Saturday, August 29, 2015

Cakoi menjadi, I puas hati!

Pagi tadi bangun tengok-tengok tak ada apa untuk breakfast. Sebenarnya memang sengajalah tak sediakan apa-apa sebab semalam cadangnya nak ajak family breakfast roti canai sedap Saberkas hari ni. But unfortunately, Aisyah demam last night and I didn't get enough rest maka malas lah nak keluar.

Mulalah I gelabah sorang-sorang, nak buat breakfast apa ni weh? Nak buat roti, lama lah lagi nak siap, paham-paham je lah proses nak menaikkan roti tu pun dah berejam. Nak buat nasi goreng, nasi semalam ada seciput je. Kalau nak buat kena masak nasi baru and I don't like nasi goreng with freshly cooked rice. Melekit. Tak best. Dia kena nasi sejuk semalam baru best.

Akhirnya, I thought... apa kata kita buat cakoi? Although masih kena let rise, tapi taklah seteruk roti. Setengah jam ke 45 minit dah cukup. Dah tu sekali je, tak perlu dua kali macam roti. Maka I pun cepat-cepat "selongkar" komputer cari resepi yang I pernah simpan once upon a time.

Inilah hasilnya...



Nampak tak betapa menggiurkan rupanya? Sorry lah angkat bakul sikit, but really, I am so satisfied with the outcome. My first attempt at making cakoi was like 4-5 years ago. Masa tu hasilnya sangat mendukacitakan. Keras kejung! So I shied away from ever attempting another cakoi.

But today, I have renewed confidence after having baked loaf bread successfully 3 times the past 2 weeks. I thought it's time I gave it another shot. Besides, this has been in my mental to-do list for awhile heehehe! And I was not disappointed. They were crispy on the outside, tasted delicious and hollow inside, exactly the way a cakoi should be. And most importantly, tidak keras kejung! Hahaha!

So here's how it's done. I'm going to write down the ingredients in Bahasa Malaysia. If you want the English version, kindly hop to the original blog where I got this recipe from. My sincere thanks to the blog owner of My Kitchen for sharing this recipe.

Senang je nak sediakan doh nya dengan my thermomix. Yang ada stand mixer, boleh je pakai doh hook and knead away. If you don't have any of these kitchen helpers, sweat not. Uli je lah manually. No hal!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

200ml air/susu (saya pakai susu Dutch Lady UHT)
220gm tepung roti (saya pakai tepung Nona)
1/4 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak masak
Minyak untuk menggoreng, secukupnya.

Cara mengadun doh:

  1. Bubuh semua dalam mangkuk dan uli lebih kurang 5 minit, kalau pakai mesin. Kalau uli dengan tangan, lebihkan lah sikit masa dalam seminit-dua.
  2. Setelah di uli, taburkan tepung dalam sukatan yang agak banyak ke atas papan canai dan keluarkan doh atas papan canai. Doh ni sangat melekit dan lembut, sebab itu perlunya banyak tepung. Kalau tidak main tarik-tali lah dengan doh ye?
  3. Bahagikan doh kepada dua bahagian, dan golekkan setiap bahagian tu sehingga menjadi satu gulungan dok yang panjang. Saya buat setiap gulungan tu panjangnya lebih kurang 11-12" gitu lah.
  4. Tutupkan doh (saya pakai besen besar yang muat untuk tutup kedua2 batang doh) dan biarkan selama 30-45 minit.
  5. Setelah cukup masa rehat, tekan-tekankan doh itu sehingga leper lebih kurang 1cm tebal, lebar dalam 3-4". Tarik-tarikkan lah doh tu sehingga agak panjang dan dapat ketebalan dan lebar yang disebutkan.
  6. Setelah itu potong-potongkan doh selebar 1" setiap satu.
  7. Tindankan doh berpasang-pasangan (letak air sikit bagi lekat) dan tekan tengah-tengah doh dengan chopstick/lidi basah.
  8. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  9. Bila minyak dah cukup panas, angkat satu doh dengan kedua belah tangan, tarikkan doh memanjang dan terus masukkan ke dalam minyak panas.
  10. Goreng sampai perang.
  11. Angkat dan hidang! Sodap makan ketika masih panas.

Andaikata uols tak paham apa yang saya pok-pekkan di atas itu, sila tengok video ni. Sure paham punya!


Selamat mencuba!

5 comments:

  1. I tak pernak buat cakoi lah! Oh, bangganya ^_^ Hahaha...

    Nasib baik I dan anak-anak (dan suami) tak minat cakoi ni tapi ada satu lagi tu I suka makan; apa ke namanya ya yang ada inti kacang merah di dalamnya tu. Sama macam cakoi tapi bulat-bulat. Aha, mulalah lupa pulak nama padahal kerap juga makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah baru perasan MD nye komen ni 7/9...baru sekarang I balas. Ya ampuunnn!!!

      Delete
  2. wah nampak yummy sgt!! mmg dah lama nak cuba buat chakoi ni.. thanks for resepi..

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^