Showing posts with label info sharing. Show all posts
Showing posts with label info sharing. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Suntik vaksin influenza beramai-ramai


Beberapa bulan lepas, saya bawa anak bongsu ke klinik pakar kanak-kanak. Selsema dan batuk memang kerap menyerang kedua orang anak saya yang paling kecil sejak mereka mula masuk tadika. Dah memang kebiasaannya bila ramai-ramai tu, memang mudah sangat terkena jangkitan. Tambahan pula tadika sekarang banyak yang dibuat di rumah kedai di mana anak-anak terperuk di dalam ruang yang bertutup dan berhawa dingin selama berjam-jam sehari.

Berbalik kepada klinik pakar tadi, sewaktu memeriksa si bongsu saya dan mendengar keluhan saya mengenai anak-anak yang kerap selsema, doktor sempat menyarankan kami mengambil suntikan vaksin flu (flu shots) untuk mengurangkan risiko jangkitan selsema yang berbahaya kepada kami sekeluarga. Katanya dia sendiri mengambil vaksin flu setiap tahun dan memastikan keluarganya juga diberi suntikan sama.

Saya sekadar memaklumkan kepada doktor yang saya akan pertimbangkan cadangannya itu. Sejujurnya, selepas keluar dari klinik, saya terus terlupa. Sehinggalah apabila suami saya sibuk membuat persiapan untuk ke luar negara, saya teringat kembali akan cadangan doktor tersebut. Saya meminta suami mengambil suntikan vaksin berkenaan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia berangkat (kadar masa vaksin mula efektif mengikut kata doktor), dan alang-alang suami nak ambil, apa salahnya kami sekeluarga pun ambil sama.

Maka pagi tadi, setelah membuat temujanji dengan doktor di klinik berhampiran (doktor perlu order vaksin tersebut beberapa hari sebelumnya), pergi lah kami sekeluarga secara berjemaah untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan pantas. Mudah dan cepat suntikannya, malah tak terasa sakit pun. Cuma anak-anak yang kecil saja yang menangis, itupun kerana mereka tidak mahu tutup mata dan tengok sendiri jarum masuk ke lengan huhuhu.... Suami pujuk dengan bawa mereka beli jajan di kedai runcit sebelah klinik, terus semuanya ceria dan aktif semula macam tak ada apa-apa pun. MasyaAllah.... 😆

Secara amnya, vaksin flu dirumus untuk mempertahankan badan dari jangkitan virus influenza A (H1N1), influenza A (H3N2) dan influenza B. Setiap tahun rumusan vaksin yang dikeluarkan akan diperbaharui berdasarkan kajian jangkitan influenza yang dijangka akan merebak. Haish! Banyak jenis rupanya kuman influenza ni.

Buat yang berminat, suntikan vaksin flu ini cuma RM60 sahaja untuk setiap dos suntikan dan tempoh keberkesanannya ialah setahun. Jadi seelok-eloknya diambil setiap tahun. Sesuai untuk yang berumur 6 bulan ke atas sahaja dan pastikan anda tidak demam sewaktu mengambil suntikan.


Vaksin influenza. Siap dalam picagari. Doktor
tinggal suntik sahaja.

Apa-apa pun, ini sekadar ikhtiar sahaja. Janganlah kita menyangka kita selamat dari sebarang penyakit hanya kerana kita sudah mengambil suntikan vaksin, lantas tak peduli lagi nak amalkan cuci tangan selalu, nak makan vitamin C setiap hari, menjaga diet dan sebagainya.

Yang memberi penyakit dan menyembuhkan hanyalah Allah swt. Kita cuma ambil langkah berjaga-jaga mengikut kemampuan kita sebagai manusia. Yang selebihnya, kita serahkan kepada yang Maha Memiliki. Betul tak?

Betuuulll....😉😊

Saturday, May 20, 2017

Kemudahan Ezibox Poslaju ~ I like!

Good morning!

Pernah dengar pasal EziBox Poslaju tak? Haa... ni nak habaq mai. Katanya kemudahan ni dah ada sejak pertengahan tahun 2016 lagi, tapi saya pun baru je discover kemudahan yang awesome ni.

Ceritanya...

Hari Sabtu lepas saya tiada di rumah, sebab ada Hari Sukan sekolah anak-anak. Rupa-rupanya ada Poslaju datang. Saya pun terlupa yang saya sedang menunggu delivery barang. Kalau ingat, tentu saya tak angkut semua orang ke Hari Sukan tu. Biar ada orang kat rumah yang boleh sign-kan penerimaan bungkusan. Saya cuma tau ada penghantaran bila dapat sms dari Poslaju suruh saya datang ambil sendiri bungkusan di pejabat Poslaju berdekatan.

Bila sampai ke rumah, saya pun cari lah kad yang biasa orang Poslaju tu tinggalkan kalau barang tak dapat di hantar. Biasanya dia sangkut kad tu pada pintu, atau masukkan ke dalam peti surat. Jenuh lah mencari, tak ada. Saya pun malas nak ambil pusing sangat, saya cuma curiga je entah-entah yang sms saya tu bukan Poslaju. Kut scam ke. Zaman sekarang ni kita pun tahu teknik menipu dah semakin canggih dan kreatif. Terus saya lupakan saja lah pasal sms tu. Saya fikir, kalau bungkusan yang ditunggu tak sampai juga sampai hari Selasa, barulah saya nak telefon seller minta tracking number.

Tup-tup hari Isnin dapat lagi sms yang mengatakan bungkusan saya ada di Ezibox pejabat Poslaju dan saya diberi PIN 6-digit untuk ambil bungkusan tu nanti sebelum sekian tarikh. Aishh... tak mahu berteka-teki lagi, saya terus cari general line pejabat Poslaju yang berkenaan dan telefon. Baru lah saya tahu, Ezibox ni adalah self-service collection box dan accessible 24 jam. Maknanya, kalau tak sempat nak ambil bungkusan tu for whatever reason semasa waktu operasi pejabat, boleh je datang ANYTIME ambil sendiri berbekalkan PIN yang diberi. Satu kelegaan di situ sebab kebetulan saya memang sibuk sangat hari tu dengan bermacam urusan, dah tentu kena terkejar-kejar kalau nak collect waktu office hours.

Makanya, petang hari Selasa baru saya pergi collect. Macamana rupanya Ezibox ni? Like this.


Saya cuma masukkan info yang diperlukan ke dalam touchscreen monitor tu. Bila semua info dah cukup, ping! pintu kotak yang berkenaan akan terbuka sendiri. In my case, kotak yang betul-betul di bawah monitor tu, depan lutut saya je! Gila senang!

It's fully automated, jadi tak perlu risau malu kut terkial-kial nak bukak kotak tak reti hehehhe! Touchscreen tu pun tak susah nak pakai, ikut je arahan pada screen. Kita diminta isi tracking no., nama dan IC penerima dan jangan lupa masukkan PIN yang diberi. I'm pretty sure ada hidden cctv jugak kat monitor tu, macam ATM, untuk langkah keselamatan.

Meh tengok video pulak.


Walau bagaimanapun, tak semua pejabat Poslaju ada kemudahan ni. Setakat ni, kemudahan Ezibox di lokasi berikut sahaja:


Saya pasti, tak lama lagi, more Ezibox(es) akan di sediakan di seluruh Malaysia kerana ia satu kemudahan yang amat memudahkan pengguna dan pekerja Poslaju sendiri.

Kudos to Poslaju yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik!

Makin laju la saya online shopping....