Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Suntik vaksin influenza beramai-ramai


Beberapa bulan lepas, saya bawa anak bongsu ke klinik pakar kanak-kanak. Selsema dan batuk memang kerap menyerang kedua orang anak saya yang paling kecil sejak mereka mula masuk tadika. Dah memang kebiasaannya bila ramai-ramai tu, memang mudah sangat terkena jangkitan. Tambahan pula tadika sekarang banyak yang dibuat di rumah kedai di mana anak-anak terperuk di dalam ruang yang bertutup dan berhawa dingin selama berjam-jam sehari.

Berbalik kepada klinik pakar tadi, sewaktu memeriksa si bongsu saya dan mendengar keluhan saya mengenai anak-anak yang kerap selsema, doktor sempat menyarankan kami mengambil suntikan vaksin flu (flu shots) untuk mengurangkan risiko jangkitan selsema yang berbahaya kepada kami sekeluarga. Katanya dia sendiri mengambil vaksin flu setiap tahun dan memastikan keluarganya juga diberi suntikan sama.

Saya sekadar memaklumkan kepada doktor yang saya akan pertimbangkan cadangannya itu. Sejujurnya, selepas keluar dari klinik, saya terus terlupa. Sehinggalah apabila suami saya sibuk membuat persiapan untuk ke luar negara, saya teringat kembali akan cadangan doktor tersebut. Saya meminta suami mengambil suntikan vaksin berkenaan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia berangkat (kadar masa vaksin mula efektif mengikut kata doktor), dan alang-alang suami nak ambil, apa salahnya kami sekeluarga pun ambil sama.

Maka pagi tadi, setelah membuat temujanji dengan doktor di klinik berhampiran (doktor perlu order vaksin tersebut beberapa hari sebelumnya), pergi lah kami sekeluarga secara berjemaah untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan pantas. Mudah dan cepat suntikannya, malah tak terasa sakit pun. Cuma anak-anak yang kecil saja yang menangis, itupun kerana mereka tidak mahu tutup mata dan tengok sendiri jarum masuk ke lengan huhuhu.... Suami pujuk dengan bawa mereka beli jajan di kedai runcit sebelah klinik, terus semuanya ceria dan aktif semula macam tak ada apa-apa pun. MasyaAllah.... 😆

Secara amnya, vaksin flu dirumus untuk mempertahankan badan dari jangkitan virus influenza A (H1N1), influenza A (H3N2) dan influenza B. Setiap tahun rumusan vaksin yang dikeluarkan akan diperbaharui berdasarkan kajian jangkitan influenza yang dijangka akan merebak. Haish! Banyak jenis rupanya kuman influenza ni.

Buat yang berminat, suntikan vaksin flu ini cuma RM60 sahaja untuk setiap dos suntikan dan tempoh keberkesanannya ialah setahun. Jadi seelok-eloknya diambil setiap tahun. Sesuai untuk yang berumur 6 bulan ke atas sahaja dan pastikan anda tidak demam sewaktu mengambil suntikan.


Vaksin influenza. Siap dalam picagari. Doktor
tinggal suntik sahaja.

Apa-apa pun, ini sekadar ikhtiar sahaja. Janganlah kita menyangka kita selamat dari sebarang penyakit hanya kerana kita sudah mengambil suntikan vaksin, lantas tak peduli lagi nak amalkan cuci tangan selalu, nak makan vitamin C setiap hari, menjaga diet dan sebagainya.

Yang memberi penyakit dan menyembuhkan hanyalah Allah swt. Kita cuma ambil langkah berjaga-jaga mengikut kemampuan kita sebagai manusia. Yang selebihnya, kita serahkan kepada yang Maha Memiliki. Betul tak?

Betuuulll....😉😊

Saturday, September 19, 2015

Babai gula....

Uols...

Uols perasan tak kita Malaysians ni kuat sangat makan gula? Cuba kira, secara kasar, dalam sehari berapa sudu gula kita makan? Dunno about you, but bila I buat kira-kira sendiri mengikut tabiat pemakanan I seharian... dalam sehari, purata pengambilan gula I menjangkau sehingga 12 sudu teh! Banyak tu wehh!

Itu pun I kira ikut apa yang jelas dan nyata I ambil contohnya, pagi2 minum nescafe I bubuh lebih kurang 3 sudu teh susu pekat. Agak2 tu dalam 3 sudu gula lah juga. Dalam sehari I minum nescafe busuk2 pun 2 cawan mug. Kat situ je dah 6 sudu teh gula. Tu tak campur lagi kadang2 bila haus buat air sarsi lah, sirap lah, atau minum 100 Plus. Bila panas, pandai pulak makan eskrim. Bila keluar pegi beli barang dapur, suka plak singgah-menyinggah minum teh tarik, atau teh ais. Satu lagi tabiat I suka makan coklat Kit Kat setiap nak keluar ambil anak balik sekolah. Makan dalam kereta, bawak pulak bekal air Vitagen hik! Padahal sekolah tak sampai pun 5km dari rumah ehehhe.... Kalau dikira lah sebetul-betulnya, I yakin my sugar intake setiap hari sebenarnya melebihi 12 sudu teh.

Ya Allah... bila dah di-quantify-kan begitu, barulah perasan betapa teruknya my diet! And how much I am hurting myself.

Dulu I tak tau, tapi sekarang dah tau. Gula ni sebenarnya langsung tak ada apa2 khasiat atau nutrisi. Ia adalah penyedap rasa semata-mata. Rasanya kita semua sedia maklum bahawa gula ni kalau diambil secara berlebihan tanpa kawalan akan mengundang macam2 penyakit. Yang kita tau, gula boleh menyebabkan kencing manis.

Tapi uol tau tak, gula yang berlebihan sebenarnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit lagi? Antaranya hati berlemak atau bahasa omputihnya, fatty liver. Secara ringkasnya, satu condition di mana hati seseorang itu diselaputi lemak. Banyak lah penyakit lain yang boleh timbul kesan dari fatty liver ni uols.

Ringkasnya, banyak la penyakit2 lain yang boleh timbul kesan dari pengambilan gula secara berlebihan. Boleh jadi ketagih gula, boleh jadi gemuk, boleh menyebabkan gigi berlubang and so on, and so on. Nak tau lebih lanjut, gugel je lah ek?

Anyway, posting ni sebenarnya nak ceritakan pengalaman I nak cuba memberhentikan pengambilan gula.

Kesahnya, lepas dah baca dan hadamkan serba-sedikit ilmu tentang bahaya gula, I pun dengan penuh kesedaran ingin memberhentikan tabiat pengambilan gula berlebihan. Semangat oi! So I pun start lah paying more attention to what I consume, dari pagi sampai ke malam. Nescafe tetap juga minum tapi sekarang jadi nescafe O tanpa gula, dan dah dikurangkan kepada cuma secawan sehari. Max 2 cawan. Ye lah, dah tak sedap kan? Pahit je hehehe.... Milo pun masih minum tapi sama gak macam nescafe, tanpa gula dan cuma 2 cawan sehari max. Coklat I tak sentuh, eskrim tak sentuh, kalau makan luar pun I minum mineral water je... sangat dedikasi gitu.

Tapi rupa2nya...bukan senang nak quit sugar ni. Ada juga withdrawal symptoms, sama macam caffeine withdrawal jugak. MasyaAllah!

Yang paling ketara for me ialah sakit kepala. The kind of sakit kepala yang I biasa rasa kalau perut lapar sangat sampai tahap nak gastrik. Kadang-kadang vertigo pun ada, berpinar-pinar dan berpusing-pusing rasanya. Lepas tu badan pun rasa tak cergas, lemah dan malas. Ye lah, selama ni gula lah yang jadi 'bateri' kite... bila dah tukar bateri 'unleaded' ambil masa lah nak sesuaikan diri, tak gitu?

Anyway, masuk hari ke-3 I dah tak tahan sakit kepala dan I pulak seboleh-boleh taknak makan panadol. Dok sapu minyak cap kapak je yang tak mendatangkan apa2 kesan positif pun. Pedih mata ada lah! Sakit kepala tak jugak hilang! Akhirnya, I terpaksa mengalah dan buat juga air nescafe bubuh susu pekat sebab I agak mungkin sakit kepala tu kuat sangat sebab I sedang mengalami withdrawal effects kesan dari stop both sugar AND caffeine. Mungkin I tak boleh quit cold turkey kut.... kena pelan2 stop sikit2.

Semua ni adalah nama lain bagi gula.
Jangan tertipu ye...
Hari ni dah masuk seminggu I kurangkan pengambilan gula. Sakit kepala masih ada tapi dah banyak kurang. Kesan positif yang I nampak setakat ni ialah perut I tak lagi rasa kembung atau bloated macam banyak angin gitu. Dan unless betul2 penat, I tak lagi rasa mengantuk yang amat sangat setiap kali lepas lunch (which was the reason why dulu I suka makan Kit Kat waktu ambil anak balik sekolah sebab time tu lah mengantuk paling kuat sekali. I guess sugar was the temporary fix).

Sekarang kalau nak beli apa2 makanan, I lebih prihatin baca label. Gula ni sebenarnya banyak 'nama timangan'...molasses, corn syrup, dextrose, fructose... semua tu gula. Pandai kan pengeluar makanan ni auta pengguna?

Penting juga kita tau bahawa badan kita memerlukan gula tapi bukanlah simple sugar yang kita sedang bincangkan ni. Untuk menampung keperluan badan, makanlah gula yang asli atau natural seperti yang terdapat dalam buah-buahan. Makan je lah buah-buahan manis cemana pun, no hal. Kurma is good =).

Buat sementara waktu ni, I sorang je yang berusaha nak quit sugar. Suami dan anak2 belum lagi. InsyaAllah akan diusahakan. Doakan I istiqamah dalam usaha memerangi tabiat makan gula berlebihan ye?

Uols bila lagi? Jom lah =)

Sunday, September 6, 2015

8 cara meningkatkan aura positif diri

(Perrghh! Tajuk tak boleh blah....)

Pernah tak rasa dirundung kemurungan?
Pernah tak rasa macam tak ada mood gitu?
Pernah tak rasa macam malas sangat tapi awak tau awak bukan seorang pemalas?

We are all human. Walau macamana happy atau cerianya orang nampak kita (especially on Facebook uhuk!), pasti ada hari-hari yang kita rasa macam nak berkelubung jek dalam selimut kan? Hari-hari yang kita rasa "taknak buat apa2 arini, boleh tak?"

Kalau lah boleh memerap je dalam bilik sepanjang hari, takde hal kan? Tapi masalahnya, kita ada tanggung-jawab lain yang perlu digalas. Macam saya ni ha, surirumah sepenuh masa... there is no way I can sleep in and ignore the calls of the wild (anak2 le tu hahaha).

So, macamana nak bangkitkan mood tu semula?

KOPI la wehh! KOPI. Pekat kaw-kaw.

Di sini saya kongsikan trick2 yang saya gunakan untuk meningkatkan keceriaan saya bila mood semakin down, down, down.... Semua yang saya senaraikan di sini adalah cara saya. What works for me. Serasi dengan saya.

What I'm trying to say is, saya bukanlah pakar... ehehehe! Ini cara saya. Uols nak cuba praktikkan, cubalah. If it works, alhamdulillah. If not, carilah cara lain ek?















1. Pagi-pagi, buka tingkap luas-luas. Biarkan cahaya matahari dan angin pagi memenuhi setiap ruang rumah. Ruang yang terang dan lapang secara automatic dah boleh menarik mood yang positif. Lagipun, kan pagi-pagi tu time rezeki di bahagi-bahagikan? Rugi tak bukak tingkap.

P.S. Kalau hari hujan lagi saya suka buka tingkap luas2!













2. Mandi pagi. Better yet, mandi sebelum solat subuh. Mandi air sejuk ye... jangan mandi air panas. Bayangkan macam mandi air perigi kat kampung gitu. Very refreshing! Apa? Takut sejuk? Ceh! Badan je besor!















3. Makan sarapan pagi, dan pastikan ada buah2an. Saya suka makan buah yang dah disimpan dalam peti sejuk. Nyamaaan gitu.








4. Aktifkan diri. Yang ni memang susah la sikit kalau kita memang dah takde mood kan? Tapi kalau dah kena tempias matahari, dah kena sejuk air perigi pili, perut pun dah berisi... InsyaAllah boleh. Macam saya yang surirumah ni, no problem lah nak mengaktifkan diri. Kerja rumahtangga ni memang tak pernah habis kan? Tapi kalau uols yang banyak masa lapang tu... get out there! Pergilah jalan-jalan hirup udara pagi. Jalan kaki yunk! Bukan jalan-jalan naik kereta pegi 7-11 beli Slurpee hokay? Nikmati udara pagi, nikmati sinaran matahari, nikmati bunyi unggas yang berkicauan...cewah! But seriously, nikmati semua ini...aktifkan semua pancaindera... your mood will improve!




5. Letak bunga/tumbuhan di dalam rumah. Yang ni my favorite. Kalau saya nak bangkitkan mood, saya suka pergi ke pasar dan beli sejambak bunga. Tak payah yang mahal2, bunya chrysanthemum tu je dah cukup. Beli selambak, letak dalam vase atau jag air dan letakkan di tengah-tengah ruang rumah. Kadang2 dalam selambak tu boleh isi 2 bekas jadi saya letak satu di ruang tamu, satu di meja makan. Serta-merta rumah nampak segar dan bertenaga positif. Sedap mata memandang, mood pun ikut juga sesedap rasa ;-). Oh ya, kalau tak suka bunga, tumbuhan hijau pun boleh... angkut je sepasu-dua letak dalam rumah. Jangan angkut pasu jiran sebelah dah lah ye...






6. Layan kreativiti. Apa-apa saja aktiviti yang menerjah kreativiti...layan! Kadang-kadang saya membaking, kadang-kadang saya menjahit, kadang-kadang saya menulis, kadang-kadang saya buat home improvement project (e.g. cat kerusi lama, tukar susunan kerusi-meja, tukar langsir etc.), kadang-kadang saya layan colouring book je hahahah! Janji saya dapat mengekspresikan kreativiti. Bagi saya, kreativiti adalah satu bentuk terapi yang murah dan always available.






7. Muhasabah diri @ self-improvement. Sama ada dengan mendengar atau menonton ceramah/program motivasi atau baca buku2 yang berkenaan. Selalunya ini aktiviti saya bila saya nak rilek2 sambil lunjur kaki atas sofa ata katil. Saya suka dengar ceramah ustaz2 tersohor, cari je kat YouTube, confirm ada. Kadang-kadang dapat ceramah yang best, kadang-kadang ada jugak yang buat saya terlelap hehehe... Bila dengar nasihat2 berunsur keagamaan ni, selalunya dapat menyuntikkan semangat pada jiwa saya nak jadi lebih baik, lebih sabar, lebih prihatin, lebih istiqamah etc. Saya sedar yang saya manusia biasa, dan nobody is perfect so tak payah lah nak be hard on myself sangat, ye tak?



8. Banyakkan bersyukur. Yang ni saya selalu lupa sebenarnya tapi bila teringat saya buat macam ni... Bila anak2 bising dan bergaduh...syukur anak2 aku normal dan sihat, rumah aku tak sunyi. 
Bila sakit2 badan...syukur Allah uji aku sikit ari ni nak kifarahkan dosa, maybe sebab semalam aku banyak sumpah-seranah masa driving kut.
Bila suami balik kerja lambat... syukur suamiku sihat dan mampu bekerja, ada pekerjaan yang dapat menampung kami sekeluarga dgn izin Allah.
Haaa... macam tu lah... cer buat!



Sebenarnya, kalau difikir2kan banyak lagi cara2 nak mem-positifkan dan menceriakan diri kan? Masing-masing dengan cara masing-masing. Yang penting, kita mencapai matlamat nak kekal positif dan ceria.

Happy Sunday y'all!

Thursday, March 19, 2015

Jom minum Iemon water!


Macam pelik jek bunyi, "air lemon" hehehe. Lemon water lah kalau speaking London. Sejak kebelakangan ni, memang banyak akak jumpa artikel2 tentang kebaikan air lemon ni lalu tergeraklah hati nak cuba, try test keberkesannya. Air lemon tau, bukan lemonade atau lemon ais atau teh ais limau. No, no, no. Hanya jus lemon dan air suam, tanpa gula, diminum setiap pagi setengah jam sebelum sarapan.


Akak dah start amalkan dah, setiap pagi minum, baru lebih-kurang seminggu, hik! Setakat ni belum lah nampak apa2 perubahan yang ketara melainkan rasa segar dan bertenaga sikit. Akak ni pagi2 memang selalu lemau, sebab anxiety satu hal, sebab tak cukup tidur pun ye jugak. Maklum lah, anak2 tengah umur 2-4 tahun ni kan suka bangun malam. Ada yg nak susu, ada yang saja2 bangun panggil kite pastu tidur balik. Nak check la tu, mama ada ke tak dalam bilik. Hishh!


Anyway, ada jugak terbaca yang air lemon di walaupun pada anggapan kita ianya bersifat berasid (acidic) , tetapi dalam badan kita ia bertukar menjadi alkali akibat tindak-balas yang berlaku di dalam badan lalu meningkatkan pH dalam badan kita. Katanya, lagi tinggi pH dalam badan, lagi tinggi keupayaan imunisasi badan kita untuk melawan penyakit. Gitu. (Nota : Pssst... takyah lah susah2 beli mesin penapis air alkali mahal2 yang ada di pasaran ittewww hewhewhew....)

Apa2 pun, meh kita tengok senarai kebaikan minum air lemon setiap pagi ini. Senarai ini akak dapat dari Living Traditionally, dan akak cuba sebaik mungkin translate ke bahasa Melayu untuk adik2 dan kakak2 yang kurang faham bahasa Inggeris. Sorry lah ye kalau susunan bahasa tu tak berapa nak sedap di baca. Al-maklum, kita bukan sasterawan heeee!


20 Sebab Mengapa Anda Patut Minum Air Lemon Setiap Pagi.


Kerana...



  1. Mengandungi elektrolit yang menghidrasikan tubuh badan seperti potassium, kalsium dan magnesium dalam kadar yang tinggi.
  2. Baik untuk sendi, kerana mampu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot.
  3. Membantu penghadaman kerana ia mengandungi asid sitrik (citric acid). Asid sitrik ini bertindak-balas dengan enzim dan asid lain di dalam tubuh lalu memudahkan perembesan jus gastrik yang membantu pencernaan.
  4. Hati menghasilkan lebih banyak enzim dari air lemon berbanding mana-mana makanan lain. Enzim ini penting untuk dalam menghasilkan tindakbalas di dalam hati dalam proses membuang toksin di dalam badan.
  5. Dapat mencuci hati (Nota : hati organ ye, bukan hati perasaan huhuhu... ) kerana ia menggalakkan hati membuang toksin.
  6. Berupaya melawan jangkitan saluran pernafasan, sakit kerongkong dan radang tonsil kerana air lemon mempunyai ciri-ciri anti-radang (anti-inflammatory).
  7. Membantu pemprosesan semulajadi usus (regulate bowel movement, i.e. senang buang air besar lah maknanya tu).
  8. Sangat berkesan dalam mengawal metabolisme semulajadi tubuh secara berkesan. Memandangkan lemon juga mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang kuat, ia melindungi tubuh daripada radikal bebas dan memantapkan sistem imun (immune) badan.
  9. Membantu sistem saraf (nervous system) berfungsi sepatutnya. Kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety) sering berpunca dari kekurangan potassium di dalam darah. Sistem saraf memerlukan potassium yang mencukupi untuk menghantar signal yang mencukupi untuk jantung berfungsi.
  10. Membersihkan darah, saluran darah dan arteri.
  11. Dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Dengan meminum air lemon dalam kadar sebiji lemon sehari boleh menurunkan tekanan sebanyak 10%.
  12. Menghasilkan kesan alkali dalam badan. Walaupun anda meminum air lemon sejurus sebelum makan, ia masih mampu mengekalkan tahap pH yang tinggi di dalam badan. Lebih tinggi tahap pH di dalam badan, lebih tinggi kemampuan tubuh melawan penyakit.
  13. Ia sangat bagus untuk kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lemon boleh mengelokkan kulit dengan mengembalikan kesegaran tubuh. Dengan meminum air lemon setiap hari, kulit akan semakin cantik.
  14. Membantu mencairkan asid urik di dalam tubuh. Asid urik yang dibiarkan terkumpul adalah punca sakit sendi dan gout.
  15. Sangat baik untuk ibu2 yang hamil. Kandungan vitamin C di dalam lemon bertindak sebagai adaptogen yang membantu badan melawan virus, seperti selsema. Vitamin C juga membantu pembentukan tisu tulang bayi di dalam kandungan. Selain itu, kandungan potassium yang tinggi di dalam lemon juga berguna untuk membentuk sel-sel otak dan sistem saraf bayi.
  16. Melegakan pedih ulu hati (heartburn). Caranya, minum setengah gelas air yang dicampur sesudu teh lemon. (Nota : Sejak minum air lemon ni memang akak perasan belum lagi kena heartburn walaupun kadang2 terlambat makan, padahal I ada gastritis you!)
  17. Membantu melarutkan batu karang, batu pankreas dan deposit kalsium. Deposit kalsium adalah keadaan di mana tubuh yang tidak mendapat kalsium yang mencukupi melalui pemakanan lalu ia mengambil kalsium tulang. Jika dibiarkan berlarutan, deposit kalsium yang terkumpul di tisu dan organ badan boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis, sakit jantung dan beberapa penyakit lain.
  18. Membantu menurunkan berat badan. Lemon mempunyai serat pektin (pectin fiber) yang dapat menurunkan selera makan. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh yang beralkali dapat menurunkan berat badan dengan kadar yang lebih cepat.
  19. Dapat membantu mengurangkan sakit gigi dan menghentikan pendarahan akibat radang gusi (gingivitis)
  20. Mencegah barah/kanser. Ini adalah kerana air lemon bersifat alkali. Banyak kajian yang mendapati sel-sel barah tidak boleh "hidup" di dalam persekitaran yang bersifat alkali.
Ok. Akak pasti ramai yang suka sangat item no. 18 tu kan? Hahaha! Anyway, bagaimana nak minum lemon water ni?

Cara minum air lemon

Perah setengah biji lemon, dan tuangkan ke dalam segelas air suam. Godek-godek lah sikit, selawat dan minum. Minum setiap pagi sebaik bangun tidur (maknanya first thing in the morning lah tu), setengah jam atau sejam sebelum sarapan.

Semoga istiqamah =)


-Nin-