Thursday, May 25, 2017

DIY beg beli-belah [shopping bag]


Semasa kerajaan negeri Selangor mula-mula memperkenalkan kempen #bebasplastik, kedengaran banyak betul rungutan dari pihak pengguna. To be honest, walaupun saya faham dari perspektif pengguna ini mungkin agak membebankan bagi sesetengah orang, saya sokong kempen ni. Saya tak faham sebenarnya kenapa nak bising-bising sedangkan tujuan kempen bukanlah nak tindas atau peras duit pengguna, tetapi lebih kepada deterrent, iaitu untuk menggalakkan pengguna membawa beg sendiri supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. After all, the aim is to save the environment. Our environment.

Sewaktu saya melawat Cape Town, Afrika Selatan sekitar tahun 2002-2003 (tak ingat exact year), di sana telah pun berjalan polisi No Plastig Bag ini. Pengguna digalakkan bawa beg sendiri, atau kalau tak bawa, silalah bayar. Or else, jinjit je lah barang yang dibeli. Not sure if there was a lot of fuss when the policy was first implemented but ketika saya di sana, polisi berkenaan telah pun dilaksanakan.

Ketika saya berpindah ke Miri, Sarawak sekitar 2010, kempen bebas plastik ni juga sudahpun dilaksanakan di sana. I didn't see any protests, malah, selamba je orang Miri datang ke kedai bawa beg sendiri. Ada juga yang terus bawa bakul (kat sana kan banyak jual bakul anyaman penduduk setempat). Lagi senang! Kempen ini kemudian dilanjutkan pula kepada kempen bebas polisterin di mana kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin. Honestly, there was not a fuss. Penduduk Miri menerima kempen dengan minda terbuka. Setakat rungutan sikit-sikit tu biasa lah, apa-apa pun yang baru di implementasi, mesti ada some level of resistance kan? Sementara nak biasa. Tapi tak adalah protes sampai keluar berita TV, tuduh kerajaan tak bertimbang-rasa dan sebagainya. Dan tak ada pun yang meroyan kat FB.

Di sini, memang saya tabik dengan rakyat Sarawak kerana apa? Kerana they see the bigger picture. It's not just about your 20sen... it's more than that. It's an attempt to preserve the environment and natural resources for the future generation. Rakyat negeri Sarawak yang masih sangat kaya dengan natural resources pun tak keberatan doing their part for the environment because they know how important it is to preserve it. Malangnya orang Selangor dengan sungai yang banyak tercemar, masih nak berkira. Hmmm.... tapi bila tak ada air, meroyan marahkan MB Selangor hihihi...

Walau bagaimanapun, demi menyahut seruan kerajaan Selangor ini, saya pun cuba lah juga seboleh-bolehnya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau ke kedai, saya biasanya bawa back pack. Setakat beli barang sikit-sikit tu... boleh lah disumbat dalam back pack. Tapi kadang-kadang terlebih beli, kena juga bayar untuk beg plastik. Selalunya kalau beli barang-barang dapur (yang kering), saya lebih suka beli online, dan barang terus dihantar ke rumah. Mudah bagi saya sebab tak perlu mengangkat barang-barang yang berat seperti kampit beras, minyak masak, susu tin, sabun cuci dan sebagainya. Bila delivery van sampai, saya sediakan je satu bakul kat depan pintu. Adik delivery tu sekadar pindahkan barang-barang dari bakul dia ke bakul saya. Tidak ada beg plastik yang terlibat!

Anyway, dah lama juga saya pasang azam nak jahit shopping bag sendiri, yang boleh ditinggalkan dalam kereta untuk kegunaan di kala perlu. Ataupun dilipat-lipat dan diselit dalam back pack untuk diguna bila terbeli melebihi kapasiti back pack. Kain belacu dah lama saya beli untuk tujuan ini tapi terperap di dalam kotak fabrik di bilik jahit selama berbulan2. Akhirnya, beberapa hari lepas, dapat juga saya siapkan satu shopping bag berpandukan tutorial online yang saya jumpa dengan bantuan cik gugel. Saya sangat berpuas hati sebab beg ini buatannya agak kuat dan tahan lasak. Saya gunakan kain belacu dan perca lebihan projek alas meja dan tote bag yang saya buat dulu.



Cantik kan? Memang saya bercadang nak buat lagi satu atau 2 helai memandangkan kain belacu dan kain perca masih banyak. Boleh disimpan satu dalam kereta suami dan dua dalam kereta saya sebab saya lebih banyak shopping dari suami ekekkek!

Kepada yang berminat nak tengok tutorial, sila klik link di bawah. Saya buat ikut step-by-step tutorial tersebut. Mudah dan straight forward. Cuma sedikit saja perbezaan yang saya buat... saya lebarkan tali pemegang beg dari 4inci (mengikut tutorial) kepada 5inci.


Sampai sini dulu coretan malam ini. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan buat pembaca semua. Semoga kita sama-sama dapat meraih ganjaran hebat di bulan mulia ini dan semoga dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan berpuluh-puluh kali lagi.

Wassalam.

6 comments:

  1. Saya ada banyak shopping bag ni dalam kereta saya, dalam kereta suami saya, dalam handbag saya pun ada ^_^ Senang sikit kerja. Saya lagi suka guna shopping bag macam ni. Tapi yalah, saya punya semuanya "BELI' takda satu pun saya buat. Saya bukan reti sangat bab-bab DIY macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh MD, beli pun tak apa, tak rugi sbb reusable kan? Yang rugi kalau setiap kali pegi kedai kena beli beg plastik. Nin buat sendiri sbb suka DIY. Kalau tak suka, harus beli jugak heeeee....!!

      Delete
  2. Betullah. Masa mula-mula kempen bebas plastik dilancarkan di Selangor, saya tulis diblog, ada juga yang kecam... siap cakap Kerajaan Selangor poyo. Hahaha, mungkin mereka belum ada kesedaran on kempen ni... tak pe la.. Mula-mula memang rasa susahkan.. tapi dah lama-lama, insyaAllah biasa.

    Cantiknya beg tu... Pandai AT buat sendiri. Saya punya semua dapat dari encik hubby yang pergi event... Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu, dapat free! Betul tu NK, mula2 je rasa susah... macam budak2 belajar puasa hehehe. TErima kasih atas kunjungan.

      Delete
  3. Well said Kak Nin tentang isu penggunaan beg plastic.. 👍 Elok sangat ada kempen begini. Dalam bag saya sentiasa ada shopping bag.

    By the way cantik sangat shopping bag Kak Nin, boleh dikomersialkan.. 😍

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^