Sunday, September 6, 2015

8 cara meningkatkan aura positif diri

(Perrghh! Tajuk tak boleh blah....)

Pernah tak rasa dirundung kemurungan?
Pernah tak rasa macam tak ada mood gitu?
Pernah tak rasa macam malas sangat tapi awak tau awak bukan seorang pemalas?

We are all human. Walau macamana happy atau cerianya orang nampak kita (especially on Facebook uhuk!), pasti ada hari-hari yang kita rasa macam nak berkelubung jek dalam selimut kan? Hari-hari yang kita rasa "taknak buat apa2 arini, boleh tak?"

Kalau lah boleh memerap je dalam bilik sepanjang hari, takde hal kan? Tapi masalahnya, kita ada tanggung-jawab lain yang perlu digalas. Macam saya ni ha, surirumah sepenuh masa... there is no way I can sleep in and ignore the calls of the wild (anak2 le tu hahaha).

So, macamana nak bangkitkan mood tu semula?

KOPI la wehh! KOPI. Pekat kaw-kaw.

Di sini saya kongsikan trick2 yang saya gunakan untuk meningkatkan keceriaan saya bila mood semakin down, down, down.... Semua yang saya senaraikan di sini adalah cara saya. What works for me. Serasi dengan saya.

What I'm trying to say is, saya bukanlah pakar... ehehehe! Ini cara saya. Uols nak cuba praktikkan, cubalah. If it works, alhamdulillah. If not, carilah cara lain ek?















1. Pagi-pagi, buka tingkap luas-luas. Biarkan cahaya matahari dan angin pagi memenuhi setiap ruang rumah. Ruang yang terang dan lapang secara automatic dah boleh menarik mood yang positif. Lagipun, kan pagi-pagi tu time rezeki di bahagi-bahagikan? Rugi tak bukak tingkap.

P.S. Kalau hari hujan lagi saya suka buka tingkap luas2!













2. Mandi pagi. Better yet, mandi sebelum solat subuh. Mandi air sejuk ye... jangan mandi air panas. Bayangkan macam mandi air perigi kat kampung gitu. Very refreshing! Apa? Takut sejuk? Ceh! Badan je besor!















3. Makan sarapan pagi, dan pastikan ada buah2an. Saya suka makan buah yang dah disimpan dalam peti sejuk. Nyamaaan gitu.








4. Aktifkan diri. Yang ni memang susah la sikit kalau kita memang dah takde mood kan? Tapi kalau dah kena tempias matahari, dah kena sejuk air perigi pili, perut pun dah berisi... InsyaAllah boleh. Macam saya yang surirumah ni, no problem lah nak mengaktifkan diri. Kerja rumahtangga ni memang tak pernah habis kan? Tapi kalau uols yang banyak masa lapang tu... get out there! Pergilah jalan-jalan hirup udara pagi. Jalan kaki yunk! Bukan jalan-jalan naik kereta pegi 7-11 beli Slurpee hokay? Nikmati udara pagi, nikmati sinaran matahari, nikmati bunyi unggas yang berkicauan...cewah! But seriously, nikmati semua ini...aktifkan semua pancaindera... your mood will improve!




5. Letak bunga/tumbuhan di dalam rumah. Yang ni my favorite. Kalau saya nak bangkitkan mood, saya suka pergi ke pasar dan beli sejambak bunga. Tak payah yang mahal2, bunya chrysanthemum tu je dah cukup. Beli selambak, letak dalam vase atau jag air dan letakkan di tengah-tengah ruang rumah. Kadang2 dalam selambak tu boleh isi 2 bekas jadi saya letak satu di ruang tamu, satu di meja makan. Serta-merta rumah nampak segar dan bertenaga positif. Sedap mata memandang, mood pun ikut juga sesedap rasa ;-). Oh ya, kalau tak suka bunga, tumbuhan hijau pun boleh... angkut je sepasu-dua letak dalam rumah. Jangan angkut pasu jiran sebelah dah lah ye...






6. Layan kreativiti. Apa-apa saja aktiviti yang menerjah kreativiti...layan! Kadang-kadang saya membaking, kadang-kadang saya menjahit, kadang-kadang saya menulis, kadang-kadang saya buat home improvement project (e.g. cat kerusi lama, tukar susunan kerusi-meja, tukar langsir etc.), kadang-kadang saya layan colouring book je hahahah! Janji saya dapat mengekspresikan kreativiti. Bagi saya, kreativiti adalah satu bentuk terapi yang murah dan always available.






7. Muhasabah diri @ self-improvement. Sama ada dengan mendengar atau menonton ceramah/program motivasi atau baca buku2 yang berkenaan. Selalunya ini aktiviti saya bila saya nak rilek2 sambil lunjur kaki atas sofa ata katil. Saya suka dengar ceramah ustaz2 tersohor, cari je kat YouTube, confirm ada. Kadang-kadang dapat ceramah yang best, kadang-kadang ada jugak yang buat saya terlelap hehehe... Bila dengar nasihat2 berunsur keagamaan ni, selalunya dapat menyuntikkan semangat pada jiwa saya nak jadi lebih baik, lebih sabar, lebih prihatin, lebih istiqamah etc. Saya sedar yang saya manusia biasa, dan nobody is perfect so tak payah lah nak be hard on myself sangat, ye tak?



8. Banyakkan bersyukur. Yang ni saya selalu lupa sebenarnya tapi bila teringat saya buat macam ni... Bila anak2 bising dan bergaduh...syukur anak2 aku normal dan sihat, rumah aku tak sunyi. 
Bila sakit2 badan...syukur Allah uji aku sikit ari ni nak kifarahkan dosa, maybe sebab semalam aku banyak sumpah-seranah masa driving kut.
Bila suami balik kerja lambat... syukur suamiku sihat dan mampu bekerja, ada pekerjaan yang dapat menampung kami sekeluarga dgn izin Allah.
Haaa... macam tu lah... cer buat!



Sebenarnya, kalau difikir2kan banyak lagi cara2 nak mem-positifkan dan menceriakan diri kan? Masing-masing dengan cara masing-masing. Yang penting, kita mencapai matlamat nak kekal positif dan ceria.

Happy Sunday y'all!

1 comment:

  1. No.1 dan 2 tu I selalulah buat. Tapi bab bunga ke tanaman tu memang tak 'menjadi'lah untuk I ni, Nin. I ni kan tak reti 'berbakti kepada tanah', bunga yang wangi tu pun I rasa takda bau. Macamana nak datang aura positifnya. Hehehe...

    No.4 tu pun selalu juga buat bila tetiba rasa down, takda mood sangat dengan sekeliling. Lagi sibuk, lagi aktif, terus terlupa apa masalahnya sampai terasa takda mood gitu. I ni tak kreatif tapi boleh lagilah kalau time takda mood tu buat something yang boleh melupakan I pada punca masalah.

    Jadi mak-mak ni mana boleh biarkan aje hati dan perasaan orang tersayang, ya tak? Walaupun kita takda mood nak buat apa-apa, rasa macam nak sembunyi dalam almari besar aje (kenalah berpadanan dengan saiz badan, ya tak?) biar semua orang cari tak jumpa, kena jugalah tunjuk muka at least kat anak-anak. Mereka kalau tak nampak muka emak, memang tak tenteram hati ^_^

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^