Thursday, May 18, 2017

Happy birthday to me


Hari ni, complete setahun lagi nyawa saya. Another year accomplished. Another year of ups and downs. Another year yang membawa saya semakin dekat dengan hujung usia.

Alhamdulillah... macam-macam pengalaman yang mematangkan telah saya lalui. Yang memberi bermacam jenis pengajaran. Kalau dikenang balik, I can say that my life thus far, has been colourful and abundantly blessed. Saya bersyukur sebab sewaktu susah dan getir, bantuan Allah itu dekat. Saya boleh rasa kekuatan yang dari mana datangnya kalau bukan dari Dia. Dan semasa senang, Allah masih sayang saya dengan menjaga hati dan jiwa saya agar tidak lalai dan lupa diri. Syukur...

Birthday tahun ni sama je macam tahun-tahun yang lepas semenjak dah beranak-pinak ni. Tiada sebarang sambutan luarbiasa. Cukup sekadar ucapan dan peluk-cium suami dan anak-anak, saya dah happy. Bergantung kepada keadaan, ada tahun dinner di luar, ada tahun cukup takat beli kek saja. Ada juga tahun yang saya dapat hadiah, macam tahun ini hehehe... tapi sorry lah ye, won't be sharing with you what present I got.

Yang membezakan hari lahir saya dan hari-hari lain, rasanya satu je yang paling ketara. Ucapan happy birthday dari keluarga, guru-guru dan sahabat-handai yang mencurah-curah di media sosial. Terasa seronok juga bila tengok ramai yang beri ucapan dan mendoakan saya. Selama ni rasa macam tak dipedulikan je huhuhu... rupanya masih ada yang sayang =D.

Here's to another year of my life... and may it be greatly blessed. Amiin.

2 comments:

  1. Selamat Hari Jadi, Nin. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Happy-happy selalu bersama keluarga. Bila usia dah sampai usia macam kita ni, memanglah harijadi bukan bermakna umur bertambah, makin kurang sebenarnya. Semoga saki-baki hidup kita akan sentiasa diberkati Allah. Amiinnn!

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^