe. Setakat lepas rindu-dendam gitu.

      Delete
  3. Sedapnya... Favorite saya ni...! Haih... terliur pulak!

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^