Semalam, genap seminggu Ramadhan. Dan semalam juga, genap seminggu saya 'deactivated' akaun FB saya. Alhamdulillah, what I thought I had no willpower to do, let alone sustain, I had and I did. Seminggu saya tak berkeliaran di media sosial. Well, that is not entirely true, I have other social media accounts like ig and twitter tapi saya sangat tak aktif dalam kedua2 media sosial tersebut. Ig misalnya, saya cuma masuk 1-2 kali je seminggu, itu pun bila ada notification yang ada kena-mengena dengan saya. Twitter lagi lah... sebulan sekali pun belum tentu.
FB, walau bagaimanapun, adalah padang permainan saya. Tempat lepak. Kedai kopi saya. Hampir sepanjang masa saya ada di situ. Bukanlah maksudnya saya bertapa je kat rumah menatap FB. Maksudnya, setiap pekerjaan yang saya buat, kalau ada masa terluang, secara otomatik saya akan check FB. Sambil goreng ikan, jenguk FB. Lepas solat, check FB. Keluar bilik air, check FB. Nasib baik lah belum tahap bawak henpon masuk toilet hik!
Saya ramai kawan dan kenalan di situ. Selalu berbalas2 komen, 'tag-mengetag' dan sebagainya. Saya juga ahli kepada beberapa group yang aktif seperti group menjahit, memasak, kongsi2 resepi dan lain2. Jadi tak hairanlah kenapa saya kerap berlegar di FB.
Saya akui banyak kebaikan yang saya raih melalui perkongsian ilmu di FB. Dari ilmu agama, melalui video tazkirah, kepada ilmu kemahiran seperti memasak dan menjahit, sehingga lah kepada ilmu bina-diri seperti artikel2 dan klip2 motivasi dan kesihatan. Banyak! Memang banyak.
Tetapi dalam masa yang sama, keburukan pun bertimpa-timpa juga. Yang datang melalui perkongsian bahan2 yang tak sepatutnya oleh kawan2 dan kenalan, status update yang kadang2 bila baca menyakitkan hati, perkongsian bahan2 gosip dan yang sama bahaya, iklan jualan yang berlumba-lumba memenuhi newsfeed setiap hari. Aaarrghh!
Sampai satu tahap, saya dah mula rasa jiwa saya dah tak berapa boleh terima keadaan saya yang menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial tersebut. Saya risau pengaruh negatif di situ akan lama-kelamaan memakan diri. Jadi, dengan niat nak me-neutral-kan kembali jiwa saya sebelum saya tersasar, maka saya mengambil inisiatif menutup sementara akaun FB sempena kedatangan bulan Ramadhan tempohari.
Apa yang saya rasa selepas seminggu saya deactivate FB?
KETENANGAN.
Ketenangan dari segi kurangnya keserabutan otak dan peperangan perasaan. Biar saya explain. And I'm pretty sure, many of you can relate.
1. KETENANGAN dari ads overload.
Kurangnya rasa serabut dengan informasi dan lambakan iklan. Iklan di FB kebanyakannya datang dari pages yang saya sendiri pernah 'Like' dan dari sponsored ads. Dan kebanyakan iklan2 ini sememangnya di sesuaikan oleh pihak FB mengikut minat pengguna berkenaan. Di kalangan rakan FB pun ada juga yang berniaga. Ahli2 pages yang saya ikuti juga ramai yang berniaga. Jadi dalam newsfeed saya banyaklah iklan2 seperti pakaian, tudung, photography gear sehingga lah kepada barang2 dapur. Acapkali saya berjumpa dengan barang yang saya teringin nak beli tetapi sedar yang barang tersebut bukanlah suatu keperluan dan di situlah saya berperang dengan perasaan sendiri. Sebahagian suruh beli, sebahagian lagi berhujah kenapa perlu beli.
2. KETENANGAN dari information overload.
Yang ini pulak sebahagian besarnya datang dari pages yang saya 'like'. Segala macam idea2 menarik terdapat di pages sebegini. Bila lihat idea menarik, saya akan terus membaca caranya pula dan tips yang dikongsi. Dalam kepala memang dah set nak cuba buat. Scroll down, jumpa pulak idea yang lain. Ulang lagi proses baca cara pembuatan dan tips. Simpan lagi dalam kepala otak niat nak buat. Scroll down. Weh! Idea yang ni lagi best. Ulang semula langkah2 di atas. Begini lah keadaannya berganti-ganti idea dan niat. Lucu kan? Akhirnya apa jadi? Satu benda pun tak jadi sebab tak boleh buat keputusan hahaha!
3. KETENANGAN dari sakit hati.
Sakit hati yang macamana? Sakit hati bila baca status kawan2 yang terlalu berfikiran terbuka sehingga menghina bangsa sendiri. Adakalanya sehingga menghina agama. Dan lebih sakit hati bila membaca komen2 susulan yang sama menghina dari golongan bukan sebangsa dan seagama. Golongan yang jahil dan salah faham mengenai Islam tapi bercakap ikut logik akal semata-mata.
Termasuk juga golongan yang hanya suka komplen dan menghina pemimpin dan kerajaan. Seolah2 tak ada satu pun kebaikan yang dia nikmati dari hasil titik-peluh pemimpin dan kerajaan. Komplen pasal kelemahan perkhidmatan hospital kerajaan, tanpa sikit pun rasa syukur yang rawatan yang diterima adalah atas tanggungan kerajaan. Dia tak keluar duit pun. Tau komplen saja tanpa melihat dengan rasional perbezaan antara hospital kerajaan dan swasta. Memang tak mungkin akan dapat tahap perkhidmatan yang sama, terutama dari segi layanan pelanggan. Asalkan tak biadap, sudahlah. Nak mesra macamana lagi?
Kalau anda tanya "kenapa tak unfriend je?", saya secara jujurnya tak tahu nak jawab. Tindakan 'unfriend' itu seolah-olah saya menolak mereka ini sebagai kawan, tapi sebenarnya tidak. Saya cuma benci cara pemikiran mereka tetapi sebagai kawan, saya tak ada masalah. Bila berjumpa kami masih boleh berborak tanpa sebarang konfrantasi. They are good company. Dan kebarangkalian kami berjumpa itu adalah tinggi. Bayangkan betapa awkward-nya nanti bila berjumpa sekiranya saya unfriend mereka. Mereka cuma vokal menyuarakan pendapat di media sosial. "Hide"? Kalau hide nanti saya ketinggalan apa2 pengumuman dan perkembangan baru dari mereka. Contohnya info ada ahli keluarga yang meninggal, atau yang baru dapat cahaya mata dan sebagainya. Nanti takut timbul pula rasa kecil hati kalau saya tak acknowledge dengan ucapan takziah atau tahniah.
Complicated? Yes.
4. KETENANGAN dari berperang dengan perasaan sendiri.
Saya sememangnya suka mengikut perkembangan kawan2, lebih2 lagi yang saya dah kenal lama. Saya seronok melihat mereka bahagia. Saya seronok melihat gambar-gambar yang dikongsi. Di sinilah timbul keseronokan di FB apabila perkongsian gambar dan perkembangan semasa menjadi laman untuk berbalas2 komen dan bergurau-senda. Jujur, saya tumpang bahagia when life is going great with my friends and family.
But I am only human. Sekuat mana pun saya cuba, ada kalanya timbul juga rasa 'inferior' atau rendah diri yang keterlaluan, yang kadang2 sehingga terbit rasa cemburu. Di sini lah timbulnya perang perasaan saya. If only you can hear the conversation in my head! Macam ada 3 pihak yang bertelagah. 1 pihak adalah 'mangsa', 1 pihak 'pro', dan 1 pihak 'con'. 'Mangsa' tu adalah perasaan saya yang sebenar, raw emotions. Sedih, malu, depressed dan merasa serba kekurangan jika dibandingkan dengan 'subjek' tertentu yang menjadi punca perang perasaan tersebut. Then mulalah pihak yang 'pro' akan memujuk mangsa dengan macam2 pujukan positif. Sebaliknya, yang 'con' tadi akan terus memijak dan merendahkan mangsa. Macam tu lah keadaannya back and forth.
Alhamdulillah, in the end, goodness always prevail. Saya masih boleh berfikir rasional. Masih boleh berfikir selayaknya orang dewasa yang sihat jiwa-raga. Istighfar. Tetapi deep down, saya tahu kesemua perasaan ini adalah petanda bahawa jiwa saya masih belum kuat. Jiwa saya masih lebih dunia dari akhirat. Jiwa saya masih amat memerlukan pengisian, lebih dari apa yang saya buat sekarang. Isi masih cetek. *sedih*
So macamana? Anda rasa boleh relate tak dengan point2 saya di atas? Saya agak tentu ramai yang boleh menyelami perasaan saya macam yang saya cerita. Ini cuma sebab2 yang utama sahaja. Sebab2 yang kecil atau minor tak payah lah saya cerita, nanti lagi panjang post ni. Larat ke nak baca? Hehehe...
Setakat ini saya masih belum bercadang mengaktifkan semula akaun FB. I'm kind of enjoying this 'freedom'. Otak rasa bebas dan tenang. Kalau sedang buat sesuatu misalnya, there is no nagging thought at the back of my head reminding me to check my FB every now and then seperti sebelum ini. Siapa sangka ye?
Saya tahu, mesti ramai juga di kalangan kawan FB yang perasan kehilangan saya. Dan tentu ada yang menyangka saya unfriend mereka. Tak apalah. Saya cuma berharap mereka bersangka baik, itu saja.
Signing off for now.
Cheers!
Tahniah Mrs. A ucapkan kerana berjaya deactivate FB sis ;-)
ReplyDeleteWell said dengan semua point tu.
Alhamdulillah so far Mrs. A memang bukan kaki FB, kalau tak online pun ok jer... pada Mrs. A.
Betul tak dinafikan FB juga banyak kebaikkannya tapi kitalah yang kadang-kadang mudah tergoda walaupun dah berbagai cara kita usahakan untuk membataskannya masih tidak berjaya dan jalan terbaik adalah dengan mencegahnya macam yang sis buat itulah deactivate terus hehehe...
Actually kehidupan kita akan tetap terus berjalan seperti biasa walaupun tiada FB sis. Macam Mrs. A contohnya kalau dah tertinggal H/P di rumah tu Mrs. A biarkan aje memang takdelah nak patah-patah balik, walaupun ada office mate yang kata boleh kau hidup ea takde H/P. Mrs. A jawab jer... boleh aje anggaplah ko mati tetiba then semua pun offline. Memang terbukti tiada apa pun yang teruk sangat kalau takde H/P tu boleh aje contact husband denga anak-anak guna phone office.
Mrs. A pernah terbaca satu tazkirah ni katanya kalau Allah dah tak sayangkan kita Dia akan sibukkan kita dengan macam-macam cara sibuk cari hartalah, sibuk dengan kawan-kawanlah dan segala macam perkara lagha yang buat kita jauh tersasar dari perintahNYA. Tapi sebaliknya kalau Allah masih sayangkan kita In Sha Allah Dia akan bagi petunjuk dan bertuahlah orang yang menerima petunjuk dariNYA.
Apa yang penting stay positif dalam segala perkara dan jugak sentiasa bersangka baik pada semua orang. In Sha Allah hidup kita pun takkan serabut sangat.
Mrs. A.... awat che' ghasa nak teghiak baca nasihat Mrs. A ni?? Hwaa.... tima kasih. I feel the love =D.
Delete