Showing posts with label Random Ramblings. Show all posts
Showing posts with label Random Ramblings. Show all posts

Thursday, July 6, 2017

Raya Reunion & Orange Rolls

Hellooo all!

I trust you've all had a decent raya, if not a blastful one. Mine was so-so, the usual. Balik kampung hubby, then meredah traffic jam balik my kampung pulak. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 4 jam, dah jadi 8 jam! And that was still ok compared to last year, 10 jam. So, can't complain there.

I don't have many raya tales to tell cause you know what they say, time flies when you're having fun. Tak sempat pun nak document dalam kepala otak kejadian2 sepanjang cuti raya kali ni. And quite frankly, malas nak perah otak mem-flaskback kejadian yang dah hampir 2 minggu berlalu.

So, right now, right at this very moment, saya baru saja selesai memasak juadah berbuka puasa untuk Mr. Hubby yang sedang berpuasa sunat. Sepatutnya nak keluar sekejap lagi ni ambil kereta kat workshop, but he's showering, so sementara menunggu.... here I am.

Most recent "happening" event post raya was yesterday's supposedly mini-reunion among kawan2 "Maresem" saya. Apa yg asalnya cuma perancangan spontan nak berjumpa dengan kawan2 yang based overseas tetapi sedang bercuti di tanahair, akhirnya menjadi event ala2 jom heboh. Asalnya nak gathering kecil2an saja, memandangkan hari yang dipilih adalah hari bekerja. Venue pun asalnya nak jumpa di IOI City mall je pun. Tapi bila makin ramai plak yang boleh attend, maka venue berubah ke rumah kawan yang sudi pinjamkan ruang. Long story short, akhirnya berapa ramai yang datang? 43-46 orang! I lost count sebab ada yang kensel last minit.

There were lots of picture takings, asyik bergambaaarr je makcik2 ni. Unlike many of them, saya ni sebenarnya agak camera-shy so tidaklah saya ke hulu, ke hilir bergambar. Saya cuma selit2 je dalam gambar2 diorang pastu suruh diorang share kat whatsapp hahaha! Senang cerita.

Here are what we looked like on said night.




Can you spot me?

These are only 3 out of many. Cukup lah upload 3 ni je sebab gambar2 lain pun lebih-kurang sama je orang dan pose nya. Pi mai, pi mai tang tu. Yang penting, we got to meet up, catch up and reminisce old times. Memang riuh-rendah rumah dengan gurau-senda dan hilai-tawa all these beautiful and bubbly ladies. Selesai majlis, I went home smiling.

Oh by the way, just nak selitkan jugak buah tangan yang saya bawa ke majlis tersebut. I made some orange rolls yang tersangat lah sedap kejadiannya (Maaf, angkat bakul pulak). Buat 2 talam dan ada lah lebih sikit dalam 1 loyang kecil. Saya cuma tinggalkan yg loyang kecil tu je di rumah, selebihnya bawa ke majlis. Masa tengah sibuk2 bersosial, Mr. Hubby yang baru lepas berbuka sms....



Ahahahah! Very the kembang mokcik membaca sms Mr. Hubby. Comel jer cara dia merujuk kepada orange rolls tu sebagai "kuih" hehehe....

Alhamdulillah, kawan2 pun ramai yg cakap sedap dan ramai juga dapat merasa. Bawa 2 talam, tinggal sedikit je lagi untuk tuan rumah pulak nak makan. InsyaAllah, akan saya share resepinya di sini di posting yang akan datang ye. Kalau nak tengok cemana ghopenye... ni ha...


Nampak menyelerakan, bukan?

That's all for now, folks. Until next posting ye... take care.

Saturday, June 10, 2017

Perancangan Menu Bulan Puasa


Sedar tak sedar, dah 14 hari kita melalui bulan Ramadhan. Cepat betul kan masa berlalu... macam angin je. Tidur, jaga, tidur, jaga... dah separuh bulan Ramadhan pergi. Tinggal lah lagi separuh untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Saya sangat berharap dan berdoa semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk saya maximize pahala Ramadhan tahun ini. Setiap tahun rasa macam tak cukup je amalan... walhal macam boleh je kalau bersungguh-sungguh.

Setakat ni azam saya nak mengurangkan pembaziran di bulan puasa ini masih on track, alhamdulillah. Azam nak masak hari2 untuk berbuka, walaupun sekadar lauk ringkas ala kadar. Setakat ini cuma 2 hari saya tersasar... sehari beli lauk dan kuih di pasar Ramadhan atas permintaan anak sulung, dan sehari lagi kami order pizza delivery sahaja kerana kesihatan saya masa tu tidak mengizinkan saya ke dapur.

Mengikut pengalaman puasa yang lepas2, kalau memasak setiap hari ni kadang2 buntu juga memikirkan menu yang nak disediakan. Nak pastikan juadah menepati selera setiap ahli keluarga dan semestinya, nak pastikan juga makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi saya dah pesan anak2, tak semestinya setiap hari dapat makan makanan kegemaran mereka. Kena give and take lah. Mama tak mampu nak layan selera setiap orang setiap hari, jadi bergilir2 lah ye. Akan ada harinya yang lauk-pauk tidak menepati selera mereka. Belajar bersyukur dan tidak merungut. Alhamdulillah... nampaknya sekarang Kak Long & Abg Ngah dah faham. No more complaints. Dan yang paling saya suka, dah pandai juga ucap terima kasih pada saya setiap kali makan. Sejuk je rasa hati bila anak2 tahu menghargai penat-lelah kita.

Untuk memudahkan kerja saya menyediakan juadah berbuka, saya awal2 dah rancang menu dalam google spreadsheet. I learnt from past experience betapa peningnya kepala kalau nak fikirkan menu setiap kali nak memasak. Jadi awal2 saya dah buat menu buka puasa untuk 14 hari. Saya susunkan supaya lauk utama berselang-seli setiap hari antara ayam, daging dan ikan. Lauk kedua pula sayur, dan lauk ketiga adalah lauk tambahan yang bersesuaian.

Setiap kali ke pasar, saya beli bahan berpandukan perancangan menu saya ini. Daging, ayam, ikan semuanya saya stok siap2. Bahan sayuran pun, saya beli siap2 stok untuk 2 minggu dan simpan elok2 dalam peti sejuk. Saya habiskan dulu yang mana yang tak tahan simpan lama. Alhamdulillah, dengan cara ini saya tak perlu nak kerap ke pasar.

Nak masak pun saya dah tak pening-pening lagi memerah otak setiap hari. Saya dah tampal meal plan saya di dapur, hanya rujuk je di situ dan beri arahan pada bibik apa yang perlu disediakan menjelang pukul 5 ptg bila saya mula masuk dapur. Terasa efisiennye di situ hehehe....

Anak-anak pun dah tak payah tanya lagi hari ni mama masak apa. Tengok je planner, dah tahu juadah yang bakal disediakan. Saya pun tak rimas nak menjawab! Cuma memandangkan meal plan saya hanya untuk 14 hari, anak2 dah tanya, mana perancangan untuk 2nd half puasa?

Haish kata saya, kita ulanglah semula menu yang sama bermula dari atas!

Saturday, June 3, 2017

Tutup FB - apa saya dapat.


Semalam, genap seminggu Ramadhan. Dan semalam juga, genap seminggu saya 'deactivated' akaun FB saya. Alhamdulillah, what I thought I had no willpower to do, let alone sustain, I had and I did. Seminggu saya tak berkeliaran di media sosial. Well, that is not entirely true, I have other social media accounts like ig and twitter tapi saya sangat tak aktif dalam kedua2 media sosial tersebut. Ig misalnya, saya cuma masuk 1-2 kali je seminggu, itu pun bila ada notification yang ada kena-mengena dengan saya. Twitter lagi lah... sebulan sekali pun belum tentu.

FB, walau bagaimanapun, adalah padang permainan saya. Tempat lepak. Kedai kopi saya. Hampir sepanjang masa saya ada di situ. Bukanlah maksudnya saya bertapa je kat rumah menatap FB. Maksudnya, setiap pekerjaan yang saya buat, kalau ada masa terluang, secara otomatik saya akan check FB. Sambil goreng ikan, jenguk FB. Lepas solat, check FB. Keluar bilik air, check FB. Nasib baik lah belum tahap bawak henpon masuk toilet hik!

Saya ramai kawan dan kenalan di situ. Selalu berbalas2 komen, 'tag-mengetag' dan sebagainya. Saya juga ahli kepada beberapa group yang aktif seperti group menjahit, memasak, kongsi2 resepi dan lain2. Jadi tak hairanlah kenapa saya kerap berlegar di FB.

Saya akui banyak kebaikan yang saya raih melalui perkongsian ilmu di FB. Dari ilmu agama, melalui video tazkirah, kepada ilmu kemahiran seperti memasak dan menjahit, sehingga lah kepada ilmu bina-diri seperti artikel2 dan klip2 motivasi dan kesihatan. Banyak! Memang banyak.

Tetapi dalam masa yang sama, keburukan pun bertimpa-timpa juga. Yang datang melalui perkongsian bahan2 yang tak sepatutnya oleh kawan2 dan kenalan, status update yang kadang2 bila baca menyakitkan hati, perkongsian bahan2 gosip dan yang sama bahaya, iklan jualan yang berlumba-lumba memenuhi newsfeed setiap hari. Aaarrghh!

Sampai satu tahap, saya dah mula rasa jiwa saya dah tak berapa boleh terima keadaan saya yang menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial tersebut. Saya risau pengaruh negatif di situ akan lama-kelamaan memakan diri. Jadi, dengan niat nak me-neutral-kan kembali jiwa saya sebelum saya tersasar, maka saya mengambil inisiatif menutup sementara akaun FB sempena kedatangan bulan Ramadhan tempohari.

Apa yang saya rasa selepas seminggu saya deactivate FB?

KETENANGAN.

Ketenangan dari segi kurangnya keserabutan otak dan peperangan perasaan. Biar saya explain. And I'm pretty sure, many of you can relate.

1. KETENANGAN dari ads overload.
Kurangnya rasa serabut dengan informasi dan lambakan iklan. Iklan di FB kebanyakannya datang dari pages yang saya sendiri pernah 'Like' dan dari sponsored ads. Dan kebanyakan iklan2 ini sememangnya di sesuaikan oleh pihak FB mengikut minat pengguna berkenaan. Di kalangan rakan FB pun ada juga yang berniaga. Ahli2 pages yang saya ikuti juga ramai yang berniaga. Jadi dalam newsfeed saya banyaklah iklan2 seperti pakaian, tudung, photography gear sehingga lah kepada barang2 dapur. Acapkali saya berjumpa dengan barang yang saya teringin nak beli tetapi sedar yang barang tersebut bukanlah suatu keperluan dan di situlah saya berperang dengan perasaan sendiri. Sebahagian suruh beli, sebahagian lagi berhujah kenapa perlu beli.

2. KETENANGAN dari information overload.
Yang ini pulak sebahagian besarnya datang dari pages yang saya 'like'. Segala macam idea2 menarik terdapat di pages sebegini. Bila lihat idea menarik, saya akan terus membaca caranya pula dan tips yang dikongsi. Dalam kepala memang dah set nak cuba buat. Scroll down, jumpa pulak idea yang lain. Ulang lagi proses baca cara pembuatan dan tips. Simpan lagi dalam kepala otak niat nak buat. Scroll down. Weh! Idea yang ni lagi best. Ulang semula langkah2 di atas. Begini lah keadaannya berganti-ganti idea dan niat. Lucu kan? Akhirnya apa jadi? Satu benda pun tak jadi sebab tak boleh buat keputusan hahaha!
3. KETENANGAN dari sakit hati.
Sakit hati yang macamana? Sakit hati bila baca status kawan2 yang terlalu berfikiran terbuka sehingga menghina bangsa sendiri. Adakalanya sehingga menghina agama. Dan lebih sakit hati bila membaca komen2 susulan yang sama menghina dari golongan bukan sebangsa dan seagama. Golongan yang jahil dan salah faham mengenai Islam tapi bercakap ikut logik akal semata-mata. 
Termasuk juga golongan yang hanya suka komplen dan menghina pemimpin dan kerajaan. Seolah2 tak ada satu pun kebaikan yang dia nikmati dari hasil titik-peluh pemimpin dan kerajaan. Komplen pasal kelemahan perkhidmatan hospital kerajaan, tanpa sikit pun rasa syukur yang rawatan yang diterima adalah atas tanggungan kerajaan. Dia tak keluar duit pun. Tau komplen saja tanpa melihat dengan rasional perbezaan antara hospital kerajaan dan swasta. Memang tak mungkin akan dapat tahap perkhidmatan yang sama, terutama dari segi layanan pelanggan. Asalkan tak biadap, sudahlah. Nak mesra macamana lagi?
Kalau anda tanya "kenapa tak unfriend je?", saya secara jujurnya tak tahu nak jawab. Tindakan 'unfriend' itu seolah-olah saya menolak mereka ini sebagai kawan, tapi sebenarnya tidak. Saya cuma benci cara pemikiran mereka tetapi sebagai kawan, saya tak ada masalah. Bila berjumpa kami masih boleh berborak tanpa sebarang konfrantasi. They are good company. Dan kebarangkalian kami berjumpa itu adalah tinggi. Bayangkan betapa awkward-nya nanti bila berjumpa sekiranya saya unfriend mereka. Mereka cuma vokal menyuarakan pendapat di media sosial. "Hide"? Kalau hide nanti saya ketinggalan apa2 pengumuman dan perkembangan baru dari mereka. Contohnya info ada ahli keluarga yang meninggal, atau yang baru dapat cahaya mata dan sebagainya. Nanti takut timbul pula rasa kecil hati kalau saya tak acknowledge dengan ucapan takziah atau tahniah.
Complicated? Yes.

4. KETENANGAN dari berperang dengan perasaan sendiri.
Saya sememangnya suka mengikut perkembangan kawan2, lebih2 lagi yang saya dah kenal lama. Saya seronok melihat mereka bahagia. Saya seronok melihat gambar-gambar yang dikongsi. Di sinilah timbul keseronokan di FB apabila perkongsian gambar dan perkembangan semasa menjadi laman untuk berbalas2 komen dan bergurau-senda. Jujur, saya tumpang bahagia when life is going great with my friends and family.
But I am only human. Sekuat mana pun saya cuba, ada kalanya timbul juga rasa 'inferior' atau rendah diri yang keterlaluan, yang kadang2 sehingga terbit rasa cemburu. Di sini lah timbulnya perang perasaan saya. If only you can hear the conversation in my head! Macam ada 3 pihak yang bertelagah. 1 pihak adalah 'mangsa', 1 pihak 'pro', dan 1 pihak 'con'. 'Mangsa' tu adalah perasaan saya yang sebenar, raw emotions. Sedih, malu, depressed dan merasa serba kekurangan jika dibandingkan dengan 'subjek' tertentu yang menjadi punca perang perasaan tersebut. Then mulalah pihak yang 'pro' akan memujuk mangsa dengan macam2 pujukan positif. Sebaliknya, yang 'con' tadi akan terus memijak dan merendahkan mangsa. Macam tu lah keadaannya back and forth.
Alhamdulillah, in the end, goodness always prevail. Saya masih boleh berfikir rasional. Masih boleh berfikir selayaknya orang dewasa yang sihat jiwa-raga. Istighfar. Tetapi deep down, saya tahu kesemua perasaan ini adalah petanda bahawa jiwa saya masih belum kuat. Jiwa saya masih lebih dunia dari akhirat. Jiwa saya masih amat memerlukan pengisian, lebih dari apa yang saya buat sekarang. Isi masih cetek. *sedih*

So macamana? Anda rasa boleh relate tak dengan point2 saya di atas? Saya agak tentu ramai yang boleh menyelami perasaan saya macam yang saya cerita. Ini cuma sebab2 yang utama sahaja. Sebab2 yang kecil atau minor tak payah lah saya cerita, nanti lagi panjang post ni. Larat ke nak baca? Hehehe...

Setakat ini saya masih belum bercadang mengaktifkan semula akaun FB. I'm kind of enjoying this 'freedom'. Otak rasa bebas dan tenang. Kalau sedang buat sesuatu misalnya, there is no nagging thought at the back of my head reminding me to check my FB every now and then seperti sebelum ini. Siapa sangka ye?

Saya tahu, mesti ramai juga di kalangan kawan FB yang perasan kehilangan saya. Dan tentu ada yang menyangka saya unfriend mereka. Tak apalah. Saya cuma berharap mereka bersangka baik, itu saja.

Signing off for now.

Cheers!

Thursday, May 18, 2017

Happy birthday to me


Hari ni, complete setahun lagi nyawa saya. Another year accomplished. Another year of ups and downs. Another year yang membawa saya semakin dekat dengan hujung usia.

Alhamdulillah... macam-macam pengalaman yang mematangkan telah saya lalui. Yang memberi bermacam jenis pengajaran. Kalau dikenang balik, I can say that my life thus far, has been colourful and abundantly blessed. Saya bersyukur sebab sewaktu susah dan getir, bantuan Allah itu dekat. Saya boleh rasa kekuatan yang dari mana datangnya kalau bukan dari Dia. Dan semasa senang, Allah masih sayang saya dengan menjaga hati dan jiwa saya agar tidak lalai dan lupa diri. Syukur...

Birthday tahun ni sama je macam tahun-tahun yang lepas semenjak dah beranak-pinak ni. Tiada sebarang sambutan luarbiasa. Cukup sekadar ucapan dan peluk-cium suami dan anak-anak, saya dah happy. Bergantung kepada keadaan, ada tahun dinner di luar, ada tahun cukup takat beli kek saja. Ada juga tahun yang saya dapat hadiah, macam tahun ini hehehe... tapi sorry lah ye, won't be sharing with you what present I got.

Yang membezakan hari lahir saya dan hari-hari lain, rasanya satu je yang paling ketara. Ucapan happy birthday dari keluarga, guru-guru dan sahabat-handai yang mencurah-curah di media sosial. Terasa seronok juga bila tengok ramai yang beri ucapan dan mendoakan saya. Selama ni rasa macam tak dipedulikan je huhuhu... rupanya masih ada yang sayang =D.

Here's to another year of my life... and may it be greatly blessed. Amiin.

Sunday, February 5, 2017

Introvert Me


You know, many people may not understand this, but there are many people like me in this world who needs to get our creative juice flowing in order to feel like we are whole and important to the people around us. It's what charges us. That time alone, creating something and then savouring the satisfaction of the ensuing outcome, whatever that may be. It's like an addiction, but in a good way.

Take baking, for instance. I'm not crazy about it. But there are times when I feel this strong urge to go in the kitchen and get something baked. Anything! Well... maybe social media has a lot to do with that urge. Imagine yourself scrolling on facebook and then tadaaaa! somebody made some picture perfect chocolate cake and you couldn't help it and yelled "nak jugaaakkkk!!" in your head. *aku le tu*

So, believe it or not, when my oven broke down (yes...whining-about-the-oven post again...maafkan hamba) a few days ago, I almost fell into depression. Gile ke hapa siap boleh dilanda kemurungan kan? But that's exactly what happened!

If you're a worrier like me (most introverts are), you'd totally understand when I say that just thinking about the process of getting the oven fixed is enough to pull me into the abyss of darkness. *haaa dramatic kan I?*.

First, have to find the warranty card and see if it's still under warranty, which means this act involves some aktiviti menyelongkar dan mencari, which I hate.

Then, have to make a phone call to the service center, which I also hate. I hate making phone calls, lagi pulak service center kat Malaya ni yang more often than not, some freaky machine will answer and you'd be lucky if you get directed to the right person, or even department. In most cases, you'd get passed around from one person to another and you have to repeat your story to every person you spoke to. You know the drill, I see you nodding.

After that, judging from my previous experience calling the service center of this particular oven brand that I'm using, you'll have to make an appointment to secure a technician, of which the soonest they can come will be next week (if you're lucky). In my case, it took 2-3 phone calls that did nothing until I wrote a complain on their FB page. Isn't it amazing what some rattling of reputation can do? Eventhough sekadar acah-acah-je-macam-la-aku-berani-benor?

And then there's the actually 'repair' time that God knows how long it'll take.

Jadinya bila dikira-kira, bajet2 dalam sebulan jugak lah kut takleh pakai oven. See? Mana tak depress??

It's like one of my options for de-stressing is gone. I know, it's temporary but still... it's *choking with tears* de...pressi...ng.... It's what I do for my me time. It's what I do to feel good about myself. To relax, chill and pat myself on the back at the sight of a richly glazed cinnamon rolls at the end of it all.

Haishh! Sudah lah drama Nin oi!

Now what?

Sewing, I guess. I need to get my hands to make something... so today, I went into my sewing room and started cutting some random fabric to make a skirt for my 4yo. I'm hoping sewing will be enough to keep me occupied till the oven is ready to serve its owner again.

Might just make a tutorial...

Until then... I wish you well.

Friday, February 3, 2017

Rosak program! Burnt and broken.


I've been down with a cold these past few days. Badan sengal-sengal, tekak sakit, kepala pening dan terasa berat and generally, was just feeling miserable. Asyik baring je macam takde tulang belakang. Tapi bila difikir-fikirkan balik, di situlah hikmahnya. Agaknya Allah nak suruh I berehat maka didatangkan demam2 manja gitu. Pegi klinik doc bagi ubat selsema yang mengantuk, so memang tidur je lah sepanjang 2-3 hari ni. Bila dah terlantar macam tu amat terasa nikmat berehat. Dan hikmahnya lagi, bila sakit I dapat berehat tanpa gangguan. En. Suami siap pesan anak-anak jangan kacau mama. Kalau masuk bilik masa I tengah rehat pun senyap-senyap je. Alhamdulillah... kalau tengah sehat memang payah nak dapat masa berehat yang disturbance-free.

Hari ni, walaupun belum 100% recovered, tapi gagahkan juga ke dapur memasak sebab kesian tengok hamba-hamba Allah dalam rumah ni makan tak menentu hahaha! Harap bibik, bibik tau goreng ikan, goreng ayam, goreng telur... semua yang goreng-goreng je lah! Makan lah dengan kicap. I'm pretty sure after 2 days, tekak pun dah takleh nak telan nasi dengan kicap je kan?

I tak taulah pasaipa depa takleh nak kreatif sikit order delivery food panda ke, mr. kabab ke... haish! Semua mama yang kena initiate. Makanya hari ni terisi lah sikit meja makan waktu tengahari tadi dengan lauk-pauk... 3 mata je pun! But still better than telur goreng dengan kicap kan? Kan?

Actually, this post is not about my being sick. Tapi tah cemana termelalut ke situ pulak.

This post is about my oven breaking down.

Petang tadi dengan semangat yang tinggi, I buat sausage rolls sebab tangan macam dah gatal nak menguli tepung. Not my first time making bread dough, but definitely my first time making sausage rolls. Perhhh! Syok rupanya menguli tepung buat panjang-panjang pastu lilit kat daging sosej tu, baru I tau. I find it so therapeutic. No wonder lah some people can't seem to get enough of baking buns and rolls. Ala-ala macam main play-doh. In fact, that was what my 4-year-old daughter said when she saw me gigih menguli tadi. Macam play-doh katanya, disusuli dengan "can I try?". Haaaa.... to this, I replied, "next time lah ye, mama nak cepat." Ye, mama nak cepat-cepat sebab mama tak sabar nak sumbat rolls masuk oven and see them turn into delectable, golden-brown, heavenly looking and mouthwatering rolls.

Dan seperti kebanyakan resam kehidupan, fantasi tak sama dengan realiti.... *kesat airmata dengan hujung lengan baju*

My oven has gone awry.

Tak pernah dibuat sebelum ni baking tak sekata macam ni. Tambah pulak I pakai convection mode, which should ensure even baking.

Tanjat gegurl bila tengok some of my babies turned out burnt, and some undercooked.

Still, it didn't click that there was something wrong with my oven. Maklum, oven baru pakai setahun, tu pun taklah sekerap mana pun I mem-baking.

Mula perasan ada yang tak kena bila I dah turned off all the knobs to zero but 20 minutes later, the oven was still hot and I could still hear the internal fan buzzing.

Camna nak off lagi dah ni? Semua dah off? 

Akhirnya, matikan je lah suis.

After all that, I terus naik atas cari balik warranty card, service center number yada yada yada.

Besok nak call service center. Nak tunggu diorang datang tu mahu makan seminggu dua gak tu, then tunggu repair plak. Entah berapa lama I would have to put off baking. Dah la mood tengah membuak-buak ni... spoil betul!

Yang paling frust, I wanted to make some orange rolls for my friends untuk usrah bulanan kami besok. Last month I bawa cinnamon rolls, they loved them. So this time ingat nak bawak orange rolls pulak, with extra glaze on top. Unfortunately, that is not to be.

Welp! There is a reason for every thing, I guess. Maybe I still need more rest hehehe...

Apa-apa pun, bila turun semula ke bawah, hari berbunga-bunga bila tengok anak-anak chowing down the sausage rolls like there's no tomorrow. More than half of the whole batch gone in less than half an hour!

That's victory in my book.

Life's gooooood....

Wednesday, January 11, 2017

Got time but no time



Happy new year, everyone!

Dah nak pertengahan Januari baru nak wish huhuhu... but if you're a mother like me, I'm sure you can understand the delay. First week of school is probably the most trying week for any family. Mana nak make sure anak-anak, (and us too) adjust themselves to school, and easing back into routine biasa hari-hari sekolah selepas cuti panjang. Then dengan segala tok-nek yuran nak bayar, borang kemaskini profail murid nak isi, salinan this and that yang sekolah mintak and so on.

Tahun 2017 ni, secara rasminya, kesemua empat-empat anak I dah masuk sekolah. The youngest, in pre-school. Alhamdulillah, senang pulak si Girl2 masuk sekolah. Tak ada nangis-nangis, tak ada protes-protes dan lain-lain tindak-tanduk yang sewaktu dengannya. She surprised me. Kakak dan abang-abangnya dulu menjejaki alam persekolahan with quite some drama. But not her. MasyaAllah I'm so proud and grateful for that. Kurang lah sikit stress I pagi-pagi.

Now that all 4 kids are in school, I was hoping to find some time to indulge in my hobi menjahit. Banyak projek yang sama ada masih belum mula, atau yang terbengkalai. Koleksi fabrik je rasanya dah boleh muat 3 suitcase kut hahaha! But setakat ni... perancangan masih belum dapat direalisasikan.

I had naively thought that some 4 hours every school day morning would be ample time untuk melayan hobi. Tapi setakat 2 minggu since school started, I have yet to touch the sewing machine. Ada je urusan. On a typical day, after sending the kids to school, I'd have breakfast, take a short nap if I didn't get enough sleep the night before and then mula memasak for lunch. But gedebuk-gedebak, by the time siap memasak, it's almost time to fetch the kindergarteners already. Like, whuuutt??

Itu kalau tak pergi marketing. Kalau misalnya pagi tu I ke pasar selepas hantar anak-anak ke sekolah atau buat other errands, alamat tak duduk lah I dari pagi sampai settle jemput anak-anak dari sekolah. Today was one such day. Dan kebiasaannya lepas lunch memang I'd get hit by the afternoon slump sebab kepenatan dan kekenyangan. Like, now. Right now. Huuaaaaargghhh!! Ngantuknya.

So how to layan hobi??

Can't do it in the afternoon cause I'd be craving for a nap, after which, it's time to see to the kids' homework. Girl1 nak UPSR this year... and she needs lots of coaching and encouragement. It's doubly hard for her, understandably, because of her learning difficulty but I'm sure she can do it. She might just surprise us. But until the time comes, there surely is a lot of hard work to be done. Takpe, pelan-pelan. No pressure.

And then there's the evening hours that I might be able to curi-curi to get creative. But kebiasaannya, malam-malam we spend time together as family just lounging around and memekak (kalau kids takde kelas mengaji Quran).

So that leaves me with some late hours after the kids have all gone to bed... hmmm.... Satu je masalahnye di sini. Bila dah lewat malam, I takut duduk sorang-sorang dalam bilik jahit.

So how now, brown cow?

Welp! I guess I'll just keep on visualizing myself making awesome projects in my head until they eventually do happen!

Monday, September 26, 2016

Ngomel sikit

Kadang2 manusia ni, dia rasa dia sorang je lah yang pandai. Orang lain hampir semuanya kurang cerdik dari dia.

Kalau bawak kereta umpamanya, dia sorang je yang pandai dan ikut undang2. Orang lain semua bangang. Pantang orang silap sikit, macam2 lah caci-maki keluar dari mulut dan jari. Sikit pun tak terlintas kat kepala dia situasi orang lain entah2 tengah emergency ke, entah2 tengah celaru fikiran sebab ditimpa musibah berat ke... Yang dia tau, jalan dia, dia misti jalan. Kalau dah bagi signal kanan, misti masuk kanan walaupun jalan belum clear. Pandai lah sangat kan?

Ada jugak yang paling pandai kat office. Orang lain semua bangang tak pandai buat kerja. Tapi penakut pulak nak suarakan ketidakpuasan hati tu. Jadinye, meroyan lah kat media sosial dengan status update yang menyakitkan jiwa kita yang membacanya. Dia tak sedar, status2 tu semua melambangkan kebongkakan diri sendiri, a peek at the person's true self yang suka merendah2kan orang lain. Orang macam ni saya hide kan je...

Oh and then, yang suka komplen pasal customers. Baik yang berniaga online atau offline. Waahh... kutuk2 customers. Dia tak sedar ke, by doing that dia secara tak langsung dah menabur pasir ke periuk nasinya sendiri. Kawan2 yang baca status tu tak ke potential customers juga? Kalau macam ni dia kutuk customers, esok2 kalau kita jadi customer dia mau lumat juga kena kata. I'm staying away from this kind of people.

Kbai.

Sunday, August 7, 2016

Kisah roti kepit celah ketiak

Alkisah, tadi kami sekeluarga pergi ke Taman Botani, Putrajaya. It was our first time there. Memang best jalan2 atas boardwalk di bawah teduhan pokok2 yang merimbun. I love trees! So I really did love the walk.

Along the route that we took, we came upon another jambatan, di bawahnya kolam yang penuh dengan ikan. Saw some folks feeding the fishies. Waahh! Had I known ada kolam ikan and can feed the fish, I would've brought some stale bread or something.

My kids were longingly looking at the fish and wishing they get to feed the fish as well. Umar thought ada jual fish food, rupanya tak ada. Humaira pulak kept saying, mama nanti kita datang lagi bawak roti ye.

Next to where they were standing were these 2 ladies, busy dropping crumbs of bread into the pond. I saw each of them had 2 large loaves of bread. The jumbo size one, not the regular. So they had 4 loaves of bread. If this was 12 years ago, before motherhood, I would'nt even think about asking them for some. Malu le wehh! But motherhood changed me (korang yang mak2 ni sure paham, takyah buat2 macho la... hahaha) so I politely asked if they could spare a slice or two so that my kids can feed the fish.

Kau! Mentah2 kena decline hahaha! I wanted to give them a dirty look and a smirk but akak sedar diri, kita yang meminta. Orang taknak bagi, takkan nak paksa pulak kan? So I simply told the kids, "next time".

Sangka baik lah... mungkin lepas ni diorang nak dinner makan roti yang diorang kepit ke hulu, ke hilir celah ketiak tu hihihi.

Wednesday, April 13, 2016

A rant post. Sekali-sekala...

Being a fulltime homemaker, in my opinion, consist of a lot of guilt trips. Taking time off for yourself seems to others like you have lots of time for leisure. And that is an indescribable indulgence to some. The envy of many careerwomen in general. So much so that when I do take the time off for my relaxation, I always feel this tugging need to justify my action. Or else risk looking like a spoilt woman who has lots of free time for self-pampering and not contributing in any way to the world. Yes, I do feel that way.

"Dia apa susah, duduk rumah goyang kaki je..." To this, I say, puihh!

Let me let you in on it...

It's true, there is no need for me to be super intelligent in what I do on a daily basis. Mothering is natural. It's common sense. Anybody can do it. I'm not telling you you can't do it. You probably can do it better than me. But until you're actually doing it, quit making assumptions. Whatever they are.

Here's my confession.

I am constantly tired. Exhausted. I can't remember the last time I actually slept through the night uninterrupted for a solid 6-8 hours. It must've been, at least, years ago. That long. I haven't had a day of rest. I'm not exaggerating. I'll say it again. I haven't had a day of rest. My job is taking care of the family. The family is my job. And I can't break away from them. Not that I want to, but you know what I mean.

When I sleep, I get awaken by cries for milk, cries for a sip of water, cries from having fallen off the bed (yes, it happened a few times) or just cries from bad dreams. Just to name a few. Sometimes my night involves hovering in half-asleep-half-awake state from one room to another checking on my charges, especially on stormy nights or should a sudden power failure happen. Children get spooked up by darkness, but not as badly spooked as when there is no aircond hahaha!

I do have troubles waking up early in the morning, due to fatigue, but most days, sleeping in is not an option. So I had no choice but to drag my cranky self out of bed and get on with life. Mornings are always stressful. Waking up and urging sleepy kids to hurry up and get ready for school can cause my blood pressure to hit the roof. I admit, sometimes, yelling in the morning is inevitable lol! I can't be running upstairs, downstairs, back and forth just to nudge them to speed it up a little, so I guess that's why God blessed us mothers with superior vocal chords. At least, within my family they are. Come to our family gathering and you'll see what I mean. I can holler from the kitchen loud enough for them to come running for breakfast, I tell you that. And that is why, people, I never open my windows before the kids leave for school. Just my way of being considerate to the neighbours. Lol!

The only window of opportunity for me to catch a quick rest/nap is in the afternoon, after the kids are back from school. But even that, 8 out 10 times I get interrupted. Examples of interruptions... kids needing help with homework, somebody's at the door (i.e. courier co.), text messages from other half saying guests are coming in a few hours, kids getting into a squabble that the maid couldn't resolve...and on and on. So I get back up and trudge on.

And then there are the constant vigilance of keeping track of schedules and things around the house. Meal times, tuition times, bedtimes (kids love to delay bedtime, begging for a mere 5-10 more minutes)... Food supplies, stationery supplies, clean clothes to wear, bedsheets to change, towels to wash... What's for breakfast? Lunch? Dinner? What's the plan this weekend? Whose what, when or where?

All these not only tire me physically, they also drain me mentally. Foggy brain and confusion is normal.

And what drains me emotionally? The lack of appreciation, the lack of understanding, the taking for granted that someone is always there to finish up what was started, to clean what mess left behind, to solve what predicaments arose...

I am the custodian of little things that go missing easily... eg. socks, minyak angin, mopiko, vicks, nail clippers... the list goes on.

I am the IT personnel in charge of installing (or re-installing) softwares and apps on new (or old) gadgets. I set up email accounts for the less IT savvy dude who refused to learn to do it himself. A phobia I can't comprehend.

I am also the keeper of everyone's passwords. And by everyone, I mean him. Not because I'm a control freak of a wife, but because I want to save myself the hassle of helping anyone retrieve lost passwords. You know how much of a hassle that is, right? Especially if it's not your account, and you have no concern for it other than the fact that it belongs to a loved one.

I am, obviously the chef too, who, for my own sake, refuse to give in to individual demands of family members for a particular favorite dish but cave in way too often and end up cooking a variety of dishes to suit everyone.

Top that up with the hormonal chaos that comes as you hit mid-40s like perimenopause, made worse with a history of anxiety disorder and depression... and the manifested physical aches and pains from these conditions... Well... all I can say is...

You have no idea.

Wednesday, March 23, 2016

My ways to calm and inner peace

My first completed coloring piece.
Medium : Colored pencils (Colleen & Prismacolor)

I'm not a naturally creative person. Really. No talent whatsoever.

But I love being creative for the fun of it. It's a stress reliever for me. As it is for a lot of people, I'm sure. So, admittedly, most of my creative ideas are ideas yang dicedok sana-sini, tambah perisa sikit ikut selera sendiri and then voila! Dapat lah hasil kreativiti.

And what creative works I do depends on my mood.

Photography is my favorite. Unfortunately, being a mother of 4 who is constantly on the move and at the beck and call of two tweens and two toddlers... korang paham2 lah masa yang terluang tak banyak mana kan? Let alone nak keluar rumah dengan all my photography gear yang agak2 sama berat dengan my 3-year-old Aisyah. Ye, can do photography at home but I like outdoor photography better. And bayangkan tara kita nak set up camera tu, sambil tu budak2 pun berlari in different directions out of peripheral vision...haih! I can't take the stress and anxiety of it all. I just can't. Which is why, photography will have to take the back seat for now.

I sew every now and then when the mood comes. As you have seen in this blog, ada gak projek2 menjahit that I immersed myself in every now and then. Other times, I cook and bake, trying out new recipes. Still, at other times, I embark on DIY or home improvement projects yang bersesuaian dengan kudrat.

Simply put, being creative is an outlet for me to channel out stress and fatigue, walaupun kadang2 being creative tu sendiri mendatangkan stress hahaha! Menjahit can be stressful if you keep having to tetas your stitches. Baking too, bila kek tak naik urgh! But at the end of the day, there is that sense of accomplishment that feels extremely rewarding. Never mind benda yang dibuat menjadi or not. That's not the point. It's having that tangible outcome to touch and feel, along with the intangible sense of accomplishment. Kalau perkara yang dibuat tu menjadi, puas hati. If not, then you have something to work on on your next attempt. Gitu.

Recently, I jumped onto the bandwagon of adult coloring.

My second completed coloring piece.
Medium : Colored pencils (Colleen & Prismacolor)

I enjoyed it but not as much as sewing or baking. Nevertheless, it is an easy creative outlet that I can immerse myself in anytime, anywhere. That's a plus point. Considering my busy, busy life, I only managed to complete 2 pieces to date. I have a number of works in progress.... cause akak cepat jemu gitu. Suka tukar2 gambar, skip sana, skip sini, pastu patah balik hehehe.... And I have only stuck to colored pencils as my medium of coloring. Kalau ada masa in future, would love to try out soft pastels and water color. Haish! Too ambitious, you think?

Tuesday, March 8, 2016

New chapter.

Salam and good morning...


After a stressful, hectic and certainly eventful 3 months... we are finally settling down. Phew... I say, phew!!

It had been, for the record, the most stressful time of my life! Uprooting is never a breeze, I know that much, but I naively did not expect it would drive me thiiiiiiss close to losing my sanity. I'm not exaggerating, ok? There were miscommunications, and disagreements that escalated to fights and I don't mean the kids tau! There were damages and losses to content with. There were decisions to make regarding the new house... fixtures, fitting, cabinets, wardrobes bla bla bla. There was so much to do and so little time for rest, let alone spending some "me time" which I thrive on. There were certainly weaker moments that I wished never happened and that I had a better grip of myself *sigh*.

Imagine stress tahap tarik rambut sendiri sampai muka hijau hahahaa!

And the stress affected all of us, even the children whom we always assume to be carefree. I could sense their frustration sometimes at the absence of routine and consistency in their lives. They craved mummy's cooking, and longed for their toys tucked away, en route somewhere between Miri and Cyberjaya. (Yes, mak dah berkampung di Cyberjaya uols). They certainly needed more space than our cramped temporary abodes (we shifted a few times). And all of us had had enough of living out of our suitcases!

And then, for the older kids, there was also the challenge of adjusting to a new school. Mak aii... stressnya bab ni, I tell you! But alhamdulillah, in between fears and tears, and sometimes lengkap dengan muntah-monggeknya, they soon began to adapt. And so does the rest of the family.

Though not quite completely cosy (yet), we are definitely settling in. Just some tucking in, here and there, and some finishing touches, we are on a sure path to making this new house homely.

What's most important now is that we are together, and this... is our home.

Alhamdulillah... syukur tak terhingga.

Tuesday, November 24, 2015

Kenangan last kopek sebelum cuti sekolah

Hi fellas!

Ye, saya cakap saya sibuk kan? Takde masa nak blogging kan? Tapi tetiba pagi ni ada plak free time sikit... hehehe...

This is probably a random rambling post sebab dalam kepala saya sekarang tak ada specific topic yang nak dihamburkan di sini muahahaha! Cuma tangan je rasa gatal nak menaip sebab dah lama tak blogging and I can't keep creating sentences in my head anymore. Kena jugak release sikit.

First and foremost, sejak seminggu-dua yang lepas ni saya sibuk menjual perabot terpakai yang kami suami-isteri dah sepakat taknak bawak balik Malaya (locals here refer to WM as Malaya). Bukan sebab kami bercadang nak beli baru... oh tidakkk... tidak. Instead, learning from past experience, kali ni kami nekad nak berkonsepkan "minimalist". Haa gitu.

Itu yang tersurat. Yang tersiratnya... kuranglah sikit keje akak nak ngemas2, susun-atur bagai, tak gitu? Hehehe... Kurang perabot, kurang semak, kurang habuk. Dan akhirnya, moga-moga kurang lah kerja-kerja house cleaning yang saya memang tak berapa gemor! 

Perabot kalau dah banyak, sekali-sekala tentu nak kena lap, ye tak? Dan selagi ada laci dan kabinet, lagi besar lah potensi pengumpulan sampah sebab main sumbat je asal tak nampak pada pandangan mata. I'm sure uol pun pernah buat... catalog tupperware sayang nak buang in case nak tengok lagi, so sumbat je dalam laci dulu hehhee. Lepas tu bukan tengok lagi dah, sebab lupa terus! Betul tak? Betul tak?

Antara barang-barang yang telah berjaya dijual.

Seterusnya...

Minggu lepas adalah minggu paling busy. Last week of school lah katakan. Sibuk ringan-ringankan tulang tolong persiapan pihak sekolah untuk Hari Penyampaian Hadiah dan Konvo Tahun 6. Saya faham, hujung-hujung tahun persekolahan cikgu-cikgu memang selalunya tak menang tangan, jadi kita yang ada tulang 4-5 kerat ni, walaupun tak kuat mana, manfaatkan lah juga. Bantu mana-mana yang patut. After all, untuk anak-anak kita gak kan?

Hari terakhir sekolah, hari yang sangat sedih. Sedih nak mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan anak saya, sebab mereka dah macam anak saya sendiri. Setiap kali saya hantar atau jemput Maira, mereka always, ever so ceria "Hi aunty", "Bye aunty". 

Dan merekalah yang tanpa jemu-jemu membantu Maira tatkala kemampuan fizikalnya terbatas. Tolong buka/pakaikan kasut, tolong pimpin turun/naik tangga, tolong kemaskan beg sekolah waktu pulang, tolong, tolong dan macam-macam pertolongan lagi. Allah saja yang dapat membalas jasa baik anak-anak yang sangat saya sayang ini.

Aunty doakan kalian menjadi anak-anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Sayang semua ketat-ketat!


Of course, saya tak lupa pada guru-guru yang sangat memahami keadaan Maira. I have no words to express how accommodating the school has been, right from the start. Masa mula-mula Maira masuk sekolah dulu atas kerusi roda, pihak sekolah siap buatkan 'ramp' untuk memudahkan kami menolak kerusi roda masuk ke dalam kelas. Dan sepanjang 3 tahun di sekolah tersebut, kelas Maira dikekalkan di tingkat bawah (ground floor) supaya dia tak perlu turun-naik tangga. 

MasyaAllah. 

And did I mention? Pihak sekolah tersebut siap buatkan tandas duduk untuk anak kami memandangkan dia tak boleh mencangkung sedangkan di sekolah tersebut tak ada satu pun tandas duduk sebelum ini.

Now you see why I am so indebted to them?

My heartfelt thanks to all the teachers and workers of this school. Unfortunately, I don't want to mention the name of the school here for personal reasons. 

Moving on...

The next day, concert si Mamat lah pulak. I had been looking forward to this concert sebab nak tengok anak saya beraksi di atas pentas. Kami sekeluarga yang first sekali sampai. Therefore, kami dapat tempat duduk yang paling best. Unobstructed view of the stage. Perfect!

Errrr... actually, not so perfect. The poor soon-to-be-performing boy pulak tiba-tiba cuak tengok orang makin ramai memenuhi dewan. They had had a rehearsal the day before, tapi masa tu dewan kosong. And he actually thought that that was his "new school". Tapi ni apehal tetiba ramai orang plak ni kan?

Akhirnya he burst out crying and refused to go with the other students. Mama pun pujuk lah sedaya-upaya and sent him back to his group dengan harapan setinggi gunung. They all went backstage, and I thought, amid the noise in the dewan, I heard a faint wailing coming from backstage... macam suara Mamat hahaha! 

And sure enough, kejap je lepas tu teacher dia datang hantar semua dia ke tempat duduk. Madam principal said, "we don't want to upset them at this age". But I heard that as "we don't want him to disrupt the order backstage" hahaha! Takpe...takpe... saya paham.

Ok lah, ok lah... tapi Tuhan saja yang tahu betapa kuciwanya saya. I brought my whole camera bag yang bagak dan berwarna oren terang itu just for this occasion. Just so I could capture this moment. It was his FIRST ever concert, after all. Yet here he was, sitting on my lap peluk mama macam taknak lepas. I tried coaxing him.

When the first performance started, he saw it and I could tell that he was feeling 50-50 about it. "Nampak macam best, tapi macam takut la plak..." haa macam tu la agaknya perasaan dia. So I decided to take him outside, out of the hall so that I could slow talk him into doing it. Setelah agak-agak lebih kurang 15 minit di luar dewan, dan setelah termeterainya perjanjian membeli toy selepas concert, he finally agreed to give it a shot.

Without wasting much time, bergegas-gegas lah saya bawa Mamat turun ke bawah, cadangnya nak masuk ikut pintu belakang dewan, terus ke backstage. Nak dijadikan cerita, kunci lah pulak pintu bertuah itu. Saya ketuk dan ketuk dan ketuk...obviously nobody heard me cause they were busy on the other wing. I knew this cause I was there the day before. Not wanting to give up, pemburuan mencari pak guard pun bermula. Nasib lah tempat lepak pak guard tak jauh. Saya mintak tolong bukakan pintu sebab surely depa ada kunci kan?

We got in, sent him to his teacher, and I quickly got back to my seat, praying hard that my dear son would do what he was there to do.

Alas... let the pictures speak!

Waving to the family as soon as the curtain opened.

Finally on stage!

Bye-bye!

So there... I couldn't be any prouder of him! He felt pretty good himself after the concert, sebab mama dengan abah tak habis-habis bagi pujian melangit-langit hehehe! I was just relieved that he finally did it. Phew!

And just as promised, we did get him his reward.

I'm just happy I got them pictures. I live for these moments!

Wednesday, November 18, 2015

Hijrah...

Uols...

I apologise from the bottom of my heart for not responding to your comments and not visiting your blogs.

Akak tersangat lah sibuknya.

A change is on the way... and I am, at the moment, tied up with all aspects that a move entails.

Dah settle down esok insyaAllah, I will get back to blogging. Hopefully, within a month.

Till then... take good care of yourselves!

Love, Nin.

Friday, October 9, 2015

Memburu Pembantu Rumah

Image courtesy of austinmaidservice.com

Ya Allah berhabuknye blog aiiii....

Sorry lama tak update. Bukan taknak update tapi serious takde masa. Kalau ada masa pun I dah too penat nak mengarang. Laki I outstation beberapa hari so I lah yang kena buat segala dari jadi drebar, tukang masak, drebar balik, masak balik... hahaha! Biasa la tu kan? Kalau tak buat semua tu, bukanlah surirumah namanya.

Other than that, curi2 masa menjahit baju tidur untuk bonda tercinta. Dah lama dia beli kain tapi tak jahit2 so akhirnya, I pun tolong lah jahitkan. Ada 3 helai kain, 2 dah siap, tinggal lagi satu masih work-in-progress. Maknanya, my plan nak jahit t-shirt muslimah tu terpaksalah ditangguh dulu ke suatu masa yang tidak diketahui heheh! Takpe...takpe...kita bahagiakan orang tua dulu, tak gitu?

Other than that, I have been busy looking around for a maid. Ada orang kata jangan panggil "maid", macam politically incorrect. Panggil "domestic helper". Ok lah... domestic helper atau DH for short. Banyak jugaklah biodata yang I tengok2. Bila dah jumpa yang memenuhi kriteria, I pun talipon lah agency yang berkenaan. Katanya kalau nak DH dari negara jiran pengilang asap tu, bayaran untuk agent local RM7300. Agent sana pulak minta RM9000. Yes, you read that right. Sembilan, kepala bapak, ribu. Grand total... haaa kiralah sendiri.

I'm sure you can sense from my words betapa annoyed-nya I tang part RM9k tu. Macam lah training kaw-kaw, standard tinggi boleh buat kerja tip-top kan? My DH dari negara seberang sebelum2 ni cuma seorang-dua je yang betul2 boleh diharap. Yang lain mendatangkan macam2 masalah yang bukan kecik2. Yang rentap tangan anak (3thn) sampai terseliuh siap bawak spital pegi xray, yang kejap2 nampak hantu dalam rumah konon arwah BAPAK dia selalu datang melawat nak tengok dia ok ke tak (warning aku secara subtle la tu....piirahh!), yang bangang tak letak baby dalam cot main tinggal atas katil baby tergolek jatuh terhentak kepala punya kuat sampai I ingat bunyi barang jatuh kat tingkat atas rupanya kepala anak aku lalu macam pelesit I berkejar ke hospital bawak baby, yang ber-bf kan Bangladeshi sampai kena ugut dek Bangla tu compromising my family's safety, yang kaki selfie (tak semestinya berpakaian) dan macam2 lagi. Pendek kata, stress level dengan diorang ni memang mencapai tahap psychotic.

Ada hati kering nak RM9k?

Yang paling kesian, selalunya yang prefer DH negara seberang ni orang Melayu lah, sebab nakkan yang Muslim.... jadi orang Melayu lah yang ramai kena cekik darah bayar yuran tak masuk akal tu.

And please ye kawan2, jangan buat statement dalam kepala yang ala2... "takyah la pakai maid, ko tak keje pun", atau "aku ni dah bertahun2 tak pakai maid, boleh jerr..." dan statement2 yang sewaktu dengannya. Situasi kita masing2 berbeza ye Puan-puan... Until you're right here in my shoes, you have no idea what I'm going through, therefore, no right to judge.

So now I am seriously considering DH dari Philipines. Agent fee dia is RM5k cheaper. RM5k ok? Boleh pegi bercuti2 Malaysia tu. I would rather pay higher salary to the maid, than pay higher fee to the agent. Tambah pulak agent yang mengambil kesempatan macam tu. Huh! At least Philipino DHs ni sekolah sampai tahap menengah, and more professional at what they do.

Ok lah, sekian saja bebelan saya hari ni heheh!

Got to get back to sewing my mum's baju tidur. Selagi tak siap, tak senang rasanya ada kerja tergantung.

Later!

Sunday, September 27, 2015

Gimme a pen and a piece of paper...

So I've been bitten by this new craze these past few days... doodling! 

I've always been one who loves to write and scribble whenever I get a hold of a pen and paper. Nothing in particular, just lines and curves, squiggles and circles and lots of meaningless sentences. I'd write quotes or song lyrics, and then move on to practising my signature and then moving on to whatever else comes to mind. Just to while away the time to ease boredom. Or, in the case of being in a public place, to distract myself from the anxiety of agoraphobia.

And then one day, I came across some beautiful doodle artworks online and thought hey... this ought to be fun. I mean, all it takes is a black pen (I use the twin tip sharpie) and paper. There is no need to draw a rough sketch. All you have to do is start and expand from there. It doesn't have to have a theme, doesn't have to mean anything, doesn't have to look like anything... heck! Just fire away! 

Gile senang kan?

It's what I've been doing anyway. Just not in an organised manner lah.

Doodling is pretty easy and straightforward. You can doodle anything, in any which way. Zentangling, on the other hand, is a little more organised and has some criterias to it. Read more about it here.

As far as I'm concerned, lantaklah doodle or zentangle, I'll do either one, or both if I want to. After all, the main purpose is for my own relaxation.

Here's the result of my first attempt... serabut kan? Hahaha! But let me tell you this, as far as relaxation is concerned, for me, this activity hits the spot. It works for me.


And today, I gave it another go while waiting for my turn at the doctor's clinic. Nombor giliran I 19, nombor sedang dilayan, 8... bayangkan berapa lama nak tunggu tu? Thank God I brought this with me and this is the outcome of my second attempt.


Just fyi, both of the above works are not finished work. I got sleepy with the first one (it was almost midnight at the time, gigih tak I melukis?) and my turn came up with the second one. They will most probably not be completed ever. Hahaha!

And tonight, I think I have gotten a little addicted and made another one. This one, I initially intended to stick to the Zentangle concept but the lack of ideas (almaklum, amatur... bukan kreatip sangat pun heheh) led me to later encroach over the fine line between doodling and zentangling. Whatever!


Lastly, this is the artwork of little Aisyah, my youngest. Apa mama buat, dia nak buat jugak. 
The best doodle ever, sincerely straight from the heart! (biased, I know)


Huaaarrghhhh!! Mengantuk sudah...

Good night, everyone. And here's wishing you a fabulous weekend!




Monday, September 14, 2015

My Own Collection of Pengalaman Seram #2

Sambung cerita seram...



3. Nama dipanggil berkali-kali

Kesah ni berlaku pada malam pertama waktu I mula-mula menjejakkan kaki ke ITM Dungun (masa tu belum UiTM). Awal tahun 90an dulu, pelajar2 perempuan yang baru akan ditempatkan di campus Sura Gate. Campus Sura Gate ni sebenarnya sangat cantik dan damai sebab suasananya macam kampung. Terletak pulak di tepi laut, memang boleh dengar bunyi ombak. Rumah-rumah pun rumah-rumah style kampung. Setiap rumah dikenali dengan nombor dari SG1 sampai lah yang terakhir, SG22.

Kesahnya, lepas dah daftar dan diberikan hostel, bertebaran lah kami mencari rumah masing-masing. I ingat lagi, arwah abah I bawak kereta pusing2 cari rumah. Akhirnya sampai lah kami ke rumah yang diberi. I ditempatkan di SG22. Mula-mula nampak rumah tu, first impression memang I dah boleh rasa rumah ni keras. SG22 ni rumah yang paling besar, terletak paling hujung kampung dan yang paling hampir dengan pantai. I memang tak sedap hati tengok rumah ni dan bila masuk ke dalam, makin berganda-ganda rasa gundah-gulana. Mana taknya, dah la besar, di dalamnya banyak lorong2 dan bilik2 dan ada pulak bilik2 yang dikunci yang disimpan macam2 barang. I rasa macam duduk dalam rumah usang yang separuh darinya adalah store.

Anyway, dah ini yang diberi, takkan lah nak banyak songeh kan? Dah sah2 kita pelajar baru. I pun berkenal2lah dengan pelajar2 lain dan rata2 memang kami semua tak seronok dengan keadaan rumah tersebut. Tapi kami support each other, sedapkan hati masing2. Malam tu lepas dinner, tak tau lah apa masalahnya, rumah tu black out lah pulak. Tak ingat pulak I samaada satu kampung tu yang blackout atau hanya rumah kami. Tapi yang pasti, bila gelap-gelita macam tu, faktor seram tu lebih lah berganda2 dah akhirnya kami sepakat berjumpa dengan warden mintak ditukarkan ke rumah lain.

Setelah puas memujuk-rayu, warden pun agaknya kesian, dia datang bawa torchlight dan suruh kami semua kemas barang masing2 untuk pindah rumah lain malam tu jugak. Alhamdulillah, dapat lah rumah yg I pun tak ingat SG berapa tapi in much better condition than SG22.

Maka di sinilah bermulanya citer seram I hehehe...

Malam tu kami masing2 pun lepas dah mandi dan sebagainya, kami pun tidur. I tidur katil bawah, my fren sorang ni tidur katil atas (katil 2 tingkat). Sekali di tengah-tengah malam tu, sedang lena tidur I dengar suara seseorang memanggil2 nama I. Mula2 dengar tu I diam je sebab nak pastikan betul ke, dan dari mana datang suara tu. I malas nak layan so I buat2 tidur sambil mengharap suara tu akan stop memanggil. Tapi tak... suara tu terus memanggil nama I dengan kuat, memang nak suruh I bangun. I tengok keliling, semua orang tengah tidur lena... takkan lah sorang pun tak dengar suara tu sikit punya kuat ke panggil. Suara perempuan.

Tiba-tiba tak tau lah what got into me, I pegi menyahut pulak. Ye lah, kita kalau dah orang bertubi2 panggil nama kita macam urgent je, kan ke secara spontan kite pun sahut "ye, ye, apa dia?". Lepas tu suara tu cakap something yang I tak boleh faham dan tak tahu biji butirnya. Bila I cakap "Ha?" dia ulang balik tapi sama jugak, I tak paham. Last2 I turun katil dan jenguk katil atas, kut2 lah my fren ni yang bercakap kan? MasyaAllah, hamba Allah tu tidur lena, I kejut pun dia tak sedar.

Terus tiba2 suara tu dah tak berbunyi dan I diselubungi ketakutan. Ya Allah... nak taknak, terpaksa lah buat muka tak malu, tumpang tidur katil kawan sebelah. Nasib baik lah ramai dalam bilik tu. Kalau cuma I berdua dengan kawan I yang tidur katil atas tu tak ke haru? Cemana nak share katil tingkat atas? Kang ada yang tergolek jatuh benjol dahi kang hahahah!

Esoknya bila I buat survey tanya, takde siapa pun dengar panggilan yang I dengar malam tu. Mungkin semua penat sangat kut lepas seharian travel dari kampung masing2, daftar, angkut2 barang bagai.... I ni memang mudah tersedar walau penat cemana pun.

Apa-apa pun, syukur, kami akhirnya ditempatkan di SG10, rumah yang paling best kat Sura Gate tu sebab ada peti sejuk hehehehe! The only house yang ada peti sejuk. Peti sejuk tu sebenarnya adalah hadiah utk pertandingan rumah terbaik untuk previous students, jadi memang nasib baik kamilah ditempatkan di situ. Walau bagaimanapun, kami maintain rumah tu baik2 dengan kerjasama yang tinggi sebab... sebab takut peti ais kena tarik balik hahahaha!

Al-Fatihah untuk arwah abah yang sentiasa sanggup bersusah-senang demi anak2. I miss you, abah!


Sunday, September 13, 2015

My own collection of pengalaman seram #1


Masa untuk cerita seram.

Kelmarin ada terbaca status update sorang kawan FB ni. Katanya dia bermalam kat satu hotel ni. Tapi nasib tak baik, dapat lah pulak bilik yang ada 'penghuni', maka terganggu lah malam mereka. Nasib baik lah bukan tidur sorang, jadi beranilah sikit nak menyampaikan ke pagi walaupun sebenarnya tak ada siapa yang tidur lena.

I sebenarnya dah lama berniat nak kongsi pengalaman kena ganggu dengan warga dimensi lain ni tapi asyik postpone je sebab rasa macam... perlu ke eh? Bila di kira-kira dengan jari, pernah juga beberapa kali I kena ganggu tapi alhamdulillah, masih ada jari lebih... makna nya tak sampai lah 10 kali kena ganggu hehehe...

Ni I kongsi my kisah seram experience in no particular order of occurrence.

1. Katil bergegar.

Katil bergegar ni I pernah kena 2 kali. Kali pertama di rumah sendiri di Taiping. Masa ni umur baru awal belasan tahun. Masa tu baru pertama kali nak belajar2 tidur sorang dalam bilik. Sebelum tu selalunya tidur dengan adik-beradik lain di ruang tamu tapi rasa macam dah besar kan... nak tidur sendiri-sendiri lah konon. Bilik I masa tu yang paling belakang sekali kat rumah tu, dekat dapur. Tapi rumah taklah besar, so sebenarnya takdelah belakang sangat pun. Masa nak tidur tu, dah padam lampu, I pun kumat-kamit lah baca segala doa dan surah. Nak cuba lawan takut ni tadi kan? Tiba-tiba elok I dah tenang dan ready nak tidur tiba-tiba katil bergegar. Gegarnya tu seolah-olah ada sesuatu yang terjun ke atas katil tu, haaa macam tu. Terus I terduduk, dan tengok keliling dalam cahaya samar-samar tu. Yang peliknya, walaupun terperanjat dan takut, I tak lari sebaliknya I baring semula dan cuba sambung tidur. Haaa... akukah itu?? Walau bagaimanapun, tepat pukul 3 pagi I terjaga dan terasa sangat takut so I terus angkat bantal lari ke ruang tamu sambung tidur kat sana hehehe...

Kes kedua berlaku masa lewat belasan tahun. Masa ni I belajar di IPT di KL dan satu hujung minggu tu I had decided nak pegi tidur rumah makcik di Kemansah Heights. Rumah makcik I ni besar, terletak di lereng bukit dan bangsa rumah banglo yang jarak dengan jiran-jiran agak jauh. Di sekelilingnya masih banyak hutan dan kebun getah. Rumah ni banyak bilik tapi anak-anak makcik I ni hanya sorang je lagi yang tinggal di situ. Dia tidur di bilik bawah. Yang lain ada yang dah kawin, ada yang menetap di luar negeri, makanya banyaklah bilik kosong kan? Malam tu my aunty cakap tido je lah kat mana-mana bilik kat atas tu. I yang penakut ni pun pilih lah bilik yang kecik sikit, yang cuma ada satu katil queen kat dalam tu. Bilik yang satu lagi ada 2 katil, takut la plak kang kut ada yang tidur katil sebelah tu kan? Yang penting, bilik kecik ni paling dekat dengan bilik my aunty, senang nak lari mintah tolong kalau apa2 hal kan? Muahahaha!

Anyway, adatlah bilik kalau dah tak berpenghuni, jadi macam ala2 stor lah jugak. Macam2 lah barang dan kotak ada dalam bilik tu walaupun takde lah sesak. Elok je kemas. Di suatu sudut bilik tu adalah satu bekas ni terletak koleksi tongkat2 kepunyaan my uncle. I tengok tongkat2 tu je pun dah seram... ada warna coklat, ada warna hitam, ada yang ulu bulat je, ada yang ulu berbentuk kepala ular... Haish! Tapi I tawakkal je lah dan tidur je. Dalam hati nyesal gak la datang rumah my aunty ni... tapi nasi dah jadi bubur. Redah je lah!

Macam kes yang mula2 tadi jugak, tengah I rilek2 nak lelapkan mata, tiba2 katil bergegar baik punya. Sama jugak, seolah2 ada benda yang terjun atas katil tu dari tempat tinggi. Ya Allah.... rasa nak gugur jantung dibuatnya. I terus duduk, tapi tak pasang lampu. Sambil duduk tu I baca lah macam2 surah sambil mata tengok pintu. Dalam hati dok contemplating nak pegi ketuk pintu bilik my aunty cakap takut kut lah dia nak temankan tidur hehehe... Tapi tak buat pun. I just baring balik dan finally, alhamdulillah, sedar-sedar dah siang tanpa apa2 kejadian pelik lain yang berlaku. Itu lah kali terakhir I tidur rumah my aunty tu sebab eventually, dia sendiri pun pindah....

2. Nampak batu nisan dalam bilik

Yang ni berlaku di rumah arwah nenek di kampung. Masa tu umur mungkin dalam form 4-5, gitulah. I ni kalau balik kampung, selalunya akan meet up dengan sepupu yang tinggal berdekatan rumah arwah nenek dan dia pun akan bermalam sama di rumah nenek. Kami ni memang sangat rapat sejak kecil sbb sebaya. Jadinya kalau berjumpa tu, kalau boleh nak berboraaaakkk je 24 jam. Nak bagitau, rumah arwah nenek I ni pulak di tingkat atas cuma ada 2 je bilik tidur. Bilik tidur yang di belakang tu memang dah terlalu banyak dengar cerita pelik2, tak tau lah betul ke tidak, jadinya memang kami tak hingin nak tidur kat situ. Kami awal2 dah plan nak tidur kat bilik depan, just the 2 of us. Tapi ingat lagi, arwah nenek tak bagi kami tidur berdua. Kami degil, nak jugak, sebab senang nak borak perkara2 rahasia gitu. Malam tu elok2 kali dah station atas katil berdua, dalam kelambu, tiba2 arwah nenek masuk bawak tilam kekabu. Dia bentang tilam atas lantai dan terus baring situ. Masa tu I dengan my cousin was like tengok each other... esehmen... tak syok aah. Tapi arwah nenek sangat bijak, she said "sembang le kome, opah tak dengor" something like that lah.

Maka berborak lah kami sok-sek2 dalam gelap bertemankan nenek dan pelita minyak tanah. Haa... korang biasa tak tidur pasang pelita minyak tanah? Arwah nenek I dulu tiap2 malam tidur pasang pelita ni sebab takmo gelap sangat.

Di sini lah mulanya citer seram I. Kitorang berborak tak sedar diri sampai lost track of time. Yang pastinya, semua orang dah tidur nyenyak. Rumah dah sunyi. Masa berborak tu, I dok perati muka my cousin sebab masa tu dia yang tengah bercerita. Sekali dalam samar2 cahaya pelita tu I ternampak sesuatu yang tiba-tiba timbul dekat belakang kepala my cousin. Cara timbulnya tu bukan dari samar2 jadi jelas, tapi seolah2 timbul macam keluar dari bumi. Terus naik terpacak gitu. Apa bendanya? Wallahu'alam tapi dari pandangan mata I, bentuknya tu sebijik macam batu nisan. Biasa tak pegi kubur dan kita tengok kubur yang baru2 yang masih belum ada batu nisan yg kekal, orang akan pasang kayu yang dibalut kain putih dan diikat? Haaa... macam tu lah yang I nampak!

Berderau darah, Tuhan je yang tau. Tapi dalam ketakutan tu, I maintain cool and I terus cakap kat my cousin, "dah la tu, meh kite tido eh?". Dia heran sebab tetiba je kan, so she tanya "Nape?". I cakap "esok je lah aku citer". Bila cakap macam tu, lagi lah dia curious tak hengat nak tau kan? Something very, very suspicious. I takmo story tapi dia paksa dan paksa dan paksa dan akhirnya I pun bagitau lah... jangan pandang belakang hahahaha! No actually, I cakap je lah apa yg baru berlaku. And then she asked again, ada lagi ke benda tu kat belakang dia? I jeling belakang dia, "ada" I cakap.

Kau! Dia punya menggelupur nak tukar tempat tidur dengan I, biar I yang tidur dekat benda tu. Berguling2 lah kami berdua atas katil, macam adegan wrestling gitu sebab masing2 takmo tidur sebelah benda tu. Last2 I yang kurus dan ringan ni memang kalah lah... dan terpaksa mengalah tidur juga lah kat sebelah benda tu walaupun by now, rupa-bentuknya dah makin samar. Berpelukanlah kami tidur malam tu. Nak lari, takut plak nak keluar kelambu. Dalam diam, sangat2 bersyukur arwah nenek ada temankan dalam bilik tu. Kalau kami berdua je, tak tau lah... mau runtuh kelambu berasak2 dan berpeluk2 ketakutan.

Esoknya kami cerita apa yang berlaku. Semua orang tak percaya. Semua kata imagination. I sangat yakin it was not my imagination. Tapi I perasan muka arwah nenek macam tak surprise pun, macam 'knowing look' gitu. Patutlah dia beriya-iya nak temankan we all tidur.

Sekarang, rumah pusaka tu masih ada, dan mak I yang tinggal di situ sekarang. Dah renovate sikit2 tapi I sampai sekarang tak berani tidur sorang2 dalam mana2 bilik di tingkat atas rumah tu. Sekarang dah ada bilik di tingkat bawah, jadi di situlah I selalu melepak kalau balik kampung. My cousin pulak, Allah lebih sayangkan dia... dia meninggal beberapa tahun kemudian masa umur kami berdua di awal 20-an.

Al-fatihah untuk arwah nenek dan sepupuku yang disayangi. I miss both of you.

Dah panjang karangan rupanya. Ada lagi nak story tapi lain kali je lah... perut dah lapor ni.

Good night, and sleep tight!