Thursday, April 30, 2015

Cara Menjahit Peasant Dress - Siri 2/2

Kita sambung tutorial peasant dress. Dalam siri kedua ni, saya akan tunjukkan cara2 untuk menjahit fabrik sehingga terhasilnya baju macam ni...


Jika anda masih belum membuat pola baju dan memotong kain, sila tengok entry sebelum ini iaitu

untuk cara2 melukis pola dan memotong kain. Jika sudah, mari kita teruskan jahit baju yang cantik manis ini.

Mula2 sekali, seperti biasa, sesi menggosok basi. Gosokkan semua basi yang akan dikelepetkan nanti. Langkah ini penting sebab akan memudahkan dan mempercepatkan kerja menjahit.
Gosok elok2 biar nampak jelas garis lipatan tu ok?


Panduan melipat basi:

Bahagian leher yang basi 1" (yang akan dimasukkan getah) : mula2 kelepetkan 1/4", gosok, kemudian kelepetkan lagi 5/8", gosok.
Buat yang sama untuk setiap helai badan dan lengan baju.

PEMBETULAN : Saya tersilap masa buat tutorial ni. Sebenarnya basi untuk bahagian leher ialah 3/4" (bukan 1"). Masa gosok, mula2 kelepetkan 1/4", lepas tu kelepetkan lagi 3/8". Getah yang digunakan untuk leher ialah getah bersaiz 1/4" (bukan 1/2" seperti yang ditulis dalam gambarajah di atas. Sorry ye, akak silap hehehe...)
Buat yang sama untuk setiap helai badan dan lengan baju.

Bahagian hujung lengan : Kelepetkan 1/4" gosok, dan lagi sekali 1/4" juga dan gosok.

Bahagian hujung baju (kelim/hem) : Kelepetkan 1/2", gosok, dan lagi sekali 1/2" juga dan gosok.

Contoh lipatan kelim di leher untuk dimasukkan getah nanti.
Setelah sessi menggosok dan jahit tepi (rujuk gambarajah Tambahan Basi di atas),
sekarang tibalah masa yang ditunggu2.

Masa untuk menjahit!

Langkah pertama :

Cantumkan lengan dengan badan baju dengan basi selebar 3/8". Walaupun tadi masa potong kain kita tinggalkan basi 1/2", tapi biasanya mesin jahit tepi akan potong 1/8". Jadi yang tinggal berapa, adik2? 
Ye... 3/8" sahaja. Jadi itulah lebar basi kita. Ingat tu ye... ;-)

Temukan lengan dan badan baju di bahagian seperti dalam gambar. Pin dan jahitkan dengan basi 3/8".
Buatkan di semua sambungan lengan dan badan secara selang-seli.
Jikalau anda cantum dengan betul, anda akan dapat seperti gambar di atas.
Dah ada rupa baju dah tu kan? 

Langkah kedua :
Kelimkan lipatan di leher baju yang telah di gosok tadi. Jangan lupa tinggalkan sedikit rongga untuk memasukkan getah nanti.

Perhatikan lokasi jahitan kelim iaitu di tepi lipatan supaya ada ruang yang cukup untuk getah.
Tinggalkan juga satu lubang kecil untuk dimasukkan getah nanti.
Langkah ketiga :
Jahit getah pada lengan baju untuk efek kedut2.

1. Jahit kelim pada hujung lengan baju dahulu. Lipat mengikut bekas gosok yang dibuat awal2 tadi, iaitu kelepetkan
1/4" sebanyak 2 kali, dan seterusnya jahit kemas. (seperti dalam gambar)
2. Tandakan di mana hendak dibubuh getah. Dalam contoh ini, saya ambil 1" dari hujung lengan dan saya
tandakan dengan garisan biru. Jangan lupa tandakan juga di tengah2 (center) garis biru tersebut.

3. Selepas itu, ambil getah (saya pakai getah saiz 1/8") mengikut ukurlilit lengan pemakai (ukur agak2 sedap
dan tidak terlalu ketat) dan tandakan juga bahagian tengah (center) getah.
4. Jahitkan kedua2 hujung dan tengah getah pada lengan baju di lokasi yang sama. Jahit beberapa stitches sahaja
sekadar melekatkan benang (seperti dalam gambar).

5. Tukarkan setting 'stitch length' kepada yang paling panjang. Kalau mesin saya (Singer), setting no. 4.
6. Jahitkan getah pada lengan baju dengan cara meregangkan getah sama panjang dengan kain.
Buat satu-satu bahagian. Itu sebab kita jahit dulu getah tu di hujung dan tengah2 supaya senang meregangkan
getah sikit2 sambil jahit. Pastikan getah selari di atas garisan biru yang dibuat tadi.
Lihat gambar untuk hasilnya.

Langkah keempat :

Sambungkan sisi baju dari hujung lengan terus ke hujung baju.


Langkah kelima :

Jahit kelim di hujung baju kaki baju mengikut garis gosok iaitu lipat 1/2" sebanyak 2 kali.


Langkah keenam :
Masukkan getah saiz 1/4" di bahagian leher baju mengikut ukuran yang sesuai dengan leher pemakai. Untuk Aisyah panjang getah lebih kurang 16". Jahitkan kedua2 hujung getah dengan kemas dan tutup lubang dengan jahitan yang kemas.

*********************

At this point, baju anda dah pun siap.

Tapi saya tambah lagi satu step, saya tambah bunga di depan baju yang saya ambil dari border lace yang saya beli lamaaaaa dulu hahaha! Tujuannya ialah untuk membezakan bahagian depan baju dengan belakang baju, sebab peasant dress ni sama je depan belakang.

Alternatif lain, anda boleh juga jahitkan lipatan riben di belakang leher baju di bahagian dalam (ala2 macam label baju lah) sebagai tanda itu bahagian belakang. Sebenarnya itulah yang saya buat mula2 tapi dalam syok2 menjahit, rupa2nya tersilap letak dekat sleeve baju pulak hahhaha!

Tak caya? Ni ha gambar....

Today's blooper. Hehehe!
Maka terpaksalah rajin sikit pegi ke plan B. Tambah bunga.

Tadaa!!

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini.
Semoga tutorial yang saya share ini dapat memanfaatkan anda semua.

Salam dan selamat malam!

Cara Menjahit Peasant Dress - Siri 1/2

Hello again =)

Semalam saya sempat jahit baju untuk Aisyah. Nama omputihnya, peasant dress. Nama Melayunya, Allahu'alam. Kalau dalam keluarga saya (orang Perak), asal dress je, kami pukul rata panggil "gaun" hehehe...

Ini hasilnya. 


Cantik kan? Sebenarnya dah banyak kali saya jahit baju Aisyah menggunakan pola yang sama, tapi saya pelbagaikan lengan dan kombinasi fabrik. Sekarang "gaun"2 tu semua dah pendek, so I guess it's time to make new ones.

Untuk baju ni, saya buat satu pola asas atas kertas cardboard, dan cardboard yang satu ni lah saya jadikan acuan/stencil untuk diulang-pakai berkali2 (selagi dia boleh muat saiz tu lah!). Semalam saya buat lagi satu pola baru setelah mengemas-kinikan saiz. Saya buat besar sikit supaya boleh pakai sampai kawin umur 3-4 tahun. Sekarang Aisyah 2thn 3bln.

Ini pola asas yang saya buat.


Satu pola ni je lah yang saya guna untuk potong badan baju dan lengan baju. All-in-one! Sebenarnya, kalau anda rajin google, banyak je pola peasant dress ni yang boleh anda download online, dalam format pdf. 

Cumanya, kalau download tu, pertama, saiz baju adalah mengikut saiz standard. Kalau anak anda slim (macam Aisyah) atau terlebih gebu-gebass, then you have to adjust the pattern. Keduanya, anda kena print pola2 ni dulu, lepas tu cantum2kan kertas sampai jadi pola yang bersaiz sebenar (actual size). Itu pun kalau anda ingat (atau tahu) nak check skala untuk dapat printout yang bersaiz sebenar. Eeee... macam rumit je kan? Memang pun!

Jadi untuk menjimatkan kertas, dakwat, masa dan panadol... meh kita start fresh dan lukis pola sendiri. Ini adalah pola yang saya dah olah2 berdasarkan pengalaman menjahit peasant dress ni sejak mula2 dulu lagi. Akhirnya saya dapat pola dan teknik (gabungan sumber2 rujukan dari internet juga) yang saya rasa paling praktikal dan senang.

 

Warna merah (gambar atas) adalah badan baju dan warna purple, lengan baju. Rasanya rujuk rajah dan nota dalam gambar tu dah boleh faham kan? Lakar macam di atas, dan potong. Sebaik2nya atas kertas yang agak keras seperti kad manila.

Perhatikan pada badan baju tu, di bawah ketiak tu saya tiruskan bagi ada bentuk sikit. Ini sebab Aisyah ni baka slim (ehem2). Kalau anak anda tembam dan chubby, sila abaikan. Buat je garis lurus kembang terus ke bawah. Lepas tu cuba ukur pola itu di bahagian perut (agak2 lah kat mana dan x4 untuk dapat ukurlilit sebenar) dan bandingkan dengan ukurlilit perut anak anda. Pastikan boleh celus ye =D.

Peringatan : Setiap kanak2 adalah unik dari segi ketinggian dan saiz. Oleh itu, setelah melukis pola, double-check dengan mengukur semula anak anda berdasarkan ukuran pola.

Kalau rasa agak2 ketat, tambahkan lagi kelonggaran untuk memudahan pergerakan. Kanak2 lazimnya aktif dan memerlukan banyak ruang untuk pergerakan. 

Last sekali, letakkan pola atas kain cenggini, dan potong. Jangan lupa tambahkan basi (rujuk gambarajah tambah basi di bawah). Kalau nak lagi senang, tambahkan basi siap2 semasa lukis pola. Saya terlupa step ni. Haishh!



Untuk memotong lengan baju, bolehlah lipatkan pola tu setakat mana panjang lengan yang anda mahu (kalau lengan pendek) dan lakarkan bentuk pola atas kain. Kalau lengan panjang, labuhkan sajalah ikut suka. Peringatan : Tak perlu kembangkan lengan baju macam badan ye. Cukup sekadar tiruskan sikit ke dalam dan buat garis lurus (rujuk gambar pola asas).



Rupabentuk fabrik setelah dipotong.
Nah, dah siap potong kain. Seterusnya sila rujuk 


untuk cara-cara menyambung fabrik untuk dijadikan baju. Panjang nor lah nak letak semua dalam satu entry huhuhu...

Kalau anda suka tutorial ini, silakan 'follow'  blog saya untuk mengikuti tutorial2 lain yang akan datang, insyaAllah. Klik butang "Join This Site" yang terletak pada sidebar. Terima kasih.

Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa membaca tutorial (made with love) saya ini. Sila share peasant dress yang anda hasilkan dengan meng-email gambar kepada saya di

creatingmoments@gmx.com

dan insyaAllah, saya akan share di blog ini pula. Kita tengok idea dan kreativiti masing dan sama2 kongsi2 idea yang menarik. Tak gitu?

Selamat melukis pola!

Nota : Siri kedua akan menyusul tak lama lagi. Rest kejap lah. Berpinau dah mata ni =D

Monday, April 27, 2015

One has to start somewhere, no?

Image thanks to : http://www.coolnsmart.com

Do you know, that feeling of satisfaction, pride and excitement you get when you've just accomplished something you had been planning to do and finally got to doing it?

That victorious, triumphant feeling of presenting to the world your FIRST and PIONEER effort, no matter how small it may seem to others but big to you?

Yeah, that feeling.

And how about that broken and defeated feeling you're left with when somebody had the audacity to publicly rain on your parade by showing you (and your friends) the same works of others implying that it's been done, and in better ways?

Yeah, that feeling...