Berbalik kepada klinik pakar tadi, sewaktu memeriksa si bongsu saya dan mendengar keluhan saya mengenai anak-anak yang kerap selsema, doktor sempat menyarankan kami mengambil suntikan vaksin flu (flu shots) untuk mengurangkan risiko jangkitan selsema yang berbahaya kepada kami sekeluarga. Katanya dia sendiri mengambil vaksin flu setiap tahun dan memastikan keluarganya juga diberi suntikan sama.
Saya sekadar memaklumkan kepada doktor yang saya akan pertimbangkan cadangannya itu. Sejujurnya, selepas keluar dari klinik, saya terus terlupa. Sehinggalah apabila suami saya sibuk membuat persiapan untuk ke luar negara, saya teringat kembali akan cadangan doktor tersebut. Saya meminta suami mengambil suntikan vaksin berkenaan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia berangkat (kadar masa vaksin mula efektif mengikut kata doktor), dan alang-alang suami nak ambil, apa salahnya kami sekeluarga pun ambil sama.
Maka pagi tadi, setelah membuat temujanji dengan doktor di klinik berhampiran (doktor perlu order vaksin tersebut beberapa hari sebelumnya), pergi lah kami sekeluarga secara berjemaah untuk mendapatkan suntikan tersebut.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan pantas. Mudah dan cepat suntikannya, malah tak terasa sakit pun. Cuma anak-anak yang kecil saja yang menangis, itupun kerana mereka tidak mahu tutup mata dan tengok sendiri jarum masuk ke lengan huhuhu.... Suami pujuk dengan bawa mereka beli jajan di kedai runcit sebelah klinik, terus semuanya ceria dan aktif semula macam tak ada apa-apa pun. MasyaAllah.... 😆
Secara amnya, vaksin flu dirumus untuk mempertahankan badan dari jangkitan virus influenza A (H1N1), influenza A (H3N2) dan influenza B. Setiap tahun rumusan vaksin yang dikeluarkan akan diperbaharui berdasarkan kajian jangkitan influenza yang dijangka akan merebak. Haish! Banyak jenis rupanya kuman influenza ni.
Buat yang berminat, suntikan vaksin flu ini cuma RM60 sahaja untuk setiap dos suntikan dan tempoh keberkesanannya ialah setahun. Jadi seelok-eloknya diambil setiap tahun. Sesuai untuk yang berumur 6 bulan ke atas sahaja dan pastikan anda tidak demam sewaktu mengambil suntikan.
Vaksin influenza. Siap dalam picagari. Doktor tinggal suntik sahaja. |
Apa-apa pun, ini sekadar ikhtiar sahaja. Janganlah kita menyangka kita selamat dari sebarang penyakit hanya kerana kita sudah mengambil suntikan vaksin, lantas tak peduli lagi nak amalkan cuci tangan selalu, nak makan vitamin C setiap hari, menjaga diet dan sebagainya.
Yang memberi penyakit dan menyembuhkan hanyalah Allah swt. Kita cuma ambil langkah berjaga-jaga mengikut kemampuan kita sebagai manusia. Yang selebihnya, kita serahkan kepada yang Maha Memiliki. Betul tak?
Betuuulll....😉😊
setuju tu...bila terperuk lama kat tempat tertutup plus econ plak memang mudah kena jangkitan
ReplyDeleteKan? Amalkan mkn supplement vitamin C setiap hari.
DeleteAnak-anak yang duduk di tadika dan Nursery memang senang sangat kena jangkitan kuman sesama mereka...
ReplyDeletebeli di mana vaksin tu
ReplyDelete