Tak tau apa nak panggil seluar comel ni, jadi saya panggil fancy shorts je lah. Tak kisah lah apa kita nak panggil kan? Yang penting seluar ni cute sangat bila budak2 pakai.
Maafkan je lah kasut pink, stokin merah, seluar biru... tak matching lahangsung! Tapi tak ke nampak betapa va-va-voom nye seluar iteww? Haaa... masuk bakul pulak si tukang jahit ni.
Lets not waste much time, meh saya tunjuk cara nak lukis pola seluar ni.
Mula2 sekali, lukiskan garis2 penanda mengikut size/ukuran pemakai (Rujuk Pic 1). Saya jahit seluar ikut ukuran anak yang berumur 3 tahun.
Pic 1
AC = EG = IK = (Ukurlilit punggung + 4")/2
AE = BF = CG = Tinggi cawat (Sambil pemakai sedang duduk, ukur dari pinggang ke kerusi) + 1/2"
AI = BJ = CK = Panjang seluar |
Seterusnya, lukis pola macam dalam Pic 2. Garisan hitam (termasuk yang putus2) ialah pola seluar.
Pic 3 Bila siap, anda akan dapat rajah macam di atas. Apabila anda potong ikut garisan hitam, anda akan dapat 3 keping iaitu bahagian a, b dan c. a+b = pola hadapan seluar b+c = pola belakang seluar |
Tadaaa! Pola fancy shorts anda dah siap. Settle Part 1. InsyaAllah saya akan sambung Part 2 - cara memotong dan mencantum sampai jadi seluar, di masa akan datang.
Until then... stay cheerful!
Alahai, Nin... Berpinar mata melihat pola. Maklumlah, tangan ni kaki bangku! Eh, tak pandai menjahit ada ke pulak kaki bangku ^_^
ReplyDeleteKalaulah I masih muda belia lagi, nak juga I berguru dengan you tau. Nak cari cikgu kena yang sabar dan tabah setinggi Everest. Maklumlah dapat murid bengap ^_^
Apa-apa pun, cantik model pakai fancy shorts tu. Cemburu aunty tau!