Thursday, July 6, 2017

Raya Reunion & Orange Rolls

Hellooo all!

I trust you've all had a decent raya, if not a blastful one. Mine was so-so, the usual. Balik kampung hubby, then meredah traffic jam balik my kampung pulak. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 4 jam, dah jadi 8 jam! And that was still ok compared to last year, 10 jam. So, can't complain there.

I don't have many raya tales to tell cause you know what they say, time flies when you're having fun. Tak sempat pun nak document dalam kepala otak kejadian2 sepanjang cuti raya kali ni. And quite frankly, malas nak perah otak mem-flaskback kejadian yang dah hampir 2 minggu berlalu.

So, right now, right at this very moment, saya baru saja selesai memasak juadah berbuka puasa untuk Mr. Hubby yang sedang berpuasa sunat. Sepatutnya nak keluar sekejap lagi ni ambil kereta kat workshop, but he's showering, so sementara menunggu.... here I am.

Most recent "happening" event post raya was yesterday's supposedly mini-reunion among kawan2 "Maresem" saya. Apa yg asalnya cuma perancangan spontan nak berjumpa dengan kawan2 yang based overseas tetapi sedang bercuti di tanahair, akhirnya menjadi event ala2 jom heboh. Asalnya nak gathering kecil2an saja, memandangkan hari yang dipilih adalah hari bekerja. Venue pun asalnya nak jumpa di IOI City mall je pun. Tapi bila makin ramai plak yang boleh attend, maka venue berubah ke rumah kawan yang sudi pinjamkan ruang. Long story short, akhirnya berapa ramai yang datang? 43-46 orang! I lost count sebab ada yang kensel last minit.

There were lots of picture takings, asyik bergambaaarr je makcik2 ni. Unlike many of them, saya ni sebenarnya agak camera-shy so tidaklah saya ke hulu, ke hilir bergambar. Saya cuma selit2 je dalam gambar2 diorang pastu suruh diorang share kat whatsapp hahaha! Senang cerita.

Here are what we looked like on said night.




Can you spot me?

These are only 3 out of many. Cukup lah upload 3 ni je sebab gambar2 lain pun lebih-kurang sama je orang dan pose nya. Pi mai, pi mai tang tu. Yang penting, we got to meet up, catch up and reminisce old times. Memang riuh-rendah rumah dengan gurau-senda dan hilai-tawa all these beautiful and bubbly ladies. Selesai majlis, I went home smiling.

Oh by the way, just nak selitkan jugak buah tangan yang saya bawa ke majlis tersebut. I made some orange rolls yang tersangat lah sedap kejadiannya (Maaf, angkat bakul pulak). Buat 2 talam dan ada lah lebih sikit dalam 1 loyang kecil. Saya cuma tinggalkan yg loyang kecil tu je di rumah, selebihnya bawa ke majlis. Masa tengah sibuk2 bersosial, Mr. Hubby yang baru lepas berbuka sms....



Ahahahah! Very the kembang mokcik membaca sms Mr. Hubby. Comel jer cara dia merujuk kepada orange rolls tu sebagai "kuih" hehehe....

Alhamdulillah, kawan2 pun ramai yg cakap sedap dan ramai juga dapat merasa. Bawa 2 talam, tinggal sedikit je lagi untuk tuan rumah pulak nak makan. InsyaAllah, akan saya share resepinya di sini di posting yang akan datang ye. Kalau nak tengok cemana ghopenye... ni ha...


Nampak menyelerakan, bukan?

That's all for now, folks. Until next posting ye... take care.

Saturday, June 10, 2017

Perancangan Menu Bulan Puasa


Sedar tak sedar, dah 14 hari kita melalui bulan Ramadhan. Cepat betul kan masa berlalu... macam angin je. Tidur, jaga, tidur, jaga... dah separuh bulan Ramadhan pergi. Tinggal lah lagi separuh untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Saya sangat berharap dan berdoa semoga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk saya maximize pahala Ramadhan tahun ini. Setiap tahun rasa macam tak cukup je amalan... walhal macam boleh je kalau bersungguh-sungguh.

Setakat ni azam saya nak mengurangkan pembaziran di bulan puasa ini masih on track, alhamdulillah. Azam nak masak hari2 untuk berbuka, walaupun sekadar lauk ringkas ala kadar. Setakat ini cuma 2 hari saya tersasar... sehari beli lauk dan kuih di pasar Ramadhan atas permintaan anak sulung, dan sehari lagi kami order pizza delivery sahaja kerana kesihatan saya masa tu tidak mengizinkan saya ke dapur.

Mengikut pengalaman puasa yang lepas2, kalau memasak setiap hari ni kadang2 buntu juga memikirkan menu yang nak disediakan. Nak pastikan juadah menepati selera setiap ahli keluarga dan semestinya, nak pastikan juga makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, dari dulu lagi saya dah pesan anak2, tak semestinya setiap hari dapat makan makanan kegemaran mereka. Kena give and take lah. Mama tak mampu nak layan selera setiap orang setiap hari, jadi bergilir2 lah ye. Akan ada harinya yang lauk-pauk tidak menepati selera mereka. Belajar bersyukur dan tidak merungut. Alhamdulillah... nampaknya sekarang Kak Long & Abg Ngah dah faham. No more complaints. Dan yang paling saya suka, dah pandai juga ucap terima kasih pada saya setiap kali makan. Sejuk je rasa hati bila anak2 tahu menghargai penat-lelah kita.

Untuk memudahkan kerja saya menyediakan juadah berbuka, saya awal2 dah rancang menu dalam google spreadsheet. I learnt from past experience betapa peningnya kepala kalau nak fikirkan menu setiap kali nak memasak. Jadi awal2 saya dah buat menu buka puasa untuk 14 hari. Saya susunkan supaya lauk utama berselang-seli setiap hari antara ayam, daging dan ikan. Lauk kedua pula sayur, dan lauk ketiga adalah lauk tambahan yang bersesuaian.

Setiap kali ke pasar, saya beli bahan berpandukan perancangan menu saya ini. Daging, ayam, ikan semuanya saya stok siap2. Bahan sayuran pun, saya beli siap2 stok untuk 2 minggu dan simpan elok2 dalam peti sejuk. Saya habiskan dulu yang mana yang tak tahan simpan lama. Alhamdulillah, dengan cara ini saya tak perlu nak kerap ke pasar.

Nak masak pun saya dah tak pening-pening lagi memerah otak setiap hari. Saya dah tampal meal plan saya di dapur, hanya rujuk je di situ dan beri arahan pada bibik apa yang perlu disediakan menjelang pukul 5 ptg bila saya mula masuk dapur. Terasa efisiennye di situ hehehe....

Anak-anak pun dah tak payah tanya lagi hari ni mama masak apa. Tengok je planner, dah tahu juadah yang bakal disediakan. Saya pun tak rimas nak menjawab! Cuma memandangkan meal plan saya hanya untuk 14 hari, anak2 dah tanya, mana perancangan untuk 2nd half puasa?

Haish kata saya, kita ulanglah semula menu yang sama bermula dari atas!

Friday, June 9, 2017

Tutorial Bergambar - Beg Cerut (Drawstring Bag)


Dalam kelam-kabut Cik Abang saya nak ke umrah besok, baru semalam terlintas di kepala saya akan satu benda yang saya rasa perlu dia bawa. Iaitu, beg cerut untuk isi selipar. Saya tak tahu lah jemaah lain macamana tetapi melalui pengalaman saya dulu sewaktu mengerjakan umrah, kami setiap orang ada satu beg cerut untuk letak selipar setiap kali masuk ke masjid.

Bukanlah sebenarnya kami terlalu takut selipar hilang kerana saya percaya, tak ada siapa yang berani mencuri di Tanah Haram. Tetapi lebih kepada memudahkan urusan. Ye lah, kita semua maklum betapa besarnya Masjidil Haram tu... kerap-kali kita terdengar cerita pengalaman jemaah2 yang pernah sesat. Masuk ikut pintu A, tiba2 keluar ikut pintu J... selipar ditinggalkan di pintu A. Dah terpaksa tawaf masjid pulak mencari selipar sepasang. Itupun kalau masih ingat di pintu mana ia ditinggalkan.

Lagi satu, tak semestinya kita masuk melalui satu pintu, kita akan keluar pintu yang sama. Mungkin lepas solat, hajat nak ke kedai di sebelah sana masjid, sedangkan kita masuk di sebelah sini. Bayangkan kena menapak patah balik ke pintu asal semata-mata nak cari selipar dan jalan semula ke destinasi yang dihajati. Makan tenaga dan masa, betul tak?

Jadi, demi memudahkan urusan Cik Abang saya di sana kelak, siaplah satu beg cerut ringkas pagi tadi. Nak berangkatnya besok! Nasib baiklah kesemua bahan2 dah memang ada di rumah, tak perlu nak keluar mencari. Dan dah alang-alang nak menjahit tu, saya buatkan lah sekali tutorial untuk rujukan sesiapa saja yang nak belajar buat. Mudah je buat beg cerut ni, sangat sesuai untuk mereka yang baru2 nak belajar menjahit guna mesin.

Saya guna kain belacu dan sedikit kain linen bercorak, perca je pun. Sebenarnya kain linen tu tak pakai pun tak apa. Fungsinya sekadar nak bagi cantik je, sedap mata memandang. Dan kalau nak pakai kain selain linen pun tak ada masalah. Terpulang masing2.

Jom tengok!

Langkah 1
Pertama sekali, lipat dua kain2 tersebut dan gosok untuk mendapatkan garis tengah (Rujuk C)
Kain belacu, di bahagian A, mula2 lipat 1/4", gosok. Kemudian lipat lagi sekali 3/4", gosok.
Ini adalah bahagian kelongsong untuk tapi beg.
Kain linen pula, lipat di bahagian B 1/2" dan gosok.

Langkah 2
Ikut arahan dalam gambar.
Garis merah itu menandakan tempat yang kita akan jahit kelak.

Langkah 3
Jahit tindih.

Langkah 4
Jahit tepi di kiri dan kanan beg.
Boleh pakai mesin jahit tepi atau jika tiada, jahit zigzag sahaja
supaya benang kain tak terurai.

Langkah 5
Sambungkan sisi beg. Mulakan jahitan dari point bulat merah seperti
dalam gambar. 

Langkah 6
Setelah cantum sisi beg, lipatkan bahagian atas beg yang akan dijadikan kelongsong
untuk tali beg. Lipat ikut garisan yang kita buat masa menggosok di langkah 1 tadi.
Pinkan.

Langkah 6a
Beginilah rupanya bahagian atas beg setelah di pin keliling.
Langkah 7
Jahit tindih seperti dalam gambar.
Langkah 8
Masukkan tali. Saya cuma pakai tali cotton lebihan jahit barut baby dulu2.
Gunakan safety pin dan masukkan tali ikut susunan dalam gambar di atas.


Dah siap! Tahniah!

Thursday, June 8, 2017

Biskut Choc Chips Nestum

Tak lama dulu... agak dalam sebulan-dua yang lepas, anak sulung saya buat request nak buat biskut nestum. Tak ingat pula saya macamana dia boleh dapat idea nak buat biskut nestum tu, mungkin dengar cerita kawan-kawan agaknya. Berkali-kali juga dia ingatkan tapi dek maknya sibuk campur pelupa, lama-lama dia pun ikut terlupa sama!

Sehinggalah sewaktu awal-awal puasa tempohari saya "terserempak" dengan resepi biskut nestum ni online sejurus sebelum saya deactivate FB. Yang lagi best, bukan setakat biskut nestum, tetapi biskut chocolate chips nestum! Biasanya, apa-apa je yang ada coklat ni anak-anak mesti suka. Terus saya screenshot dan pasang niat nak buat bila ada kelapangan.

Akhirnya, tertunailah janji saya pada anak sulung siang tadi (selepas hampir 2 minggu puasa!). Sengaja saya biarkan anak-anak menolong, sampaikan nak on-off mixer pun ada tukangnya 😄. Cuma yang bongsu saja enggan terlibat sebab leka menonton tv. Dah namanya anak-anak yang buat, besar kecil lah biskutnya. They took pride in their work, jadi saya pun menahan diri dari meng-adjust hasil-kerja mereka. Biarlah mereka bangga nak beritahu ayah dan opah bahawa mereka yang bersusah-payah buat cookies hari ni. Sampai berkampung depan oven menunggu cookies masak!

Chocolate Chips Nestum Cookies

Biskut yang terhasil agak terlalu crunchy kalau mengikut selera saya. Saya lebih suka cookies yang slightly chewy. Ada kemungkinan saya akan buat lagi biskut ini, cuma percubaan kedua nanti saya bercadang nak tambahkan telur sebiji lagi. Dan mungkin juga saya akan guna brown sugar instead of white. Macam tak best pula choc chip cookies pakai white sugar heheh...

Saya kongsikan resepinya di bawah.

Bahan-bahan:

1 bungkus mentega (saya pakai brand Anchor) - lembutkan sedikit, jangan sampai hilang sejuk dan berminyak.
1 cawan gula pasir halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 cawan tepung jagung (ayak)
1 cawan nestum madu
2 cawan cip coklat (saya pakai sebungkus Hershey's milk choc chips)

Cara:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati. Tidak perlu pukul sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan telur. Pukul sebati.
  3. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
  4. Masukkan nestum. Gaul.
  5. Masukkan cip coklat. Gaul.
  6. Jemput2 kan di atas loyang (saya alas kertas minyak supaya bawahnya tak cepat hangus) dalam jarak yang sesuai. Biskut tidak terlalu mengembang bila masak, jadi tak perlu jarak2 sangat.
  7. Bakar pada suhu 170ºC selama 20-23 minit.
Bila masak, sejukkan di atas wire rack dulu. Dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara. Lepas buka puasa, boleh ngap!

Selamat mencuba!

Saturday, June 3, 2017

Tutup FB - apa saya dapat.


Semalam, genap seminggu Ramadhan. Dan semalam juga, genap seminggu saya 'deactivated' akaun FB saya. Alhamdulillah, what I thought I had no willpower to do, let alone sustain, I had and I did. Seminggu saya tak berkeliaran di media sosial. Well, that is not entirely true, I have other social media accounts like ig and twitter tapi saya sangat tak aktif dalam kedua2 media sosial tersebut. Ig misalnya, saya cuma masuk 1-2 kali je seminggu, itu pun bila ada notification yang ada kena-mengena dengan saya. Twitter lagi lah... sebulan sekali pun belum tentu.

FB, walau bagaimanapun, adalah padang permainan saya. Tempat lepak. Kedai kopi saya. Hampir sepanjang masa saya ada di situ. Bukanlah maksudnya saya bertapa je kat rumah menatap FB. Maksudnya, setiap pekerjaan yang saya buat, kalau ada masa terluang, secara otomatik saya akan check FB. Sambil goreng ikan, jenguk FB. Lepas solat, check FB. Keluar bilik air, check FB. Nasib baik lah belum tahap bawak henpon masuk toilet hik!

Saya ramai kawan dan kenalan di situ. Selalu berbalas2 komen, 'tag-mengetag' dan sebagainya. Saya juga ahli kepada beberapa group yang aktif seperti group menjahit, memasak, kongsi2 resepi dan lain2. Jadi tak hairanlah kenapa saya kerap berlegar di FB.

Saya akui banyak kebaikan yang saya raih melalui perkongsian ilmu di FB. Dari ilmu agama, melalui video tazkirah, kepada ilmu kemahiran seperti memasak dan menjahit, sehingga lah kepada ilmu bina-diri seperti artikel2 dan klip2 motivasi dan kesihatan. Banyak! Memang banyak.

Tetapi dalam masa yang sama, keburukan pun bertimpa-timpa juga. Yang datang melalui perkongsian bahan2 yang tak sepatutnya oleh kawan2 dan kenalan, status update yang kadang2 bila baca menyakitkan hati, perkongsian bahan2 gosip dan yang sama bahaya, iklan jualan yang berlumba-lumba memenuhi newsfeed setiap hari. Aaarrghh!

Sampai satu tahap, saya dah mula rasa jiwa saya dah tak berapa boleh terima keadaan saya yang menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial tersebut. Saya risau pengaruh negatif di situ akan lama-kelamaan memakan diri. Jadi, dengan niat nak me-neutral-kan kembali jiwa saya sebelum saya tersasar, maka saya mengambil inisiatif menutup sementara akaun FB sempena kedatangan bulan Ramadhan tempohari.

Apa yang saya rasa selepas seminggu saya deactivate FB?

KETENANGAN.

Ketenangan dari segi kurangnya keserabutan otak dan peperangan perasaan. Biar saya explain. And I'm pretty sure, many of you can relate.

1. KETENANGAN dari ads overload.
Kurangnya rasa serabut dengan informasi dan lambakan iklan. Iklan di FB kebanyakannya datang dari pages yang saya sendiri pernah 'Like' dan dari sponsored ads. Dan kebanyakan iklan2 ini sememangnya di sesuaikan oleh pihak FB mengikut minat pengguna berkenaan. Di kalangan rakan FB pun ada juga yang berniaga. Ahli2 pages yang saya ikuti juga ramai yang berniaga. Jadi dalam newsfeed saya banyaklah iklan2 seperti pakaian, tudung, photography gear sehingga lah kepada barang2 dapur. Acapkali saya berjumpa dengan barang yang saya teringin nak beli tetapi sedar yang barang tersebut bukanlah suatu keperluan dan di situlah saya berperang dengan perasaan sendiri. Sebahagian suruh beli, sebahagian lagi berhujah kenapa perlu beli.

2. KETENANGAN dari information overload.
Yang ini pulak sebahagian besarnya datang dari pages yang saya 'like'. Segala macam idea2 menarik terdapat di pages sebegini. Bila lihat idea menarik, saya akan terus membaca caranya pula dan tips yang dikongsi. Dalam kepala memang dah set nak cuba buat. Scroll down, jumpa pulak idea yang lain. Ulang lagi proses baca cara pembuatan dan tips. Simpan lagi dalam kepala otak niat nak buat. Scroll down. Weh! Idea yang ni lagi best. Ulang semula langkah2 di atas. Begini lah keadaannya berganti-ganti idea dan niat. Lucu kan? Akhirnya apa jadi? Satu benda pun tak jadi sebab tak boleh buat keputusan hahaha!
3. KETENANGAN dari sakit hati.
Sakit hati yang macamana? Sakit hati bila baca status kawan2 yang terlalu berfikiran terbuka sehingga menghina bangsa sendiri. Adakalanya sehingga menghina agama. Dan lebih sakit hati bila membaca komen2 susulan yang sama menghina dari golongan bukan sebangsa dan seagama. Golongan yang jahil dan salah faham mengenai Islam tapi bercakap ikut logik akal semata-mata. 
Termasuk juga golongan yang hanya suka komplen dan menghina pemimpin dan kerajaan. Seolah2 tak ada satu pun kebaikan yang dia nikmati dari hasil titik-peluh pemimpin dan kerajaan. Komplen pasal kelemahan perkhidmatan hospital kerajaan, tanpa sikit pun rasa syukur yang rawatan yang diterima adalah atas tanggungan kerajaan. Dia tak keluar duit pun. Tau komplen saja tanpa melihat dengan rasional perbezaan antara hospital kerajaan dan swasta. Memang tak mungkin akan dapat tahap perkhidmatan yang sama, terutama dari segi layanan pelanggan. Asalkan tak biadap, sudahlah. Nak mesra macamana lagi?
Kalau anda tanya "kenapa tak unfriend je?", saya secara jujurnya tak tahu nak jawab. Tindakan 'unfriend' itu seolah-olah saya menolak mereka ini sebagai kawan, tapi sebenarnya tidak. Saya cuma benci cara pemikiran mereka tetapi sebagai kawan, saya tak ada masalah. Bila berjumpa kami masih boleh berborak tanpa sebarang konfrantasi. They are good company. Dan kebarangkalian kami berjumpa itu adalah tinggi. Bayangkan betapa awkward-nya nanti bila berjumpa sekiranya saya unfriend mereka. Mereka cuma vokal menyuarakan pendapat di media sosial. "Hide"? Kalau hide nanti saya ketinggalan apa2 pengumuman dan perkembangan baru dari mereka. Contohnya info ada ahli keluarga yang meninggal, atau yang baru dapat cahaya mata dan sebagainya. Nanti takut timbul pula rasa kecil hati kalau saya tak acknowledge dengan ucapan takziah atau tahniah.
Complicated? Yes.

4. KETENANGAN dari berperang dengan perasaan sendiri.
Saya sememangnya suka mengikut perkembangan kawan2, lebih2 lagi yang saya dah kenal lama. Saya seronok melihat mereka bahagia. Saya seronok melihat gambar-gambar yang dikongsi. Di sinilah timbul keseronokan di FB apabila perkongsian gambar dan perkembangan semasa menjadi laman untuk berbalas2 komen dan bergurau-senda. Jujur, saya tumpang bahagia when life is going great with my friends and family.
But I am only human. Sekuat mana pun saya cuba, ada kalanya timbul juga rasa 'inferior' atau rendah diri yang keterlaluan, yang kadang2 sehingga terbit rasa cemburu. Di sini lah timbulnya perang perasaan saya. If only you can hear the conversation in my head! Macam ada 3 pihak yang bertelagah. 1 pihak adalah 'mangsa', 1 pihak 'pro', dan 1 pihak 'con'. 'Mangsa' tu adalah perasaan saya yang sebenar, raw emotions. Sedih, malu, depressed dan merasa serba kekurangan jika dibandingkan dengan 'subjek' tertentu yang menjadi punca perang perasaan tersebut. Then mulalah pihak yang 'pro' akan memujuk mangsa dengan macam2 pujukan positif. Sebaliknya, yang 'con' tadi akan terus memijak dan merendahkan mangsa. Macam tu lah keadaannya back and forth.
Alhamdulillah, in the end, goodness always prevail. Saya masih boleh berfikir rasional. Masih boleh berfikir selayaknya orang dewasa yang sihat jiwa-raga. Istighfar. Tetapi deep down, saya tahu kesemua perasaan ini adalah petanda bahawa jiwa saya masih belum kuat. Jiwa saya masih lebih dunia dari akhirat. Jiwa saya masih amat memerlukan pengisian, lebih dari apa yang saya buat sekarang. Isi masih cetek. *sedih*

So macamana? Anda rasa boleh relate tak dengan point2 saya di atas? Saya agak tentu ramai yang boleh menyelami perasaan saya macam yang saya cerita. Ini cuma sebab2 yang utama sahaja. Sebab2 yang kecil atau minor tak payah lah saya cerita, nanti lagi panjang post ni. Larat ke nak baca? Hehehe...

Setakat ini saya masih belum bercadang mengaktifkan semula akaun FB. I'm kind of enjoying this 'freedom'. Otak rasa bebas dan tenang. Kalau sedang buat sesuatu misalnya, there is no nagging thought at the back of my head reminding me to check my FB every now and then seperti sebelum ini. Siapa sangka ye?

Saya tahu, mesti ramai juga di kalangan kawan FB yang perasan kehilangan saya. Dan tentu ada yang menyangka saya unfriend mereka. Tak apalah. Saya cuma berharap mereka bersangka baik, itu saja.

Signing off for now.

Cheers!

Sunday, May 28, 2017

Spaghetti aglio olio seafood cepat dan sedap

Salam Ramadhan semua.

Pejam-celik, pejam-celik... tau-tau Ramadhan datang lagi. MasyaAllah... cepat betul masa berlalu kan? Apa-apa pun, saya ucapkan selamat menyambut bulan yang mulia ini dan selamat berpuasa buat geng-geng bloggers yang beragama Islam. Semoga kita diberi hidayah dan kekuatan agar dapat memanfaatkan sepenuhnya rahmah dan barokah yang datang bersama bulan mulia ini. Banyak pahala Allah tabur sepanjang bulan ni... jom kita kaut sebanyak mana boleh, insyaAllah.

Hari ni nak post resepi lagi hehe! Macam tak biasa, bulan puasa ni biasanya dunia maya ni sarat dengan recipe sharing kan? Kalau kat FB tu masyaAllah... macam bertimpa-timpa lah resepi kat newsfeed, betul tak?

Sebenarnya masakan ni saya buat seminggu sebelum puasa, tapi baru sekarang masuk blog. Ikut turn lah...

Resepi spaghetti aglio oglio ni sebenarnya banyak dan bermacam-macam versi. Ini versi yang saya selalu buat untuk anak-anak. Resepi dapat dari adik ipar. Ada sekali makan di rumah dia, dijamunya ini. Tabur dengan chili flakes sebelum makan, mak aii... lazaaaattt!

Masakan ini sangat sesuai untuk adik-adik yang baru nak cuba-cuba memasak dan juga untuk yang bujang-bujang bajet nak masak sendiri. Meh tengok cemana nak buat. As usual, sukatan ialah mengikut anggaran banyak mana anda nak masak ye. Pandai-pandailah agak sukatan yang bersesuaian.

Spaghetti Aglio Olio Seafood (versi Nin)



Bahan-bahan:


Spaghetti yang telah direbus
Brokoli (potong kecil)
Lobak merah (potong kecil)
Udang
Sotong
Bawang putih (hiris nipis)
Minyak zaitun
Kiub pati ayam
Lada hitam atau sulah, suka hati masing-masing


1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih. Minyak zaitun perlu dalam kuantiti yang agak banyak, kalau tidak nanti hasilnya spaghetti akan jadi terlalu kering. Begitu juga dengan bawang putih, biar banyak. Dah namanya "spaghetti aglio oglio" tu pun ialah spaghetti dengan bawang putih dan minyak, so dua-dua ni bahan penting dalam masakan ni.


2. Bila bawang putih dah keperangan, masukkan udang dan sotong, diikuti kiub pati ayam. Tumis seketika.


3. Masukkan pula sayuran.


4. Apabila sayuran sudah layu, tutup api. Masukkan spaghetti, perasakan dengan lada hitam/sulah  dan balik-balikkan.

Siap! Senang kan?

Selamat mencuba!


Thursday, May 25, 2017

DIY beg beli-belah [shopping bag]


Semasa kerajaan negeri Selangor mula-mula memperkenalkan kempen #bebasplastik, kedengaran banyak betul rungutan dari pihak pengguna. To be honest, walaupun saya faham dari perspektif pengguna ini mungkin agak membebankan bagi sesetengah orang, saya sokong kempen ni. Saya tak faham sebenarnya kenapa nak bising-bising sedangkan tujuan kempen bukanlah nak tindas atau peras duit pengguna, tetapi lebih kepada deterrent, iaitu untuk menggalakkan pengguna membawa beg sendiri supaya penggunaan beg plastik dapat dikurangkan. After all, the aim is to save the environment. Our environment.

Sewaktu saya melawat Cape Town, Afrika Selatan sekitar tahun 2002-2003 (tak ingat exact year), di sana telah pun berjalan polisi No Plastig Bag ini. Pengguna digalakkan bawa beg sendiri, atau kalau tak bawa, silalah bayar. Or else, jinjit je lah barang yang dibeli. Not sure if there was a lot of fuss when the policy was first implemented but ketika saya di sana, polisi berkenaan telah pun dilaksanakan.

Ketika saya berpindah ke Miri, Sarawak sekitar 2010, kempen bebas plastik ni juga sudahpun dilaksanakan di sana. I didn't see any protests, malah, selamba je orang Miri datang ke kedai bawa beg sendiri. Ada juga yang terus bawa bakul (kat sana kan banyak jual bakul anyaman penduduk setempat). Lagi senang! Kempen ini kemudian dilanjutkan pula kepada kempen bebas polisterin di mana kedai-kedai makan tidak lagi dibenarkan membungkus makanan menggunakan polisterin. Honestly, there was not a fuss. Penduduk Miri menerima kempen dengan minda terbuka. Setakat rungutan sikit-sikit tu biasa lah, apa-apa pun yang baru di implementasi, mesti ada some level of resistance kan? Sementara nak biasa. Tapi tak adalah protes sampai keluar berita TV, tuduh kerajaan tak bertimbang-rasa dan sebagainya. Dan tak ada pun yang meroyan kat FB.

Di sini, memang saya tabik dengan rakyat Sarawak kerana apa? Kerana they see the bigger picture. It's not just about your 20sen... it's more than that. It's an attempt to preserve the environment and natural resources for the future generation. Rakyat negeri Sarawak yang masih sangat kaya dengan natural resources pun tak keberatan doing their part for the environment because they know how important it is to preserve it. Malangnya orang Selangor dengan sungai yang banyak tercemar, masih nak berkira. Hmmm.... tapi bila tak ada air, meroyan marahkan MB Selangor hihihi...

Walau bagaimanapun, demi menyahut seruan kerajaan Selangor ini, saya pun cuba lah juga seboleh-bolehnya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau ke kedai, saya biasanya bawa back pack. Setakat beli barang sikit-sikit tu... boleh lah disumbat dalam back pack. Tapi kadang-kadang terlebih beli, kena juga bayar untuk beg plastik. Selalunya kalau beli barang-barang dapur (yang kering), saya lebih suka beli online, dan barang terus dihantar ke rumah. Mudah bagi saya sebab tak perlu mengangkat barang-barang yang berat seperti kampit beras, minyak masak, susu tin, sabun cuci dan sebagainya. Bila delivery van sampai, saya sediakan je satu bakul kat depan pintu. Adik delivery tu sekadar pindahkan barang-barang dari bakul dia ke bakul saya. Tidak ada beg plastik yang terlibat!

Anyway, dah lama juga saya pasang azam nak jahit shopping bag sendiri, yang boleh ditinggalkan dalam kereta untuk kegunaan di kala perlu. Ataupun dilipat-lipat dan diselit dalam back pack untuk diguna bila terbeli melebihi kapasiti back pack. Kain belacu dah lama saya beli untuk tujuan ini tapi terperap di dalam kotak fabrik di bilik jahit selama berbulan2. Akhirnya, beberapa hari lepas, dapat juga saya siapkan satu shopping bag berpandukan tutorial online yang saya jumpa dengan bantuan cik gugel. Saya sangat berpuas hati sebab beg ini buatannya agak kuat dan tahan lasak. Saya gunakan kain belacu dan perca lebihan projek alas meja dan tote bag yang saya buat dulu.



Cantik kan? Memang saya bercadang nak buat lagi satu atau 2 helai memandangkan kain belacu dan kain perca masih banyak. Boleh disimpan satu dalam kereta suami dan dua dalam kereta saya sebab saya lebih banyak shopping dari suami ekekkek!

Kepada yang berminat nak tengok tutorial, sila klik link di bawah. Saya buat ikut step-by-step tutorial tersebut. Mudah dan straight forward. Cuma sedikit saja perbezaan yang saya buat... saya lebarkan tali pemegang beg dari 4inci (mengikut tutorial) kepada 5inci.


Sampai sini dulu coretan malam ini. Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan buat pembaca semua. Semoga kita sama-sama dapat meraih ganjaran hebat di bulan mulia ini dan semoga dipanjangkan umur untuk merasa Ramadhan berpuluh-puluh kali lagi.

Wassalam.

Wednesday, May 24, 2017

[Resepi] Bubur kacang dengan durian kegemaran Mr. Hubby


Beberapa hari lepas, lepas kami mengambil suntikan influenza beramai-ramai tu, terbit pulak di tekak terasa nak makan durian. Mungkin sebab mood happy selepas berjaya menerima suntikan dengan jayanya. Mama pulak yang over. Tapi betul, memang saya gelabah pun sebelum kena suntik tu. Jarum, beb... jarum!

Anyway, untung Mr. Hubby pun bersetuju, maka kami terus (lepas makan tengahari, opkos!) ke Taman Warisan Pertanian atas misi mencari durian yang sedap dan hopefully, murah. Bila sampai dan nampak ada stall durian ~ Musang King pulak tu! ~ wahh... bersorak anak-anak. Well actually, sorang je anak yang bersorak. Suara lagi satu tu suara maknya yang termengimbau ke zaman kanak-kanak bila terpandang durian kih kih kih!

Ermm... jangan tanya harga ye. Katanya masih di awal musim, supply belum banyak jadi harga pun tak berapa nak rendah. Tapi disebabkan kami masing-masing dah tinggi harapan nak menjamah durian, Mr. Hubby pun belikan juga supaya tidak menghampakan. Terima kasih, Yang... you have a big heart 😍.

Sebagai tanda terima kasih, saya pun masakkan lah juadah minum petang kegemaran Mr. Hubby, iaitu bubur kacang durian. Saya masak cukup-cukup untuk dia seorang sebab dalam rumah ni, cuma dia je yang suka bubur kacang. The rest of us tak minat, atau dalam kes saya, kurang minat. Tapi kalau dah lapar, boleh je makan hik!

Saya yakin, dah ramai yang tahu cara masak bubur kacang durian ni kan? Tapi takpe lah, saya nak jugak kongsi resepi tanpa sukatan saya. Mungkin kita masing-masing berlainan cara masak, betul tak?

Resepi Bubur Kacang Durian.

Bahan-bahan:

Kacang hijau anggaran 300gm.
Durian beberapa ulas
Gula melaka 50g (seketul yang kecil)
Gula pasir (sukatan mengikut citarasa, putih atau perang, terpulang)
Santan antara 3/4 ke 1 cawan (anggaran)
Daun pandan
Garam lebih kurang sesudu kecil

1. Mula-mula sekali, rendam kacang hijau dalam air panas dan tutup bekas tersebut. Biarkan terendam selama 1-2 jam. Kalau rendam lama, waktu memasak tak perlu rebus lama-lama sebab kacang cepat empuk.


2. Masukkan kacang ke dalam periuk. Letak sedikit air, gula melaka dan 1-2 helai daun pandan.


3. Panaskan hingga mendidih. Selepas itu renihkan dengan api sederhana sehingga gula larut dan kacang masak. Nak test kacang dah masak, saya ambil je sebiji dua dan picit-picit. Kalau tengahnya masih keras berbiji, belum masak la tu.


4. Bila kacang dah cukup masak, kecilkan api dan masukkan santan. Masa ni cuba rasa tengok cukup manis atau tidak. Saya tambah 3 sudu gula perang.

5. Masukkan durian dan renihkan sekejap dengan api kecil. Jangan sampai santan pecah minyak.

6. Akhir sekali, tutup api dah biarkan seketika baru masukkan secubit garam. Fungsi garam bukan nak bagi keseluruhan masakan masin, tapi sekadar nak bagi santan tu terasa lemak masinnya. Jadi sikit je dah cukup. Kata orang putih, just a hint.


Dah siap. Senang je kan? Tak berpeluh pun heheh!

Happy cooking!

Monday, May 22, 2017

Suntik vaksin influenza beramai-ramai


Beberapa bulan lepas, saya bawa anak bongsu ke klinik pakar kanak-kanak. Selsema dan batuk memang kerap menyerang kedua orang anak saya yang paling kecil sejak mereka mula masuk tadika. Dah memang kebiasaannya bila ramai-ramai tu, memang mudah sangat terkena jangkitan. Tambahan pula tadika sekarang banyak yang dibuat di rumah kedai di mana anak-anak terperuk di dalam ruang yang bertutup dan berhawa dingin selama berjam-jam sehari.

Berbalik kepada klinik pakar tadi, sewaktu memeriksa si bongsu saya dan mendengar keluhan saya mengenai anak-anak yang kerap selsema, doktor sempat menyarankan kami mengambil suntikan vaksin flu (flu shots) untuk mengurangkan risiko jangkitan selsema yang berbahaya kepada kami sekeluarga. Katanya dia sendiri mengambil vaksin flu setiap tahun dan memastikan keluarganya juga diberi suntikan sama.

Saya sekadar memaklumkan kepada doktor yang saya akan pertimbangkan cadangannya itu. Sejujurnya, selepas keluar dari klinik, saya terus terlupa. Sehinggalah apabila suami saya sibuk membuat persiapan untuk ke luar negara, saya teringat kembali akan cadangan doktor tersebut. Saya meminta suami mengambil suntikan vaksin berkenaan sekurang-kurangnya sebulan sebelum dia berangkat (kadar masa vaksin mula efektif mengikut kata doktor), dan alang-alang suami nak ambil, apa salahnya kami sekeluarga pun ambil sama.

Maka pagi tadi, setelah membuat temujanji dengan doktor di klinik berhampiran (doktor perlu order vaksin tersebut beberapa hari sebelumnya), pergi lah kami sekeluarga secara berjemaah untuk mendapatkan suntikan tersebut.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan pantas. Mudah dan cepat suntikannya, malah tak terasa sakit pun. Cuma anak-anak yang kecil saja yang menangis, itupun kerana mereka tidak mahu tutup mata dan tengok sendiri jarum masuk ke lengan huhuhu.... Suami pujuk dengan bawa mereka beli jajan di kedai runcit sebelah klinik, terus semuanya ceria dan aktif semula macam tak ada apa-apa pun. MasyaAllah.... 😆

Secara amnya, vaksin flu dirumus untuk mempertahankan badan dari jangkitan virus influenza A (H1N1), influenza A (H3N2) dan influenza B. Setiap tahun rumusan vaksin yang dikeluarkan akan diperbaharui berdasarkan kajian jangkitan influenza yang dijangka akan merebak. Haish! Banyak jenis rupanya kuman influenza ni.

Buat yang berminat, suntikan vaksin flu ini cuma RM60 sahaja untuk setiap dos suntikan dan tempoh keberkesanannya ialah setahun. Jadi seelok-eloknya diambil setiap tahun. Sesuai untuk yang berumur 6 bulan ke atas sahaja dan pastikan anda tidak demam sewaktu mengambil suntikan.


Vaksin influenza. Siap dalam picagari. Doktor
tinggal suntik sahaja.

Apa-apa pun, ini sekadar ikhtiar sahaja. Janganlah kita menyangka kita selamat dari sebarang penyakit hanya kerana kita sudah mengambil suntikan vaksin, lantas tak peduli lagi nak amalkan cuci tangan selalu, nak makan vitamin C setiap hari, menjaga diet dan sebagainya.

Yang memberi penyakit dan menyembuhkan hanyalah Allah swt. Kita cuma ambil langkah berjaga-jaga mengikut kemampuan kita sebagai manusia. Yang selebihnya, kita serahkan kepada yang Maha Memiliki. Betul tak?

Betuuulll....😉😊

Saturday, May 20, 2017

Kemudahan Ezibox Poslaju ~ I like!

Good morning!

Pernah dengar pasal EziBox Poslaju tak? Haa... ni nak habaq mai. Katanya kemudahan ni dah ada sejak pertengahan tahun 2016 lagi, tapi saya pun baru je discover kemudahan yang awesome ni.

Ceritanya...

Hari Sabtu lepas saya tiada di rumah, sebab ada Hari Sukan sekolah anak-anak. Rupa-rupanya ada Poslaju datang. Saya pun terlupa yang saya sedang menunggu delivery barang. Kalau ingat, tentu saya tak angkut semua orang ke Hari Sukan tu. Biar ada orang kat rumah yang boleh sign-kan penerimaan bungkusan. Saya cuma tau ada penghantaran bila dapat sms dari Poslaju suruh saya datang ambil sendiri bungkusan di pejabat Poslaju berdekatan.

Bila sampai ke rumah, saya pun cari lah kad yang biasa orang Poslaju tu tinggalkan kalau barang tak dapat di hantar. Biasanya dia sangkut kad tu pada pintu, atau masukkan ke dalam peti surat. Jenuh lah mencari, tak ada. Saya pun malas nak ambil pusing sangat, saya cuma curiga je entah-entah yang sms saya tu bukan Poslaju. Kut scam ke. Zaman sekarang ni kita pun tahu teknik menipu dah semakin canggih dan kreatif. Terus saya lupakan saja lah pasal sms tu. Saya fikir, kalau bungkusan yang ditunggu tak sampai juga sampai hari Selasa, barulah saya nak telefon seller minta tracking number.

Tup-tup hari Isnin dapat lagi sms yang mengatakan bungkusan saya ada di Ezibox pejabat Poslaju dan saya diberi PIN 6-digit untuk ambil bungkusan tu nanti sebelum sekian tarikh. Aishh... tak mahu berteka-teki lagi, saya terus cari general line pejabat Poslaju yang berkenaan dan telefon. Baru lah saya tahu, Ezibox ni adalah self-service collection box dan accessible 24 jam. Maknanya, kalau tak sempat nak ambil bungkusan tu for whatever reason semasa waktu operasi pejabat, boleh je datang ANYTIME ambil sendiri berbekalkan PIN yang diberi. Satu kelegaan di situ sebab kebetulan saya memang sibuk sangat hari tu dengan bermacam urusan, dah tentu kena terkejar-kejar kalau nak collect waktu office hours.

Makanya, petang hari Selasa baru saya pergi collect. Macamana rupanya Ezibox ni? Like this.


Saya cuma masukkan info yang diperlukan ke dalam touchscreen monitor tu. Bila semua info dah cukup, ping! pintu kotak yang berkenaan akan terbuka sendiri. In my case, kotak yang betul-betul di bawah monitor tu, depan lutut saya je! Gila senang!

It's fully automated, jadi tak perlu risau malu kut terkial-kial nak bukak kotak tak reti hehehhe! Touchscreen tu pun tak susah nak pakai, ikut je arahan pada screen. Kita diminta isi tracking no., nama dan IC penerima dan jangan lupa masukkan PIN yang diberi. I'm pretty sure ada hidden cctv jugak kat monitor tu, macam ATM, untuk langkah keselamatan.

Meh tengok video pulak.


Walau bagaimanapun, tak semua pejabat Poslaju ada kemudahan ni. Setakat ni, kemudahan Ezibox di lokasi berikut sahaja:


Saya pasti, tak lama lagi, more Ezibox(es) akan di sediakan di seluruh Malaysia kerana ia satu kemudahan yang amat memudahkan pengguna dan pekerja Poslaju sendiri.

Kudos to Poslaju yang komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik!

Makin laju la saya online shopping.... 

Thursday, May 18, 2017

Happy birthday to me


Hari ni, complete setahun lagi nyawa saya. Another year accomplished. Another year of ups and downs. Another year yang membawa saya semakin dekat dengan hujung usia.

Alhamdulillah... macam-macam pengalaman yang mematangkan telah saya lalui. Yang memberi bermacam jenis pengajaran. Kalau dikenang balik, I can say that my life thus far, has been colourful and abundantly blessed. Saya bersyukur sebab sewaktu susah dan getir, bantuan Allah itu dekat. Saya boleh rasa kekuatan yang dari mana datangnya kalau bukan dari Dia. Dan semasa senang, Allah masih sayang saya dengan menjaga hati dan jiwa saya agar tidak lalai dan lupa diri. Syukur...

Birthday tahun ni sama je macam tahun-tahun yang lepas semenjak dah beranak-pinak ni. Tiada sebarang sambutan luarbiasa. Cukup sekadar ucapan dan peluk-cium suami dan anak-anak, saya dah happy. Bergantung kepada keadaan, ada tahun dinner di luar, ada tahun cukup takat beli kek saja. Ada juga tahun yang saya dapat hadiah, macam tahun ini hehehe... tapi sorry lah ye, won't be sharing with you what present I got.

Yang membezakan hari lahir saya dan hari-hari lain, rasanya satu je yang paling ketara. Ucapan happy birthday dari keluarga, guru-guru dan sahabat-handai yang mencurah-curah di media sosial. Terasa seronok juga bila tengok ramai yang beri ucapan dan mendoakan saya. Selama ni rasa macam tak dipedulikan je huhuhu... rupanya masih ada yang sayang =D.

Here's to another year of my life... and may it be greatly blessed. Amiin.

Wednesday, May 17, 2017

Projek sarung mixer - simple dan stress-free.

So... about a little more than a year ago, I finally bought myself a stand mixer. Dah lama teringin tapi belum ada rezeki untuk memiliki. Alhamdulillah, sekitar akhir tahun 2015, barang yang dihajati berjaya dimiliki. Gedebuk-gedebak sibuk dengan urusan relocation, renovation dan sebagainya, kalau tak silap, sekitar bulan Mac atau April 2016 barulah mixer tu mula berkhidmat. I pun dah tak ingat apa benda pertama yang I buat pakai mixer tu. Congo bars rasanya, untuk event di sekolah anak2.

Anyway, sejak mula keluar kotak sampai lah ke hari ni, stand mixer tu I parking atas kitchen counter. Tak kuasa nak simpan dalam almari sebab benda berat. Kalau setiap kali nak pakai nak kena angkut keluar almari, then simpan balik, alamat semakin tinggilah kebarangkalian untuk mixer tersebut terus terperap di dalam almari dan semakin rendahlah kekerapan I mem-baking (sakit jiwa DBP nengok bahasa aku...). I know, cause this is exactly what happened to my mesin jahit once upon a time ekekeke!

Adatlah apa-apa benda pun kalau dibiar menunggul, memang akan berhabuk. Jadi I pasang niat nak jahit sarung untuk mixer kesayangan. Untuk sementara waktu, I balutkan je dengan beg plastik. Huduh nor ghopenye bila beg plastik tersebut acapkali dibuka dan disarungkan semula. Berkedut-kedut, berlubang-lubang. Dek kerana dah sakit mata menengok keadaan sarung mixer yang dhaif begitu, akhirnya hari ni, I paksa diri untuk siapkan sarung yang dah long overdue ni.

To be honest, it took me a few days memikirkan cara nak jahit sarung ni. Google sana-sini tengok contoh-contoh dan tutorials online tapi hampir kesemuanya tidak menepati kehendak. I nak yang simple, senang dijahit. Tak mahu yang ada banyak pieces where you have to cantum piece by piece. Tak mahu yang boxy dan yang ada batting sebab nampak stiff and bulky. Tak mahu yang pakai bias tape sebab I tak ada bias tape yang warna matching dengan kain.

In the end, I came up with the simplest way to do it ... cuma 1 piece of fabric (okay, 2 termasuk lining) sewn to shape.


It was easy, and it fits perfectly...


And take a look at the lining... I panjangkan sedikit ukuran fabrik polka dot tu supaya hujungnya terlipat ke dalam. It gives a nicer finish.


Ada lagi 2-3 kitchen appliances yang minta disarung... tunggu mood datang la eh?

Cheers!

Wednesday, May 3, 2017

Ada tapi sibuk...

Uols...

Iols ada tau...

Cuma iols very the busy, tak sempat nak update blog.

InsyaAllah... in the near future, akan diusahakan heheh.


Sunday, February 5, 2017

Introvert Me


You know, many people may not understand this, but there are many people like me in this world who needs to get our creative juice flowing in order to feel like we are whole and important to the people around us. It's what charges us. That time alone, creating something and then savouring the satisfaction of the ensuing outcome, whatever that may be. It's like an addiction, but in a good way.

Take baking, for instance. I'm not crazy about it. But there are times when I feel this strong urge to go in the kitchen and get something baked. Anything! Well... maybe social media has a lot to do with that urge. Imagine yourself scrolling on facebook and then tadaaaa! somebody made some picture perfect chocolate cake and you couldn't help it and yelled "nak jugaaakkkk!!" in your head. *aku le tu*

So, believe it or not, when my oven broke down (yes...whining-about-the-oven post again...maafkan hamba) a few days ago, I almost fell into depression. Gile ke hapa siap boleh dilanda kemurungan kan? But that's exactly what happened!

If you're a worrier like me (most introverts are), you'd totally understand when I say that just thinking about the process of getting the oven fixed is enough to pull me into the abyss of darkness. *haaa dramatic kan I?*.

First, have to find the warranty card and see if it's still under warranty, which means this act involves some aktiviti menyelongkar dan mencari, which I hate.

Then, have to make a phone call to the service center, which I also hate. I hate making phone calls, lagi pulak service center kat Malaya ni yang more often than not, some freaky machine will answer and you'd be lucky if you get directed to the right person, or even department. In most cases, you'd get passed around from one person to another and you have to repeat your story to every person you spoke to. You know the drill, I see you nodding.

After that, judging from my previous experience calling the service center of this particular oven brand that I'm using, you'll have to make an appointment to secure a technician, of which the soonest they can come will be next week (if you're lucky). In my case, it took 2-3 phone calls that did nothing until I wrote a complain on their FB page. Isn't it amazing what some rattling of reputation can do? Eventhough sekadar acah-acah-je-macam-la-aku-berani-benor?

And then there's the actually 'repair' time that God knows how long it'll take.

Jadinya bila dikira-kira, bajet2 dalam sebulan jugak lah kut takleh pakai oven. See? Mana tak depress??

It's like one of my options for de-stressing is gone. I know, it's temporary but still... it's *choking with tears* de...pressi...ng.... It's what I do for my me time. It's what I do to feel good about myself. To relax, chill and pat myself on the back at the sight of a richly glazed cinnamon rolls at the end of it all.

Haishh! Sudah lah drama Nin oi!

Now what?

Sewing, I guess. I need to get my hands to make something... so today, I went into my sewing room and started cutting some random fabric to make a skirt for my 4yo. I'm hoping sewing will be enough to keep me occupied till the oven is ready to serve its owner again.

Might just make a tutorial...

Until then... I wish you well.

Friday, February 3, 2017

Rosak program! Burnt and broken.


I've been down with a cold these past few days. Badan sengal-sengal, tekak sakit, kepala pening dan terasa berat and generally, was just feeling miserable. Asyik baring je macam takde tulang belakang. Tapi bila difikir-fikirkan balik, di situlah hikmahnya. Agaknya Allah nak suruh I berehat maka didatangkan demam2 manja gitu. Pegi klinik doc bagi ubat selsema yang mengantuk, so memang tidur je lah sepanjang 2-3 hari ni. Bila dah terlantar macam tu amat terasa nikmat berehat. Dan hikmahnya lagi, bila sakit I dapat berehat tanpa gangguan. En. Suami siap pesan anak-anak jangan kacau mama. Kalau masuk bilik masa I tengah rehat pun senyap-senyap je. Alhamdulillah... kalau tengah sehat memang payah nak dapat masa berehat yang disturbance-free.

Hari ni, walaupun belum 100% recovered, tapi gagahkan juga ke dapur memasak sebab kesian tengok hamba-hamba Allah dalam rumah ni makan tak menentu hahaha! Harap bibik, bibik tau goreng ikan, goreng ayam, goreng telur... semua yang goreng-goreng je lah! Makan lah dengan kicap. I'm pretty sure after 2 days, tekak pun dah takleh nak telan nasi dengan kicap je kan?

I tak taulah pasaipa depa takleh nak kreatif sikit order delivery food panda ke, mr. kabab ke... haish! Semua mama yang kena initiate. Makanya hari ni terisi lah sikit meja makan waktu tengahari tadi dengan lauk-pauk... 3 mata je pun! But still better than telur goreng dengan kicap kan? Kan?

Actually, this post is not about my being sick. Tapi tah cemana termelalut ke situ pulak.

This post is about my oven breaking down.

Petang tadi dengan semangat yang tinggi, I buat sausage rolls sebab tangan macam dah gatal nak menguli tepung. Not my first time making bread dough, but definitely my first time making sausage rolls. Perhhh! Syok rupanya menguli tepung buat panjang-panjang pastu lilit kat daging sosej tu, baru I tau. I find it so therapeutic. No wonder lah some people can't seem to get enough of baking buns and rolls. Ala-ala macam main play-doh. In fact, that was what my 4-year-old daughter said when she saw me gigih menguli tadi. Macam play-doh katanya, disusuli dengan "can I try?". Haaaa.... to this, I replied, "next time lah ye, mama nak cepat." Ye, mama nak cepat-cepat sebab mama tak sabar nak sumbat rolls masuk oven and see them turn into delectable, golden-brown, heavenly looking and mouthwatering rolls.

Dan seperti kebanyakan resam kehidupan, fantasi tak sama dengan realiti.... *kesat airmata dengan hujung lengan baju*

My oven has gone awry.

Tak pernah dibuat sebelum ni baking tak sekata macam ni. Tambah pulak I pakai convection mode, which should ensure even baking.

Tanjat gegurl bila tengok some of my babies turned out burnt, and some undercooked.

Still, it didn't click that there was something wrong with my oven. Maklum, oven baru pakai setahun, tu pun taklah sekerap mana pun I mem-baking.

Mula perasan ada yang tak kena bila I dah turned off all the knobs to zero but 20 minutes later, the oven was still hot and I could still hear the internal fan buzzing.

Camna nak off lagi dah ni? Semua dah off? 

Akhirnya, matikan je lah suis.

After all that, I terus naik atas cari balik warranty card, service center number yada yada yada.

Besok nak call service center. Nak tunggu diorang datang tu mahu makan seminggu dua gak tu, then tunggu repair plak. Entah berapa lama I would have to put off baking. Dah la mood tengah membuak-buak ni... spoil betul!

Yang paling frust, I wanted to make some orange rolls for my friends untuk usrah bulanan kami besok. Last month I bawa cinnamon rolls, they loved them. So this time ingat nak bawak orange rolls pulak, with extra glaze on top. Unfortunately, that is not to be.

Welp! There is a reason for every thing, I guess. Maybe I still need more rest hehehe...

Apa-apa pun, bila turun semula ke bawah, hari berbunga-bunga bila tengok anak-anak chowing down the sausage rolls like there's no tomorrow. More than half of the whole batch gone in less than half an hour!

That's victory in my book.

Life's gooooood....