Dalam kelam-kabut Cik Abang saya nak ke umrah besok, baru semalam terlintas di kepala saya akan satu benda yang saya rasa perlu dia bawa. Iaitu, beg cerut untuk isi selipar. Saya tak tahu lah jemaah lain macamana tetapi melalui pengalaman saya dulu sewaktu mengerjakan umrah, kami setiap orang ada satu beg cerut untuk letak selipar setiap kali masuk ke masjid.
Bukanlah sebenarnya kami terlalu takut selipar hilang kerana saya percaya, tak ada siapa yang berani mencuri di Tanah Haram. Tetapi lebih kepada memudahkan urusan. Ye lah, kita semua maklum betapa besarnya Masjidil Haram tu... kerap-kali kita terdengar cerita pengalaman jemaah2 yang pernah sesat. Masuk ikut pintu A, tiba2 keluar ikut pintu J... selipar ditinggalkan di pintu A. Dah terpaksa tawaf masjid pulak mencari selipar sepasang. Itupun kalau masih ingat di pintu mana ia ditinggalkan.
Lagi satu, tak semestinya kita masuk melalui satu pintu, kita akan keluar pintu yang sama. Mungkin lepas solat, hajat nak ke kedai di sebelah sana masjid, sedangkan kita masuk di sebelah sini. Bayangkan kena menapak patah balik ke pintu asal semata-mata nak cari selipar dan jalan semula ke destinasi yang dihajati. Makan tenaga dan masa, betul tak?
Jadi, demi memudahkan urusan Cik Abang saya di sana kelak, siaplah satu beg cerut ringkas pagi tadi. Nak berangkatnya besok! Nasib baiklah kesemua bahan2 dah memang ada di rumah, tak perlu nak keluar mencari. Dan dah alang-alang nak menjahit tu, saya buatkan lah sekali tutorial untuk rujukan sesiapa saja yang nak belajar buat. Mudah je buat beg cerut ni, sangat sesuai untuk mereka yang baru2 nak belajar menjahit guna mesin.
Saya guna kain belacu dan sedikit kain linen bercorak, perca je pun. Sebenarnya kain linen tu tak pakai pun tak apa. Fungsinya sekadar nak bagi cantik je, sedap mata memandang. Dan kalau nak pakai kain selain linen pun tak ada masalah. Terpulang masing2.
Jom tengok!
Langkah 2 Ikut arahan dalam gambar. Garis merah itu menandakan tempat yang kita akan jahit kelak. |
Langkah 3 Jahit tindih. |
Langkah 4 Jahit tepi di kiri dan kanan beg. Boleh pakai mesin jahit tepi atau jika tiada, jahit zigzag sahaja supaya benang kain tak terurai. |
Langkah 5 Sambungkan sisi beg. Mulakan jahitan dari point bulat merah seperti dalam gambar. |
Langkah 6 Setelah cantum sisi beg, lipatkan bahagian atas beg yang akan dijadikan kelongsong untuk tali beg. Lipat ikut garisan yang kita buat masa menggosok di langkah 1 tadi. Pinkan. |
Langkah 6a Beginilah rupanya bahagian atas beg setelah di pin keliling. |
Langkah 7 Jahit tindih seperti dalam gambar. |
Langkah 8 Masukkan tali. Saya cuma pakai tali cotton lebihan jahit barut baby dulu2. Gunakan safety pin dan masukkan tali ikut susunan dalam gambar di atas. |
Dah siap! Tahniah! |
Nin. Rajin u ni. I suka baca your blog sebab I pun minat menjahit, cuma takdak masa je nak buat. Raya balik Taiping tak?
ReplyDeleteI pun selalu main curi2 time here and there. Janji lepas gian =D
DeleteHehhehe cantik bag cerut tu kalau Mrs. A macam tak sampai hati nak letak selipar.
ReplyDeleteDon't worry Mrs. A, knowing my husb, nanti nak balik Msia dia tinggal selipar kat sana, dia isi buah kurma plak kat dalam tu hahaha!
DeleteWow so impressed, cantik hasil jahitan u sis 💕
ReplyDelete