Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, September 19, 2015

Ayat Al-Quran Untuk Kesihatan Yang Boleh Kita Amalkan


Hari ni nak buat perkongsian ilmu sikit. Tak lama dulu, ada sorang my friend ni kongsikan link video ceramah oleh Ustaz Amin ni. Ceramahnya mengenai rahsia mengamalkan ayat al-Quran. I like this particular ceramah very much sebab pertamanya, dia kongsikan ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan untuk kebaikan kita dan keduanya, cara penyampaian dia tu sangat memberi kesan to me.

Pernah terfikir tak kita sebelum ni bahawa kita umat Muhammad ﷺ lah satu-satunya umat yang mewarisi mukjizat Nabi mereka (iaitu al-Quran)? Mukjizat tu beb, mukjizat!

Antara mukjizat-mukjizat Para Nabi terdahulu sebelum Muhammad ﷺ
  1. Nabi Sulaiman a.s. - boleh menundukkan mana-mana jin.
  2. Nabi Musa a.s. - boleh membelah laut.
  3. Nabi Isa a.s. - boleh menghidupkan orang yang sudah mati.
  4. Nabi Daud a.s. - boleh melembutkan besi.
Malangnya selepas nabi2 ini wafat, tiada seorang pun dari pengikut mereka yang mewarisi mukjizat2 ini. Walaupun dapat cincin Nabi Sulaiman, tongkat Nabi Musa... nobody knew how to use them.

Berbeza dengan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi kita.

Mukjizat Nabi Muhammad ﷺ ada 2 jenis:
  1. Bersifat peribadi - boleh belah bulan, celup tangan dlm air dan air keluar cukup untuk bala tentera. In short, perkara2 yang cuma baginda saja boleh buat dengan izin Allah.
  2. Bersifat boleh diwarisi oleh umat Nabi Muhammad ﷺ iaitu Al-Quran - kita umat paling beruntung kerana mewarisi mukjizat yang besar ini.
Bagaimana mengamalkan ayat2 al-Quran ini:

Rahsia pertama, mengetahui bahawa ayat itu adalah ayat tauhid (mengesakan Allah) dan mengamalkannya dengan membesarkan Allah. Baca dengan rasa tauhid, dgn rasa bergantung kepada Allah, baru terbuka kelebihan ayat tersebut.

Rahsia kedua, fahami tujuan (matlub) dan pemberian/anugerah (mauhub). Tujuan - kerana mencari redha Allah swt. Apa2pun amalan, matlub atau matlamat hanyalah untuk mencari redha Allah. Anugerah - mengharap Allah menganugerahkan kelebihan2an ayat amalan itu, dengan 3 cara
  1. Keyakinan
  2. Istiqomah
  3. Keberkatan
Ayat-ayat yang boleh dijadikan amalan:

(1) Untuk menguatkan tubuh badan.

Surah Hud, 52
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


وَيَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوٓاْ إِلَيۡهِ يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡڪُم مِّدۡرَارً۬ا وَيَزِدۡڪُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡاْ مُجۡرِمِينَ (٥٢
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (52)

Cara amalan : Bermula dari "wa yazid kum.." Boleh baca lepas mandi. Atau lepas baca doa makan. Ataupun selepas setiap kali solat. 


(2) Untuk menghilangkan/mengeluarkan penyakit dari dalam tubuh.

Surah At-Takwir, 17-18:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ (١٧) وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ (١٨
Dan malam, apabila ia hampir habis. (17) Dan siang, apabila ia mulai terang. (18)

Cara amalan : Selawat 3x, baca ayat  di atas 3x, tarik nafas, tahan sekejap baru hembus. Masa tarik nafas tu seolah-olah kita sedut segala yang baik untuk tubuh, dan semasa hembus seolah-seolah kita menghembuskan segala yang tidak baik dari tubuh badan kita. Jadikan amalan harian sama ada 2x sehari atau setiap kali lepas solat. InsyaAllah boleh sembuh dengan izin Allah.


(3) Untuk mengeratkan hubungan keluarga.

Surah Al-Kauthar

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (3)

Cara amalan : Semasa memasak, menyediakan makanan/minuman. Selawat 3x dulu, kemudian baca surah. InsyaAllah, dapat mengeratkan hubungan keluarga, berkasih-sayang etc.

Akhir kata, jangan amalkan yang selain dari ayat/ surah dari al-Quran e.g. mentera atau jampi, kerana makin menjauhkan kita dari Allah. Tersasarlah matlamat utama kita iaitu untuk mendapat redha Allah.

Itu saja nak share. Semoga Allah ampunkan saya jika ada salah dan silap dalam posting kali ni. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Below is the ceramah yang melahirkan posting kali ni. In short, posting ini adalah ringkasan ceramah di bawah buat siapa2 yang tak ada kelapangan masa nak tonton. Tapi kalau tonton lagi bagus! Heheh...



Have a good weekend, folks!

Thursday, September 10, 2015

Stop living behind bars



Let them judge. Let them assume. Let them make their own conclusions.

You're still you.

Be free. Be awesome!

p.s. cubaan membangkitkan semangat diri-sendiri.

Tuesday, September 8, 2015

7 Fadhilat Solat Sunat Dhuha - Pasti Bersemangat Nak Amalkan


Assalamu'alaikum.

Dah solat sunat dhuha hari ni?

Hah? Dhuha? Belum la... tak tau la sempat ke tak. I hari-hari bz, tak cukup 'slot' nak solat dhuha. Bukan I taknak buat tapi susah skit la nak cari masa.

Ish ish ish... jangan la gitu. Banyak fadhilat solat dhuha ni tau. Kalau tak takkan la Rasulullah ﷺ anjurkan solat dhuha.

“Abu Hurairah r.a. menceritakan, ‘Kekasihku Rasulullah ﷺ memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia: shaum (puasa) tiga hari dalam sebulan, dua rakaat shalat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan solat Witir” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Tengok hadis tu...solat dhuha termasuk salah satu amalan yang tak pernah Rasul tinggalkan. Tentu ada something very special kat situ.

Apa yang specialnya?

Banyakk... berdasarkan hadis-hadis berikut...

"Barangsiapa yang menjaga solat dhuhanya, nescaya akan diampunkan segala dosanya walaupun sebanyak buih di lautan". (H.R. Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
*****
"Setiap pagi, lazimkanlah atas setiap ruas anggota kamu bersedekah. Setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh ke arah kebaikan adalah sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) sekelian itu dengan mengerjakan 2 rakaat solat dhuha" (H.R. Albukhari dan Muslim)
 *****
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT." (H.R. Tabrani)
 *****
“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
*****
“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

So? Apa fadhilatnya? Cemana nak tengok dari perspektif orang biasa-biasa macam kita ni? Haaa.... teruskan membaca...

Fadhilat #1

Ingat tak dalam posting sebelum ni saya ada mention pasal banyakkan bersyukur? Solat dhuha adalah salah-satu cara kita menzahirkan kesyukuran. Dalam Islam, sedekah merupakan satu cara melahirkan rasa kesyukuran. Umpamanya bila dapat baby, kita adakan majlis akikah. Kita cukur rambut baby, pastu kita sedekahkan ikut nilai emas seberat rambut baby. Kita bersedekah sebagai tanda syukur atas rezeki yang Allah beri. Jadi apa kaitan solat dhuha dengan sedekah? Meh kita tengok hadis ni:

“Manusia mempunyai 360 persendian. Setiapnya memiliki kewajiban bersedekah”
Para sahabat bertanya, “Siapakah yang kuasa bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah..?”
Nabi ﷺ menjawab, “Mengubur bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan di jalan.
Apabila kalian tidak mampu melakukan, maka 2 raka'at shalat Dhuha telah mencukupi bagimu..” (Shahih, HR. Ahmad)

Ringkasnya, solat dhuha adalah cara kita menzahirkan kesyukuran atas setiap anggota badan, setiap sendi dalam tubuh, dengan menunaikan sedekah bagi setiap anggota tersebut. Cukup dengan 2 rakaat dhuha, kita dah pun menunaikan hak kewajipan bersedekah untuk setiap sendi. Mudah kan? MasyaAllah.

Fadhilat #2

Solat dhuha merupakan motivasi pagi untuk kita. Bayangkan, kita dah mulakan hari kita dengan bersedekah. Itu saja dah permulaan yang baik. Tetapi Allah Maha Pemurah, bukan setakat fadhilat sedekah sahaja, diberi pula fadhilat pengharapan yang baik. Dalam kata lain, bila dah solat dhuha, kita dah ada positive outlook, sebab Rasulullah ﷺ dah kata...
Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas melakukan solat empat rakaat pada pagi hari, yaitu solat Dhuha, nescaya nanti akan Kucukupkan keperluanmu sehingga akhir siang.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)

Fadhilat #3

Solat dhuha sebagai benteng siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat). Hal ini ditegaskan Nabi saw. dalam hadisnya Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah . akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)

Benteng api neraka tuu.... Kita kalau jalan tengah panas pun nak berpayung kan? Tu baru panas matahari di bumi. Bayangkan api neraka... apa cara benteng kita? Besarnyaaa fadhilat dhuha ni masyaAllah... syukur syukur... Allah Maha Mengasihani. Ingat sendiri boleh buat benteng ke kalau tidak dengan rahmat Allah?

Fadhilat #4

Bagi yang istiqamah mengamalkan solat sunat dhuha, Allah yang Maha Pemurah akan memberikan ganjaran syurga buat insan2 beruntung ini. Bukan itu saja, nak masuk syurga tu pun ada pintu khas untuk hamba2 Allah yang dirahmati ini. Macam hadis Rasulullah ﷺ yang ni.... (saya kopipes balik yang kat atas tadi)
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT." (H.R. Tabrani)

SPECIAL DOOR! Tak terbayang dan terjangkau dek akal kita akan keistimewaan-keistimewaan luarbiasa bagi mereka ni. Kita taknak join ke?

Fadhilat #5

Tau tak? Pahala solat sunat dhuha setara dengan pahala mengerjakan umrah dan haji. Allahu Rabbi, 4 fadhilat yang disenaraikan sebelum ni pun rasanya dah melimpah-ruah fadhilatnya... Allah Maha Pemurah tambah pulak lagi... Okay, by now, serious rasa nak nanges.
“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
Ready for more?

Fadhilat #6

Solat dhuha adalah magnet rezeki. Ada tersebut dalam salah-satu hadis dia atas (malas nak kopipes daa...) Dengan menunaikan solat dhuha, Allah akan mencukupkan keperluan hambaNya itu. 

Cuba fikir balik... bukankah solat dhuha itu dilakukan pada waktu pagi, waktu rezeki diagih-agihkan? Bukankah solat dhuha itu adalah sedekah dan kita tau sedekah juga adalah magnet rezeki? Pernah baca doa selepas solat dhuha? Cuba perhatikan apa yang kita minta dalam doa tu? 



Fadhilat #7

Memperolehi keuntungan yang besar, berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ yang berikut:
“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah ﷺ mengirim pasukan perang. Lalu, pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan, dan cepat kembalinya mereka. Maka, Rasulullah ﷺ. bersabda, ‘Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (Yaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad)

Nampak tak perbandingan keuntungan besar yang diperolehi dengan menunaikan solat dhuha? Mungkin kita tak boleh bayangkan keterujaan menang dalam peperangan kan? Tapi cuma bayangkan keterujaan kita masa Harimau Malaya menang dalam mana-mana perlawanan dengan negara lain? Tak ke rasa happy tu? Bersorak2, doa2 esok cuti bagai kan? Tu baru penyokong.

Sekarang cuba bayangkan kita ni pemain Harimau Malaya... bayangkan kepuasan sebab menang, bayangkan rasa berbaloi prektis bagai nak rak, bayangkan pengorbanan waktu rehat sebab nak prektis, bayangkan ganjaran yang bakal diperolehi sebab menang.... Bayangkan keterujaannya tu? Maklum, menang perang!

Haa... macam tu lah "keuntungan besar" yang bakal diperolehi oleh orang yang mengamalkan solat sunat dhuha tetapi on a bigger scale! Yes, I say bigger scale, sebab yang memberi ganjaran ni ialah Yang Maha Kaya, takkan kita boleh bayangkan dan fahamkan ganjaran yang kita dapat. Mungkin ganjaran tu tak terzahir pada mata kasar tapi yang pasti, kita takkan menyesal.

So, are you with me? Jom kita sama-sama mulakan (kalau belum mula lah). Hari ni jugak!

Jom!

Sunday, September 6, 2015

8 cara meningkatkan aura positif diri

(Perrghh! Tajuk tak boleh blah....)

Pernah tak rasa dirundung kemurungan?
Pernah tak rasa macam tak ada mood gitu?
Pernah tak rasa macam malas sangat tapi awak tau awak bukan seorang pemalas?

We are all human. Walau macamana happy atau cerianya orang nampak kita (especially on Facebook uhuk!), pasti ada hari-hari yang kita rasa macam nak berkelubung jek dalam selimut kan? Hari-hari yang kita rasa "taknak buat apa2 arini, boleh tak?"

Kalau lah boleh memerap je dalam bilik sepanjang hari, takde hal kan? Tapi masalahnya, kita ada tanggung-jawab lain yang perlu digalas. Macam saya ni ha, surirumah sepenuh masa... there is no way I can sleep in and ignore the calls of the wild (anak2 le tu hahaha).

So, macamana nak bangkitkan mood tu semula?

KOPI la wehh! KOPI. Pekat kaw-kaw.

Di sini saya kongsikan trick2 yang saya gunakan untuk meningkatkan keceriaan saya bila mood semakin down, down, down.... Semua yang saya senaraikan di sini adalah cara saya. What works for me. Serasi dengan saya.

What I'm trying to say is, saya bukanlah pakar... ehehehe! Ini cara saya. Uols nak cuba praktikkan, cubalah. If it works, alhamdulillah. If not, carilah cara lain ek?















1. Pagi-pagi, buka tingkap luas-luas. Biarkan cahaya matahari dan angin pagi memenuhi setiap ruang rumah. Ruang yang terang dan lapang secara automatic dah boleh menarik mood yang positif. Lagipun, kan pagi-pagi tu time rezeki di bahagi-bahagikan? Rugi tak bukak tingkap.

P.S. Kalau hari hujan lagi saya suka buka tingkap luas2!













2. Mandi pagi. Better yet, mandi sebelum solat subuh. Mandi air sejuk ye... jangan mandi air panas. Bayangkan macam mandi air perigi kat kampung gitu. Very refreshing! Apa? Takut sejuk? Ceh! Badan je besor!















3. Makan sarapan pagi, dan pastikan ada buah2an. Saya suka makan buah yang dah disimpan dalam peti sejuk. Nyamaaan gitu.








4. Aktifkan diri. Yang ni memang susah la sikit kalau kita memang dah takde mood kan? Tapi kalau dah kena tempias matahari, dah kena sejuk air perigi pili, perut pun dah berisi... InsyaAllah boleh. Macam saya yang surirumah ni, no problem lah nak mengaktifkan diri. Kerja rumahtangga ni memang tak pernah habis kan? Tapi kalau uols yang banyak masa lapang tu... get out there! Pergilah jalan-jalan hirup udara pagi. Jalan kaki yunk! Bukan jalan-jalan naik kereta pegi 7-11 beli Slurpee hokay? Nikmati udara pagi, nikmati sinaran matahari, nikmati bunyi unggas yang berkicauan...cewah! But seriously, nikmati semua ini...aktifkan semua pancaindera... your mood will improve!




5. Letak bunga/tumbuhan di dalam rumah. Yang ni my favorite. Kalau saya nak bangkitkan mood, saya suka pergi ke pasar dan beli sejambak bunga. Tak payah yang mahal2, bunya chrysanthemum tu je dah cukup. Beli selambak, letak dalam vase atau jag air dan letakkan di tengah-tengah ruang rumah. Kadang2 dalam selambak tu boleh isi 2 bekas jadi saya letak satu di ruang tamu, satu di meja makan. Serta-merta rumah nampak segar dan bertenaga positif. Sedap mata memandang, mood pun ikut juga sesedap rasa ;-). Oh ya, kalau tak suka bunga, tumbuhan hijau pun boleh... angkut je sepasu-dua letak dalam rumah. Jangan angkut pasu jiran sebelah dah lah ye...






6. Layan kreativiti. Apa-apa saja aktiviti yang menerjah kreativiti...layan! Kadang-kadang saya membaking, kadang-kadang saya menjahit, kadang-kadang saya menulis, kadang-kadang saya buat home improvement project (e.g. cat kerusi lama, tukar susunan kerusi-meja, tukar langsir etc.), kadang-kadang saya layan colouring book je hahahah! Janji saya dapat mengekspresikan kreativiti. Bagi saya, kreativiti adalah satu bentuk terapi yang murah dan always available.






7. Muhasabah diri @ self-improvement. Sama ada dengan mendengar atau menonton ceramah/program motivasi atau baca buku2 yang berkenaan. Selalunya ini aktiviti saya bila saya nak rilek2 sambil lunjur kaki atas sofa ata katil. Saya suka dengar ceramah ustaz2 tersohor, cari je kat YouTube, confirm ada. Kadang-kadang dapat ceramah yang best, kadang-kadang ada jugak yang buat saya terlelap hehehe... Bila dengar nasihat2 berunsur keagamaan ni, selalunya dapat menyuntikkan semangat pada jiwa saya nak jadi lebih baik, lebih sabar, lebih prihatin, lebih istiqamah etc. Saya sedar yang saya manusia biasa, dan nobody is perfect so tak payah lah nak be hard on myself sangat, ye tak?



8. Banyakkan bersyukur. Yang ni saya selalu lupa sebenarnya tapi bila teringat saya buat macam ni... Bila anak2 bising dan bergaduh...syukur anak2 aku normal dan sihat, rumah aku tak sunyi. 
Bila sakit2 badan...syukur Allah uji aku sikit ari ni nak kifarahkan dosa, maybe sebab semalam aku banyak sumpah-seranah masa driving kut.
Bila suami balik kerja lambat... syukur suamiku sihat dan mampu bekerja, ada pekerjaan yang dapat menampung kami sekeluarga dgn izin Allah.
Haaa... macam tu lah... cer buat!



Sebenarnya, kalau difikir2kan banyak lagi cara2 nak mem-positifkan dan menceriakan diri kan? Masing-masing dengan cara masing-masing. Yang penting, kita mencapai matlamat nak kekal positif dan ceria.

Happy Sunday y'all!