Hari ni I berprojek kecil-kecilan ganti alas ironing board. Sebenarnya dah lama overdue, jadi hari ni mau takmau, I teruskan juga. Cepat settle, kurang sikit agenda dalam kepala. Ironing board ni sebenarnya taklah lama mana. Rasanya tak sampai 5 bulan beli tapi kain alasnya masyaAllah... nipis sangat2. Kejap je dah koyak.
Jadi mengenangkan I masih ada kain lebihan jahit sarung kusyen fitted tempohari, elok sangatlah. Boleh lah luangkan masa sedikit ganti alas ironing board yang sakit mata I menengoknya. Sambil-sambil tu kita buatlah tutorial sekali...menyelam sambil minum air kata orang =).
Tak caya? Ni ha... cer tengok. Koyak-rabak, I tell you.
So apa barang-barang yang diperlukan?
Barang-barang yang diperlukan: Fabrik cantik Span untuk batting Gunting Screwdriver Staplegun |
Mula-mula sekali, tanggalkan para untuk letak seterika di tepi ironing board tu. Sila pakai screwdriver, ok? Jangan pakai kuku ;-).
Setelah itu, bentangkan kain yang akan digunakan sebagai alas. Pastikan corak fabrik menghala ke bawah, iaitu yang bersentuhan dengan lantai. Haa... I buat kerja atas lantai je. Luas!
Kemudian bentangkan span untuk batting di atas fabrik tadi. Fyi, span yang I gunakan ini memang span khas pembalik haba. Jadi sebelah span ni biasa je dan sebelah lagi berkilat-kilat sikit. Bahagian yang berkilat tu lah yang berfungsi membalikkan haba. Jadi masa bentangkan tu, pastikan bahagian yang berkilat di sebelah bawah. Iaitu bahagian yang bertemu dengan fabrik.
(Nota: Sorry tak ingat pulak apa nama batting ni atau berapa harganya sebab beli dah lama sangat. Beli online je pun dari penjual craft supplies. Yang ada ni adalah sisa dari projek makeover ironing board beberapa tahun dulu. Ironing board tu pun dah patah. )
UPDATE : Dah ingat. Namanya InsulBright. Sila google Insulbright Malaysia, insyaAllah ada beberapa tempat yang jual sama ada online ataupun offline. Boleh beli by meter.) - 29/9/2015
UPDATE : Dah ingat. Namanya InsulBright. Sila google Insulbright Malaysia, insyaAllah ada beberapa tempat yang jual sama ada online ataupun offline. Boleh beli by meter.) - 29/9/2015
Setelah itu, letakkan ironing board secara terbalik ke atas bentangan kain dan span tadi. Macam ni...
Potongkan span batting tu mengikut saiz papan gosok. Potong span sahaja, jangan potong kain. Tujuannya ialah supaya span tu cuma akan menutupi bahagian atas dan sedikit bahagian sisi papan gosok. Kita tak mahu batting tu lebar sangat sebab nanti bila kita lipatkan fabrik ke bawah untuk di-staple-kan dia akan jadi bulky atau kembung. Kureng cantik, I say.
Bila dah potong, macam ni lah lebih kurang rupanya:
Oh ya, lupa nak sebutkan, I tak tanggalkan span dan alas asal papan ni sebab spannya masih elok dan tak tebal sangat. Jadi bila campur dengan span yang I tambah, "kegebuan" permukaan papan gosok tu jadi sedap-sedap je lah. *Ek-elehh cakap je lah malas*
Seterusnya, letak balik papan gosok atas lampiran fabrik dan span tu dan mulalah menembak dengan staple gun. Baik-baik ye, jangan tertembak jari atau anak-anak. Untuk langkah keselamatan, saya menembak sorang-sorang dalam bilik, tutup pintu tak kasi anak-anak masuk. Malang tak berbau kan? Karang kut ada yang terkena peluru sesat kang tak pasal-pasal kena pecut ke hospital pulak.
Camni lah rupanya lepas sessi menembak:
Selesai menembak, cepat-cepat simpan balik staple gun tu ye. Takut ada tangan-tangan mungil buat main pulak. Seterusnya, kemaskan dengan memotong atau trim lebihan-lebihan fabrik di keliling papan.
Akhir sekali, pasang semula rak pemegang seterika yang kita tanggalkan awal-awal tadi. Skru balik pada lubang yang sama. Tak payah nak tebuk-tebuk kain. Just raba-raba sikit cari lubang, pastu skru je terus biar skru tu je yang tebuk kain tu.
Dah siap! Sekarang boleh mula gosok kain dengan jayanya!
Tahniah!
Kalau suka tutorial I, sudi-sudilah follow blog I yang serba kekurangan ni ye.
Terima kasih atas sokongan anda.
sorry nak tanya.. kalau nak beli span tu just search batting la ye?
ReplyDeleteoh, tq for this nice tutorial. =)
Batting tu namanya Insul Bright. Kat sini ada jual >> http://www.fabricfanatics.com.my/2014/04/1255-insul-bright-heat-resistant-batting.html
DeleteAlso, kat sini >> http://www.spotlight.com.my/stores/MY/
Hope this helps. THanks for visiting =)
span gulung tu.. sama jenis dengan batting ke?
ReplyDeleteTak sama, sis. Batting yg saya pakai ni ada coating kat atas untuk reflek haba. Kalau nak pakai batting biasa pun boleh, tapi sy cadangkan alas dulu bawah dia dgn aluminium foil. Maknanya, meja + aluminum foil + batting + kain cantik, turutan camtu.
Delete