Remember in my previous posting, I ada mentioned about myself yang "jarang2 good mood"? Let me tell you why...
I have a mental illness that is known as general anxiety disorder (GAD). Bukan lah I ni gilo, semata2 sebab ada perkataan "mental" kat situ kan? Hahaha.
Kalau uol tak pernah dengar tentang penyakit ni, let me tell you what it's like. Pernah tak uol dalam situasi yang mana uol perlu bagi ucapan atau presentation? Atau pun sementara tunggu turn nak jumpa dentist sebab confirm ada satu gigi ni kena cabut? Apa perasaan masa tu? Nervous, gelabah, jantung dup-dap, dup-dap tak hengat kan? Kadang2 tapak tangan siap berpeluh2 lagi. Nak berborak pun takde mood sebab sibuk melayan perasaan yang risau tu. Tapi what happens selepas dah selesai urusan2 yang tersebut? Rasa lega tak tau nak habaq lagu mana... kan?
Sekarang bayangkan perasaan nervous yang uol rasa sebelum tu tak surut2. Tidak ada episode lega. Nervooouuuusss je memanjang. Dan uol sendiri tak tau apa puncanya. Hati berdebar2, perasaan risau/bimbang tak boleh nak dilenyapkan, rasa cemas, bernafas pun tak puas rasa tercungap2, kadang2 rasa nak pitam pun ada. Fikiran pulak asyik occupied dengan keadaan diri... nape dada aku rasa sempit ni? Heart attack ke? Kalau apa2 jadi ni kang dengan siapa aku nak mintak tolong? Risau, risau, risau.
Inilah yang dilalui oleh orang yang ada anxiety disorder, hampir sepanjang masa. Bayangkan. Bayangkan how exhausting it is. Ia sesuatu yang sangat melelahkan sebab tiada penghujung. Bagi kebanyakan pengidap, masa depan terasa tersangatlah kelam. Disebabkan itulah, kebanyakan pengidap juga mengalami kemurungan (depression).
For me personally, I think I have been through the worst. Pernah kena panic attack sampai hospitalised 3 hari. Ingatkan dah sampai ajal huhuhu... Hari2 (melarat ke bulan2 sebenarnya) selepas panic attack tu adalah hari2 yang sangat menakutkan. Kadang2 dek terlampau cemas, I pernah telefon suami suruh balik NOW cause I was having a meltdown. Dan cik abang sayang pun bergegas2lah pulang, semata2 nak provide comfort and support. Kadang2, just having someone you trust hold your hand is all it takes to calm down. Most of the time lah.
Depression then followed. Bagaimanakah kemurungan ini dimanifestasikan dalam kehidupan I? Haa... pagi2 celik2 mata dah rasa takde tenaga, kalau boleh nak berkampung atas katil je sehari-suntuk. Tak mahu bercampur dengan orang, lebih suka menyendiri di dalam bilik buat hal sendiri e.g baca buku, internet etc. And I have done it. Tak keluar bilik, jadinya... tak masak, makan pun apa yang sempat je sebab nak cepat2 masuk bilik balik. Nasib baik lah masa tu ada maid, so rumah tak lah terbengkalai sebab ada orang uruskan. Kalau tidak, I'm pretty sure kain-baju akan bertimbun, rumah tak berkemas etc. Ini under medication ni, dalam rawatan pakar psikologi. Bayangkan orang yang tak mendapatkan rawatan...
Ini cerita 13 tahun dulu. When I was at my lowest point. Dah 13 tahun jadi penghidap. Ada ketika yang I rasa dah pulih, tapi jadi balik. Pendek kata, it comes in cycles. And at this point of time, I sedang lagi sekali melalui episod yang tak best ini. Sekurang2nya, selepas 13 tahun, I am more informed and therefore, wiser. Tapi still, kadang2 kalah juga dengan simptom2 anxiety, yang I tak reti nak describe how dreadful they are melainkan uol yang melaluinya sendiri. It's horrible!
I read that ada yang mengidap penyakit ni melalui keturunan, and I think this is the case with me. Arwah ayah I dulu memang ada tanda2 yang I nampak tapi masa dulu mana lah orang ada kesedaran nak dapatkan rawatan penyakit2 mental macam ni kan? Kalau sebut penyakit mental, orang terus imagine Hospital Bahagia. Oh tidakk...
I hope, none of my children inherit this disease. Tak sanggup nak bayangkan anak sendiri melalui semua yang I lalui ni.
Cukuplah setakat ini dulu pendedahan I mengenai my battle with anxiety and depression. Kepada penghidap2 di luar sana, ketahuilah, you are not alone. There is treatment, there is hope. Tapi at the same time, kita kenalah redha dan sabar atas ujian-Nya.
Take care.
Assalam aznin,
ReplyDeletekeep strong hokeyh :)