Saturday, May 20, 2017

Kemudahan Ezibox Poslaju ~ I like!

Good morning!

Pernah dengar pasal EziBox Poslaju tak? Haa... ni nak habaq mai. Katanya kemudahan ni dah ada sejak pertengahan tahun 2016 lagi, tapi saya pun baru je discover kemudahan yang awesome ni.

Ceritanya...

Hari Sabtu lepas saya tiada di rumah, sebab ada Hari Sukan sekolah anak-anak. Rupa-rupanya ada Poslaju datang. Saya pun terlupa yang saya sedang menunggu delivery barang. Kalau ingat, tentu saya tak angkut semua orang ke Hari Sukan tu. Biar ada orang kat rumah yang boleh sign-kan penerimaan bungkusan. Saya cuma tau ada penghantaran bila dapat sms dari Poslaju suruh saya datang ambil sendiri bungkusan di pejabat Poslaju berdekatan.

Bila sampai ke rumah, saya pun cari lah kad yang biasa orang Poslaju tu tinggalkan kalau barang tak dapat di hantar. Biasanya dia sangkut kad tu pada pintu, atau masukkan ke dalam peti surat. Jenuh lah mencari, tak ada. Saya pun malas nak ambil pusing sangat, saya cuma curiga je entah-entah yang sms saya tu bukan Poslaju. Kut scam ke. Zaman sekarang ni kita pun tahu teknik menipu dah semakin canggih dan kreatif. Terus saya lupakan saja lah pasal sms tu. Saya fikir, kalau bungkusan yang ditunggu tak sampai juga sampai hari Selasa, barulah saya nak telefon seller minta tracking number.

Tup-tup hari Isnin dapat lagi sms yang mengatakan bungkusan saya ada di Ezibox pejabat Poslaju dan saya diberi PIN 6-digit untuk ambil bungkusan tu nanti sebelum sekian tarikh. Aishh... tak mahu berteka-teki lagi, saya terus cari general line pejabat Poslaju yang berkenaan dan telefon. Baru lah saya tahu, Ezibox ni adalah self-service collection box dan accessible 24 jam. Maknanya, kalau tak sempat nak ambil bungkusan tu for whatever reason semasa waktu operasi pejabat, boleh je datang ANYTIME ambil sendiri berbekalkan PIN yang diberi. Satu kelegaan di situ sebab kebetulan saya memang sibuk sangat hari tu dengan bermacam urusan, dah tentu kena terkejar-kejar kalau nak collect waktu office hours.

Makanya, petang hari Selasa baru saya pergi collect. Macamana rupanya Ezibox ni? Like this.


Saya cuma masukkan info yang diperlukan ke dalam touchscreen monitor tu. Bila semua info dah cukup, ping! pintu kotak yang berkenaan akan terbuka sendiri. In my case, kotak yang betul-betul di bawah monitor tu, depan lutut saya je! Gila senang!

It's fully automated, jadi tak perlu risau malu kut terkial-kial nak bukak kotak tak reti hehehhe! Touchscreen tu pun tak susah nak pakai, ikut je arahan pada screen. Kita diminta isi tracking no., nama dan IC penerima dan jangan lupa masukkan PIN yang diberi. I'm pretty sure ada hidden cctv jugak kat monitor tu, macam ATM, untuk langkah keselamatan.

Meh tengok video pulak.


Walau bagaimanapun, tak semua pejabat Poslaju ada kemudahan ni. Setakat ni, kemudahan Ezibox di lokasi berikut sahaja:


Saya pasti, tak lama lagi, more Ezibox(es) akan di sediakan di seluruh Malaysia kerana ia satu kemudahan yang amat memudahkan pengguna dan pekerja Poslaju sendiri.

Kudos to Poslaju yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik!

Makin laju la saya online shopping.... 

6 comments:

  1. Yang sebenarnya Nin, I tahu pasal hal ni tapi tak pernah ada peluang mencuba sebab barang shopping I semua hantar ke pejabat; takut laki I marah awak... ^_^

    I nampaklah kotak Ezibox ni tapi puas tau I dok fikir macamana nak gunakan Ezibox ni. I puas berfikir aje tapi tak pernah ambil tahu nak kutip ilmu tu di mana. Hahaha!

    Now, since you dah cerita kat sini uish alahai, senangnya hidup shopping online zaman sekarang ni ek! Lepas ni bolehlah hantar ke rumah pulak. Takda orang depa hantar terus ke Ezibox kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang MD, but make sure kat tempat u ada kemudahan ni tau. Kang ada yang kena drive 40km semata2 nak amik bungkusan ekekkeke!

      Delete
  2. ooh ni collection je erk., hopefully nnti ade machine canggih camni utk hantar bungkusan poslaju pulak., ;p

    ReplyDelete
  3. ermmm sis can I ask how do you make the officer post your item to the Ezibox? Isit need to write the Ezibox's address to the seller that will send your stuff to you? because usually we write our address at there.

    ReplyDelete
  4. ermm sis can I know how you write your address on your parcel? Isit you write the address of the Ezibox? like exp Jalan connaught,lrt gombak....

    ReplyDelete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^