Tuesday, May 26, 2015

Jangan jadi hamba duit.

Salam dan selamat pagi.

Di pagi yang mendung dan suram ini, izinkan saya mengomel sedikit meluahkan rasa kurang setuju dan kurang puas hati yang bersarang di dalam dada.

Sebelum tu, biarlah saya awal2 buat disclaimer bahawa apa yang saya luahkan di sini hanyalah pandangan saya berdasarkan ilmu saya yang dangkal, berbekalkan akal yang alhamdulillah masih waras, dengan izinNya. Saya bukan ustazah, saya bukan alim, saya bukan warak dan solehah... tapi doa saya, biarlah perjalanan hidup saya menuju ke arah itu. Kalau bukan ustazah yang ada paper qualification pun, biarlah saya jadi ustazah kepada anak2. I try to make every day better than yesterday.

Al-kisah, semalam saya post satu link bergambar di FB. Gambar yang di ambil pada satu seminar MLM katanya. Dan dalam seminar ni, salah satu cara motivasi yang digunakan untuk merubah hidup menjadi jutawan ialah dengan mencium wang berkepok2.  See for yourself...


And then somehow, someone, somewhere sudah tersentap lah dengan my status and she commented like so...


I have to admit, I couldn't believe what I read. Agak tersentap lah jugak perasaan saya bila dia kata "go and verify yourself" dan "just go and then you can judge". Well, I just happen to have the opinion that this is the kind of stupidity that needs no verification, thank you very much.

Now, I don't know what your stand on this issue is, but mine is simple. You want to be rich, duit berkepok2, you work hard to achieve it. 

Usaha. Doa. Tawakkal.

Any average Muslim knows this. You don't sniff money to get the feel of money so that you'll attract money. "Ada doa dalam ciuman". What a load of crap. You are kissing what is notoriously known as THE ROOT OF ALL EVIL to "mengajar makin dekat hubungan dengan Allah"? How ironic!

Nampak tak permainan halus syaitan durjana di situ? Nampak tak?

Setahu saya yang dangkal ilmu ni, even mencium musyaf Al-Quran tu pun tidak ada dalam riwayat Rasulullah dan para sahabat, walaupun ada ulama berpendapat tak salah berbuat demikian kerana memuliakan kalam Allah. Then what's your excuse for kissing money? Memuliakan duit?

Have you not heard of a riwayat on Saidina Umar's stance on kissing any object when he kissed the Hajarul Aswad?

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: 
"Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu."

So again, my question is, what is your excuse for kissing money?? It's just paper.

This act of kissing money to "berdoa" supaya dapat jadi jutawan is very superficial, in my opinion. What you want it rezeki, not money. And the type of rezeki that you want is yang berkat dan halalan toyyiban. There's a much bigger picture here.

Allah knows best what kind of rezeki you need. And trust me, you don't just need money.

You need health, you need family, you need a sound and peaceful mind.
You need friends, you need basic necessities for survival.
And you need iman.

All these are rezeki. You think money can attract all these rezeki if you have loads of them?
I highly doubt it.

Islam has given us many opportunities and ways to tarik rezeki. Banyak amalan2 murah rezeki yang kita boleh amalkan. Solat dhuha umpamanya, or bersedekah, memanjangkan silaturrahim etc. There are many and here are some to start with. Sorry to disappoint you, there's no object kissing in any of these amalans. Well ok, I take that back. Maybe there is... cium sejadah hehehe...

Selain itu, Allah dah bagi peluang berdoa. He's always there and ever ready to listen to you. Not only that, siap Allah bagi waktu2 mustajab berdoa lagi! Again, sorry, mencium duit sewaktu mengeluarkannya dari mesin ATM tak termasuk dalam waktu mustajab.


Okay, I think I've said enough to make my point. Cuma saya nak berpesan, janganlah terlalu taksub nak kaya sampai tersasar ke amalan2 yang boleh membawa kepada kesesatan dan lebih berat lagi, syirik. Na'udzubillah.

Kita dah ada ugama yang lengkap. Dig deeper into it. I'm sure you'll find something better than money. Something not even a warehouse full of money can buy. 

Duit is not the solution. But if you still insist, why not try this link?

Doa. Usaha. Idea. Tawakkal.

Good luck!

May Allah bless us all. And I love you, sisters!

P.S. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari kelemahan saya sendiri. My apologies for all my shortcomings. Do correct me if you see any mistake, misinformation or misguidance in my posting above. Thank you.

~Nin~


10 comments:

  1. tq link kan entri saya di sini sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama =) TErima kasih kembali atas perkongsian entry anda yg bermanfaat. Saya sekadarkan memanjangkan je =)

      Delete
  2. I love money too *_* Tanyalah pada sesiapa pun, tak semua, separuh mungkin akan kata ya. Tapi it doesn't mean I kena cakap duit, duit, duit banyak kali dan duit tu terus terbang entah dari mana masuk poket I. Kenalah usaha kalau nak kaya. Nak rezeki murah, memohon pada-Nya. Pi cium duit nak buat apa. Kalau macam tu punya senang, sekarang ni I berhenti kerja. Dok cium duit ajelah sambil berdoa. Lagi kerap I cium duit tu lagi masyuklah agaknya ya. Mudahnya hidup....

    I knowlah mungkin si kepala MLM ni nak bagi inspirasi kepada ahli-ahlinya untuk berusaha tapi ini sudah salah caralah beb. You ajar orang cium duit sambil berdoa, tak payah usaha, MLM you makin maju ke? I nak join party tupperwarelah lepas ni. I cium je duit sambil berdoa dengan harapan tupperware I terjual tanpa I berusaha cari pelanggan. Keh3x.

    I like this entry. Dalam maksudnya. Kena fikirlah sendiri kalau ada akal fikiran yang waras. Manusia ni kalau dah taksub, memang hilang kewarasan fikirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD, kalau nak join party tupperware, kena cium tupperware la kan? hehehe....

      Delete
  3. kaknoor sokong apa yg MD tulis tu Nin, yg dok cium duit tu apa hal nya kan..
    semua rezeki adari ALLAH jadi nya kita kena bersyukur dan berdoa
    malas jugak kaknoor nak ckp banyak kang ckp ostazah kang susah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, Kak Noor, kita yg tak bertauliah ni nak bagi nasihat pun serba-salah. Nanti kena chop "holier than thou" pulak... haishh! Takpe lah. Niat lillahita'ala je lah, biar lah orang nak sangka apa pun.

      Delete
  4. infonya bermanfaat dan menambah wawasan gan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Moga sama2 mendapat manfaat.

      Delete
  5. buatlah apa pun janji bahagia boleh camtu?hahaha..setiap org Ada pendapat masing2.siapa tak suka suit kan..nak berjaya kena la D.U.I.T kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul... applikasikan D.U.I.T. ehehhee....

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^