Hik!
Sorry lah, lambat la pulak nak masuk chapter 2 ek? Bukan tak ingat, tapi takde masa lapang nak mengarang.
Ok lah, kita sambung...
1 June 2015.
Keesokan paginya, awal2 we all dah bersiap nak bertolak ke KK. Anak2 lah yang paling bersemangat. Al-maklum... bukan diorang yang nak susah2 packing kan? Maknya yang berasap hidung-telinga nak pastikan barang semua orang tak ada yang tertinggal.
Bila dah siap2, turun lah kami sekeluarga ke lobi hotel. Disebabkan van nak bertolak pukul 7, maka tak sempatlah kami nak sarapan buffet di hotel. Apa2pun, sebagai seorang ibu yang bersedia (ehem!), I pergi jugaklah ke restoran sorang2 sambil pegang beberapa helai ziplock bag kecik2. I ni kalau berjalan, suka bawak ziplock bags sebab banyak gunanya beg plastik berzip ni. Kalau makan di restoran tak habis, masukkan dalam ziplock bag. Kalau anak2 beli apa2 jajan yang tak habis makan, terutama yang bangsa melekit, sumbat je masuk ziplock back, zip elok2. Settle! InsyaAllah, tak payah risau tumpah bertabur.
Anyway, sampai kat restoran, I pun mintak lah kat adik waiter tu nak tapau sikit roti atau kuih kering untuk anak2. Mula2 dia tak bagi, tak boleh tapau katanya. Then I pun pujuk2 la sikit mintak jasa baik dia untuk consider, ye lah... kang anak2 lapar tengah jalan how? Sorang pun tak sarapan lagi tu. At last dia benarkan, so I pun cepat2lah ambil ngam2 6 ketul french toast, dan 6 ketul popiah goreng. Idok le kita nak ambil kesempatan tapau sepenuh2 plastik kan? Please lah!
By the time I sampai semula ke lobi hotel, tengok van dah sampai dan En. Suami tengah sibuk tolong2 driver van tu masukkan barang2 we all yang bertimbun tu. Seperti biasa, En. Suami I ni orangnya jenis yang nak pastikan semua benda ok, semua benda dia paham etc. jadinya secara semula-jadinya dia memang banyak soalan. Selagi tak puas hati dia, selagi tu lah dia bertanya. Nak dijadikan cerita, driver van tu pulak rupanya baran orangnya. Elok2 I sampai kat lobi sempatlah I nampak dia tengah tinggi suara marah2 En. Suami I. Dalam hati I, alamaakk....
Tak patut kan? Kita dah memang lah pelancong, terdesak pulak tu sebab kereta rosak. Ko jangan lah marah2. Orang tanya elok2, jawab je lah puaskan hati pelanggan. Ni tak, kita bayar dia tambang, tapi dia buat kita seolah-olah dia bagi servis percuma. Dan attitude dia macam, ko tak suka servis aku, pi lah ko cari van lain kalau pandai sangat! I hate these kind of people. Sombong.
Dah tengok driver tu macam tu, I pun cepat2 lah suruh anak2 and mak naik cepat2. Kang kalau lambat kang, kut dia marah lagi. Dah jadi kebiasaan anak2, kalau naik je kenderaan, benda pertama diorang akan capai ialah seatbelts. Memang I dah train, naik kenderaan, duduk depan ke, belakang ke, atas bumbung ke, seatbelt wajib pakai. Sekali.... tengok2 seatbelt dia semua si driver bertuah tu dah seal cenggini....
|
My FB status on said situation. |
Mula2 I nak bukak lah sebab ingatkan yang kita punya je berikat. Rupa2nya semua! So En. Suami pun tanyalah dengan driver "Boss! Seatbelts tak boleh pakai... semua ikat..." something like that lah. I nak highlight part laki I panggil dia BOSS tuh sebenarnya hehehe...
Korang tau apa dia jawab? "No need, no need! No need to wear." Kepala hangguk dia kan? Ko boleh la cakap dah bukan keluarga ko dalam ni kan? Kitorang bertujuh ni satu keluarga tau?
Anyway, we all pun diam je lah. Kang kalau komplen kang kut ditinggalnya we all tepi jalan kang, lagi susah ye tak?
But I tell you, I was very, very pissed off with the driver. Dah la mula2 I sedih sebab dia tempik kat laki kita depan passenger lain macam lah laki kita takde airmuka kan? Then obviously dia haram tak kesah keselamatan we all sekeluarga. Stinky selfish fella!
|
Bukan saja tak boleh makan,
kentut pun tak boleh. Heheh! |
Along the way, adalah singgah satu tempat ni, tak ingat plak namanya, for bathroom break. Driver eksyen dah turun pegi shishi. I cepat2 ambil kesempatan ni bagi mak dan anak2 makan kuih2 yang I ambil kat hotel tadi. We all makan cepat2 dan sorok2 sebab kalau ikutkan, ada sign kata takleh makan dalam van ni. Hik hik! Nasib engkau lah!
The more-or-less 3 hour ride to KK was bumpy. Faham2 je lah suspension van, mana nak sama dengan kereta kan? Dah la tu, laju pulak. Asyik memotong je kerjanya. I kat dalam tu, sambil pangku Aisyah yang tengah tidur, asyik berdoa je mintak Allah selamatkan perjalanan kami. Akhirnya, sampai juga ke sempadan negeri Sarawak-Sabah. Cer uols tengok imigresen diorang ni... kelakar tak? Selangkah je jarak hehehe....
|
Sempat snap gambar walaupun sambil
pangku Aisyah =D |
Alhamdulillah we all selamat sampai ke Kota Kinabalu. Bila dah masuk KK, barulah driver tu ramah berceloteh dengan En. Suami sambil didengari penumpang lain. Dia tanya rancangan we all nak jalan2 KK, cemana takde kereta. En. Suami pun cakaplah, takpe, we all dah uruskan nak sewa kereta nak drive sendiri. Then dia pun bagi cadanganlah tempat2 yang boleh dilawati, termasuklah Kundasang. En. Suami cakap, a'ah, Kundasang memang termasuk dalam list kami. Kami nak drive ke sana. Then si driver tu cakap, kena baik2, bahaya naik bukit tu tambah kalau tak biasa. Gaungnya tinggi, malah dalamnya lebih-kurang ketinggian bangunan tu (sambil tunjuk kat satu bangunan tinggi tepi jalan). Dalam hati I, elehh... nak takut2kan kita la tu, suruh hire dia bawak kitorang jalan. Piirahh! I dah turun-naik Cameron Highlands tu berkali2. Jalan baru, jalan lama, semua dah rasa. InsyaAllah, we can tackle the drive up to Kundasang. Ko ingat aku nak berholiday dengan orang baran macam ko?
Tak lama kemudian, sampailah kami ke apartment sewa. Yang ni lagi satu hal. Rupa2nya yang I booking tu bukan lah service apartment macam gaya service apartment yang biasa kita lihat di KL. Rupa2nya ia adalah apartment persendirian yang mana, ia sekali dengan apartment2 awam yang lain. Kira lebih tepat lagi kalau kata homestay, tapi dia advertise online as serviced apartment. Jadinya, tak adalah lobby khas untuk tetamu sampai, whereby ada pekerja hotel yang boleh tolong angkatkan barang atas trolley khas tu. Sungguh tipah rasa sangat tertipu. Si driver bangang tu pulak main lambak je barang2 we all kat atas pavement tepi jalan, tengah2 panas. Serious time ni rasa macam nothing is going right with this holiday.
Setelah I telefon, turunlah seorang pompuan ni, pekerja of the so-called service apartment. We all tanya lah, siapa nak tolong we all angkat barang yang berlambak ni? Dia pun terpinga2. Last2 we all jugalah, termasuk pekerja tu, yang bersusah-payah mengangkat barang2 semua sampailah ke lif blok bangunan yang berkenaan. Penatnya, masyaAllah....
Unit apartmentnya tu, kira ok lah. Nak kata elok sangat, tidaklah. Sliding door almarinya dah 'derailed'. Silap2 memang boleh tumbang ke luar, timpa orang. Kebersihan so-so. So many little things I can pick on tapi I told myself, tak apalah, at least we have a place to stay, and the location is great. But I'm not recommending this place to anyone though, as the service is very poor. They only use a mobile number and that too, our calls almost always went unanswered. Kalau dah after 4pm jangan harap lah anybody nak jawab! There are many other hotels along Jalan Tun Fuad Stephens, where this apartment unit is located you can choose from.
|
Sunset view from our apartment unit. Yes, this apartment's location is
strategic. Walking distance to the new Oceanus Mall, and many shops
and restaurants, even clinics in the area for all your needs. |
Once we settled in, all I wanted to do was rest. Penat woo... So En. Suami yang baik hati pun turunlah sorang2 pegi tapau food for lunch. Rupa2nya while waiting for the food he ordered, En. Suami pun dah buat program dia sendiri. Kalau ikutkan, we all memang dah buat perancangan awal untuk sewa van driver baran tu semula hari Jumaat nanti untuk pulang semula ke Lawas, sebab kereta yang rosak tu akan dibaiki di Lawas. After seeing my FB status pasal seatbelt tu, dia pun tukar program. Kensel naik van tu semula, cari transport lain. Lega I sebab I don't think I want to give anymore of our hard-earned money to that rude and selfish driver. No need seatbelts, can you imagine? Dia tau pulak pakai seatbelt kat depan tu.
|
Reunion with old friend, Dila. Masa ni
dah kenyang. Alhamdulillah. |
Anyway, the day was not all lost. Malam tu, sempat juga I ber-jejak kasih dengan kawan lama yang dah kawin orang Sabah dan menetap di KK. Kali terakhir we met was back in America masa zaman student dulu, I pernah singgah apartment dia on my way to NY. Tapi dia tak ingat peristiwa ni. Nanti I korek balik album tunjuk dia gambar we all berdua kat US dulu kat apartment dia hehehe.
We had Nando's for dinner that night, sambil tengok sunset sebab location Nando's kat dalam Oceanus Mall tu tersangatlah strategiknya, I tell you! Dalam gambar ni tak nampak sebab dah malam but you can choose to dine in the restaurant itself, or you can dine outside as you watch the sunset and enjoy the sea breeze.
Guess which one we chose? Obviously!
That, my friends, was how our Day 2 of Cuti-cuti KK went. Baru day 2 tapi dah rasa penat macam dah cuti 10 hari hhuhuhu. Is age catching up on me faster than I can run?
Tunggu sambungan Cuti-Cuti KK Day 3 - Stuck in a lift! pulak eh?
Kan I dah cakap, this was a holiday like never before!