Image courtesy of austinmaidservice.com |
Ya Allah berhabuknye blog aiiii....
Sorry lama tak update. Bukan taknak update tapi serious takde masa. Kalau ada masa pun I dah too penat nak mengarang. Laki I outstation beberapa hari so I lah yang kena buat segala dari jadi drebar, tukang masak, drebar balik, masak balik... hahaha! Biasa la tu kan? Kalau tak buat semua tu, bukanlah surirumah namanya.
Other than that, curi2 masa menjahit baju tidur untuk bonda tercinta. Dah lama dia beli kain tapi tak jahit2 so akhirnya, I pun tolong lah jahitkan. Ada 3 helai kain, 2 dah siap, tinggal lagi satu masih work-in-progress. Maknanya, my plan nak jahit t-shirt muslimah tu terpaksalah ditangguh dulu ke suatu masa yang tidak diketahui heheh! Takpe...takpe...kita bahagiakan orang tua dulu, tak gitu?
Other than that, I have been busy looking around for a maid. Ada orang kata jangan panggil "maid", macam politically incorrect. Panggil "domestic helper". Ok lah... domestic helper atau DH for short. Banyak jugaklah biodata yang I tengok2. Bila dah jumpa yang memenuhi kriteria, I pun talipon lah agency yang berkenaan. Katanya kalau nak DH dari negara jiran pengilang asap tu, bayaran untuk agent local RM7300. Agent sana pulak minta RM9000. Yes, you read that right. Sembilan, kepala bapak, ribu. Grand total... haaa kiralah sendiri.
I'm sure you can sense from my words betapa annoyed-nya I tang part RM9k tu. Macam lah training kaw-kaw, standard tinggi boleh buat kerja tip-top kan? My DH dari negara seberang sebelum2 ni cuma seorang-dua je yang betul2 boleh diharap. Yang lain mendatangkan macam2 masalah yang bukan kecik2. Yang rentap tangan anak (3thn) sampai terseliuh siap bawak spital pegi xray, yang kejap2 nampak hantu dalam rumah konon arwah BAPAK dia selalu datang melawat nak tengok dia ok ke tak (warning aku secara subtle la tu....piirahh!), yang bangang tak letak baby dalam cot main tinggal atas katil baby tergolek jatuh terhentak kepala punya kuat sampai I ingat bunyi barang jatuh kat tingkat atas rupanya kepala anak aku lalu macam pelesit I berkejar ke hospital bawak baby, yang ber-bf kan Bangladeshi sampai kena ugut dek Bangla tu compromising my family's safety, yang kaki selfie (tak semestinya berpakaian) dan macam2 lagi. Pendek kata, stress level dengan diorang ni memang mencapai tahap psychotic.
Ada hati kering nak RM9k?
Yang paling kesian, selalunya yang prefer DH negara seberang ni orang Melayu lah, sebab nakkan yang Muslim.... jadi orang Melayu lah yang ramai kena cekik darah bayar yuran tak masuk akal tu.
And please ye kawan2, jangan buat statement dalam kepala yang ala2... "takyah la pakai maid, ko tak keje pun", atau "aku ni dah bertahun2 tak pakai maid, boleh jerr..." dan statement2 yang sewaktu dengannya. Situasi kita masing2 berbeza ye Puan-puan... Until you're right here in my shoes, you have no idea what I'm going through, therefore, no right to judge.
So now I am seriously considering DH dari Philipines. Agent fee dia is RM5k cheaper. RM5k ok? Boleh pegi bercuti2 Malaysia tu. I would rather pay higher salary to the maid, than pay higher fee to the agent. Tambah pulak agent yang mengambil kesempatan macam tu. Huh! At least Philipino DHs ni sekolah sampai tahap menengah, and more professional at what they do.
Ok lah, sekian saja bebelan saya hari ni heheh!
Got to get back to sewing my mum's baju tidur. Selagi tak siap, tak senang rasanya ada kerja tergantung.
Later!
Assalamualaikum Aznin,
ReplyDeleteSaya prefer Philipino DH compare to pengilang asap.. Negara satu lagi tu skrg quite demanding tapi banyak bad record. Hopefully dipemudahkan urusan pencarian, InshaaAllah..
Salam Nin,
ReplyDeleteI ni pun sibuk maklumlah tengah kena 'sawan pengantin'. I datang singgah kejap aje di petang yang indah ni sebelum balik kerja. Nanti sawan pengantin dah hilang, barulah I menjelajah blog you yang katanya dah berhabuk ni.
Eh, cerita pasal maid dari negara pengeluar asap terbesar di Asia Tenggara ni memang never ending story ler... Macam-macam hal. Nasib baiklah I dah ban diri ni dari 'memiliki' maid gitu. Yalah I tak mampu nak bayar RM7300 + RM9000 (berapa erk? jap kira dengan jari jap eh....) dan I tak mampu nak menghadap kerenah maid yang pelbagai lagak ni. Cukuplah dalam rumah tu I aje yang over. Kalau ada orang lain lagi yang over daripada I, memang BP naiklah jawabnya nanti!
I baca news katanya Philippino maid ni sekarang standardkan gaji - USD400. Takpa bayar lebih sikit dari dapatkan maid dari pengeksport asap terbesar di Asia Tenggara. Sekurang-kurangnya mereka ni well trainedkan. Takdalah kita suruh dia masak, dia duduk kat meja makan tunggu kita masak!
uikss...9k melampaunya agen sana tu...
ReplyDeleteMrs. A ada kawan yang supply maid Indon tapi tak tanya rate dia berapa