Thursday, June 8, 2017

Biskut Choc Chips Nestum

Tak lama dulu... agak dalam sebulan-dua yang lepas, anak sulung saya buat request nak buat biskut nestum. Tak ingat pula saya macamana dia boleh dapat idea nak buat biskut nestum tu, mungkin dengar cerita kawan-kawan agaknya. Berkali-kali juga dia ingatkan tapi dek maknya sibuk campur pelupa, lama-lama dia pun ikut terlupa sama!

Sehinggalah sewaktu awal-awal puasa tempohari saya "terserempak" dengan resepi biskut nestum ni online sejurus sebelum saya deactivate FB. Yang lagi best, bukan setakat biskut nestum, tetapi biskut chocolate chips nestum! Biasanya, apa-apa je yang ada coklat ni anak-anak mesti suka. Terus saya screenshot dan pasang niat nak buat bila ada kelapangan.

Akhirnya, tertunailah janji saya pada anak sulung siang tadi (selepas hampir 2 minggu puasa!). Sengaja saya biarkan anak-anak menolong, sampaikan nak on-off mixer pun ada tukangnya 😄. Cuma yang bongsu saja enggan terlibat sebab leka menonton tv. Dah namanya anak-anak yang buat, besar kecil lah biskutnya. They took pride in their work, jadi saya pun menahan diri dari meng-adjust hasil-kerja mereka. Biarlah mereka bangga nak beritahu ayah dan opah bahawa mereka yang bersusah-payah buat cookies hari ni. Sampai berkampung depan oven menunggu cookies masak!

Chocolate Chips Nestum Cookies

Biskut yang terhasil agak terlalu crunchy kalau mengikut selera saya. Saya lebih suka cookies yang slightly chewy. Ada kemungkinan saya akan buat lagi biskut ini, cuma percubaan kedua nanti saya bercadang nak tambahkan telur sebiji lagi. Dan mungkin juga saya akan guna brown sugar instead of white. Macam tak best pula choc chip cookies pakai white sugar heheh...

Saya kongsikan resepinya di bawah.

Bahan-bahan:

1 bungkus mentega (saya pakai brand Anchor) - lembutkan sedikit, jangan sampai hilang sejuk dan berminyak.
1 cawan gula pasir halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 cawan tepung jagung (ayak)
1 cawan nestum madu
2 cawan cip coklat (saya pakai sebungkus Hershey's milk choc chips)

Cara:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati. Tidak perlu pukul sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sebati.
  3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  4. Masukkan nestum. Gaul.
  5. Masukkan cip coklat. Gaul.
  6. Jemput2 kan di atas loyang (saya alas kertas minyak supaya bawahnya tak cepat hangus) dalam jarak yang sesuai. Biskut tidak terlalu mengembang bila masak, jadi tak perlu jarak2 sangat.
  7. Bakar pada suhu 170ºC selama 20-23 minit.
Bila masak, sejukkan di atas wire rack dulu. Dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara. Lepas buka puasa, boleh ngap!

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Mesti anak-anak berebut-rebut nak menolongkan.
    Kekadang sampai gegaduh itu kalau anak-anak Mrs. A ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah betul tu... masing2 nak menolong. Tu yg kena pandai bahagi2 tugas. Sorang ayak tepung, sorang pecahkan telur, sorang jadi penunggu mixer kih kih kih!

      Delete

Thanks for visiting and leaving your comments. Apologies, if I am slow to reciprocate but I will, insyaAllah ^_^