Salam. Selamat pagi.
Lama tak bersiaran heheh! (Lama ke?)
Sibuk pun ye, takde bahan nak update pun ye jugak kut.
Masih lagi asyik men-doodle bila2 ada masa terluang tapi dek masa terluang tu pun terhad, tak siap2 lah adanya karya seni saya yang tak seberapa tu.
Anyway, dalam demam doodle masih membara, tiba2 dah sampai la pulak kain yang saya order tempohari. Kain cotton jersey. Cadangnya nak buat T-shirt patuh syariah. T-shirt muslimah.
Bukan tak boleh beli yang dah siap. In fact, banyak dah saya try beli yang dah siap. Tukar-tukar brand nak cari yang paling sesuai. Tapi akhirnya, kebanyakannya setakat pakai sekali-dua je. Masalah utamanya ialah... lengan selalu senteng hehehe! Bila dah basuh, makin menjadi sentengnye!
Apa nak buat, dah tangan saya ni agaknya tak proportion dengan badan.
Masalah kedua ialah kolar baju yang selalunya terlalu besar. Saya ni kecik, kalau kolar baju besar, bayangkanlah, kejap baju tu senget ke kiri, kejap ke kanan... Rasa macam budak2 pulak pakai baju besar. Bezanya tumbesaran saya dah pencen, jadi baju tu akan kekal besar sebab saya takkan membesar lagi dah ahahaha!
Satu lagi, saya nak T-shirt yang simple, sesuai pakai untuk pelasah2 gitu. Saya ni selalu busy bergerak ke sana, ke mari menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Dan ada masa2nya mood nak bersiap2 tu tak ada jadi bila time2 macam tu saya suka sarung t-shirt je pakai dengan jeans atau palazzo. Nak2 pulak kalau nak ke pasar beli ikan... dressing simple2 je asal selesa.
Apa2 pun kain dah sampai, kena lah cari masa nak jahit kan? Alang2 nak jahit tu, boleh la selitkan sekali buat tutorial, ye tak? InsyaAllah, tiada yang membolehkan terjadi sesuatu melainkan dengan kuasa dan kehendak Allah. Moga dipermudahkan olehNya hajat saya ini.
Jadinya ni nak bagitau lah, insyaAllah dalam masa yang akan datang ni akan adalah tutorial cemana nak jait t-shirt muslimah ok? Tapi jangan la harap t-shirt yang fesyen2 ye... dah cakap tadi nak buat yang simple jek.
Jumpa lagi...
XXX, Nin.
Wednesday, September 30, 2015
Sunday, September 27, 2015
Warna-warni atau hitam-putih?
As you can see from my previous post, I masih lagi gile men-doodle. Really, uol patut cuba try test tengok... sangat meralitkan dan menenangkan fikiran. I love it so much that I siap beli berbatang-batang pen Sharpie berbagai warna. Nak try jugak lah buat doodle versi warna-warni. Dah kebetulan pun I suka mewarna. Bukan budak2 je suka mewarna uols... orang tua pun ramai yang dah pick-up this hobby. Kalau tak caya, cuba gugel "printable coloring pages for adults". Haaa... macam2 corak design ada. Print je, pastu kaler lah sepuas hati. Free je, takyah buang2 duit beli buku bagai.
Sepatutnya hari Ahad begini, selalunya iols akan keluar dengan suami dan anak2 sama ada jalan2 mall ataupun tengok wayang. Tapi dah pulak yang no. 3 dan yang bongsu masih belum sihat dari batuk dan selsema. Dan memandangkan jerebu dah menular semula, maka memerap di rumah je lah hujung minggu kali ni.
Kebetulan pulak hari ni I boleh curi tulang takyah masak memandangkan lauk sambal ikan bilis petai semalam masih banyak lagi. Sup ayam yang mak I buat pun ada lagi. Haish! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah I... terus I capai sketchbook dan startlah mendoodle. Hari ni doodle gambar pokok plak lah.
Bila dah siap, I rasa macam I dah ter-carried away with the coloring lah. Macam over je nampak. Rasa nyesal la pulak. Benda bukan boleh padam. Rasanya hitam-putih jugak yang sesuai kan?
Anyway, no sweat. Kalau suka hitam-putih, kita convert je lah ke hitam-putih, kan boleh? Hahaha! Itulah kelebihannya zaman digital ni... Ni ha yang dah convert. Lagi cantik dari yang warna-warni, setuju tak?
Apa2 pun I tetap puas hati, not because lukisan ni cantik sebab rasanya hasil kerja I belum layak nak masuk kategori cantik. Tapi puas hati sebab I mampu siapkan dan I rasa macam berjaya accomplish sesuatu hehehe.
I sempat juga share hasil2 kerja I di FB tunjuk kat kawan2. Kawan2 I ni memang ramai yang pelik2, tapi ada sorang ni memang extra pelik. Daytime dia keje pejabat, night time die keje troll orang. Tak caya... ni ha tengok dia troll my drawings...
Hahaha lawak kan? Biaq pi la masing2 kreatip cara masing2.
Cheers!
Gimme a pen and a piece of paper...
So I've been bitten by this new craze these past few days... doodling!
I've always been one who loves to write and scribble whenever I get a hold of a pen and paper. Nothing in particular, just lines and curves, squiggles and circles and lots of meaningless sentences. I'd write quotes or song lyrics, and then move on to practising my signature and then moving on to whatever else comes to mind. Just to while away the time to ease boredom. Or, in the case of being in a public place, to distract myself from the anxiety of agoraphobia.
And then one day, I came across some beautiful doodle artworks online and thought hey... this ought to be fun. I mean, all it takes is a black pen (I use the twin tip sharpie) and paper. There is no need to draw a rough sketch. All you have to do is start and expand from there. It doesn't have to have a theme, doesn't have to mean anything, doesn't have to look like anything... heck! Just fire away!
Gile senang kan?
It's what I've been doing anyway. Just not in an organised manner lah.
Doodling is pretty easy and straightforward. You can doodle anything, in any which way. Zentangling, on the other hand, is a little more organised and has some criterias to it. Read more about it here.
As far as I'm concerned, lantaklah doodle or zentangle, I'll do either one, or both if I want to. After all, the main purpose is for my own relaxation.
Here's the result of my first attempt... serabut kan? Hahaha! But let me tell you this, as far as relaxation is concerned, for me, this activity hits the spot. It works for me.
And today, I gave it another go while waiting for my turn at the doctor's clinic. Nombor giliran I 19, nombor sedang dilayan, 8... bayangkan berapa lama nak tunggu tu? Thank God I brought this with me and this is the outcome of my second attempt.
Just fyi, both of the above works are not finished work. I got sleepy with the first one (it was almost midnight at the time, gigih tak I melukis?) and my turn came up with the second one. They will most probably not be completed ever. Hahaha!
And tonight, I think I have gotten a little addicted and made another one. This one, I initially intended to stick to the Zentangle concept but the lack of ideas (almaklum, amatur... bukan kreatip sangat pun heheh) led me to later encroach over the fine line between doodling and zentangling. Whatever!
Lastly, this is the artwork of little Aisyah, my youngest. Apa mama buat, dia nak buat jugak.
The best doodle ever, sincerely straight from the heart! (biased, I know)
Huaaarrghhhh!! Mengantuk sudah...
Good night, everyone. And here's wishing you a fabulous weekend!
Tuesday, September 22, 2015
Tutorial DIY - Tukar sarung papan gosok (ironing board)
Hari ni I berprojek kecil-kecilan ganti alas ironing board. Sebenarnya dah lama overdue, jadi hari ni mau takmau, I teruskan juga. Cepat settle, kurang sikit agenda dalam kepala. Ironing board ni sebenarnya taklah lama mana. Rasanya tak sampai 5 bulan beli tapi kain alasnya masyaAllah... nipis sangat2. Kejap je dah koyak.
Jadi mengenangkan I masih ada kain lebihan jahit sarung kusyen fitted tempohari, elok sangatlah. Boleh lah luangkan masa sedikit ganti alas ironing board yang sakit mata I menengoknya. Sambil-sambil tu kita buatlah tutorial sekali...menyelam sambil minum air kata orang =).
Tak caya? Ni ha... cer tengok. Koyak-rabak, I tell you.
So apa barang-barang yang diperlukan?
Barang-barang yang diperlukan: Fabrik cantik Span untuk batting Gunting Screwdriver Staplegun |
Mula-mula sekali, tanggalkan para untuk letak seterika di tepi ironing board tu. Sila pakai screwdriver, ok? Jangan pakai kuku ;-).
Setelah itu, bentangkan kain yang akan digunakan sebagai alas. Pastikan corak fabrik menghala ke bawah, iaitu yang bersentuhan dengan lantai. Haa... I buat kerja atas lantai je. Luas!
Kemudian bentangkan span untuk batting di atas fabrik tadi. Fyi, span yang I gunakan ini memang span khas pembalik haba. Jadi sebelah span ni biasa je dan sebelah lagi berkilat-kilat sikit. Bahagian yang berkilat tu lah yang berfungsi membalikkan haba. Jadi masa bentangkan tu, pastikan bahagian yang berkilat di sebelah bawah. Iaitu bahagian yang bertemu dengan fabrik.
(Nota: Sorry tak ingat pulak apa nama batting ni atau berapa harganya sebab beli dah lama sangat. Beli online je pun dari penjual craft supplies. Yang ada ni adalah sisa dari projek makeover ironing board beberapa tahun dulu. Ironing board tu pun dah patah. )
UPDATE : Dah ingat. Namanya InsulBright. Sila google Insulbright Malaysia, insyaAllah ada beberapa tempat yang jual sama ada online ataupun offline. Boleh beli by meter.) - 29/9/2015
UPDATE : Dah ingat. Namanya InsulBright. Sila google Insulbright Malaysia, insyaAllah ada beberapa tempat yang jual sama ada online ataupun offline. Boleh beli by meter.) - 29/9/2015
Setelah itu, letakkan ironing board secara terbalik ke atas bentangan kain dan span tadi. Macam ni...
Potongkan span batting tu mengikut saiz papan gosok. Potong span sahaja, jangan potong kain. Tujuannya ialah supaya span tu cuma akan menutupi bahagian atas dan sedikit bahagian sisi papan gosok. Kita tak mahu batting tu lebar sangat sebab nanti bila kita lipatkan fabrik ke bawah untuk di-staple-kan dia akan jadi bulky atau kembung. Kureng cantik, I say.
Bila dah potong, macam ni lah lebih kurang rupanya:
Oh ya, lupa nak sebutkan, I tak tanggalkan span dan alas asal papan ni sebab spannya masih elok dan tak tebal sangat. Jadi bila campur dengan span yang I tambah, "kegebuan" permukaan papan gosok tu jadi sedap-sedap je lah. *Ek-elehh cakap je lah malas*
Seterusnya, letak balik papan gosok atas lampiran fabrik dan span tu dan mulalah menembak dengan staple gun. Baik-baik ye, jangan tertembak jari atau anak-anak. Untuk langkah keselamatan, saya menembak sorang-sorang dalam bilik, tutup pintu tak kasi anak-anak masuk. Malang tak berbau kan? Karang kut ada yang terkena peluru sesat kang tak pasal-pasal kena pecut ke hospital pulak.
Camni lah rupanya lepas sessi menembak:
Selesai menembak, cepat-cepat simpan balik staple gun tu ye. Takut ada tangan-tangan mungil buat main pulak. Seterusnya, kemaskan dengan memotong atau trim lebihan-lebihan fabrik di keliling papan.
Akhir sekali, pasang semula rak pemegang seterika yang kita tanggalkan awal-awal tadi. Skru balik pada lubang yang sama. Tak payah nak tebuk-tebuk kain. Just raba-raba sikit cari lubang, pastu skru je terus biar skru tu je yang tebuk kain tu.
Dah siap! Sekarang boleh mula gosok kain dengan jayanya!
Tahniah!
Kalau suka tutorial I, sudi-sudilah follow blog I yang serba kekurangan ni ye.
Terima kasih atas sokongan anda.
Congo Bars dengan Blondies tu sama la yang oii...
Pertama kali I diperkenalkan dengan congo bar yang sangat sedap ialah waktu pergi beraya rumah my adik ipar di Shah Alam. Masa tu dia jamu we all makan Indian food (pucuk dicita, ulam mendatang). Dan atas meja makan tu adalah satu tray congo bar ni yang mula-mula I tak mandang pun sebab dah memang I kurang minat coklat2 ni.
Tapi bila dah habis makan nasi tapi mulut masih rasa nak mengunyah... hmmm nak makan apa ek? Mula-mula I jeling-jeling lah jugak kalau-kalau ada balang kuih raya hehehe! Takde pulak. Sepesen dengan I jugak my adik ipar ni rupanya, bangsa tak buat/beli kuih raya agaknya.
Akhirnya terpandang semula tray congo bar atas meja. Nak mengunyah punya pasal, I pun ambillah satu nak rasa. Eh ehh.... sedapnya.... Lembut dan moist gitu. Tapi I makan satu potong je, sebab tengok anak-anak dan anak-anak buah laju je makan. Takpe lah, biar lah diorang makan puas-puas. Kita yang tua-tua ala-ala kadar dah la kan?
Bila dah balik semula ke Miri, I langsung tak teringat dah pasal congo bar ni sehinggalah ada sorang sepupu encik suami I ni upload gambar kat internet. Dia ni suka baking dan hari tersebut dia buat congo bar. I pun pikir, tak boleh jadi ni...
Maka di situlah bermulanya tradisi buat congo bar, atau kadang dikenali juga sebagai blondies, dalam rumah I. Sejak dari hari tu, dah banyak kali I buat congo bar ni. Atas permintaan anak-anak, dan kadang-kadang atas permintaan kawan-kawan anak. Dek selalu jugak diorang hint-hint, akhirnya satu hari tu I printkan resepi congo bar I dan I bagi diorang sorang satu. Nah! Suruh mak-mak korang buat eh? Hehehe.... kejam kah aku? Of course, not! Siap ada sorang mak budak tu bercadang nak buat jual lagi. Alhamdulillah... Tak hairan kalau laku, dan hairan kalau tak laku hihihi!
Cuma I nak titipkan sedikit pesanan... congo bar ni kalau nak lagi sedap, pakailah choc chips yang berkualiti sikit. Memang harga mahal lah sikit tapi sedap nye, out of this world. Tapi kalau nak pakai yang jual sekilo sepeket tu pun no hal... chocolate is chocolate. Budak-budak bukan peduli pun... janji coklat, laju je diorang baham! Yang gambar di atas ni I pakai chocolate chips timbang. Bukan sebab I nak kurangkan cost sebab nak berjual tapi sebab Hershey's choc chips dah kehabisan stok di semua kedai di Miri yang I pegi. Akhirnya terpaksa mengalah pakai je yang biasa-biasa ni. Lepas kejadian kehabisan stok tu, I terus pesan dekat En. Suami belikan stok bila dia ada meeting kat KL. Sekarang ni dalam fridge I ada lah stok dalam 2-3 peket lagi.
Maknanya boleh buat lagi 3 talam congo bars! =).
Tapi bila dah habis makan nasi tapi mulut masih rasa nak mengunyah... hmmm nak makan apa ek? Mula-mula I jeling-jeling lah jugak kalau-kalau ada balang kuih raya hehehe! Takde pulak. Sepesen dengan I jugak my adik ipar ni rupanya, bangsa tak buat/beli kuih raya agaknya.
Akhirnya terpandang semula tray congo bar atas meja. Nak mengunyah punya pasal, I pun ambillah satu nak rasa. Eh ehh.... sedapnya.... Lembut dan moist gitu. Tapi I makan satu potong je, sebab tengok anak-anak dan anak-anak buah laju je makan. Takpe lah, biar lah diorang makan puas-puas. Kita yang tua-tua ala-ala kadar dah la kan?
Bila dah balik semula ke Miri, I langsung tak teringat dah pasal congo bar ni sehinggalah ada sorang sepupu encik suami I ni upload gambar kat internet. Dia ni suka baking dan hari tersebut dia buat congo bar. I pun pikir, tak boleh jadi ni...
Maka di situlah bermulanya tradisi buat congo bar, atau kadang dikenali juga sebagai blondies, dalam rumah I. Sejak dari hari tu, dah banyak kali I buat congo bar ni. Atas permintaan anak-anak, dan kadang-kadang atas permintaan kawan-kawan anak. Dek selalu jugak diorang hint-hint, akhirnya satu hari tu I printkan resepi congo bar I dan I bagi diorang sorang satu. Nah! Suruh mak-mak korang buat eh? Hehehe.... kejam kah aku? Of course, not! Siap ada sorang mak budak tu bercadang nak buat jual lagi. Alhamdulillah... Tak hairan kalau laku, dan hairan kalau tak laku hihihi!
Ini congo bars baru keluar oven. I buat 2 tray sekali untuk jualan amal kat sekolah anak sempena Hari Keluarga. |
Proses 'pembungkusan'. I suka letak dalam kotak comel-comel. |
Cuma I nak titipkan sedikit pesanan... congo bar ni kalau nak lagi sedap, pakailah choc chips yang berkualiti sikit. Memang harga mahal lah sikit tapi sedap nye, out of this world. Tapi kalau nak pakai yang jual sekilo sepeket tu pun no hal... chocolate is chocolate. Budak-budak bukan peduli pun... janji coklat, laju je diorang baham! Yang gambar di atas ni I pakai chocolate chips timbang. Bukan sebab I nak kurangkan cost sebab nak berjual tapi sebab Hershey's choc chips dah kehabisan stok di semua kedai di Miri yang I pegi. Akhirnya terpaksa mengalah pakai je yang biasa-biasa ni. Lepas kejadian kehabisan stok tu, I terus pesan dekat En. Suami belikan stok bila dia ada meeting kat KL. Sekarang ni dalam fridge I ada lah stok dalam 2-3 peket lagi.
Maknanya boleh buat lagi 3 talam congo bars! =).
Sunday, September 20, 2015
DIY Makeover - Perabot Lama Berwajah Baru
16 years ago, I bought a set of 2nd hand wooden living room furniture set. It was on auction and we got a pretty decent deal. Having just married less than a year then, it was all we could afford at the time.
When we moved to Miri in 2010, we had already by then acquired a new set which, of course, deserved centre stage in our living room. Mesti la kan? And so the old wooden set was then demoted and moved to the patio. Which actually, wasn't such a bad idea lah. We hung out on the patio quite frequently, so they have been well, useful, to say the least. Therefore, not forgotten.
Only problem is, being outside all these years had taken quite a toll on the furniture. They were constantly exposed to the mercy of the weather. Our house faces the evening sun, and let me tell you... evening sun in Miri is merciless. Panas terik gila ok? And since we live close to the beach, rain means strong wind and often times during heavy rain, they were left drenched and the cushions soaked. And such has been the cycles of torment they have been subjected to.
Gile drama kan I punya description? Hahaha!
Anyway, one day I realized that these chairs are quite sturdy and of a reasonably good quality wood. I mean, after all these years under sun and rain and still no clear sign of decay to the wood. They still hold their shapes, no chips nor cracks. And they're heavy. So, for me yang tak berapa arif bab2 kayu ni, I take it that this can only mean that these furniture are made from quality natural material.
That realization lead me to embark on a makeover project. Initially, I just wanted to sew new cushion covers to replace the old, battered ones. Bayangkan, tak pernah tukar sarung sejak beli! But having completed the cushion covers and put them on, I thought they'd look better with a new coat of paint as well. But I had never painted any furniture before. Cat dinding pernah lah... but wood furniture? Macam tak yakin jugak la nak buat. What if I mess up?
But I went ahead anyway, after having googled the how-to's and what not-to-do's.
So here's the before picture. See how ugly they were? Nak duduk pun macam geli gitu kan?
Here's what one of them looks after a new coat of paint. As you can see, the plywood clearly needs replacement. But it's too much of a task for me... will get a real carpenter to fix it.
Someday... hik!
Here's when I made the cushion cover. Lazy me only made fitted covers. Yang macam fitted bedsheet tu. I don't want to go through so much hassle sewing zippers and what not since these are going to be placed outdoors anyway. Besides, it's so much easier to remove them for cleaning.
And here's what they finally look like.
Amacam? Ok tak? Ok sangat kan?
I still have more wooden outdoor furniture to splash paint on....
One day, insyaAllah.
=)
Saturday, September 19, 2015
Babai gula....
Uols perasan tak kita Malaysians ni kuat sangat makan gula? Cuba kira, secara kasar, dalam sehari berapa sudu gula kita makan? Dunno about you, but bila I buat kira-kira sendiri mengikut tabiat pemakanan I seharian... dalam sehari, purata pengambilan gula I menjangkau sehingga 12 sudu teh! Banyak tu wehh!
Itu pun I kira ikut apa yang jelas dan nyata I ambil contohnya, pagi2 minum nescafe I bubuh lebih kurang 3 sudu teh susu pekat. Agak2 tu dalam 3 sudu gula lah juga. Dalam sehari I minum nescafe busuk2 pun 2
Ya Allah... bila dah di-quantify-kan begitu, barulah perasan betapa teruknya my diet! And how much I am hurting myself.
Dulu I tak tau, tapi sekarang dah tau. Gula ni sebenarnya langsung tak ada apa2 khasiat atau nutrisi. Ia adalah penyedap rasa semata-mata. Rasanya kita semua sedia maklum bahawa gula ni kalau diambil secara berlebihan tanpa kawalan akan mengundang macam2 penyakit. Yang kita tau, gula boleh menyebabkan kencing manis.
Tapi uol tau tak, gula yang berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lagi? Antaranya hati berlemak atau bahasa omputihnya, fatty liver. Secara ringkasnya, satu condition di mana hati seseorang itu diselaputi lemak. Banyak lah penyakit lain yang boleh timbul kesan dari fatty liver ni uols.
Ringkasnya, banyak la penyakit2 lain yang boleh timbul kesan dari pengambilan gula secara berlebihan. Boleh jadi ketagih gula, boleh jadi gemuk, boleh menyebabkan gigi berlubang and so on, and so on. Nak tau lebih lanjut, gugel je lah ek?
Anyway, posting ni sebenarnya nak ceritakan pengalaman I nak cuba memberhentikan pengambilan gula.
Kesahnya, lepas dah baca dan hadamkan serba-sedikit ilmu tentang bahaya gula, I pun dengan penuh kesedaran ingin memberhentikan tabiat pengambilan gula berlebihan. Semangat oi! So I pun start lah paying more attention to what I consume, dari pagi sampai ke malam. Nescafe tetap juga minum tapi sekarang jadi nescafe O tanpa gula, dan dah dikurangkan kepada cuma secawan sehari. Max 2 cawan. Ye lah, dah tak sedap kan? Pahit je hehehe.... Milo pun masih minum tapi sama gak macam nescafe, tanpa gula dan cuma 2 cawan sehari max. Coklat I tak sentuh, eskrim tak sentuh, kalau makan luar pun I minum mineral water je... sangat dedikasi gitu.
Tapi rupa2nya...bukan senang nak quit sugar ni. Ada juga withdrawal symptoms, sama macam caffeine withdrawal jugak. MasyaAllah!
Yang paling ketara for me ialah sakit kepala. The kind of sakit kepala yang I biasa rasa kalau perut lapar sangat sampai tahap nak gastrik. Kadang-kadang vertigo pun ada, berpinar-pinar dan berpusing-pusing rasanya. Lepas tu badan pun rasa tak cergas, lemah dan malas. Ye lah, selama ni gula lah yang jadi 'bateri' kite... bila dah tukar bateri 'unleaded' ambil masa lah nak sesuaikan diri, tak gitu?
Anyway, masuk hari ke-3 I dah tak tahan sakit kepala dan I pulak seboleh-boleh taknak makan panadol. Dok sapu minyak cap kapak je yang tak mendatangkan apa2 kesan positif pun. Pedih mata ada lah! Sakit kepala tak jugak hilang! Akhirnya, I terpaksa mengalah dan buat juga air nescafe bubuh susu pekat sebab I agak mungkin sakit kepala tu kuat sangat sebab I sedang mengalami withdrawal effects kesan dari stop both sugar AND caffeine. Mungkin I tak boleh quit cold turkey kut.... kena pelan2 stop sikit2.
Semua ni adalah nama lain bagi gula. Jangan tertipu ye... |
Sekarang kalau nak beli apa2 makanan, I lebih prihatin baca label. Gula ni sebenarnya banyak 'nama timangan'...molasses, corn syrup, dextrose, fructose... semua tu gula. Pandai kan pengeluar makanan ni auta pengguna?
Penting juga kita tau bahawa badan kita memerlukan gula tapi bukanlah simple sugar yang kita sedang bincangkan ni. Untuk menampung keperluan badan, makanlah gula yang asli atau natural seperti yang terdapat dalam buah-buahan. Makan je lah buah-buahan manis cemana pun, no hal. Kurma is good =).
Buat sementara waktu ni, I sorang je yang berusaha nak quit sugar. Suami dan anak2 belum lagi. InsyaAllah akan diusahakan. Doakan I istiqamah dalam usaha memerangi tabiat makan gula berlebihan ye?
Uols bila lagi? Jom lah =)
Ayat Al-Quran Untuk Kesihatan Yang Boleh Kita Amalkan
Hari ni nak buat perkongsian ilmu sikit. Tak lama dulu, ada sorang my friend ni kongsikan link video ceramah oleh Ustaz Amin ni. Ceramahnya mengenai rahsia mengamalkan ayat al-Quran. I like this particular ceramah very much sebab pertamanya, dia kongsikan ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan untuk kebaikan kita dan keduanya, cara penyampaian dia tu sangat memberi kesan to me.
Pernah terfikir tak kita sebelum ni bahawa kita umat Muhammad ﷺ lah satu-satunya umat yang mewarisi mukjizat Nabi mereka (iaitu al-Quran)? Mukjizat tu beb, mukjizat!
Antara mukjizat-mukjizat Para Nabi terdahulu sebelum Muhammad ﷺ
- Nabi Sulaiman a.s. - boleh menundukkan mana-mana jin.
- Nabi Musa a.s. - boleh membelah laut.
- Nabi Isa a.s. - boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
- Nabi Daud a.s. - boleh melembutkan besi.
Malangnya selepas nabi2 ini wafat, tiada seorang pun dari pengikut mereka yang mewarisi mukjizat2 ini. Walaupun dapat cincin Nabi Sulaiman, tongkat Nabi Musa... nobody knew how to use them.
Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi kita.
Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi kita.
Mukjizat Nabi Muhammad ﷺ ada 2 jenis:
- Bersifat peribadi - boleh belah bulan, celup tangan dlm air dan air keluar cukup untuk bala tentera. In short, perkara2 yang cuma baginda saja boleh buat dengan izin Allah.
- Bersifat boleh diwarisi oleh umat Nabi Muhammad ﷺ iaitu Al-Quran - kita umat paling beruntung kerana mewarisi mukjizat yang besar ini.
Bagaimana mengamalkan ayat2 al-Quran ini:
Rahsia pertama, mengetahui bahawa ayat itu adalah ayat tauhid (mengesakan Allah) dan mengamalkannya dengan membesarkan Allah. Baca dengan rasa tauhid, dgn rasa bergantung kepada Allah, baru terbuka kelebihan ayat tersebut.
Rahsia kedua, fahami tujuan (matlub) dan pemberian/anugerah (mauhub). Tujuan - kerana mencari redha Allah swt. Apa2pun amalan, matlub atau matlamat hanyalah untuk mencari redha Allah. Anugerah - mengharap Allah menganugerahkan kelebihan2an ayat amalan itu, dengan 3 cara
- Keyakinan
- Istiqomah
- Keberkatan
Ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan:
(1) Untuk menguatkan tubuh badan.
Surah Hud, 52
Cara amalan : Bermula dari "wa yazid kum.." Boleh baca lepas mandi. Atau lepas baca doa makan. Ataupun selepas setiap kali solat.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ (٥٢
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (52)
(2) Untuk menghilangkan/mengeluarkan penyakit dari dalam tubuh.
Surah At-Takwir, 17-18:
Cara amalan : Selawat 3x, baca ayat di atas 3x, tarik nafas, tahan sekejap baru hembus. Masa tarik nafas tu seolah-olah kita sedut segala yang baik untuk tubuh, dan semasa hembus seolah-seolah kita menghembuskan segala yang tidak baik dari tubuh badan kita. Jadikan amalan harian sama ada 2x sehari atau setiap kali lepas solat. InsyaAllah boleh sembuh dengan izin Allah.
(3) Untuk mengeratkan hubungan keluarga.
Surah At-Takwir, 17-18:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ (١٧) وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ (١٨
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17) Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)
Cara amalan : Selawat 3x, baca ayat di atas 3x, tarik nafas, tahan sekejap baru hembus. Masa tarik nafas tu seolah-olah kita sedut segala yang baik untuk tubuh, dan semasa hembus seolah-seolah kita menghembuskan segala yang tidak baik dari tubuh badan kita. Jadikan amalan harian sama ada 2x sehari atau setiap kali lepas solat. InsyaAllah boleh sembuh dengan izin Allah.
(3) Untuk mengeratkan hubungan keluarga.
Surah Al-Kauthar
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (3)
Cara amalan : Semasa memasak, menyediakan makanan/minuman. Selawat 3x dulu, kemudian baca surah. InsyaAllah, dapat mengeratkan hubungan keluarga, berkasih-sayang etc.
Akhir kata, jangan amalkan yang selain dari ayat/ surah dari al-Quran e.g. mentera atau jampi, kerana makin menjauhkan kita dari Allah. Tersasarlah matlamat utama kita iaitu untuk mendapat redha Allah.
Itu saja nak share. Semoga Allah ampunkan saya jika ada salah dan silap dalam posting kali ni. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Below is the ceramah yang melahirkan posting kali ni. In short, posting ini adalah ringkasan ceramah di bawah buat siapa2 yang tak ada kelapangan masa nak tonton. Tapi kalau tonton lagi bagus! Heheh...
Itu saja nak share. Semoga Allah ampunkan saya jika ada salah dan silap dalam posting kali ni. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Below is the ceramah yang melahirkan posting kali ni. In short, posting ini adalah ringkasan ceramah di bawah buat siapa2 yang tak ada kelapangan masa nak tonton. Tapi kalau tonton lagi bagus! Heheh...
Have a good weekend, folks!
Monday, September 14, 2015
My Own Collection of Pengalaman Seram #2
Sambung cerita seram...
3. Nama dipanggil berkali-kali
Kesah ni berlaku pada malam pertama waktu I mula-mula menjejakkan kaki ke ITM Dungun (masa tu belum UiTM). Awal tahun 90an dulu, pelajar2 perempuan yang baru akan ditempatkan di campus Sura Gate. Campus Sura Gate ni sebenarnya sangat cantik dan damai sebab suasananya macam kampung. Terletak pulak di tepi laut, memang boleh dengar bunyi ombak. Rumah-rumah pun rumah-rumah style kampung. Setiap rumah dikenali dengan nombor dari SG1 sampai lah yang terakhir, SG22.
Kesahnya, lepas dah daftar dan diberikan hostel, bertebaran lah kami mencari rumah masing-masing. I ingat lagi, arwah abah I bawak kereta pusing2 cari rumah. Akhirnya sampai lah kami ke rumah yang diberi. I ditempatkan di SG22. Mula-mula nampak rumah tu, first impression memang I dah boleh rasa rumah ni keras. SG22 ni rumah yang paling besar, terletak paling hujung kampung dan yang paling hampir dengan pantai. I memang tak sedap hati tengok rumah ni dan bila masuk ke dalam, makin berganda-ganda rasa gundah-gulana. Mana taknya, dah la besar, di dalamnya banyak lorong2 dan bilik2 dan ada pulak bilik2 yang dikunci yang disimpan macam2 barang. I rasa macam duduk dalam rumah usang yang separuh darinya adalah store.
Anyway, dah ini yang diberi, takkan lah nak banyak songeh kan? Dah sah2 kita pelajar baru. I pun berkenal2lah dengan pelajar2 lain dan rata2 memang kami semua tak seronok dengan keadaan rumah tersebut. Tapi kami support each other, sedapkan hati masing2. Malam tu lepas dinner, tak tau lah apa masalahnya, rumah tu black out lah pulak. Tak ingat pulak I samaada satu kampung tu yang blackout atau hanya rumah kami. Tapi yang pasti, bila gelap-gelita macam tu, faktor seram tu lebih lah berganda2 dah akhirnya kami sepakat berjumpa dengan warden mintak ditukarkan ke rumah lain.
Setelah puas memujuk-rayu, warden pun agaknya kesian, dia datang bawa torchlight dan suruh kami semua kemas barang masing2 untuk pindah rumah lain malam tu jugak. Alhamdulillah, dapat lah rumah yg I pun tak ingat SG berapa tapi in much better condition than SG22.
Maka di sinilah bermulanya citer seram I hehehe...
Malam tu kami masing2 pun lepas dah mandi dan sebagainya, kami pun tidur. I tidur katil bawah, my fren sorang ni tidur katil atas (katil 2 tingkat). Sekali di tengah-tengah malam tu, sedang lena tidur I dengar suara seseorang memanggil2 nama I. Mula2 dengar tu I diam je sebab nak pastikan betul ke, dan dari mana datang suara tu. I malas nak layan so I buat2 tidur sambil mengharap suara tu akan stop memanggil. Tapi tak... suara tu terus memanggil nama I dengan kuat, memang nak suruh I bangun. I tengok keliling, semua orang tengah tidur lena... takkan lah sorang pun tak dengar suara tu sikit punya kuat ke panggil. Suara perempuan.
Tiba-tiba tak tau lah what got into me, I pegi menyahut pulak. Ye lah, kita kalau dah orang bertubi2 panggil nama kita macam urgent je, kan ke secara spontan kite pun sahut "ye, ye, apa dia?". Lepas tu suara tu cakap something yang I tak boleh faham dan tak tahu biji butirnya. Bila I cakap "Ha?" dia ulang balik tapi sama jugak, I tak paham. Last2 I turun katil dan jenguk katil atas, kut2 lah my fren ni yang bercakap kan? MasyaAllah, hamba Allah tu tidur lena, I kejut pun dia tak sedar.
Terus tiba2 suara tu dah tak berbunyi dan I diselubungi ketakutan. Ya Allah... nak taknak, terpaksa lah buat muka tak malu, tumpang tidur katil kawan sebelah. Nasib baik lah ramai dalam bilik tu. Kalau cuma I berdua dengan kawan I yang tidur katil atas tu tak ke haru? Cemana nak share katil tingkat atas? Kang ada yang tergolek jatuh benjol dahi kang hahahah!
Esoknya bila I buat survey tanya, takde siapa pun dengar panggilan yang I dengar malam tu. Mungkin semua penat sangat kut lepas seharian travel dari kampung masing2, daftar, angkut2 barang bagai.... I ni memang mudah tersedar walau penat cemana pun.
Apa-apa pun, syukur, kami akhirnya ditempatkan di SG10, rumah yang paling best kat Sura Gate tu sebab ada peti sejuk hehehehe! The only house yang ada peti sejuk. Peti sejuk tu sebenarnya adalah hadiah utk pertandingan rumah terbaik untuk previous students, jadi memang nasib baik kamilah ditempatkan di situ. Walau bagaimanapun, kami maintain rumah tu baik2 dengan kerjasama yang tinggi sebab... sebab takut peti ais kena tarik balik hahahaha!
Al-Fatihah untuk arwah abah yang sentiasa sanggup bersusah-senang demi anak2. I miss you, abah!
3. Nama dipanggil berkali-kali
Kesah ni berlaku pada malam pertama waktu I mula-mula menjejakkan kaki ke ITM Dungun (masa tu belum UiTM). Awal tahun 90an dulu, pelajar2 perempuan yang baru akan ditempatkan di campus Sura Gate. Campus Sura Gate ni sebenarnya sangat cantik dan damai sebab suasananya macam kampung. Terletak pulak di tepi laut, memang boleh dengar bunyi ombak. Rumah-rumah pun rumah-rumah style kampung. Setiap rumah dikenali dengan nombor dari SG1 sampai lah yang terakhir, SG22.
Kesahnya, lepas dah daftar dan diberikan hostel, bertebaran lah kami mencari rumah masing-masing. I ingat lagi, arwah abah I bawak kereta pusing2 cari rumah. Akhirnya sampai lah kami ke rumah yang diberi. I ditempatkan di SG22. Mula-mula nampak rumah tu, first impression memang I dah boleh rasa rumah ni keras. SG22 ni rumah yang paling besar, terletak paling hujung kampung dan yang paling hampir dengan pantai. I memang tak sedap hati tengok rumah ni dan bila masuk ke dalam, makin berganda-ganda rasa gundah-gulana. Mana taknya, dah la besar, di dalamnya banyak lorong2 dan bilik2 dan ada pulak bilik2 yang dikunci yang disimpan macam2 barang. I rasa macam duduk dalam rumah usang yang separuh darinya adalah store.
Anyway, dah ini yang diberi, takkan lah nak banyak songeh kan? Dah sah2 kita pelajar baru. I pun berkenal2lah dengan pelajar2 lain dan rata2 memang kami semua tak seronok dengan keadaan rumah tersebut. Tapi kami support each other, sedapkan hati masing2. Malam tu lepas dinner, tak tau lah apa masalahnya, rumah tu black out lah pulak. Tak ingat pulak I samaada satu kampung tu yang blackout atau hanya rumah kami. Tapi yang pasti, bila gelap-gelita macam tu, faktor seram tu lebih lah berganda2 dah akhirnya kami sepakat berjumpa dengan warden mintak ditukarkan ke rumah lain.
Setelah puas memujuk-rayu, warden pun agaknya kesian, dia datang bawa torchlight dan suruh kami semua kemas barang masing2 untuk pindah rumah lain malam tu jugak. Alhamdulillah, dapat lah rumah yg I pun tak ingat SG berapa tapi in much better condition than SG22.
Maka di sinilah bermulanya citer seram I hehehe...
Malam tu kami masing2 pun lepas dah mandi dan sebagainya, kami pun tidur. I tidur katil bawah, my fren sorang ni tidur katil atas (katil 2 tingkat). Sekali di tengah-tengah malam tu, sedang lena tidur I dengar suara seseorang memanggil2 nama I. Mula2 dengar tu I diam je sebab nak pastikan betul ke, dan dari mana datang suara tu. I malas nak layan so I buat2 tidur sambil mengharap suara tu akan stop memanggil. Tapi tak... suara tu terus memanggil nama I dengan kuat, memang nak suruh I bangun. I tengok keliling, semua orang tengah tidur lena... takkan lah sorang pun tak dengar suara tu sikit punya kuat ke panggil. Suara perempuan.
Tiba-tiba tak tau lah what got into me, I pegi menyahut pulak. Ye lah, kita kalau dah orang bertubi2 panggil nama kita macam urgent je, kan ke secara spontan kite pun sahut "ye, ye, apa dia?". Lepas tu suara tu cakap something yang I tak boleh faham dan tak tahu biji butirnya. Bila I cakap "Ha?" dia ulang balik tapi sama jugak, I tak paham. Last2 I turun katil dan jenguk katil atas, kut2 lah my fren ni yang bercakap kan? MasyaAllah, hamba Allah tu tidur lena, I kejut pun dia tak sedar.
Terus tiba2 suara tu dah tak berbunyi dan I diselubungi ketakutan. Ya Allah... nak taknak, terpaksa lah buat muka tak malu, tumpang tidur katil kawan sebelah. Nasib baik lah ramai dalam bilik tu. Kalau cuma I berdua dengan kawan I yang tidur katil atas tu tak ke haru? Cemana nak share katil tingkat atas? Kang ada yang tergolek jatuh benjol dahi kang hahahah!
Esoknya bila I buat survey tanya, takde siapa pun dengar panggilan yang I dengar malam tu. Mungkin semua penat sangat kut lepas seharian travel dari kampung masing2, daftar, angkut2 barang bagai.... I ni memang mudah tersedar walau penat cemana pun.
Apa-apa pun, syukur, kami akhirnya ditempatkan di SG10, rumah yang paling best kat Sura Gate tu sebab ada peti sejuk hehehehe! The only house yang ada peti sejuk. Peti sejuk tu sebenarnya adalah hadiah utk pertandingan rumah terbaik untuk previous students, jadi memang nasib baik kamilah ditempatkan di situ. Walau bagaimanapun, kami maintain rumah tu baik2 dengan kerjasama yang tinggi sebab... sebab takut peti ais kena tarik balik hahahaha!
Al-Fatihah untuk arwah abah yang sentiasa sanggup bersusah-senang demi anak2. I miss you, abah!
Sunday, September 13, 2015
My own collection of pengalaman seram #1
Masa untuk cerita seram.
Kelmarin ada terbaca status update sorang kawan FB ni. Katanya dia bermalam kat satu hotel ni. Tapi nasib tak baik, dapat lah pulak bilik yang ada 'penghuni', maka terganggu lah malam mereka. Nasib baik lah bukan tidur sorang, jadi beranilah sikit nak menyampaikan ke pagi walaupun sebenarnya tak ada siapa yang tidur lena.
I sebenarnya dah lama berniat nak kongsi pengalaman kena ganggu dengan warga dimensi lain ni tapi asyik postpone je sebab rasa macam... perlu ke eh? Bila di kira-kira dengan jari, pernah juga beberapa kali I kena ganggu tapi alhamdulillah, masih ada jari lebih... makna nya tak sampai lah 10 kali kena ganggu hehehe...
Ni I kongsi my kisah seram experience in no particular order of occurrence.
1. Katil bergegar.
Katil bergegar ni I pernah kena 2 kali. Kali pertama di rumah sendiri di Taiping. Masa ni umur baru awal belasan tahun. Masa tu baru pertama kali nak belajar2 tidur sorang dalam bilik. Sebelum tu selalunya tidur dengan adik-beradik lain di ruang tamu tapi rasa macam dah besar kan... nak tidur sendiri-sendiri lah konon. Bilik I masa tu yang paling belakang sekali kat rumah tu, dekat dapur. Tapi rumah taklah besar, so sebenarnya takdelah belakang sangat pun. Masa nak tidur tu, dah padam lampu, I pun kumat-kamit lah baca segala doa dan surah. Nak cuba lawan takut ni tadi kan? Tiba-tiba elok I dah tenang dan ready nak tidur tiba-tiba katil bergegar. Gegarnya tu seolah-olah ada sesuatu yang terjun ke atas katil tu, haaa macam tu. Terus I terduduk, dan tengok keliling dalam cahaya samar-samar tu. Yang peliknya, walaupun terperanjat dan takut, I tak lari sebaliknya I baring semula dan cuba sambung tidur. Haaa... akukah itu?? Walau bagaimanapun, tepat pukul 3 pagi I terjaga dan terasa sangat takut so I terus angkat bantal lari ke ruang tamu sambung tidur kat sana hehehe...
Kes kedua berlaku masa lewat belasan tahun. Masa ni I belajar di IPT di KL dan satu hujung minggu tu I had decided nak pegi tidur rumah makcik di Kemansah Heights. Rumah makcik I ni besar, terletak di lereng bukit dan bangsa rumah banglo yang jarak dengan jiran-jiran agak jauh. Di sekelilingnya masih banyak hutan dan kebun getah. Rumah ni banyak bilik tapi anak-anak makcik I ni hanya sorang je lagi yang tinggal di situ. Dia tidur di bilik bawah. Yang lain ada yang dah kawin, ada yang menetap di luar negeri, makanya banyaklah bilik kosong kan? Malam tu my aunty cakap tido je lah kat mana-mana bilik kat atas tu. I yang penakut ni pun pilih lah bilik yang kecik sikit, yang cuma ada satu katil queen kat dalam tu. Bilik yang satu lagi ada 2 katil, takut la plak kang kut ada yang tidur katil sebelah tu kan? Yang penting, bilik kecik ni paling dekat dengan bilik my aunty, senang nak lari mintah tolong kalau apa2 hal kan? Muahahaha!
Anyway, adatlah bilik kalau dah tak berpenghuni, jadi macam ala2 stor lah jugak. Macam2 lah barang dan kotak ada dalam bilik tu walaupun takde lah sesak. Elok je kemas. Di suatu sudut bilik tu adalah satu bekas ni terletak koleksi tongkat2 kepunyaan my uncle. I tengok tongkat2 tu je pun dah seram... ada warna coklat, ada warna hitam, ada yang ulu bulat je, ada yang ulu berbentuk kepala ular... Haish! Tapi I tawakkal je lah dan tidur je. Dalam hati nyesal gak la datang rumah my aunty ni... tapi nasi dah jadi bubur. Redah je lah!
Macam kes yang mula2 tadi jugak, tengah I rilek2 nak lelapkan mata, tiba2 katil bergegar baik punya. Sama jugak, seolah2 ada benda yang terjun atas katil tu dari tempat tinggi. Ya Allah.... rasa nak gugur jantung dibuatnya. I terus duduk, tapi tak pasang lampu. Sambil duduk tu I baca lah macam2 surah sambil mata tengok pintu. Dalam hati dok contemplating nak pegi ketuk pintu bilik my aunty cakap takut kut lah dia nak temankan tidur hehehe... Tapi tak buat pun. I just baring balik dan finally, alhamdulillah, sedar-sedar dah siang tanpa apa2 kejadian pelik lain yang berlaku. Itu lah kali terakhir I tidur rumah my aunty tu sebab eventually, dia sendiri pun pindah....
2. Nampak batu nisan dalam bilik
Yang ni berlaku di rumah arwah nenek di kampung. Masa tu umur mungkin dalam form 4-5, gitulah. I ni kalau balik kampung, selalunya akan meet up dengan sepupu yang tinggal berdekatan rumah arwah nenek dan dia pun akan bermalam sama di rumah nenek. Kami ni memang sangat rapat sejak kecil sbb sebaya. Jadinya kalau berjumpa tu, kalau boleh nak berboraaaakkk je 24 jam. Nak bagitau, rumah arwah nenek I ni pulak di tingkat atas cuma ada 2 je bilik tidur. Bilik tidur yang di belakang tu memang dah terlalu banyak dengar cerita pelik2, tak tau lah betul ke tidak, jadinya memang kami tak hingin nak tidur kat situ. Kami awal2 dah plan nak tidur kat bilik depan, just the 2 of us. Tapi ingat lagi, arwah nenek tak bagi kami tidur berdua. Kami degil, nak jugak, sebab senang nak borak perkara2 rahasia gitu. Malam tu elok2 kali dah station atas katil berdua, dalam kelambu, tiba2 arwah nenek masuk bawak tilam kekabu. Dia bentang tilam atas lantai dan terus baring situ. Masa tu I dengan my cousin was like tengok each other... esehmen... tak syok aah. Tapi arwah nenek sangat bijak, she said "sembang le kome, opah tak dengor" something like that lah.
Maka berborak lah kami sok-sek2 dalam gelap bertemankan nenek dan pelita minyak tanah. Haa... korang biasa tak tidur pasang pelita minyak tanah? Arwah nenek I dulu tiap2 malam tidur pasang pelita ni sebab takmo gelap sangat.
Di sini lah mulanya citer seram I. Kitorang berborak tak sedar diri sampai lost track of time. Yang pastinya, semua orang dah tidur nyenyak. Rumah dah sunyi. Masa berborak tu, I dok perati muka my cousin sebab masa tu dia yang tengah bercerita. Sekali dalam samar2 cahaya pelita tu I ternampak sesuatu yang tiba-tiba timbul dekat belakang kepala my cousin. Cara timbulnya tu bukan dari samar2 jadi jelas, tapi seolah2 timbul macam keluar dari bumi. Terus naik terpacak gitu. Apa bendanya? Wallahu'alam tapi dari pandangan mata I, bentuknya tu sebijik macam batu nisan. Biasa tak pegi kubur dan kita tengok kubur yang baru2 yang masih belum ada batu nisan yg kekal, orang akan pasang kayu yang dibalut kain putih dan diikat? Haaa... macam tu lah yang I nampak!
Berderau darah, Tuhan je yang tau. Tapi dalam ketakutan tu, I maintain cool and I terus cakap kat my cousin, "dah la tu, meh kite tido eh?". Dia heran sebab tetiba je kan, so she tanya "Nape?". I cakap "esok je lah aku citer". Bila cakap macam tu, lagi lah dia curious tak hengat nak tau kan? Something very, very suspicious. I takmo story tapi dia paksa dan paksa dan paksa dan akhirnya I pun bagitau lah... jangan pandang belakang hahahaha! No actually, I cakap je lah apa yg baru berlaku. And then she asked again, ada lagi ke benda tu kat belakang dia? I jeling belakang dia, "ada" I cakap.
Kau! Dia punya menggelupur nak tukar tempat tidur dengan I, biar I yang tidur dekat benda tu. Berguling2 lah kami berdua atas katil, macam adegan wrestling gitu sebab masing2 takmo tidur sebelah benda tu. Last2 I yang kurus dan ringan ni memang kalah lah... dan terpaksa mengalah tidur juga lah kat sebelah benda tu walaupun by now, rupa-bentuknya dah makin samar. Berpelukanlah kami tidur malam tu. Nak lari, takut plak nak keluar kelambu. Dalam diam, sangat2 bersyukur arwah nenek ada temankan dalam bilik tu. Kalau kami berdua je, tak tau lah... mau runtuh kelambu berasak2 dan berpeluk2 ketakutan.
Esoknya kami cerita apa yang berlaku. Semua orang tak percaya. Semua kata imagination. I sangat yakin it was not my imagination. Tapi I perasan muka arwah nenek macam tak surprise pun, macam 'knowing look' gitu. Patutlah dia beriya-iya nak temankan we all tidur.
Sekarang, rumah pusaka tu masih ada, dan mak I yang tinggal di situ sekarang. Dah renovate sikit2 tapi I sampai sekarang tak berani tidur sorang2 dalam mana2 bilik di tingkat atas rumah tu. Sekarang dah ada bilik di tingkat bawah, jadi di situlah I selalu melepak kalau balik kampung. My cousin pulak, Allah lebih sayangkan dia... dia meninggal beberapa tahun kemudian masa umur kami berdua di awal 20-an.
Al-fatihah untuk arwah nenek dan sepupuku yang disayangi. I miss both of you.
Dah panjang karangan rupanya. Ada lagi nak story tapi lain kali je lah... perut dah lapor ni.
Good night, and sleep tight!
Thursday, September 10, 2015
Stop living behind bars
Let them judge. Let them assume. Let them make their own conclusions.
You're still you.
Be free. Be awesome!
p.s. cubaan membangkitkan semangat diri-sendiri.
Wednesday, September 9, 2015
Ask
If you know anyone who suffers from GAD (Generalized Anxiety Disorder), or any type of anxiety, ask them about the voice in their head. Ask them to tell you, in a storytelling kind of way, how that voice controls their lives.
How that voice speaks to them in condescending ways, how it tramples on their self-esteem and self-worth but yet that is the only voice they listen to. The only voice they believe with unwavering conviction.
Ask them too, about all that noise they hear in the confined space between their ears. It's very noisy in there. Because thoughts are almost always racing. Every thought is fighting for attention, yet every thought gets shoved aside to make way for other thoughts. The noise in there is deafening.
If you're able to comprehend that.
While you're at it, ask them too about their innate ability to live in a separate world, yet seemingly firmly rooted and present in this one. For some, they live in that world more than this. It's not easy to leave, and it gets lonely.
You have to ask, cause you wouldn't understand it if you were to make your own conclusion.
Forget it, you might not get it even with lengthy explanation.
Whatever you do, don't ask about how depressed all these things are making them feel. You might make them cry.
It's a GAD thing.
#oneofthosedays
Tuesday, September 8, 2015
7 Fadhilat Solat Sunat Dhuha - Pasti Bersemangat Nak Amalkan
Assalamu'alaikum.
Dah solat sunat dhuha hari ni?
Hah? Dhuha? Belum la... tak tau la sempat ke tak. I hari-hari bz, tak cukup 'slot' nak solat dhuha. Bukan I taknak buat tapi susah skit la nak cari masa.
Ish ish ish... jangan la gitu. Banyak fadhilat solat dhuha ni tau. Kalau tak takkan la Rasulullah ﷺ anjurkan solat dhuha.
“Abu Hurairah r.a. menceritakan, ‘Kekasihku Rasulullah ﷺ memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: shaum (puasa) tiga hari dalam sebulan, dua rakaat shalat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Tengok hadis tu...solat dhuha termasuk salah satu amalan yang tak pernah Rasul tinggalkan. Tentu ada something very special kat situ.
Apa yang specialnya?
Banyakk... berdasarkan hadis-hadis berikut...
"Barangsiapa yang menjaga solat dhuhanya, nescaya akan diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan". (H.R. Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
*****
"Setiap pagi, lazimkanlah atas setiap ruas anggota kamu bersedekah. Setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh ke arah kebaikan adalah sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) sekelian itu dengan mengerjakan 2 rakaat solat dhuha" (H.R. Albukhari dan Muslim)
*****
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT." (H.R. Tabrani)
*****
“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
*****
“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)
So? Apa fadhilatnya? Cemana nak tengok dari perspektif orang biasa-biasa macam kita ni? Haaa.... teruskan membaca...
Fadhilat #1
Ingat tak dalam posting sebelum ni saya ada mention pasal banyakkan bersyukur? Solat dhuha adalah salah-satu cara kita menzahirkan kesyukuran. Dalam Islam, sedekah merupakan satu cara melahirkan rasa kesyukuran. Umpamanya bila dapat baby, kita adakan majlis akikah. Kita cukur rambut baby, pastu kita sedekahkan ikut nilai emas seberat rambut baby. Kita bersedekah sebagai tanda syukur atas rezeki yang Allah beri. Jadi apa kaitan solat dhuha dengan sedekah? Meh kita tengok hadis ni:
“Manusia mempunyai 360 persendian. Setiapnya memiliki kewajiban bersedekah”
Para sahabat bertanya, “Siapakah yang kuasa bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah..?”
Nabi ﷺ menjawab, “Mengubur bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan di jalan.
Apabila kalian tidak mampu melakukan, maka 2 raka'at shalat Dhuha telah mencukupi bagimu..” (Shahih, HR. Ahmad)
Ringkasnya, solat dhuha adalah cara kita menzahirkan kesyukuran atas setiap anggota badan, setiap sendi dalam tubuh, dengan menunaikan sedekah bagi setiap anggota tersebut. Cukup dengan 2 rakaat dhuha, kita dah pun menunaikan hak kewajipan bersedekah untuk setiap sendi. Mudah kan? MasyaAllah.
Fadhilat #2
Solat dhuha merupakan motivasi pagi untuk kita. Bayangkan, kita dah mulakan hari kita dengan bersedekah. Itu saja dah permulaan yang baik. Tetapi Allah Maha Pemurah, bukan setakat fadhilat sedekah sahaja, diberi pula fadhilat pengharapan yang baik. Dalam kata lain, bila dah solat dhuha, kita dah ada positive outlook, sebab Rasulullah ﷺ dah kata...
Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari, yaitu solat Dhuha, nescaya nanti akan Kucukupkan keperluanmu sehingga akhir siang.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Fadhilat #3
Solat dhuha sebagai benteng siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat). Hal ini ditegaskan Nabi saw. dalam hadisnya Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah . akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
Benteng api neraka tuu.... Kita kalau jalan tengah panas pun nak berpayung kan? Tu baru panas matahari di bumi. Bayangkan api neraka... apa cara benteng kita? Besarnyaaa fadhilat dhuha ni masyaAllah... syukur syukur... Allah Maha Mengasihani. Ingat sendiri boleh buat benteng ke kalau tidak dengan rahmat Allah?
Fadhilat #4
Bagi yang istiqamah mengamalkan solat sunat dhuha, Allah yang Maha Pemurah akan memberikan ganjaran syurga buat insan2 beruntung ini. Bukan itu saja, nak masuk syurga tu pun ada pintu khas untuk hamba2 Allah yang dirahmati ini. Macam hadis Rasulullah ﷺ yang ni.... (saya kopipes balik yang kat atas tadi)
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT." (H.R. Tabrani)
SPECIAL DOOR! Tak terbayang dan terjangkau dek akal kita akan keistimewaan-keistimewaan luarbiasa bagi mereka ni. Kita taknak join ke?
Fadhilat #5
Tau tak? Pahala solat sunat dhuha setara dengan pahala mengerjakan umrah dan haji. Allahu Rabbi, 4 fadhilat yang disenaraikan sebelum ni pun rasanya dah melimpah-ruah fadhilatnya... Allah Maha Pemurah tambah pulak lagi... Okay, by now, serious rasa nak nanges.
“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ready for more?
Fadhilat #6
Solat dhuha adalah magnet rezeki. Ada tersebut dalam salah-satu hadis dia atas (malas nak kopipes daa...) Dengan menunaikan solat dhuha, Allah akan mencukupkan keperluan hambaNya itu.
Cuba fikir balik... bukankah solat dhuha itu dilakukan pada waktu pagi, waktu rezeki diagih-agihkan? Bukankah solat dhuha itu adalah sedekah dan kita tau sedekah juga adalah magnet rezeki? Pernah baca doa selepas solat dhuha? Cuba perhatikan apa yang kita minta dalam doa tu?
Fadhilat #7
Memperolehi keuntungan yang besar, berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ yang berikut:
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah ﷺ mengirim pasukan perang. Lalu, pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan, dan cepat kembalinya mereka. Maka, Rasulullah ﷺ. bersabda, ‘Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (Yaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad)
Nampak tak perbandingan keuntungan besar yang diperolehi dengan menunaikan solat dhuha? Mungkin kita tak boleh bayangkan keterujaan menang dalam peperangan kan? Tapi cuma bayangkan keterujaan kita masa Harimau Malaya menang dalam mana-mana perlawanan dengan negara lain? Tak ke rasa happy tu? Bersorak2, doa2 esok cuti bagai kan? Tu baru penyokong.
Sekarang cuba bayangkan kita ni pemain Harimau Malaya... bayangkan kepuasan sebab menang, bayangkan rasa berbaloi prektis bagai nak rak, bayangkan pengorbanan waktu rehat sebab nak prektis, bayangkan ganjaran yang bakal diperolehi sebab menang.... Bayangkan keterujaannya tu? Maklum, menang perang!
Haa... macam tu lah "keuntungan besar" yang bakal diperolehi oleh orang yang mengamalkan solat sunat dhuha tetapi on a bigger scale! Yes, I say bigger scale, sebab yang memberi ganjaran ni ialah Yang Maha Kaya, takkan kita boleh bayangkan dan fahamkan ganjaran yang kita dapat. Mungkin ganjaran tu tak terzahir pada mata kasar tapi yang pasti, kita takkan menyesal.
So, are you with me? Jom kita sama-sama mulakan (kalau belum mula lah). Hari ni jugak!
Jom!
Sunday, September 6, 2015
8 cara meningkatkan aura positif diri
Pernah tak rasa dirundung kemurungan?
Pernah tak rasa macam tak ada mood gitu?
Pernah tak rasa macam malas sangat tapi awak tau awak bukan seorang pemalas?
We are all human. Walau macamana happy atau cerianya orang nampak kita (especially on Facebook uhuk!), pasti ada hari-hari yang kita rasa macam nak berkelubung jek dalam selimut kan? Hari-hari yang kita rasa "taknak buat apa2 arini, boleh tak?"
Kalau lah boleh memerap je dalam bilik sepanjang hari, takde hal kan? Tapi masalahnya, kita ada tanggung-jawab lain yang perlu digalas. Macam saya ni ha, surirumah sepenuh masa... there is no way I can sleep in and ignore the calls of the wild (anak2 le tu hahaha).
So, macamana nak bangkitkan mood tu semula?
Di sini saya kongsikan trick2 yang saya gunakan untuk meningkatkan keceriaan saya bila mood semakin down, down, down.... Semua yang saya senaraikan di sini adalah cara saya. What works for me. Serasi dengan saya.
What I'm trying to say is, saya bukanlah pakar... ehehehe! Ini cara saya. Uols nak cuba praktikkan, cubalah. If it works, alhamdulillah. If not, carilah cara lain ek?
1. Pagi-pagi, buka tingkap luas-luas. Biarkan cahaya matahari dan angin pagi memenuhi setiap ruang rumah. Ruang yang terang dan lapang secara automatic dah boleh menarik mood yang positif. Lagipun, kan pagi-pagi tu time rezeki di bahagi-bahagikan? Rugi tak bukak tingkap.
P.S. Kalau hari hujan lagi saya suka buka tingkap luas2!
2. Mandi pagi. Better yet, mandi sebelum solat subuh. Mandi air sejuk ye... jangan mandi air panas. Bayangkan macam mandi air perigi kat kampung gitu. Very refreshing! Apa? Takut sejuk? Ceh! Badan je besor!
3. Makan sarapan pagi, dan pastikan ada buah2an. Saya suka makan buah yang dah disimpan dalam peti sejuk. Nyamaaan gitu.
4. Aktifkan diri. Yang ni memang susah la sikit kalau kita memang dah takde mood kan? Tapi kalau dah kena tempias matahari, dah kena sejuk air perigi pili, perut pun dah berisi... InsyaAllah boleh. Macam saya yang surirumah ni, no problem lah nak mengaktifkan diri. Kerja rumahtangga ni memang tak pernah habis kan? Tapi kalau uols yang banyak masa lapang tu... get out there! Pergilah jalan-jalan hirup udara pagi. Jalan kaki yunk! Bukan jalan-jalan naik kereta pegi 7-11 beli Slurpee hokay? Nikmati udara pagi, nikmati sinaran matahari, nikmati bunyi unggas yang berkicauan...cewah! But seriously, nikmati semua ini...aktifkan semua pancaindera... your mood will improve!
5. Letak bunga/tumbuhan di dalam rumah. Yang ni my favorite. Kalau saya nak bangkitkan mood, saya suka pergi ke pasar dan beli sejambak bunga. Tak payah yang mahal2, bunya chrysanthemum tu je dah cukup. Beli selambak, letak dalam vase atau jag air dan letakkan di tengah-tengah ruang rumah. Kadang2 dalam selambak tu boleh isi 2 bekas jadi saya letak satu di ruang tamu, satu di meja makan. Serta-merta rumah nampak segar dan bertenaga positif. Sedap mata memandang, mood pun ikut juga sesedap rasa ;-). Oh ya, kalau tak suka bunga, tumbuhan hijau pun boleh... angkut je sepasu-dua letak dalam rumah. Jangan angkut pasu jiran sebelah dah lah ye...
6. Layan kreativiti. Apa-apa saja aktiviti yang menerjah kreativiti...layan! Kadang-kadang saya membaking, kadang-kadang saya menjahit, kadang-kadang saya menulis, kadang-kadang saya buat home improvement project (e.g. cat kerusi lama, tukar susunan kerusi-meja, tukar langsir etc.), kadang-kadang saya layan colouring book je hahahah! Janji saya dapat mengekspresikan kreativiti. Bagi saya, kreativiti adalah satu bentuk terapi yang murah dan always available.
7. Muhasabah diri @ self-improvement. Sama ada dengan mendengar atau menonton ceramah/program motivasi atau baca buku2 yang berkenaan. Selalunya ini aktiviti saya bila saya nak rilek2 sambil lunjur kaki atas sofa ata katil. Saya suka dengar ceramah ustaz2 tersohor, cari je kat YouTube, confirm ada. Kadang-kadang dapat ceramah yang best, kadang-kadang ada jugak yang buat saya terlelap hehehe... Bila dengar nasihat2 berunsur keagamaan ni, selalunya dapat menyuntikkan semangat pada jiwa saya nak jadi lebih baik, lebih sabar, lebih prihatin, lebih istiqamah etc. Saya sedar yang saya manusia biasa, dan nobody is perfect so tak payah lah nak be hard on myself sangat, ye tak?
8. Banyakkan bersyukur. Yang ni saya selalu lupa sebenarnya tapi bila teringat saya buat macam ni... Bila anak2 bising dan bergaduh...syukur anak2 aku normal dan sihat, rumah aku tak sunyi.
Bila sakit2 badan...syukur Allah uji aku sikit ari ni nak kifarahkan dosa, maybe sebab semalam aku banyak sumpah-seranah masa driving kut.
Bila suami balik kerja lambat... syukur suamiku sihat dan mampu bekerja, ada pekerjaan yang dapat menampung kami sekeluarga dgn izin Allah.
Haaa... macam tu lah... cer buat!
Sebenarnya, kalau difikir2kan banyak lagi cara2 nak mem-positifkan dan menceriakan diri kan? Masing-masing dengan cara masing-masing. Yang penting, kita mencapai matlamat nak kekal positif dan ceria.
Happy Sunday y'all!
Subscribe to:
Posts (Atom)