Macam pelik jek bunyi, "air lemon" hehehe. Lemon water lah kalau speaking London. Sejak kebelakangan ni, memang banyak akak jumpa artikel2 tentang kebaikan air lemon ni lalu tergeraklah hati nak cuba, try test keberkesannya. Air lemon tau, bukan lemonade atau lemon ais atau teh ais limau. No, no, no. Hanya jus lemon dan air suam, tanpa gula, diminum setiap pagi setengah jam sebelum sarapan.
Akak dah start amalkan dah, setiap pagi minum, baru lebih-kurang seminggu, hik! Setakat ni belum lah nampak apa2 perubahan yang ketara melainkan rasa segar dan bertenaga sikit. Akak ni pagi2 memang selalu lemau, sebab anxiety satu hal, sebab tak cukup tidur pun ye jugak. Maklum lah, anak2 tengah umur 2-4 tahun ni kan suka bangun malam. Ada yg nak susu, ada yang saja2 bangun panggil kite pastu tidur balik. Nak check la tu, mama ada ke tak dalam bilik. Hishh!
Anyway, ada jugak terbaca yang air lemon di walaupun pada anggapan kita ianya bersifat berasid (acidic) , tetapi dalam badan kita ia bertukar menjadi alkali akibat tindak-balas yang berlaku di dalam badan lalu meningkatkan pH dalam badan kita. Katanya, lagi tinggi pH dalam badan, lagi tinggi keupayaan imunisasi badan kita untuk melawan penyakit. Gitu. (Nota : Pssst... takyah lah susah2 beli mesin penapis air alkali mahal2 yang ada di pasaran ittewww hewhewhew....)
Apa2 pun, meh kita tengok senarai kebaikan minum air lemon setiap pagi ini. Senarai ini akak dapat dari Living Traditionally, dan akak cuba sebaik mungkin translate ke bahasa Melayu untuk adik2 dan kakak2 yang kurang faham bahasa Inggeris. Sorry lah ye kalau susunan bahasa tu tak berapa nak sedap di baca. Al-maklum, kita bukan sasterawan heeee!
20 Sebab Mengapa Anda Patut Minum Air Lemon Setiap Pagi.
Kerana...
- Mengandungi elektrolit yang menghidrasikan tubuh badan seperti potassium, kalsium dan magnesium dalam kadar yang tinggi.
- Baik untuk sendi, kerana mampu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot.
- Membantu penghadaman kerana ia mengandungi asid sitrik (citric acid). Asid sitrik ini bertindak-balas dengan enzim dan asid lain di dalam tubuh lalu memudahkan perembesan jus gastrik yang membantu pencernaan.
- Hati menghasilkan lebih banyak enzim dari air lemon berbanding mana-mana makanan lain. Enzim ini penting untuk dalam menghasilkan tindakbalas di dalam hati dalam proses membuang toksin di dalam badan.
- Dapat mencuci hati (Nota : hati organ ye, bukan hati perasaan huhuhu... ) kerana ia menggalakkan hati membuang toksin.
- Berupaya melawan jangkitan saluran pernafasan, sakit kerongkong dan radang tonsil kerana air lemon mempunyai ciri-ciri anti-radang (anti-inflammatory).
- Membantu pemprosesan semulajadi usus (regulate bowel movement, i.e. senang buang air besar lah maknanya tu).
- Sangat berkesan dalam mengawal metabolisme semulajadi tubuh secara berkesan. Memandangkan lemon juga mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang kuat, ia melindungi tubuh daripada radikal bebas dan memantapkan sistem imun (immune) badan.
- Membantu sistem saraf (nervous system) berfungsi sepatutnya. Kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety) sering berpunca dari kekurangan potassium di dalam darah. Sistem saraf memerlukan potassium yang mencukupi untuk menghantar signal yang mencukupi untuk jantung berfungsi.
- Membersihkan darah, saluran darah dan arteri.
- Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan meminum air lemon dalam kadar sebiji lemon sehari boleh menurunkan tekanan sebanyak 10%.
- Menghasilkan kesan alkali dalam badan. Walaupun anda meminum air lemon sejurus sebelum makan, ia masih mampu mengekalkan tahap pH yang tinggi di dalam badan. Lebih tinggi tahap pH di dalam badan, lebih tinggi kemampuan tubuh melawan penyakit.
- Ia sangat bagus untuk kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lemon boleh mengelokkan kulit dengan mengembalikan kesegaran tubuh. Dengan meminum air lemon setiap hari, kulit akan semakin cantik.
- Membantu mencairkan asid urik di dalam tubuh. Asid urik yang dibiarkan terkumpul adalah punca sakit sendi dan gout.
- Sangat baik untuk ibu2 yang hamil. Kandungan vitamin C di dalam lemon bertindak sebagai adaptogen yang membantu badan melawan virus, seperti selsema. Vitamin C juga membantu pembentukan tisu tulang bayi di dalam kandungan. Selain itu, kandungan potassium yang tinggi di dalam lemon juga berguna untuk membentuk sel-sel otak dan sistem saraf bayi.
- Melegakan pedih ulu hati (heartburn). Caranya, minum setengah gelas air yang dicampur sesudu teh lemon. (Nota : Sejak minum air lemon ni memang akak perasan belum lagi kena heartburn walaupun kadang2 terlambat makan, padahal I ada gastritis you!)
- Membantu melarutkan batu karang, batu pankreas dan deposit kalsium. Deposit kalsium adalah keadaan di mana tubuh yang tidak mendapat kalsium yang mencukupi melalui pemakanan lalu ia mengambil kalsium tulang. Jika dibiarkan berlarutan, deposit kalsium yang terkumpul di tisu dan organ badan boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis, sakit jantung dan beberapa penyakit lain.
- Membantu menurunkan berat badan. Lemon mempunyai serat pektin (pectin fiber) yang dapat menurunkan selera makan. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh yang beralkali dapat menurunkan berat badan dengan kadar yang lebih cepat.
- Dapat membantu mengurangkan sakit gigi dan menghentikan pendarahan akibat radang gusi (gingivitis)
- Mencegah barah/kanser. Ini adalah kerana air lemon bersifat alkali. Banyak kajian yang mendapati sel-sel barah tidak boleh "hidup" di dalam persekitaran yang bersifat alkali.
Ok. Akak pasti ramai yang suka sangat item no. 18 tu kan? Hahaha! Anyway, bagaimana nak minum lemon water ni?
Cara minum air lemon
Perah setengah biji lemon, dan tuangkan ke dalam segelas air suam. Godek-godek lah sikit, selawat dan minum. Minum setiap pagi sebaik bangun tidur (maknanya first thing in the morning lah tu), setengah jam atau sejam sebelum sarapan.
Semoga istiqamah =)
-Nin-
Assalam aznin,
ReplyDeletekalo ayot lemon sajork tak berapa bekenan
tapi kalo ayor lemon tea tu soka la he3