Tuesday, December 6, 2016

Saya memang suka jahit seluar tidur.



Anak boy I yang sorang ni peminat tegar kereta. Koleksi kereta kecik-kecik dia dah beratus biji agaknya. Kalau keluar ke mana-mana mesti nak bawak kereta dalam sebijik dua. Kalau keluar bermalam lagi lah, satu bagpack tu penuh kereta je. Berat kemain nak angkut tapi dia sanggup.

Waktu I tunjuk kat dia fabrik kereta yang I belikan untuk buat seluar dia (ada 4 corak), bersorak dia suka sangat. Mula-mula I tak bercadang nak jahit lagi, sebab aura rajin macam tak berapa menyerlah gitu. Tapi bila tengok dia bersorak tu, rasa kesian pulak. Tentu dia tak sabar nak dapat seluar baru.

Kesudahannya, I siapkan juga lah 2 helai dulu. Suruh dia sarung nak tengok "kemuatan" seluar, terus dia taknak bukak dah. Sibbaik la I memang basuh dulu kain sebelum jahit untuk pre-shrink.

Pagi ni... 

Dia taknak mandi. Sebabnya? Ye betul... taknak bukak "seluar car saya". Bila dipujuk-pujuk, dia bagi syarat. Boleh mandi tapi lepas mandi nak pakai balik seluar yang sama. Esehmen... mana boleh gitu, sayang oii...

Mama geleng kepala.


Boleh cuba =) 

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^