Tuesday, September 22, 2015

Congo Bars dengan Blondies tu sama la yang oii...

Pertama kali I diperkenalkan dengan congo bar yang sangat sedap ialah waktu pergi beraya rumah my adik ipar di Shah Alam. Masa tu dia jamu we all makan Indian food (pucuk dicita, ulam mendatang). Dan atas meja makan tu adalah satu tray congo bar ni yang mula-mula I tak mandang pun sebab dah memang I kurang minat coklat2 ni.

Tapi bila dah habis makan nasi tapi mulut masih rasa nak mengunyah... hmmm nak makan apa ek? Mula-mula I jeling-jeling lah jugak kalau-kalau ada balang kuih raya hehehe! Takde pulak. Sepesen dengan I jugak my adik ipar ni rupanya, bangsa tak buat/beli kuih raya agaknya.

Akhirnya terpandang semula tray congo bar atas meja. Nak mengunyah punya pasal, I pun ambillah satu nak rasa.  Eh ehh.... sedapnya.... Lembut dan moist gitu. Tapi I makan satu potong je, sebab tengok anak-anak dan anak-anak buah laju je makan. Takpe lah, biar lah diorang makan puas-puas. Kita yang tua-tua ala-ala kadar dah la kan?

Bila dah balik semula ke Miri, I langsung tak teringat dah pasal congo bar ni sehinggalah ada sorang sepupu encik suami I ni upload gambar kat internet. Dia ni suka baking dan hari tersebut dia buat congo bar. I pun pikir, tak boleh jadi ni...

Maka di situlah bermulanya tradisi buat congo bar, atau kadang dikenali juga sebagai blondies, dalam rumah I. Sejak dari hari tu, dah banyak kali I buat congo bar ni. Atas permintaan anak-anak, dan kadang-kadang atas permintaan kawan-kawan anak. Dek selalu jugak diorang hint-hint, akhirnya satu hari tu I printkan resepi congo bar I dan I bagi diorang sorang satu. Nah! Suruh mak-mak korang buat eh? Hehehe.... kejam kah aku? Of course, not! Siap ada sorang mak budak tu bercadang nak buat jual lagi. Alhamdulillah... Tak hairan kalau laku, dan hairan kalau tak laku hihihi!

Ini congo bars baru keluar oven. I buat 2 tray sekali untuk jualan amal kat sekolah anak
sempena Hari Keluarga.

Proses 'pembungkusan'. I suka letak dalam kotak comel-comel.

Cuma I nak titipkan sedikit pesanan... congo bar ni kalau nak lagi sedap, pakailah choc chips yang berkualiti sikit. Memang harga mahal lah sikit tapi sedap nye, out of this world. Tapi kalau nak pakai yang jual sekilo sepeket tu pun no hal... chocolate is chocolate. Budak-budak bukan peduli pun... janji coklat, laju je diorang baham! Yang gambar di atas ni I pakai chocolate chips timbang. Bukan sebab I nak kurangkan cost sebab nak berjual tapi sebab Hershey's choc chips dah kehabisan stok di semua kedai di Miri yang I pegi. Akhirnya terpaksa mengalah pakai je yang biasa-biasa ni. Lepas kejadian kehabisan stok tu, I terus pesan dekat En. Suami belikan stok bila dia ada meeting kat KL. Sekarang ni dalam fridge I ada lah stok dalam 2-3 peket lagi.

Maknanya boleh buat lagi 3 talam congo bars! =).

4 comments:

  1. Replies
    1. Ada link dalam karangan tu kak Ani, font besor lagi. Tapi takpe, Nin dah update posting tu letak link kat bawah sekali. Anyway, kak ani punya pasal... ni haa... heheh
      http://justbeingnin.blogspot.my/2015/05/nekad-congo-bars-demi-anak.html

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^