Monday, March 30, 2015

Tengok wayang, gelabah, gigil, etc.

Ni nak bagi tau... sesiapa yang ada masalah kemurungan macam I, jangan gatal-gatal pegi tengok wayang citer Cinderella, hokay? Hahaha! Banyak babak-babak menyentuh perasaan gitu... kejap-kejap rasa nak meleleh airmata. Tapi I kena tahan you... sebab I pegi bawak my eldest daughter, HS dengan kawan-kawan dia 4 orang. Malu la nak nangis kan? Kang budak2 tu kata "over la aunty ni". Itu pun takpe lagi. Buatnya diorang balik citer kat mak-pak masing2, tak ke malu I? Tengok citer fairytale Disney pun nangis. Ngahahaha!

Anyway, just nak story. Sebenarnya malam sebelum tu I tak boleh tidur. Tak tau lah kenapa. Padahal mengantuk, menguap2 lagi tapi tak boleh lelap. Last2 dah dekat pukul 4 baru dapat lelap. Tu pun, dah nasib, 3 kali dikejutkan anak lepas tu. Rasa nak naik hangin tahap puting-beliung tapi sabar je lah. Redha. Tau-tau dah siang. Hmmph! Tak sampai 2 jam pun tidur. Tu pun putus2.

Mula lah nervous. Camno nak bawak budak2 ni tengok wayang ni? I tau, kalau I tak cukup tidur macam tu memang for sure I akan kena anxiety attack at some point. Tapi dah janji. Budak2 tu pun dah siap seawal pukul 9 pagi sedangkan kite dah pesan, aunty datang jemput antara pukul 10 dan 10:30. Tengok2 pukul 9 dah call, aunty kat mana? Sabor le yang oii... aunty baru nak breakfast!

Dek I tak yakin nak bawak budak2 tu tanpa seorang lagi orang dewasa teman, maka cik abang pun setuju nak temankan. Syukurrr sangat-sangat! Ye lah, nak bawak anak2 orang kan? Kang kalau apa2 jadi kang...

Nasib baik jugak la cik abang ikut. Sehabis2 je wayang lebih kurang pukul 1.15pm, I dah rasa nak kena anxiety attack. Sebabnya, perut kosong. I ni bukan jenis yang suka makan popcorn (atau apa2 saja) masa tengok wayang. Jadinya by the time wayang habis, perut dah pedih. Dan itulah suis anxiety attack I.

Dah rasa lain macam tapi I diamkan je. Ingat nak terus pi makan, dah la budak2 tu nak singgah toilet dulu. Maklum, masing2 dah tonggang iced lemon tea sebekas sorang, kantong dah takleh tampung hehehe. After all that, barulah we made our way ke ground floor cari tempat nak makan. Dalam kumpulan kawan2 anak I ni, ada sorang tu tak reti makan western so kitorang pun singgah la satu restoran malay cuisine ni. Orang ramai, but what did you expect? Hari Ahad. Weekend crowd.

I nak order cepat2. Budak2 ni belek menu macam tengok catalog... slow nye! Last2 I pun sound kat diorang, cepat sikit decide. Bila dah abis order, satu ujian plak menunggu makanan sampai. Lambatnyeee rasa. Sebenarnya takde lah lambat mana, reasonable lah kan orang ramai? Tapi I yg tengah bergelut dengan perasaan yang tak mampu dikawal ni, terasa tersangat laaahhh lambatnya. Tangan dah start gigil, mata dah rasa berpinar2, fikiran dah tak focus apa2 dah melainkan perasaan sendiri dan fikiran yang bercelaru. Ya Allah... help me!

Dan seperti kebiasaan kalau makan kedai "orang kita" (jangan sangkal sbb I dah byk kali kena ok? berlainan tempat tapi pe'el yg sama), hantar makanan tapi sudu garpunya tak hantar. I dah takleh tunggu so I pun bangun nak pi ambik sendiri lah konon sbb nampak macam ada tempat letak cutlery. Owhh... bukan rupanya. Dalam tu cuma ada senduk2 pelbagai rupa. Aarrghh! Mintak kat waiter. Waiter pun masuk dalam, sekejap lagi keluar dengan segenggam sudu-garpu. I pun happy, tapi ehh... dia singgah lak kat kaunter. Rupanya singgah nak lap dulu. Dia pun mulalah mengelap kesemua sudu dan garpu tu satu.... satu.... satu.... Aaaarrgghhhhh!! Cepat la bang oiii... aku dah gigil nak pitam dah rasanya ni.

Bila sudu sampai, I pun melompat lah amik, nak cepat2 isi perut sebelum kegelabahan ni menjadi bertambah serious. Tapi chup! Takleh makan lagi. Nak kena tolong carik2kan ayam utk anak I yg "special" itu dan jugak ayam dalam pinggan cik abang. Haa... sure you all heran, nape cik abang tak buat sendiri? Ni lah baru nak mention bahawa I bawak anak no.3 yg umur 4 tahun tu. Dia tak sehat tapi terpaksa bawak sbb dia clingy kalau sakit. Takut maid takleh handle. Kejam kan? Tapi terpaksa, sbb I pun ada penyakit. Ibarat telan mati mak, luah mati bapak. Anyway, dia nak berdokong sepanjang masa dengan ayahnya so ayahnya tak boleh nak guna both hands utk makan. So I lah yg terpaksa dulukan suami dan anak2.

Percaya tak? I potong2 dan carik2 ayam dengan tangan yang menggigil2. Kalau korang tak pernah tengok cemana org yang kena anxiety/panic attack, cer cari kat YouTube. Ramai gak diorang ni yang rekod dan upload keadaan diorang masa kena attack.

Last sekali, baru lah I dapat makan setelah settlekan semua orang. Biasa lah, kita mak2 ni memang selalu makan last kan? I suap makanan ke mulut dengan tangan yang bergegar2, heran jugak diorang sorang pun tak perasan my struggle time tu. Cik abang pun tak perasan. Lapor sangat kut.... husnuzon hahahah! Alhamdulillah, by the time habis makan, perasaan gelabah dan takut tu beransur2 hilang. Tapi tangan gigil tu lama jugak nak berenti. Masa berangkat dari kedai makan tu, tangan I masih menggigil2.

I dah sabar2 nak balik sebenarnya. Syukur ada alasan kukuh, si kecik tak sehat. Walaupun sebenarnya mak si kecik tu yang tak sehat, tak sabar2 nak balik berehat. Fyi, hampir semua org yang ada GAD (General Anxiety Disorder) ni tak suka tempat2 awam terutama yang ramai orang. Sekejap boleh, tapi akan sampai satu tahap yang I akan rasa yang I must go back to my own comfy zone where I can be myself. Walaupun sekadar duduk dalam kereta dekat parking lot! Rasanya bila dah masuk kereta tu lah baru tangan I berhenti menggigil. Dah lega sbb dah masuk familiar surrounding dan tak payah buat2 ok. Phew!

Maka berangkatlah kami menghantar budak2 tu balik ke rumah masing2 mcm van sekolah dah rasa. Tapi ada lagi ujian menunggu, one of them muntah dalam kereta. Elok2 sampai rumah dia plak tu. Kalau I cepat 10 saat je sikit, mungkin dia boleh muntah kat luar, not in the car. Geram lah jugak sbb kalau dah rasa mual2, nape tak cakap? Boleh la bagi plastik atau berenti tepi jalan muntah kat luar kan? Tapi takkan nak marah anak orang plak kan? Ni misti kes minum chocolate milk shake kat restoran tadi. Haishh!

Satu kerja lah pulak kami membersihkan kereta kat tepi jalan tu. Mujur ada bawa wet tissue, dan teramat syukur ada cik abang sayang I. Sebab without him, tak tau lah cemana nak bersihkan kereta tu sbb I ni jenis tak boleh tengok org muntah, apatah lagi muntahnye tu. I pun boleh termuntah dibuatnya tau. Karpet yg terkena muntah tu kami lap ala2 kadar je dgn wet tissue, lepas tu pindahkan masuk ke boot kereta. Taknak terbau... kang muntah I youuuuu! Tunggu balik rumah je lah pancut dengan air.

By the end of the day, setelah ke-empat2 anak2 orang tu kami hantar pulang, I rasa tersangat lega dan lapang dada. Baru lah mood improve sikit. Sebelum tu memang rasa nak telan orang je tapi cover dgn muka manis. Taknak spoil the outing with my foul mood. Kesian budak2 tu nanti esp. my daughter.

Rasanya in future, nak organise lagi tak outing gini? Of course! Demi anak pompuan I yang truly special itu. This disease is my battle, not hers. Why should she have to pay for it kan? Cuma satu je... taknak lagi bawak budak yang muntah tu. Hahahahah! Gurau je... diorang 5 sekawan, takkan nak exclude sorang plak.

I'm not mean. I'm kind, like that.

3 comments:

  1. Gosh i've missed reading u write!
    Blogging might be out of fashion but the hardcore bloggers in us will strive to stay ;)

    ReplyDelete
  2. Heyyy!! Nice to see u again Nina! =)

    ReplyDelete
  3. Assalam aznin,
    iols 1st time dengor sakit ni
    moga uols terus kuat yer :)

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^