Saturday, September 19, 2015

Babai gula....

Uols...

Uols perasan tak kita Malaysians ni kuat sangat makan gula? Cuba kira, secara kasar, dalam sehari berapa sudu gula kita makan? Dunno about you, but bila I buat kira-kira sendiri mengikut tabiat pemakanan I seharian... dalam sehari, purata pengambilan gula I menjangkau sehingga 12 sudu teh! Banyak tu wehh!

Itu pun I kira ikut apa yang jelas dan nyata I ambil contohnya, pagi2 minum nescafe I bubuh lebih kurang 3 sudu teh susu pekat. Agak2 tu dalam 3 sudu gula lah juga. Dalam sehari I minum nescafe busuk2 pun 2 cawan mug. Kat situ je dah 6 sudu teh gula. Tu tak campur lagi kadang2 bila haus buat air sarsi lah, sirap lah, atau minum 100 Plus. Bila panas, pandai pulak makan eskrim. Bila keluar pegi beli barang dapur, suka plak singgah-menyinggah minum teh tarik, atau teh ais. Satu lagi tabiat I suka makan coklat Kit Kat setiap nak keluar ambil anak balik sekolah. Makan dalam kereta, bawak pulak bekal air Vitagen hik! Padahal sekolah tak sampai pun 5km dari rumah ehehhe.... Kalau dikira lah sebetul-betulnya, I yakin my sugar intake setiap hari sebenarnya melebihi 12 sudu teh.

Ya Allah... bila dah di-quantify-kan begitu, barulah perasan betapa teruknya my diet! And how much I am hurting myself.

Dulu I tak tau, tapi sekarang dah tau. Gula ni sebenarnya langsung tak ada apa2 khasiat atau nutrisi. Ia adalah penyedap rasa semata-mata. Rasanya kita semua sedia maklum bahawa gula ni kalau diambil secara berlebihan tanpa kawalan akan mengundang macam2 penyakit. Yang kita tau, gula boleh menyebabkan kencing manis.

Tapi uol tau tak, gula yang berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lagi? Antaranya hati berlemak atau bahasa omputihnya, fatty liver. Secara ringkasnya, satu condition di mana hati seseorang itu diselaputi lemak. Banyak lah penyakit lain yang boleh timbul kesan dari fatty liver ni uols.

Ringkasnya, banyak la penyakit2 lain yang boleh timbul kesan dari pengambilan gula secara berlebihan. Boleh jadi ketagih gula, boleh jadi gemuk, boleh menyebabkan gigi berlubang and so on, and so on. Nak tau lebih lanjut, gugel je lah ek?

Anyway, posting ni sebenarnya nak ceritakan pengalaman I nak cuba memberhentikan pengambilan gula.

Kesahnya, lepas dah baca dan hadamkan serba-sedikit ilmu tentang bahaya gula, I pun dengan penuh kesedaran ingin memberhentikan tabiat pengambilan gula berlebihan. Semangat oi! So I pun start lah paying more attention to what I consume, dari pagi sampai ke malam. Nescafe tetap juga minum tapi sekarang jadi nescafe O tanpa gula, dan dah dikurangkan kepada cuma secawan sehari. Max 2 cawan. Ye lah, dah tak sedap kan? Pahit je hehehe.... Milo pun masih minum tapi sama gak macam nescafe, tanpa gula dan cuma 2 cawan sehari max. Coklat I tak sentuh, eskrim tak sentuh, kalau makan luar pun I minum mineral water je... sangat dedikasi gitu.

Tapi rupa2nya...bukan senang nak quit sugar ni. Ada juga withdrawal symptoms, sama macam caffeine withdrawal jugak. MasyaAllah!

Yang paling ketara for me ialah sakit kepala. The kind of sakit kepala yang I biasa rasa kalau perut lapar sangat sampai tahap nak gastrik. Kadang-kadang vertigo pun ada, berpinar-pinar dan berpusing-pusing rasanya. Lepas tu badan pun rasa tak cergas, lemah dan malas. Ye lah, selama ni gula lah yang jadi 'bateri' kite... bila dah tukar bateri 'unleaded' ambil masa lah nak sesuaikan diri, tak gitu?

Anyway, masuk hari ke-3 I dah tak tahan sakit kepala dan I pulak seboleh-boleh taknak makan panadol. Dok sapu minyak cap kapak je yang tak mendatangkan apa2 kesan positif pun. Pedih mata ada lah! Sakit kepala tak jugak hilang! Akhirnya, I terpaksa mengalah dan buat juga air nescafe bubuh susu pekat sebab I agak mungkin sakit kepala tu kuat sangat sebab I sedang mengalami withdrawal effects kesan dari stop both sugar AND caffeine. Mungkin I tak boleh quit cold turkey kut.... kena pelan2 stop sikit2.

Semua ni adalah nama lain bagi gula.
Jangan tertipu ye...
Hari ni dah masuk seminggu I kurangkan pengambilan gula. Sakit kepala masih ada tapi dah banyak kurang. Kesan positif yang I nampak setakat ni ialah perut I tak lagi rasa kembung atau bloated macam banyak angin gitu. Dan unless betul2 penat, I tak lagi rasa mengantuk yang amat sangat setiap kali lepas lunch (which was the reason why dulu I suka makan Kit Kat waktu ambil anak balik sekolah sebab time tu lah mengantuk paling kuat sekali. I guess sugar was the temporary fix).

Sekarang kalau nak beli apa2 makanan, I lebih prihatin baca label. Gula ni sebenarnya banyak 'nama timangan'...molasses, corn syrup, dextrose, fructose... semua tu gula. Pandai kan pengeluar makanan ni auta pengguna?

Penting juga kita tau bahawa badan kita memerlukan gula tapi bukanlah simple sugar yang kita sedang bincangkan ni. Untuk menampung keperluan badan, makanlah gula yang asli atau natural seperti yang terdapat dalam buah-buahan. Makan je lah buah-buahan manis cemana pun, no hal. Kurma is good =).

Buat sementara waktu ni, I sorang je yang berusaha nak quit sugar. Suami dan anak2 belum lagi. InsyaAllah akan diusahakan. Doakan I istiqamah dalam usaha memerangi tabiat makan gula berlebihan ye?

Uols bila lagi? Jom lah =)

3 comments:

  1. Assalamualaikum Aznin,

    Struggle sungguh you nak berpisah dgn gula.. Yer sbb dah jadi habit kan.. Mmg kena cekal hati.. Why not gantikan dgn stivia. Symptoms sakit kepala & vertigo mmg selalu saya kena baru tahu mgkn saya kurang ambil gula kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm. Memang susah...tapi so far manageable. Setakat ni belum lagi terfikir nak substitute dgn stivia. Dah agak biasa dah minum beverage tawar eheheh...

      Delete
  2. Nin.. Drastic u stop your sugar & caffein intake.
    Potong sikit2 la.. Tapi tambah quantity minum ayaq kosong. Ok kot.
    I pun suka nesacafe, kitkat, vitagen.. Tapi vitagen dah stop terus. Gula dia memang tinggi sangat.

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^