Monday, March 16, 2015

Kisah semalam.

Semalam...

Tergerak hati nak check "Other" folder dalam FB messages. Biasalah, ramai jejaka-jejaka perkasa hantar message salam perkenalan gitu. Ai rasa uols pun biasa dapat kan? Tapi ingat, jangan layan k? Semua tu indah khabar dari rupa je tu... Tah gambar profile sapa dicurinya. Ramai sangat penyangak2 macam ni berkeliaran di alam maya. Adik2 especially, jangan cepat terpengaruh k? Anyway, sambung balik cerita asal, dalam banyak2 message tu, ada lah satu message dari sorang adik ni...



Haaa... terkezut ai. As you can see, message tu dihantar sejak bukan Feb lagi. Baru semalam ai baca. And to be honest, it kinda made my day =).

Tak tau lah komen yang mana satu yang terkesan di hati adik ni sebab ai memang banyak buat komen2 online. Kadang2 sependapat dengan poster, kadang2 bercanggah. Tapi walau apa pun, always, always remember to fight fair dan jangan lupa adab kita. No bad words, no cursing, no maki-hamun, no racist remarks... gitu. And please, jangan kutuk2 agama lain. Nabi pun dah pesan, jangan hina kepercayaan orang lain kerana nanti mereka akan membalas dengan menghina agama kita pulak. Kalau pun orang yang bercanggah pendapat dengan kita tu beri pendapat yang bernas, jangan ego. Terima pendapat dia. You don't have to agree on his beliefs and opinions on the issue at hand, let him hold on to his, and you yours. In the end, agree to disagree and stay in peace. Jangan cari musuh online.

Habis satu bab. Moving on.

Semalam...

Lepas baca message kat atas tu tadi, tetiba ai rasa macam good mood sikit lah kan. Fyi, ai ni memang jarang2 merasa good mood. Kenapa? Nanti lain posting ai story you ok? Mula2 teragak2 nak keluar dengan keluarga tapi akhirnya mengalah jugak... keluar je lah. Spend time dengan keluarga. Anak sulong, HS nak tengok wayang Sponge Bob. Kalau ikutkan ai nak tengok Avengers tapi takkan nak split2 plak kan? Tak syok la. So that's how I got stuck in the theater for one and half hours watching Sponge Bob. Apakahhh??? Macam tak percaya. The things we do for our kids!


Frankly, ai pun bukannya concentrate sangat tengok wayang tu. Sebab tak minat dan sibuk memerhati di kecik 2 orang yang tak reti duduk diam. We occupied 7 seats, dan budak bertuah 2 orang ni sambil tengok wayang sambil jalan kulu-kilir hujung ke hujung. Dalam gelap. Camno I nak rilek2 tengok wayang? Tapi dalam samar2 cahaya dari screen tu, ai nampak my maid berdekah2 ketawa ngalahkan anak2 ai. Berbulewww je ai tengok tau. Tapi takpelah, kasi chan.

Demikianlah kisah semalam. Alhamdulillah, syukur kepada Yang Esa for all his blessings. Can't ask for more.

=)

1 comment:

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^